IOSIF


Iosif adalah orang yg lemah lembut & baik. Seawal umur 20 tahun lagi dah kena kick dari sekolah falsafah/agama kerana menyebarkan ideologi melawan kerajaan. Baik 'sangat'. Tak terhenti di situ, dia join pulak gerakan kiri Marxist.

Iosif memang power dalam bab-bab melepaskan diri apabila kerajaan buat tangkapan. Pada masa best itulah dia menggelarkan diri dia 'lelaki besi' [Stalin]. Kalau zaman sekarang dia ada, mungkin dia dah rampas nama tu dari Ironman.

Bila Stalin dah naik pangkat jadi Setiausaha Umum parti komunis [1922], Lenin [presiden] nak terajang buang Stalin sebab padanya Stalin ni kejam. Kebetulan pulak masa tu Lenin [presiden] ada jambu lain, Trotsky namenye.

Tapi pada 1924 Trotsky terpaksa berdikari sebab Lenin mampos. Kematian Lenin tu digunakan Stalin untuk mensucikan namanya dari imej kejam seperti yg dikatakan Lenin.

Tak nak forever-alone, Stalin mula cari kawan nak menentang Trotsky. Masa tulah tertubuhnya 'Troika' yg bermaksud tiga orang yg berkuasa; Stalin, Zinoviev & Kamenev. Pakatan ini berusaha untuk menjatuhkan Trotsky & balaci-balacinya.

Dah menang lawan Trotsky, Stalin acu pulak ancaman kepada friendshitForever dia Zinoviev & Kamenev. Sentap sangat. Stalin bukan sahaja khianati deme berdua, malah cilok agenda/manifesto politik deme yg best-best untuk kegunaan dia.

Dah banyak orang dia balun, dia lawan pulak sekutu dia yg lain-lain dalam parti komunis. Memang abang-long-kawasan habis. Bijak gile. Akhirnya, 1930 Stalin menjadi diktator [pemerintah berkuasa mutlak] di Rusia pada umur 50 tahun.





2012, jiran seberang jalan rumah aku selalu marah anaknya. Terpekik terlalak bukan sampai pukul 10 malam bro, sampai pukul 2 pagi. Jeritan 'bodoh!', 'menyusahkan aku!' dan 'diam la setan!' buat aku tak boleh lena. Hari-hari. 

Anak dia tak boleh melawan ape pun, yg dengar hanya tangisan tak henti sebab yg dimaki hari-hari tu hanyalah seorang budak kecik lingkungan 1-2 tahun!





Stalin pada usia tadikanya memang terseksa. Anak kepada tukang kasut, bapaknya mati masa Stalin umur 11 tahun. Deme bukan orang Rusia pun, tapi orang miskin Georgia yg berpindah ke Rusia.

Mujur bapak dia mampos awal. Sebab mengikut rekod, bapanya selalu overdose alcohol & pukul Stalin daripada kecik hari-hari. Begitulah cara Stalin dibesarkan.





Jelaslah di sini bahawa cara seseorang budak hingusan tu dibesarkan itu boleh menyebabkan impak maksima. Kalau budak tu bahlol, sekurangnya dia end-up jadi pensyarah penjenayah kecil-kecilan. Tapi kalau budak tu politically genius macam Stalin, bukan sahaja ia membahayakan orang ramai malah merisikokan masa depan negara.

[Ayat yg last tadi macam jawab exam PTD. cam doh. ]




.

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK