IOSIF


Iosif adalah orang yg lemah lembut & baik. Seawal umur 20 tahun lagi dah kena kick dari sekolah falsafah/agama kerana menyebarkan ideologi melawan kerajaan. Baik 'sangat'. Tak terhenti di situ, dia join pulak gerakan kiri Marxist.

Iosif memang power dalam bab-bab melepaskan diri apabila kerajaan buat tangkapan. Pada masa best itulah dia menggelarkan diri dia 'lelaki besi' [Stalin]. Kalau zaman sekarang dia ada, mungkin dia dah rampas nama tu dari Ironman.

Bila Stalin dah naik pangkat jadi Setiausaha Umum parti komunis [1922], Lenin [presiden] nak terajang buang Stalin sebab padanya Stalin ni kejam. Kebetulan pulak masa tu Lenin [presiden] ada jambu lain, Trotsky namenye.

Tapi pada 1924 Trotsky terpaksa berdikari sebab Lenin mampos. Kematian Lenin tu digunakan Stalin untuk mensucikan namanya dari imej kejam seperti yg dikatakan Lenin.

Tak nak forever-alone, Stalin mula cari kawan nak menentang Trotsky. Masa tulah tertubuhnya 'Troika' yg bermaksud tiga orang yg berkuasa; Stalin, Zinoviev & Kamenev. Pakatan ini berusaha untuk menjatuhkan Trotsky & balaci-balacinya.

Dah menang lawan Trotsky, Stalin acu pulak ancaman kepada friendshitForever dia Zinoviev & Kamenev. Sentap sangat. Stalin bukan sahaja khianati deme berdua, malah cilok agenda/manifesto politik deme yg best-best untuk kegunaan dia.

Dah banyak orang dia balun, dia lawan pulak sekutu dia yg lain-lain dalam parti komunis. Memang abang-long-kawasan habis. Bijak gile. Akhirnya, 1930 Stalin menjadi diktator [pemerintah berkuasa mutlak] di Rusia pada umur 50 tahun.





2012, jiran seberang jalan rumah aku selalu marah anaknya. Terpekik terlalak bukan sampai pukul 10 malam bro, sampai pukul 2 pagi. Jeritan 'bodoh!', 'menyusahkan aku!' dan 'diam la setan!' buat aku tak boleh lena. Hari-hari. 

Anak dia tak boleh melawan ape pun, yg dengar hanya tangisan tak henti sebab yg dimaki hari-hari tu hanyalah seorang budak kecik lingkungan 1-2 tahun!





Stalin pada usia tadikanya memang terseksa. Anak kepada tukang kasut, bapaknya mati masa Stalin umur 11 tahun. Deme bukan orang Rusia pun, tapi orang miskin Georgia yg berpindah ke Rusia.

Mujur bapak dia mampos awal. Sebab mengikut rekod, bapanya selalu overdose alcohol & pukul Stalin daripada kecik hari-hari. Begitulah cara Stalin dibesarkan.





Jelaslah di sini bahawa cara seseorang budak hingusan tu dibesarkan itu boleh menyebabkan impak maksima. Kalau budak tu bahlol, sekurangnya dia end-up jadi pensyarah penjenayah kecil-kecilan. Tapi kalau budak tu politically genius macam Stalin, bukan sahaja ia membahayakan orang ramai malah merisikokan masa depan negara.

[Ayat yg last tadi macam jawab exam PTD. cam doh. ]




.
Comments
9 Comments

9 ULASAN ANDA:

eleanor said...

awesome! unsur sejarah + psychology merged together. Keep it up! =)

Jurnal Murahan said...

mulenye aku nak buat sejarah + dangdut, tapi gagal mencari harmoninya ahahahaa

ankeljonni said...

wah... buruk perangai ah jiran ko tu... huhuhuhuhu

Jurnal Murahan said...

ha tulah, dilema duduk kl ni ahaha klu duduk kampung jiran tak nampak selalu mengaji, dengar orang nyembang & bau kari haaaaa

Faridah Mohd Tap said...

Kasihannya anak kecil tu..inilah yang awak pernah ngadu dulu..

Kawan sy yang peguam pernah cerita fenomena anak2 rumah flat..

dahlah dipaksa dan terpaksa berdikari sebelum umurnya, kes sosial juga meningkat di flat walupun kanak2..

minta jauhlah dari semua itu..kesian anak2..

En Hamzah, ingat ya!! jadi bapa mitahli @ suami soleh, jangan marah @tengking anak2 dan uminye dpn2 nnt..hahahahah

Jurnal Murahan said...

ehem, segan je ehehehe

zalizalu said...

kagung aku dengan penulisan kali ni...

insan marhaen said...

harap anak IM yang ke3 ni tak jadi macam dia..

Unknown said...

yob.aku nengok crita "the boy in stryped pajamas" deme2 tu memang dari kecik kena tarbiah naa

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK