MUDA SIA

Aku rasa-rasa la dalam facebook enkau kurang-kurang mesti ada sekurang-kurangnya 10 peratus friendlist bebudak sekolah. Deme boleh jadi sepupu-sepupu atau sedare enkau.

Bila tengok status-status deme ni kadang-kadang menyampah pun ada. Post tak henti-henti, komen dan like pulak tak sampai 5 minit dah berpuluh-puluh.

Apekejadahnya bebudak ni buat dalam hidup deme, takde rase nak menikmati dunia ke ?



Aku ingat-ingat balik bebudak dulu sebelum gelombang komputer & internet ni datang, kehidupan lebih seronok & memuaskan. Ya memang masa tu nampak kolot & tradisional, tapi itu lebih bermakna & berguna di masa depan.

Masa tu kita ada ramai kawan, kenal semua orang. Cuba semua benda, baik mahupun buruk. Bakar & spray cat basikal setiap 2 minggu, tuai kelapa muda 2x sebulan. Walaupun jarang siang di rumah kerana liar merayau tapi mesra ketawa dengan keluarga di malam.



Masa tu enkau ingat tak, masa rumah tak de api. Yg menyala hanya lilin-lilin di dapur, bilik air, & ruang tamu. Kita semua berkumpul keliling lilin. Orang dewasa dengan dewasa, kanak-kanak bersama main api & bayang-bayang.

Kita berborak empat mata, fokus sesama kita, beramai dalam malap lilin. Masa tu terjalin hubungan sebenar, bila manusia betul-betul berinteraksi, sama berkongsi tawa & emosi. Sesuatu yg dari komputer, internet & kemodenan tak dapat berikan.



Aku sangat rindu suasana takde api masa tu. Dalam dunia siber sekarang yg sangat connected, kite tak pernah merasa sesunyi ni.



Aku bet bebudak sekarang ni jerut tali pancing pun tak berapa cekap. Panjat pokok, berenang nyelam, repair basikal pun tak berapa cekap. Yg ramai aku nampak bebudak sekolah rendah boyot sibuk main i-pad, di mane-mane.

Izinkan badan calar berparut, pergi jelajah segala ceruk kawasan rumah enkau, biar badan jadi hitam dipanah matahari, cuba rasa macam mana bertumbuk kalah main guli, buat sendiri layang-layang jangan beli.

Semua tu baru real life experience.



Kalau enkau bebudak baru-nak-up yg terasa dengan tulisan kali ni, inilah masa untuk berubah. Belajar-belajarlah pegang lastik. Jangan biarkan sumber keseronokan enkau banyak bergantung kepada komputer.

Pergilah keluar & pulanglah dengan badan parut bercalar. Supaya bila enkau jadi ayah nanti, enkau ada bukti dekat anak-anak yg masa muda enkau dulu sangat bermakna.


.

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK