TANGGUNGJAWAB

Jadi sekarang aku ada 2 ekor kucing dan sekor kala jengking. Yang kucing - yeop and yeong, yg kalajenking - cha namanya [bermaksud 'abang' dalam longhat perak]

Bela haiwan ni memang feeling habis dow. Rasa macam lepas ni aku nak jadi aktivis haiwan pun ada ahahaha tapi kena hati-hati la dengan haiwan.

Kala jenkin enkau tau la bisa-nye cane, tapi bebaloi sebab exotic dan malunya sangat menarik. Kucing pulak bahayanye jangan sampai dia berak dalam almari enkau dah la, lahanat gile camtu dow. Tapi once kucing tu da jinak dengan enkau memang best.

Jadi satu hari akupun nak la cari makan untuk si cha ni. Makanan dia tak susah, dia pun bukan kekwat sangat [adoi terbapok la pulak]. Makan cengkerik, labah-labah, belalang dan serangga lain.

Tapi malam tu aku main gile sikit sebab nak tangkap sekumpulan lebah yg hurung lampu. Memang suicide dow tapi nak buat cane aku tak banyak pilihan.

Amik plastik hitam, pastu serkup sekumpulan lebah yg tertumpu dekat lampu. Pastu aku hold diam, bagi lebah-lebah tu hilang panik. Tengah-tengah hold tiba-tiba ada pulak lebah dari mana ntah bagi airborn dekat jari aku, baik punya...

Tekinje aku lari masuk dalam rumah. Cek balik tengok-tengok melekat cakok sengat tu kat jari telunjuk aku. Pastu kontrol macho ah tahan sakit. Ala ala nak terkucil jugak dow ahahaha. Sampai 2 3 hari jugak la mengatal tangan aku, bise.



Pastu aku terfikir, kenapa aku sangup main gila macam tu untuk se-ekor haiwan?



Kemudian satu hari tu aku bawak family aku jalan-jalan pergi kenduri. Ayah aku tak boleh drive, tak berapa kuat untuk drive jauh, baru 4 5 bulan recover dari pembedahan tulang belakang.

Tu juga adalah sebab kenapa aku tak stay di KL dan keja disana, at least buat masa ni. Aku nak support bapak aku, tinggalkan kejap segala impian peribadi, sampai dia betul-betul stabil. Konon-konon korban anak soleh la - cirit je lebih.

Jadi masa drive tu bapak aku memulakan cenkadak-cenkadaknya. Aku yg tengah drive rasa macam diperkulikan la pulak sebab banyak sangat arahan suruh ikut sana ikut sini. Sampai la tetiba suara dia tinggi, akupun hangin dan menjawab.

panas beb...

Tapi bapak aku relaks je, takde masam muka dengan aku. Dia memang tau perangai aku, aku tak suke terima arahan sangat. Semua orang pun tak suke.


lovely lovely yasara odah
my lovely lovely lovely yasara odah



Bila dah tenang aku duduk berfikir. Dalam 2 situasi ni, aku mem-bela manusia dan haiwan. Tapi adakah dengan niat murni sahaja sudah cukup untuk teruskan kita terus berbakti? Adakah dengan kemahuan sendiri sahaja mampu beri kekuatan kepada kita untuk terus bertanggungjawab?

Aku rasa inilah kos-lepas untuk niat murni kita. Aku rasa aku masih belajar untuk bertanggungjawab. Dan semua tu memerlukan masa. Walaupun ditengking, disengat, itu semua hanyalah sebab untuk aku berhenti bertanggungjawab.

Aku rasa aku sama sahaja dengan orang lain, apa yg aku lalui sama sahaja dengan orang yg terdahulu. Tapi dalam setiap manusia ada sesuatu yg sangat hebat - kemahuan sendiri. Dan aku percaya kemahuan sendiri sahaja yg mampu buat kita survive di dunia ni walau apa pun cabaran.




Kita sudah tua, kita sudah ber-usia, sepatutnya kita sudah bersedia. Adakah enkau sudah bersedia memikul tanggungjawab?

Ambillah tanggungjawab, hanya dengan tanggungjawab kita dapat mengasuh kemahuan sendiri.




.
Comments
3 Comments

3 ULASAN ANDA:

fatimah said...

"hanya dengan tanggungjawab kita dapat mengasuh kemahuan sendiri"
hmm..ayat padat sarat dengan maksud berat!

Mimosa said...

Tanggungjawab tak sama ertinya dengan bebanan...
Tanggungjawab kita lakukan sesuatu dengan kehendak sendiri dan ikhlas/ redho walupun kekadang orng lain tidak menghargainya.

semoga setiap pengorbanan melaksanakan tanggungjawab terbalas dengan keredhoan dariNya.

Jurnal Murahan said...

@fatimah : penuh sarat eh, ahhaha tepat gitu sebab sekarang aku dah sarat boroi ahahha

@mimosa : wah2 kak fa, brainwash gitu hehehe im proud of u

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK