"Patut ke aku kahwin dengan dia ?"
"Nak ambil jurusan apa ni ?"
"Patut ke berhenti kerja ?"
"Patut tak aku tinggal keluarga untuk cita-cita ?"
Semua orang tak nak buat keputusan untuk orang lain. Dan enkau tak boleh salahkan deme. Itu reaksi semulajadi manusia terhadap apa jua bentuk risiko.
Semua orang tak mahu menanggung risiko pilihan, kejayaan & kegagalan orang lain. Nasihat yg diminta pulak selalunya jarang atau kurang tepat dari yg kita nak, & selalunya kita tau kenyataan itu bila dah terlambat.
Sebab itu nasihat semua orang conservative & play safe.
Untuk buat keputusan terhadap orang lain, orang tu perlu betul-betul faham specific character, impian, keadaan, survivability peminta nasihat. Itu sahaja pun memakan masa lama & rumit.
Jadi, apa nak buat ?
Fahamilah diri sendiri & harungilah dunia ini dengan berani.
Ambil nasihat sebagai bekal dalam perjalanan, galas semua bekal tu, jerut kemas tali pinggang, tarik nafas dalam-dalam sampai terkemut seluar dekat bontot, pilih sendiri hala tuju enkau dan harungi dunia ni dengan berani.
Kalau enkau nak kahwin empat, kahwin. Nak kerja dekat london, kerjalah. Nak kerja lain daripada course yg diambil di universiti dulu, buatlah. Nak ambil course engineering, ambillah.
Mana-mana universiti pun belum tentu boleh jadikan enkau pelajar cemerlang, tapi enkau boleh jadi pelajar cemerlang di mana-mana universiti.
Jadi, tak kan jumpe kalau tak mencari. Kalau dalam pencarian tu banyak buat buat silap, itu bagus & sihat. Dapat kenalpasti kesalahan itu lagi membina & bermakna daripada tidak.
Dan calar balar di badan di hati, itu yg menjadikan enkau lelaki.