MAHU ENKAU TAHU
Selalunya ia memerlukan masa untuk tokok tambah, potong buang & disemak berulang-ulang mengikut keselesaan kepala hotak aku. Mungkin ia makan hari untuk betul-betul buat aku sendiri ketawa & angguk setuju.
Menulis ikut selera aku ni kalau boleh aku nak ikut pergerakan mood dalam sebuah lagu yg sedap. Ia ada sedikit attack, santai atau kekeliruan mungkin. Ia mesti ada klimak yg solid [sekali lagi, bukan ter-inzal maksud di sini]
Tapi memang susah untuk sampai ke tahap itu. Sebab itu M.Nasir hampir gemar ke Yun Nam haircare nak botak kepala memikir macam mana nak capai keharmonian dalam lagu dia [kenyataan ini fitnah belaka].
Aku suke memandang JurnalMurahan ni sebagai blog brader-brader yg melepak di alam siber. Penuh isu-isu sarat berbaur sampah & separa keji. Blog di mana abang-abang tough & boroi berkumpul ketawa penuh macho.
Kalau enkau rasa enkau tu macho la sangat, apa kata kalau aku tinggalkan enkau bersendirian sekejap dengan majalah Mangga atau URTV.
Bila enkau selak je tak tahan nak baca, ternyata di situ enkau sekurang-kurangnya memiliki 30% naluri bapok ahahaha
Aku mahu enkau tahu bahawa benarlah apa yg seperti prof aku cakap dulu, tak ramai orang suka menulis. Sebab menulis akan paksa enkau berfikir.
Ia sama susah dengan bermain chess. Keputusan yg kita ambil mestilah 4 5 ke depan dari orang lain, terutamanya pesaing. Nak tamatkan satu perenggan tu seolah-olah seberat mengalihkan queen untuk checkmate.
Atau aku sahaja ke yg memberat-beratkan ?
Kalau aku tak memberat-beratkan sudah tentu JurnalMurahan akan berbau seperti blog gadis-gadis yg bengang boyfriend tak angkat phone, luahan tekanan harian atau karangan khutbah jumaat silibus kerajaan.
Aku harap JurnalMurahan akan jadi sesuatu yg bermakna & berguna untuk kalian, medan terhormat tempat aku pancarkan segala tekanan & nikmat ke lubuk hikmat [sekali lagi, bukan maksud ter-inzal di sini].
.
10 ULASAN ANDA:
- ORLANDO AHMAD said...
-
style abang abang bleh tarik makwe jugak keh3
- September 17, 2011 at 2:06 AM
- a.samad jaafar said...
-
bila aku komen..aku komen dgn ikhlas..
aku suka blog enkau..gaya penulisan yg aku tak jumpa di blog lain.. bersahaja dan bijak..ada masanya tpaksa ulang baca dan berfikir utk faham idea yg enkau nak sampaikan..itu yg aku suka..
aku juga kadang2 malu ngan n3 aku..kosong ! tapi gatal jgk nak berblog hahaha.. aku nak berkawan JM wooo..
teruskan menulis bro ! aku nak gi baca n3 enkau yg lepas.. tertinggal bas pulak aku.. - September 17, 2011 at 4:44 AM
- eleanor said...
-
"blog gadis-gadis yg bengang boyfriend tak angkat phone"
terasaa mak nok!kehkeh
-peminat setia ruangan poster Mangga- - September 17, 2011 at 7:39 AM
- ankeljonni said...
-
teruskan menulis bro... huhuhu
- September 17, 2011 at 12:54 PM
- Jurnal Murahan said...
-
orlando : enkau antara abang tough tapi comel sebab bela kucing ahahha
yeop mat : hahaha blog yeop mat seakan-akan, cenggini la :
tempat orang berkumpul dengar cerita2, pencerita di tengah, pastu penonton bersila melopong khusyuk dengar ahaha best2 aku suke
eleanor : wah sentap hati mak nak ahahah
weh aku pun ade collect gamba artis2 lelaki shoot gambar dalam kolam renang weha ahaha
joni johson : hoho tenkiu2, encik gorilla takpe, ramai awek2 cun follow blog die ahahah
terima kasih pembaca2 sekelian - September 18, 2011 at 6:30 PM
- ORLANDO AHMAD said...
-
kamu powen bagus... bela kucing nampak comel? gua harap nampak hensem kah3
- September 19, 2011 at 11:28 PM
- Umie Nadhirah said...
-
perghh.. kami tetap sokong penulisan Bro.. kipidap Bro!!!
- September 21, 2011 at 8:06 AM
- Faridah Mohd Tap said...
-
hehe..saya pun terasa 'ketat' kepala minda..tu pasal lama dah tak update..hehe
tp, awk kene teruskan menulis, sebab sy suka penulisan awk..as i said, saya kan follower setia En Yeop..kui3x
:) - September 22, 2011 at 12:24 AM
- pensel kayu said...
-
gua mahu belajar bersungguh mahu jadi pemain chess seperti brader yob
- September 24, 2011 at 9:33 PM
- Jurnal Murahan said...
-
umi artokemek : oh terima kasih , terasa best awek cun beri semangat pada saya ahaha
uminye mimosa : wah, ada awek lagi cun bagi sokongan ahahahha best2
pakcaq : amboi tabuh satni, aku mana pandai main chess ahahahha - September 25, 2011 at 9:39 PM
MAHU ENKAU TAHU
- Jurnal Murahan
- Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca