NASIHAT

Adalah semulajadi untuk meminta nasihat dalam membuat keputusan. Tapi tabiat menggunakan nasihat orang lain SEBAGAI keputusan adalah salah. 


"Patut ke aku kahwin dengan dia ?"


"Nak ambil jurusan apa ni ?"


"Patut ke berhenti kerja ?"


"Patut tak aku tinggal keluarga untuk cita-cita ?"


Semua orang tak nak buat keputusan untuk orang lain. Dan enkau tak boleh salahkan deme. Itu reaksi semulajadi manusia terhadap apa jua bentuk risiko. 


Semua orang tak mahu menanggung risiko pilihan, kejayaan & kegagalan orang lain. Nasihat yg diminta pulak selalunya jarang atau kurang tepat dari yg kita nak, & selalunya kita tau kenyataan itu bila dah terlambat. 


Sebab itu nasihat semua orang conservative & play safe. 


Untuk buat keputusan terhadap orang lain, orang tu perlu betul-betul faham specific character, impian, keadaan, survivability peminta nasihat. Itu sahaja pun memakan masa lama & rumit. 






Jadi, apa nak buat ?


Fahamilah diri sendiri & harungilah dunia ini dengan berani. 






Ambil nasihat sebagai bekal dalam perjalanan, galas semua bekal tu, jerut kemas tali pinggang, tarik nafas dalam-dalam sampai terkemut seluar dekat bontot, pilih sendiri hala tuju enkau dan harungi dunia ni dengan berani. 


Kalau enkau nak kahwin empat, kahwin. Nak kerja dekat london, kerjalah.  Nak kerja lain daripada course yg diambil di universiti dulu, buatlah. Nak ambil course engineering, ambillah.








Mana-mana universiti pun belum tentu boleh jadikan enkau pelajar cemerlang, tapi enkau boleh jadi pelajar cemerlang di mana-mana universiti. 








Jadi, tak kan jumpe kalau tak mencari. Kalau dalam pencarian tu banyak buat buat silap, itu bagus & sihat. Dapat kenalpasti kesalahan itu lagi membina & bermakna daripada tidak. 


Dan calar balar di badan di hati, itu yg menjadikan enkau lelaki. 

PARKING : SOLUSI

Untuk rujukan, sila ke junal sebelum ini 


Pembetulan parking disebut sebagai Re-Parking.


Kalau enkau nak diam-diam bagitau kawan enkau yg enkau urgent nak re-parking, jangan sebut 're-parking'. Kantoi dengan masyarakat sekeliling.


Alternatif , sebut "celaka aku silap parking motor tadi". Lelaki normal lain akan mengangguk tanda faham dan support. Ayat tadi adalah universal bro-code, semua lelaki faham kecuali bapok.


Harus diingatkan ada ada beberapa tip penting sebelum melaksanakan re-parking. Langkah ini menstilah mengikut turutan :


1] Pamerkan muka tak bersalah
2] Stay professional selepas re-parking
3] Jika disyaki, alih perhatian dengan tuduh orang berhampiran.


Sekarang ayuh kita ke tapak parkir




Teknik 1 : Mana kunci aku


Teknik 1 mudah dilaksanakan tapi kurang efektif jika pakai jeans ketat. Cara ini berselindung dalam wajah pura-pura tak jumpa sambil tipu tak ingat kunci letak mana.


Lawan pada kata pepatah "sambil menyelam minum air" :


"Sambil cari kunci adjust parking". Bangsat kan ?




Rule dalam teknik ini adalah jangan adjust lebih dari 5 saat, enkau akan disyaki. Gunakan nilai 5 saat secantiknya, swing & sungkit bontot selagi nampak munasabah.


Kalau enkau perlukan masa tambahan, pura-pura garu peha gatal. Itu lebih berakhlak & berisiko rendah untuk terkantoi.




Teknik 2 : Tangkap taik cicak


Teknik 2 sesuai dilaksanakan di kawasan bersyiling supaya tangkap taik cicak nampak rasional. Lompat manja dan fokus kepada hayunan kaki untuk re-parking.


Semasa lompat, tendang angin atau tujah lutut ongbak. Parking adik comel akan kembali normal jika dilaksanakan dengan tepat. Jika tidak, maka banyaklah taik cicak yg perlu ditangkap.




Jika enkau tidak berada di kawasan bersyiling [takde cicak], contohnya di pasar malam atau jogging track, ada solusinya. Keluarkan hanpon & pura-pura baca sms, kemudian lompat jerit hoooray !!


Jangan terlampau hoooray, enkau nampak badut. Sebaliknya , 3 kali lompat hooray sudah memadai. Kita tidak mahu nampak sawan di pasar malam.




Teknik 3 : "Shu bidubidu pappa"


Teknik 3 mengambil kira situasi dimana enkau tak memakai seluar berpoket. Boleh jadi sedang bersampin atau berkain pelikat. Cara ini berasaskan tarian separa gelek disertai wajah munafik ceria.


Proses re-parking berlangsung semasa kita menyanyi "Shu bidubidu pappa". Gelek manje dan pastikan swing bontot seirama dengan lagu untuk mengelirukan masyarakat.




Mungkin nampak kurang berkesan , tapi perlu diingatkan swing bontot yg bebas dalam masa yg mencukupi boleh membantu adik comel reverse & forward ke parking yg betul.


Petikan jari sangat membantu supaya nampak lengkap & jika dilaksanakan dengan tepat , orang sekeliling akan turut ber-gelek dengan anda. Dengan itu enkau memiliki masa yg cukup untuk re-parking.




Teknik 4 : Langkau lopak


Teknik 4 sangat ringkas dan spontan. Namun, cara ini sangat mudah dikesan mamat sekeliling. Kalau deme roll mata selepas enkau buat teknik 4, enkau telah gagal kerana terkantoi.


Jika adik comel parking ke sisi, ini solusi terbaik. Cara ini hanya memerlukan sekali sahaja hayunan kaki dengan syarat lutut diangkat tinggi. Oleh itu, semasa sedang berjalan adalah waktu terbaik untuk teknik ini.


Oleh kerana cara ini mudah terkantoi kerana gerakannya sedikit tak munasabah, jangan lupa untuk berlagak professional selepas itu. Ini penting supaya enkau dapat mengalih perhatian pemandang.






Jika langkau lopak nampak sumbang, jangan lupa tuduh orang terdekat. Alternatif, laksanakan ke empat-empat teknik berturutan untuk kesan yg lebih sempurna oh yeah!








.

PARKING

Lahir sebagai seorang lelaki memang satu nikmat yg agung. Boleh kencing berdiri, tak perlu pakai pampers sampai umur 50, naik basikal boleh lepas tangan...Namun, itu semua ada harganya.


Tanggungjawab menjaga adik comel, kadang-kadang membebankan.


Satu daripada masalahnya adalah penyelenggaraan parking adik comel yg tidak konsisten. Akibatnya, kebanyakan lelaki gagal mengatasi tekanan salah parking ini lalu menyalurkan kerimasan & kemarahan kepada orang lain.


Berdasarkan premis ini, jika lelaki cakap :


"eleh, tengah period la tu"


Kamu [perempuan] : "Eleh, salah parking la tu". Nampak, win-win situation.


Resam kucing, sebelum nak lompat longkang ambil tanjak dulu. Jadi, sebelum kita gelojoh nak tahu penyelesaian, mari kita buat analisa situasi masalah parking dulu.




Parking yg tepat melambangkan kecekapan pemandu. Posisi parking ini normal & sehat. Aliran darah lancar, dan pengudaraan melegakan. Hari yg dilalui juga menjadi riang, mudah, tanpa kerut-kerut di wajah.




Kadang-kadang ketenangan adik comel dicabar. Akibatnya, parking tak munasabah ini terjadi selepas adik comel marah. Jangan panik. Masih ada jalan keluar kerana dengan sedikit reverse & ngesot-ngesot, pelangi akan muncul kembali.




Sudah tentu langit tak selalu cerah. Di hari yg penuh tekanan & pergerakan, risiko untuk 'leher' terjerut memang tinggi. Tindakan pantas tanpa tangguh sangat penting supaya kelemasan dapat diminimumkan. Dengan cepat, sila ke tandas berhampiran.




Ya, kami benci dunia ini. Dunia ni sesak, tiba-tiba rasa sesak. Jangan berani bercakap dengan kami pada waktu ini. Lisa surihani, ombak rindu, program Permata, semua nampak salah. Malah Pang Chin Feii yg tak kena mengena pun terus menyampah nak tengok.












[Penyelesaian akan dikupas di Jurnal seterusnya.] 




.

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK