LUBANG GELAP DALAM HATI LELAKI

Ada lubang dalam hati setiap lelaki. Ia tak menyakitkan macam nanah, tak pedih macam kayap. Tapi cukup untuk buat enkau rasa tidak terisi. Setiap malam nak lena, ia buat enkau rasa lubang dalam hati semakin membesar, semakin hari makin dalam, semakin gelap.







Lubang gelap dalam hati lelaki selalu mengingatkan tentang kekecewaan terhadap diri sendiri. Bila memandang adik yg masih bersekolah menjadi liar, anak dara sendiri bunting tak berlaki, atau ibu ayah sakit tapi tak mampu nak membantu.

Betapa kecewa & malu nak memandang cermin bila mengenangkan kegagalan membimbing orang yg di bawah tanggungjawab & membahagiakan hati mereka. Rasa semacam matlamat hidup ini tak tercapai dengan sempurna, rasa hidup tak bermakna.

Lubang kosong dalam hati lelaki selalu mengingatkan tentang kegagalan melindungi keluarga dari ancaman kewangan atau maruah. Bagaimana sorotan mata orang memandang hina keluarga kita buat kita rasa sangat lemah. Tak mampu buat apa pun kerana mereka betul.

Lubang dalam hati lelaki selalu mengingatkan tentang kebangsatan masa lampau. Betapa bodohnya diri menentang orang yg mengampu tubuh satu masa dulu, dikaburi dengan rasa sudah pandai sangat menentu hala tuju sendiri.

Segala usaha selama ini bukan untuk kepuasan peribadi, cukuplah digalang ganti dengan sebaris ayat : 'ayah bangga dengan kamu', tapi sehingga sekarang masih tak dapat buat dia berkata begitu.





Lubang gelap dalam hati lelaki selalu buat rasa berharap sangat-sangat masa itu boleh berpatah balik. Nak saja tebus balik segala kekurang-ajaran itu. Nak saja berusaha sehabis daya membahagiakan & melindungi mereka. Buat apa saja untuk bentuk mereka menjadi lebih baik.

Lubang gelap dalam hati lelaki selalu bergema, kalaulah boleh berhenti dari menghukum diri sendiri macam ini. Kalaulah dapat lupakan semua kehampaan ini. Berharap dapat senyum dengan tulin bila orang tanya 'ada masalah ke ?'. Berharap supaya diri cukup kuat supaya tak menyusahkan sesiapa.





Jangan pandang rendah terhadap diri enkau.





Naluri lelaki itu kuat & berkudrat. Pertahankan naluri enkau. Apa enkau fikir enkau ada pilihan ? Enkau takde pilihan, melainkan enkau kena survive dalam dunia ini. Hidup boleh jadi nikmat, hidup juga melaknat.

Hidup tak peduli samada enkau mampu atau lemah. Hidup tak peduli dengan kekecewaan terhadap diri enkau. Hidup akan terus tekan enkau sampai enkau melutut, hentam enkau sampai termengah-mengah mengesot tak mampu berdiri lagi.

Aku mahu enkau tahu bahawa berbaloi untuk enkau bersusah payah bangkit bangun, berdiri & terus berjalan. Kesat buang arang hitam di muka enkau, biarkan pergi mati dengan lubang gelap dalam hati. Bangun & teruskan ke depan, itulah kejayaan.

Hanya yg tabah saja boleh menang, tumbuh merendang menjadi lembayung untuk semua yg tersayang.


.
Comments
10 Comments

10 ULASAN ANDA:

Faridah Mohd Tap said...

awakkkk....saya faham apa yang awak rasai..

saya bangga dengan awak, awak tabah, awak kuat...

satu hari nnt sy yakin awk akan menjadi pohon rendang yang melindungi orang-orang tersayang awak dari terik panas hidup..

Sayang awak...dah. segan dah ni

Jurnal Murahan said...

acececeh,, segan je

satu hari nanti nak berteduh bawah pohon rendang awak,

bukan bermaksud bawah ketiak awak ok ahahahhahah

Waqheh said...

lubang gelap dalam hati gua dah lama bertapak..malah makin membesar lubang itu..gua cuba palam balik tapi ia nak kekal..

Faridah Mohd Tap said...

Eeeiii..tak fikir pun mcm tu...

awk je slalu fikir kuning...hahahahaha

a.samad jaafar said...

aku antara lelaki yg terlalu kerap melakukan kesalahan dan kesilapan dalam hidup..aku selalu tewas dgn tuntutan naluri yg gila.. aku kesani ia bermula sejak aku berumur 16 tahun.. maka, aku ingin sekali kembali ke usia itu.. tapi mana mungkin...

dan jika aku berpeluang kembali ke zaman lampau..aku memilih tahun 60-an.. pop yeh-yeh bro ! hahaha..

Jurnal Murahan said...

yeop mat : perenggan pertama tu berbaur sehat & suci

mai tang perenggan ke-dua hancur hatiku ahahahahha

hanjila said...

lepas baca, aku mula lbh mengenali lelaki... (:

The Missed Calls said...

I thought becoz of smoking td..hehe....

satu rencana ilmu utk sang wanita

ORLANDO AHMAD said...

setiap yg gua buat hari2, gua cuba elak utk ulang silap2 yg dulu, tapi kadang2 terulang jugak tanpa disengajakan

a.samad jaafar said...

bila nak citer lg ni...aku datang ni yob..hihihhihi

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK