GADIS PERTAMA YG MENAMBAT HATIKU

Suatu masa dahulu di bangku sekolah rendah adalah seorang budak perempuan ni yg aku buat aku tertawan, gadis pertama yg mencuri perhatian ku. Baik budi pekertinye, ayu wajah-nya, bijak orang-nya.

Bila diusik rakan-rakan, dia selalu tertunduk malu lalu pura-pura main hujung tudung. Itu yg sangat mencairkan hati aku bila mukenye tersenyum tunduk, kemerah-merahan. Dia tak banyak bercakap seperti budak perempuan lain, tapi renungan matanya dah cukup menceritakan seribu perkara.

Kalau aku periksa dapat nombor 3, die mesti dapat nombor 1. Kalau aku dapat nombor 6, dia mesti dapat nombor 2. Sampai begitu sekali chemistry antara kami berdua, seolah-olah takdir memelihara kesinambungan kami agar tak saling jauh. Oh betapa perasan-nya aku hahaha

Aku gemar curi-curi memandang wajahnya, dia yg pertama mengajar aku tentang erti kejelitaan wanita. Memang aku suke tapi takdelah sampai tergila-gila sangat, biase-biase je. Budak kecik manelah tau nak cinta-cinta, aku cuma suka tengok sesuatu yg cantik - semua orang pun.

Tabiat mulut ternganga aku juga terbina pada umur itu, kerana sering terpukau dengan senyuman-nya. Kalau dia tanya aku itu ini, aku hanya tunduk segan tak mampu menjawab kerana gemuruh menentang matanya. Aku fikir even kalau dia gelojoh korek hidung depan aku-pun, dia masih kekal cantik.




Aku pasti hati enkau juga pernah dicuri oleh lelaki/perempuan yg pertama menawan hati enkau. Apa khabar die sekarang ? Mungkin sekarang dia dah kawin, atau sudah gemok beranak pinak, atau dah bergelar itu ini ? Mungkin dia juga sedang tersenyum teringatkan enkau seperti yg enkau lakukan sekarang ?




Dalam kelas kami susunan meja disusun bentuk U. Wah gembira sungguh aku saat kali pertama perubahan meja itu diumumkan kerana meja aku setentang dengan dia. Selalu bila aku dah bosan sangat tak paham apa yg cikgu ajar & ganggu kawan sebelah, mula la aku curi-curi tengok dia. Perihal itu sangat best.

Sehinggalah suatu hari kebosanan cikgu mengajar mencapai kemuncak-nya. Entah ape cikgu membebel aku pun tak faham. Aku menoleh tengok semua kawan-kawan satu persatu, semua sedang pura-pura fokus. Sehinggalah pandangan aku sampai ke wajahnya, oh! masing rupawan seperti biasa, ceist!

Walaupun dahi die berkerut beri perhatian pada bebelan guru, tapi masih nampak sangat menyenang-kan dengan bibir, mata & hidung seorang jelitawan sebegitu. Sesekali mulut-nya muncung dan hidung-nya bergerak-gerak sedikit, mungkin sedang menahan gatal, itupun masih nampak sangat cantik.

Sedang aku menongkat dagu, mata kuyu di awangan dirasuk rupawan-nya,tiba-tiba aku tengok mata dia liar pandang sekeliling. Gayanya seolah-olah tengah usha lain clear ke tak. Pandangan-nya memeriksa dengan penuh hati-hati memastikan tiada orang sedang memerhatikannya. Serta merta aku pura-pura garu kepala.

Kemudian dia hunuskan jari telunjuk. Nak buat ape dia ni, nak angkat tangan nak tanye soalan ke ? Nak buat simbol 1Malaysia ke ? Mata dia semakin liar pandang kiri kanan, ligat meninjau keadaan sekeliling. Kemudian, jari telunjuk dia perlahan menuju ke wajah, nak gosok mata gatal ke?

Jari telunjuk tu kemudian dimasukkan di dalam lubang hidung kiri, dikorek-korek. Kuyu mata dia layan menggali, dibenam makin ke dalam mencari sesuatu yg tak pasti. Sebelah lubang hidung lagi satu kembang kempis, sambil tangan yg mengorek gelojoh meneroka. Bibirnya diketap gigi berulang-ulang.




Ceist!!! Pada masa tu mata aku terbeliak, apa kejadah-nya semua ini! melopong aku tak percaya apa yg sedang berlaku, inikah realiti?

Kemudian dah dapat hasil galian, setengah dicalit-nye pulak ke kaki meja kelas. Setengah lagi dijentik hilang entah kemana. Kemudian dia gosok-gosok jari tu mengentel cuci, selamba katak aje muke dia buat tak tahu.

Aku bagaikan agar-agar yg di dalam kereta hilux yg sedang mendaki bukit. Punye geli geleman la badan aku, tekak meloya tak terkira. Nafas aku sedikit kencang akibat tekanan menyaksikan sesuatu yg begitu...argh! Bila dia menjentik-kan hasil galian-nya setelah selesai, pandangan aku jatuh separa pitam.

Pada masa itu aku hanya mahu berlari deras menuju ke pantai, lalu melutut mengengam kepala menjerit semahunya. Biarlah rembasan ombak mem-bedal tubuh-ku dengan ganas, asal kegelian nak termuntah ini hanyut di bawa pergi. Biarlah pasir pantai masuk membutakan mata aku, agar aku tak berpeluang menyaksikan perkara itu lagi. 

Aaaaarrrghhhhh! mengelenyo!




Seminggu selepas itu aku masih terjelepuk bingung, fikiran sering melayang kosong. Aku sangat terkesan, kesan menyaksikan perkara itu sangat berkesan. Tak payah bagi tau, aku tau perkataan 'kesan' itu berulang. Kerana sehingga hari ini ingatan itu sering buat aku jatuh bodoh dan hilang punca.




Pelajaran hari ini:

1. Perilaku mengorek hidung sangatlah disaster kerana ia bisa meruntuhkan kecantikan enkau.
2. Namun, kalau enkau ingin melumpuh-kan minat seseorang terhadap enkau, gunakan ia sebagai senjata.
3. Tambahan pula, jika ingin mencederakan kejernihan minda seseorang yg enkau tak suka, gunakan-lah ia juga sebagai senjata.




Aku fikir mungkin dia juga teringatkan aku sekarang sambil mengorek hidung...hmmm...




.

THE DUDE WHO LOST HIS PANTS

Enkau seorang mamat yg berwajah Korea. Setiap kali enkau memandang mamat bewajah combi mamu pineng enkau rase nak terajang dua belah kaki sebab tersangat tak korea-lah wajah anak mami itu. Oleh kerana seluar adalah antara aset utama dalam fesyen, enkau pentingkan seluar yg fancy, modern & se-Kpop mungkin. Justeru, bila terpandang mamu penang yg berseluar jeans cabuk, tersangat sentap-lah hati enkau.

Tapi, macamana kalau tengah-tengah jalan dekat Midvalley atau tempat-tempat yg sooo korea, tiba-tiba seluar branded yg enkau SEDANG pakai itu di-pau samseng atau di-curik makcik cleaner mase enkau sangkut seluar di tandas awam?

Jadilah enkau lelaki yg hilang seluarnya. Pada masa itu apa yg enkau perlukan hanyalah secebis kain, tak kiralah murahan ataupun cebisan, yg penting dapat menutup kemaluan enkau, menjaga MARUAH enkau.





Enkau seorang bapok yg kekwat sangat. Bila terpandang bapok-bapok yg berlengan besar, enkau rase nak lempang kerana hal itu sangatlah tak bapok. Masa malam minggu geng-geng bapok, enkau hanya pilih bapok-bapok yg cun-cun aje untuk dijadikan member. Yg berbulu kaki, lengan berketul dan muke jantan enkau kick buang dari group. Bapok yg shave misai tak cukup licin, enkau terajang terus dekat misai dia.

Tapi, macamana kalau tiba-tiba pembedahan buang telur & cucuk ubat buah dada enkau gagal, dan buat enkau terlantar di hospital berbulan-bulan? Kaum keluarga sudah tentu awal-awal lagi buang enkau, apatah lagi kawan. Meranalah enkau seorang diri tanpa saudara tanpa simpati.

Jadilah enkau lelaki yg hilang teman-nya. Pada masa itu apa yg enkau perlukan hanyalah teman untuk berbicara, berkongsi sakit derita. Tak kiralah walaupun dia bapok yg berwajah jantan yg diterajang dulu, bapok huduh macam-manapun, siapa-siapa pun pasti memadai, asalkan enkau tak MENYENDIRI.





Enkau seorang yg berpengaruh besar. Enkau ada kuasa, ada harta. Mungkin kerana downline MLM bawah enkau ade ribu-ribu orang, atau enkau masuk PTD jadi ketua-ketua jabatan, atau jadi YB melabon sane sini. Di kepala nama enkau mungkin ada Tan Sri, Prof atau Tunku. Dengan kuasa itu enkau boleh dapatkan segala keperluan, cekaro cun-cun, dan banglo segedabak mungkin.

Tapi, macamana kalau satu hari enkau mula sedar yg enkau dah kena buasir? Enkau masuk jamban, tanggung perit sejam, kemudian keluar jamban terbaring tahan perit lagi 2 jam. Nak nak pulak kena berdiri lame-lame bagi syarahan melabon depan rakyat, mau makin jahanam jubor enkau.

Jadilah enkau lelaki yg hilang kekuatan jubor-nya. Pada masa itu enkau sedar bahawa tak ada yg lebih penting daripada kesihatan tubuh badan, yg tak boleh dijual beli. Enkau sedar biarlah hidup sekadar memadai, asalkan KESEHATAN badan tak jadi galang ganti.





Manusia normal selalu mengabaikan apa yg paling mustahak. Selalunya ia dikaburi dengan budaya sekeliling dan kehendak yg tak perlu. Jika seseorang itu jelas tentang perbezaan antara keperluan dan pelengkap, sudah pasti kita lebih menghargai mana yg lebih bernilai.

Makanan, pakaian, dan tempat tinggal adalah keperluan atau asas hidup. Dan ketahuilah bahawa kesehatan, teman yg setia, maruah dan matlamat hidup adalah penerus kelangsungan hidup ini.



Selamat mengenalpasti & menghargai apa yg paling bernilai di sisi enkau.



.

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK