Salah seorang teman bilang sama aku. Semenjak langkah dia makin menaik di tempat kerja, layanan yg dia terima dari orang sekeliling semakin dingin.
Kite memang boleh kesan apa yg tersimpan di hati orang lain tanpa kita sendiri sedar. Semuanya terpancar di mata. Mata yg menyorot rasa iri hati , atau rasa dikalahkan, atau kekuasaan terancam.
Akibatnya kita mungkin jadi menyendiri, rasa sunyi dalam syak sangka dengan orang sekeliling. Cita-cita terbantut, rasa lebih baik duduk bawah macam dulu lagi bahagia.
--------------
Kita terlupa bahawasanya manusia memerlukan MASA dalam semua perkara, terutamanya bila menghadapi PERUBAHAN.
Untuk nak tinggalkan tabiat lama, buang ketagihan yg merosakkan, cuba benda/persekitaran baru, semua tu memang sangat payah awal-awal.
Untuk kita betul-betul sejati dengan perubahan tu, sehingga kita tak merasa janggal, ia memakan MASA.
Susahnye untuk kita menghadapi perubahan diri sendiri, apatah lagi menghadapi PERUBAHAN ORANG LAIN.
Mungkin dulu teman aku seorang yg biasa-biasa dikalangan mereka. Tapi akhir ni tampil sebagai orang 'lain' yg telah maju sedikit. Sudah tentu agak payah untuk mereka menyesuaikan diri pula.
Bila itu terjadi, senang untuk kita respon dengan negatif. Dari situ terpancarlah sorotan mata yg dingin tadi.
Pesan aku pada teman, dalam hidup kena ada hala tuju. Sentiasa fokus kepada apa yg kita impikan, dan jangan ambil peduli pandangan dingin sekeliling atau apa sahaja yg mengusik.
Fokus. Apa yg orang lain fikir tentang kita, itu bukan masalah kita.
Sebab dalam hidup kita tiada pilihan selain daripada berubah, berhijrah, meningkat, & mara ke depan.
Berlapang dadalah, berikan deme masa secukupnya untuk menghadapi perubahan kita ini, sebanyak mana masa yg kita perlukan untuk hadapi perubahan diri kita sendiri.
.