PERIHAL PENULIS

-347

Jurnal ini dikeluarkan kerana di sini aku tiada tab spesifik untuk pengenalan tentang diri aku. Aku fikir kalau orang datang rumah lebih beradab kalau kita saling perkenalkan diri, bagi tau asal usul dan sebagainya.

Enkau yg baru datang ke sini pun, amatlah digalakkan memperkenalkan diri enkau di ruangan komen.


Yang asas

Nama aku Hamzah Aris. Kebanyakan panggil aku yeop, dan sekarang ada yg sudah gelarkan aku yeop wilcha. Perwatakan aku ber-gaya kampung: Traditional, mudah mesra dan sun-burned. Aku mandi pakai berus sabut kerana puas sental badan dengan tu.

Setiap malam sementara terlena aku termenung 'bile la aku nak berenti merokok', jadi kalian yg tak merokok tu, bersyukurlah. Aku sekolah agama dari kecik tapi akhlak macam gampang juga, hal itu selalu buat aku tertawa kepada diri sendiri.

Kerjaya aku secara kasarnya memastikan semua penyelia buat kerja, jadi aku sering dibelanja makan supaya aku selalu luluskan cuti yg mereka pohon & dan claim yg mereka mintak. Tentang minat, Aku suka musik, main musik dan melukis sikit-sikit. Bolehlah setakat yg mampu untuk hiburkan diri sendiri.


Kenapa buat layout kosong sangat?

Dulu memang aku suka letak lagu lah, visitor counter la, trackerlah & macam-macam lagi. Tapi bila aku sendiri tension tunggu lame gile untuk load setiap page, aku ringkaskan seringkas mungkin. Layout sebegini juga membantu pembaca fokus terhadap apa yg disampaikan dalam jurnal aku.

Jikalau enkau orang lama di dalam Gagasan Murahan, enkau mesti merindui header asal JurnalMurahan, gambar yg selalu berjaya buat aku ketawa. Dia adalah bapak saudara aku yg sabar membesarkan anak-anak. Aku sangat bangga dengan-nya.

header



Apa yg buat enkau menulis?

Awalnya aku bukanlah minat menulis sangat. Dulu aku selalu fikir blogger ni macam mat skema yg syok sendiri atau mamat yg tak boleh handle dengan realiti dunia luar, lalu melepaskan diri di internet dengan identiti yg tak pasti.

Sehinggalah satu hari kawan aku yg berwajah korea kata 'Aku rasa enkau patut tulis blog la' dan aku rasa bagus untuk cuba benda baru. Tulisan yg aku tulis memang bodoh-bodoh belaka, tapi apabila melihat sesuatu yg remeh di mata kita memberi kesan yg besar di fikiran orang lain, aku rasa ingin menyumbang.

Ada jurnal yg aku karang daripada bahan bacaan, selebihnya dari pengalaman sendiri. Aku suka memerhati perangai orang dan objek lain, bukanlah bemaksud di sini aku suke skodeng. Tapi skodeng agak best juga. Buah fikiran & kesimpulan aku tak selalunya betul, jadi aku amat menggalakkan kritikan enkau di sini.





Akhir kata, selamat membaca di JurnalMurahan. Kalau enkau mempunyai sebarang idea, persoalan ataupun mahu privately pillow talk dan ber'sentap hati mak nak' dengan aku, jangan segan nak email aku ke :


pakatan.haram.jadah@gmail.com



.

PERTALIAN

Dimana-mana dengan siapapun aku selalu rasa sedang dinilai.

Walaupun hanya borak kosong dengan bos, aku rasa bos tengah uji samada aku berbaloi disimpan atau dibuang. Walaupun hanya berjalan didepan bakal mertua, aku rasa dia sedang memerhati perangai aku. Walaupun hanya sembang-sembang dengan lecturer, aku rasa dia sedang decide samada nak failed atau luluskan aku.

Tapi dengan enkau aku rasa jujur gile. Aku tak perlu pura-pura baik atau pura-pura kerja keras. Aku hanya perlu jadi diri sendiri. Aku rasa bebas. Sebab aku tau macam mana pun enkau tetap terima aku seadanya.

Dan hal itu sangat melepaskan tekanan di dada.




Dekat mana nak mencari kasih sayang?

Kalau enkau rasa kosong, pergi sahaja ke penjara. Pergi melapuk dekat tempat dewan bertemu pelawat sana. Ade ibubapa bertemu anak, suami bertemu isteri, atau sahabat bertemu sahabat. Di situ enkau nampak kasih sayang yg tak berbelah bahagi, yg tak peduli dengan segala yg hitam, yg ada hanya percaya & ambil berat.

Kalau enkau rasa kosong, pergi sahaja ke airport. Pergi melapuk dekat dewan ketibaan penumpang. Ade gelak tawa berpelukan menyambut orang tersayang, ada yg setia menunggu orang yg dinanti pulang, & ada yg menumpang gembira tersenyum dari jauh melihat orang lain seronok. Enkau pasti terisi memandang manusia berkumpul beramai-ramai dalam kasih sayang.

Kalau enkau rasa kosong, pergi sahaja ke tempat orang kurang upaya (OKU). Di situ enkau nampak mereka yg tak kenal lelah, yg yakin pada diri sendiri, dan mereka yg sentiasa ikhlas menyokong. Di situ ada semangat, di situ ada inspirasi. Lalu enkau malu dengan diri sendiri dan rasa sangat bersyukur.

Tapi kalau aku rasa kosong, aku hanya perlu pergi dekat enkau...




We can't all be saint

Kadang-kadang aku mungkin berkeras, kadang-kadang aku mungkin bertegas. Ada perkara yg aku boleh pejam mata, ada perkara yg aku tak boleh blah. Ada masa tenang, ada masa bergelombang.

Kita semua tak boleh jadi baik, tak boleh semua. Seseorang mesti pikul tanggungjawab untuk berkorban 'nampak jahat' supaya segalanya dapat berlalu dengan baik. Sebab tu dalam keluarga ada ayah yg garang & dalam kompeni ada bos yg suke fire orang.

Yg aku kagumi adalah enkau sangat memahami. Enkau mengerti bahawa semua yg aku lakukan adalah untuk kebaikan kita semua.



1
Mak aku dengan hero-heronya. Terima kasih kerana memelihara kami dari kecil.

2
Bapak aku dan adik-adik di hari konvokesyen. Masa ni bapak aku cakap "inilah hutang PTPTN" hahaha. Terima kasih kerana banyak berkorban untuk kami.

154618_1225273489498_1758866100_421557_59269_n
Awek aku yg best. Terima kasih maknye kerana men-jaga saya dengan baik & berusaha memelihara hubungan kita.





Jurnal kali ini ditujukan khas untuk orang-orang yg aku sayang, mereka-mereka gambar di atas. Aku fikir aku ni tak pandai nak mulut manis cakap dengan deme depan-depan perkara yg tersimpan dalam benak.

Aku ingin kalian tahu bahawa kalian sangat penting dalam hidup aku. Kalianlah orang yg paling selalu aku fikir dan selalu aku risaukan. Aku harap keluarga dan hubungan kita akan terus bahagia, dirahmati Allah dan kekal diberkati ke akhir hayat.



Amin...





.

UBI KAYU GORENG

Aku adalah antara produk perpecahan rumah tangga. Masa kecil kami adik beradik sungguh tak macam orang lain. Jurnal kali ini sedikit personal, tentang zaman ke-terbiar-an aku dan kami 5 beradik sahaja.



Satu masa dulu bapak aku tersandar di tiang. Hanya tersandar di situ dan termenung. Jam sudah 12 tengah hari, perut kami adik beradik dah lapar. Kami selongkar dapur mencari apa yg tinggal namun semua hanya habuk belaka.

Akupun jalan ke tiang seri rumah, tanya bapak aku "kita nak makan apa tengah hari ni, lauk dah tak de". Ayahku hanya terdiam tanpa apa-apa respon. Aku fikir mungkin masa tu dia tengah jem, siapa pun kalau kehilangan kerja dan keluarga berkecai pada masa yg sama akan jadi begitu.

Aku dah menyampah mengeluh lagi. Aku capai pancing, golok, karung letak ikan dan panggil semua adik-adik aku. "jom kita keluar cari ikan". Kami pun berpecah, merayau segenap sawah dan hutan kecil mencari apa sahaja yg boleh di makan.

Tengah hari tu nasib tak berapa baik, yg ada hanya ubi yg di-cilok di rumah sape ntah. Kecewa jugak tapi dah itu sahaja yg ada. Dalam perjalanan balik ke rumah tu kami pulang bersama 5 beradik, lalu di depan rumah orang-orang.

"tu tu tengok tu depa tu, mak dia tadak merayau tak tentu hala", "ha tengok tu, mak tadak baru tau hidup" kedengaran suara-suara sumbang jiran-jiran bila kami lalu di depan rumah mereka, berbisik-bisik di sebalik tirai.

Bisik-bisik orang kami tak peduli, dah jenuh jemu mendengar segala tohmah dan maki. Pada usia itu kami sudah faham, bahawasanya bila manusia terdesak, kutuk keji remeh tak kan memberi kesan.

Sampai di rumah, nak bakar je ubi kayu ni dah boring pulak, selalu sangat makan macam tu. Jadi adik aku yg nombor 3 ni agak kreatif dalam makan-makan mencadangkan kita parut-parut & goreng aje ala-ala kentang kentucky.

Bila goreng ape ke hal berminyak-minyak, tak lalu pulak nak makan. Tapi bedal jugak la makan dengan nasi dah desperate sangat. Berminyak-minyak melekit-lekit dalam tekak.

Sambil makan bersama tu, kami saling mengutuk dalam ketawa tentang siapa yg tak pandai masak, tak pandai parut, siapa yg kencing tilam malam tadi, siapa yg menangis dalam jamban dan sebagainya.

Pada masa tu ayahku datang sambil membetul-betulkan kain pelekatnya, tersenyum, lalu mencuba kentang goreng kami. "pandai jugak hampa masak" senyum lebar menjaga hati anak-anak lalu ketawa berdekah-dekah.



Ada sesuatu yg sangat berkesan dalam hati kami dalam tawa petang itu. Walaupun kami semua tahu tawa sementara begitu tak kan melenyapkan masalah kami yg menimbun-nimbun, sekurang-kurangnya ia penghilang duka buat seketika.

Dan begitulah kehidupan kami berlalu untuk 2 3 tahun seterusnya....



Kini adik beradik pun dah besar. Sedikit sebanyak kuranglah sikit beban yg ada. Ramai yg sambung belajar ke peringkat lebih tinggi, dah ada yg bekerja termasuklah aku. Maha suci Tuhan, mujur adik beradik semua menjadi. Tak lah pakai kereta besar, tapi tak jugak pakai kapcai merempit tak tentu punca.

Jauh mana kami menapak, tinggi kami naik, tak pernah kami lupa asal usul. Di bendang itu kami berlari-lari selamatkan diri dikejar tuan sawah, dari belut-belut tu kami membesar, di puncak kelapa tu sayup mata kami memandang, dari hina keji orang yg men-kuatkan kami, dan dari tindak tanduk semua orang kami belajar tentang manusia.



Jikalau enkau ditimpa bencana, jangan mengeluh & cepat kecewa. Semua tu tuhan bagi untuk kuatkan enkau. Kalau kami tak lalui semua tu dulu, dah tentu sekarang kami selalu menangis untuk benda-benda yg remeh.  Kalau kami tak lalui semua tu dulu, dah tentu kami tak tau men-hargai setiap yg bernilai.

Semua ini orang-orang terdahulu dah melaluinya lebih daripada kita. Kerana itu setiap hari aku duduk selepas asar dan subuh, termenung tentang kasih sayang antara Allah taa'la dengan hambanya. Termenung tentang ketika Muhammad s.a.w berasa down, Allah taa'la cepat memujuk...


'Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?'
'Dan Kami telah menurunkan beban yg ditanggungmu'
'Yg memberatkan tanggunganmu'
'Dan Kami tinggikan (muliakan) sebutan namamu'
'Kerana bersama kesusahan tu ada kesenangan'
'Sesungguhnya! bersama kesusahan tu ada kesenangan'
'Apabila enkau selesai bekerja keras, tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain)'
'Dan kepada tuhan-Mu sahajalah enkau berharap'

Al-Insyirah



Lalu aku berasa tenang... dan redha...


.

TOLONG

Ada orang minta tolong dekat aku. Kalau aku mahu tolong, aku akan tolong selagi daya. Kalau tak boleh tolong kebendaan tolong guna kudrat, tak boleh guna kudrat tolong ikut buah fikiran. Kalau tak mampu bagi RM100 bagi RM5, tak buleh bagi duit tolong carikan orang yg boleh bagi pinjam.

Pokoknya yang penting aku mesti menolong, dan mengurangkan beban yg ditanggung orang lain.

Macamana kalau aku tak nak tolong? Sedangkan jelas di kepala aku, kalau aku tak tolong dia mesti susah. Dan aku tak buat apa-apa selain menggunakan simpati kerana rasa macam dah cukup untuk ber-perasaan begitu.

Kalau aku sebut "pegi mati la enkau aku peduli apa" sebagai alasan, mungkin nampak teruk sangat. Jadi aku guna "pegi mati la enkau aku peduli apa" dalam versi yg murni, dengan bagi alasan yg menampakkan seolah-olah aku kesah pedulikan enkau.


Dalam versi yg murni, aku akan list-down alasan-alasan dalam bentuk kepayahan hidup aku. Kepayahan aku tanggung memang benar, nyata dan ada, tapi aku manipulate kepayahan tu untuk tutup ketidak-pedulian aku tentang masalah enkau.

Aku sakit lah, tak mampu lah, macam-macam. Sampai satu tahap, keasyikan bagi alasan tu akan makan diri aku, contohnya aku bilang tak boleh tolong sebab aku kena bedah oral surgery. Macam la orang bodoh tak tahu oral surgery tu doktor taruk bracelet dekat gigi je.


Dalam versi yg murni, aku akan bagi alasan-alasan yg tak masuk di akal. Alasan seperti takde duit memanjang padehal baru awal bulan. Sesuatu yg tak logik, seolah-olah tak dapat bantu kerana takut ancaman freemason yg ada di mana-mana, penjajahan alien ke bumi atau wabak virus zombi.

Dalam versi yg murni, aku akan bagi alasan-alasan yg menunjukkan aku betul enkau salah. Konon-nya aku lebih tahu, aku dah lalu semua kesusahan tu. Tunjuk pandai pulak dan merasa diri tu betul untuk TAK membantu. Itu sama sahaja dengan aku sibuk terjerit-jerit suruh orang lain bertenang tapi aku sendiri tak bertenang terjerit-jerit.



Aku rasa yg kurang di sini hanyalah kasih sayang dalam diri, maka tiada keikhlasan. Kepentingan diri dah berjaya buat kita TAK peduli.



Masih ingatkah enkau bila enkau duduk di sisi katil hospital itu. Enkau hanya nak stay duduk di situ dan menemani si sakit. Enkau dengar amende sekalipun dia bebel & mengeluh tapi tak sedikitpun tawar senyuman enkau. Si sakit even maki enkau kerana stress, tapi enkau tetap stay, kerana kasih sayang beri kekuatan kepada enkau untuk sentiasa ada?

Masih ingatkah enkau bila anak kecil bertanya enkau soalan bodoh-bodoh. Enkau tahu kerja enkau lebih utama tapi enkau tetap di situ, melayan segala karenahnya. Soalan-nya berulang-ulang dan penjelasan enkau tak kan di fahaminya. Tapi enkau tetap rasa terisi malah terhibur, kerana kasih sayang beri kekuatan kepada enkau untuk perihatin?

Masih ingatkah enkau bila kaki mesin basuh enkau patah 1 kaki masa tengah spin. Enkau terharu mesin basuh tu tetap bersusah payah meneruskan spin, gedegung gedegang terhinggut-hinggut walau kakinya patah satu. Lalu enkau peluk kuat dia, bantu dia berdiri stabil sampai spin abis, kerana kasih sayang beri kekuatan kepada enkau untuk tetap bersama?




Jurnal kali ini adalah penghargaan khas untuk mereka yg ikhlas membantu. Untuk Allah taa'la yg tak putus-putus merahmati hamba-hambanya yg lalai. Untuk ayahku yg tetap terus berkorban walaupun menanggung perit & sunyi setiap malam. Untuk orang-orang yg suci hatinya yg menyayangi kita tanpa bersyarat.

Kami tahu kalian susah, tapi kalian tetap berkorban abaikan kepentingan peribadi. Kalian tak bagi alasan, sebaliknya membantu sehabis upaya. Kalian tahu apa yg paling utama dalam hidup ini, kerana itu kalian membantu mengatasi kemampuan.

Ketahuilah bahawa kesucian hati kalian sangat kami kagumi. Dan orang-orang yg mementingkan diri sendiri sebenarnya mereka sunyi di dunia ini. Dibuang dibenci dalam hati orang sekeliling, di cabut berkat dari rezkinya.


Untuk kalian yg sentiasa ikhlas membantu kami, terima kasih kami ucapkan.

.

UNTUK ADIK-ADIK FIRST YEAR, FIRST SEM

Di sini aku ajarkan trick-trick untuk survive sebagai mahasiswa/siswi. Adik-adik sekalian, jurnal ini untuk anda.


Cari sorang super-senior

Super-senior aka 'mamat yg tak grad-grad tu' akan bimbing pucuk-pucuk muda macam enkau untuk survive. Sebab dia orang lama di situ, jadi dari sekecil-kecil perkara sampai segedabak mana sume dia mahir.

Dia akan ajar enkau tentang study, bimbing enkau jadi wakil pelajar, menghormati guru, berzanji, bertayammum...ok aku tipu.

Dia akan ajar enkau bustop mana paling best usha awek balik kelas, macamana nak sorok toyol masuk exam, bagitahu perangai buruk baik lecturer, course mane paling banyak sotong-sotong, & lubang mana nak fly.

Sebab yg baik-baik sume dah grad, so tingal yg ni jelah. Dalam sesikat pisang bukan semua menjadi, standard la. Tapi dia akan guide masa muda enkau dengan penuh kenangan riang & gila-gila.

Tapi ingat, play safe.


Jilat bontot orang kantin

Matlamat kita adalah untuk memastikan bekalan makanan tidak putus. Kerana nanti akan sampainya masa ptptn enkau habis & enkau malu gile nak pau duit member.

Bila enkau da baik dengan orang kantin, at least bila enkau dah pokai, kurang-kurang enkau boleh berhutang, atau buat part-time job dengan dia, atau kalau enkau lagi power - pau makanan free terus.

Muslihatnye adalah 'keep the change' tapi jangan lebih 20 sen. Rangka macam mana nak 'keep the change' selalu, lepas tu buat-buat friendly dengan owner kantin. Bila enkau terdesak nanti, dia pun tak lokek nak balas jasa 20 sen enkau.


Jilat bontot orang yg kontrol tempat tinggal enkau

Golongan ini termasuk officer yg kontrol kolej enkau dan makcik tuan rumah [kalau enkau stay dekat luar].

Supaya nanti deme buleh tengok-tengokkan barang enkau in case kalau enkau nak tinggal balik cuti, atau bagi special privelege kalau kene shuffle bilik dan sebagainya. Ringkasnya, memastikan enkau sentiasa ada tempat tidur.

Untuk tekel orang-orang ni, gunakan teknik yg dah berjaya aku buat - 'may I speak with you in private'.

Bayangkan enkau pegi office kolej enkau. Sampai sana, ada 2 3 staff tengah keje. Aim sorang yg nampak lemah, execute 'may I speak with you in private?'.

Pastikan dia keluar dari office dia dengan gune muke 'ini sangat-sangat penting!' enkau. Bawa dia ke satu bucu, dan start la melabon. Matlamat kita bukan dekat isi ape nak melabon, tapi tunjuk kan kepada staff-staff yg lain yg enkau tu orang penting.

Percaya atau tak, bila enkau 'speak in private' dengan seseorang, orang sekeliling akan nampak enkau berimej penting, berpengaruh, & rapat dengan mangsa enkau [especially kalau enkau 'speak in private' dengan head department tu]. Itu cara macam mana kita nak tekel orang dalam group, secara berperingkat-peringkat.


Kawan dengan semua course

Dari hari awal-awal enkau masuk U, berkawanlah dengan semua orang. Pastikan enkau ada 'wakil' kawan dari setiap course. Sebab samada enkau suke atau tidak, dunia sekarang tak memerlukan orang yg specialist.

Dunia sekarang memerlukan orang yg fleksible.

Maksudnya, sebagai contoh, member Economic enkau akan ajar enkau sikit tentang cashflow, member Engineering enkau akan train enkau sikit tentang Civil construction, yg Syariah pulak akan highlight tentang agama.

Jadi bila enkau da grad nanti, ilmu enkau tu pelbagai. Enkau buleh buat keje akauntan sikit, engineer sikit, peguam sikit, at least enkau tau serba sedikit. Ini sangat-sangat membantu enkau bila enkau dah nak minta kerja nanti.

Kalau enkau specialist dan hanya bagus dekat bidang enkau je, itu sangat tak bagus beb. Susah nak survive dekat dunia luar bila keadaan menyempit.


"Anakku dengarkan...Perempuan, harta & kuasa akan rosakkan enkau dalam sekelip mata" ujar mak enkau. Tapi dalam jurnal aku, 'perempuan, harta, kuasa dan game akan rosakkan enkau sekelip mata'.


Jauhi game-game yg berkuasa

Game yg berkuasa adalah game yg kebanyakan hardcore-gamer main. Kalau enkau  si ayah, enkau adalah ayah yg gile main mesin kuda. Kalau enkau mamat kl, enkau mamat yg malas keje sebab ketagih pegi club bajet high class. Kalau enkau budak universiti, game-lah paksi kerosakannya.

Enkau tengok member enkau main game, tengok die asyik gile. Pastu enkau tanye "weh, best tak game ni?", "perghh, best gile dow, aku main ni tak pernah boring bla bla bla"

Pastu enkau pun belajar game tu, gile ah memang best. Pastu enkau tak sedar enkau dah addict main game. Enkau stay up sebab nak habiskan mission enkau dalam Call of Duty, teringat member enkau cakap enkau tu pengecut.

Lama-lama kelamaan ia jadi lifestyle enkau, main game malam-malam sampai lewat tido. Kelas enkau terabai, asignment mula malas buat asyik cube game-game terbaru. Akhirnya, enkau kantoi subject & kene dismiss.

Sekarang, kalau enkau tak percaya, enkau buat pemerhatian enkau sendiri. Enkau akan saksikan betapa game-game seperti Football Manager, Dota, Counter strike buleh buat enkau tak reti social-skill, stay-up 4-5 tahun untuk perkara sia-sia, dan limitkan punca hiburan enkau hanya dari pc.


Buat bisness sendiri dari awal

Jadi sekarang enkau ade PTPTN, duit lebihan tu boleh enkau gunekan untuk buat bisness. Yes, bisness. Bila enkau sampai je 3rd year, bisness enkau dah kuat, dan enkau boleh berdikari.

Sangat best itu.

Mungkin enkau boleh buat bisnes sewa kereta, ganti tayar motor, jual makanan, printing, ataupun try sesuatu yg berjenayah kolar putih di universiti - jual rokok.

Tiada universiti yg jual rokok secara open, tapi yg sangap agak ramai. Keuntungan mungkin sikit, tapi bayangkan berapa orang enkau boleh buat friend-network hanya dengan jual rokok. Contohnye dengan  lecturer yg cool, & Pak-guard university yg tak cool tapi jadi cool bile kena rasuah Dunhill sebatang.

Part paling bodoh adalah enkau jual rokok direct tangan ke tangan - senang kantoi. Ia sama sahaja dengan enkau nak taik-hidung-kan member enkau C, palit terus adalah kurang bijak.

Sebaliknya, korek hidung, salam tangan B, & pastikan B salam tangan C. Macam tu jugak jenayah-kolar-putih, enkau pergunekanlah orang tengah untuk run bisness enkau.


Mulakan menabung

Sangat-sangat aku galakkan ini. PTPTN akan jadi satu asset untuk enkau menggandakan duit sebab enkau ada simpanan yg besar. Kalau enkau start menabung sekarang, bila umur enkau mencecah 50 nanti simpanan enkau boleh sampai RM200,000 lebih.

Masuk PTPTN, bayar semua yuran-yuran dulu. Baki tu, potong 10% untuk simpan mati, duit peribadi enkau sahaja. Buat lagi 10%, untuk enkau simpan ASB , beli unit trust lain masa depan nanti atau buat bisnes.

Buat lagi 5% untuk sedekah. Ingat, kita bukan cari kesenangan hidup, tapi keberkatan hidup. Total baki tu, gune untuk support enkau study. Bila enkau  dah grad & keje, dengan gaji RM1500 dan tabungan 10% enkau [bukan 10% simpanan peribadi], dah buleh buat loan bank.

Buat loan bank RM200,000 [bank A 100,000 & bank B 100,000] , ikat 25 tahun, dan gune duit loan tu untuk beli Amanah Saham. Bayar bulanan bank tu biar dividen Amanah Saham enkau yg tanggung, cuma tahun pertama sakit sikit. Tapi takpe, lepas tu dividen Amanah Saham enkau akan roll-in dan cover bulanan.

Orang rajin kerja keras untuk cari duit. Orang bijak gunakan duit untuk beranakkan duit.



Okeh, member aku panggil. Gudluck. Semoga berjaya

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK