IMPIAN

1] Aku ada impian. Sehinggalah umur aku sekian-sekian, aku dah hafiz al-quran dan solat sharp on time. Supaya mati beroleh rahmat dan buleh syafaatkan orang lain. Untuk itu aku mesti hafal quran setiap hari

2] Aku ada impian. Aku nak jadi skateboarder terbaik untuk diri sendiri. Setiap hari aku belatih. Injured pun main jugak. Tergeliat pun practice jugak.

3] Aku ada impian. Aku nak bentuk sikap baru. Aku nak jadi lebih tenang, tak mengelabah ayam macam selalu. Aku nak jadi lebih bijak, tak pelupa bengap macam selalu. Untuk itu aku peruntukkan tabiat tarik nafas dalam [supaya bertenang] dan baca buku setiap hari.

4] Aku ada impian. Aku nak jadi pemuzik paling terbaik. Aku nak lagu yg aku cipta mampu merubah emosi dan sikap orang, bantu orang menjadi lebih baik. Untuk itu aku mesti belatih gitar setiap hari.

5] Aku ada impian. Aku nak jadi graphic designer paling dahsyat. Aku nak cipta poster dan raster art paling cantik. Untuk itu aku mesti belatih photoshop & illustrator setiap hari.

6] Aku ada impian. Aku nak power macam Bruce Lee, stamina macam Bruce Lee, cutting macam Bruce Lee. Untuk itu aku berusaha disiplinkan lari setiap hari, sit-up sampai sakit perut.

7] Aku ada impian. Aku nak jadi pelukis potret pensil paling dahsyat. Aku nak lukis muke sume orang yg penting, yg aku suke. Untuk itu, aku mesti belatih setiap hari lukis satu muke.

8] Aku ada impian. Lepas dah pandai main gitar, aku nak main snare pulak. Aku pun belatih setiap hari, tapi alamak latihan dia sangat bosan...

9] Aku ada impian. Aku nak menulis. Aku menulis tentang dunia, tentang kehidupan. Supaya aku dapat membantu suluhkan sikit perjalanan orang-orang. Untuk itu aku rangka blog, & usaha ilmiahkan tulisan.

10] Aku ada impian. Aku nak merubah bangsaku. Melihat rempit,sumbang mahram, bergaduh berbunuh, aku sedih. Untuk itu aku berusaha merubah diri sendiri, setiap hari cuba untuk lebih berdisiplin dan berilmu.

Aku ada impian, dan belambak-lambak lagi impian


-7517
Dahsyatla adik aku, mude-mude dah ade Doctor

Pada umur 24 tahun, hanya 2 dari belambak-belambak impian aku yg tercapai. For shame...

Pada umur 24 tahun, aku terhantuk dan tersedar, impian yg banyak sebenarnya buat aku tak mampu berlatihan atau praktis semua DALAM SEHARI. Tak cukup masa untuk semua itu. Akhirnya yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran.

Pada umur 24 tahun, aku rasa agak terlewat untuk sedar kepentingan FOKUS kepada satu usaha. Fokus kepada satu, bila dah power, baru masuk hala lain.

Pada umur 24 tahun, aku rasa agak terlewat untuk sedar bahawa kita bukanlah apa yg kita idamkan, fikirkan, angankan, tapi apa yg kita buat sehari-hari.



Pada umur 24 tahun, aku pandang muke di cermin "it's ok dude, do not stop dreaming, do not stop chasing, I wish you best of luck!"

Lepas tu aku rasa macam mamat dekat cermin tu mula tersenyum...



.

KEMATANGAN

Satu malam aku duduk dan fikir, definisi kematangan. Matang dalam perhubungan sesama manusia. Tak kira la dengan bos ke, kenkawan ke, pasangan ke.
Aku amik paper dan rangka beberapa ceklist.

Mungkin ini membantu:


-0961-2
Jalan-jalan kehidupan [picture taken at sentul park]




1] Jangan harap pasangan / orang lain berubah. BELAJAR menerima dan macam mana nak hidup dengan dia. Kalau tak buleh itu, blah cari orang lain.


2] Jangan jauhi pergaduhan atau salah faham. Hanya kerana nak jaga hati, enkau makan hati. Itu tak baik untuk jangka masa panjang.


Bersemuka dengan masalah bersama, bincang dan capai solusi tanpa libatkan segala bentuk emosi pada masa tu. Pastikan perbincangan berasaskan pemahaman dan rasional sahaja, bukan respon emosi seperti marah, merajuk, sayang, happy dan sebagainya.


3] Bertanggungjawab terhadap kebahagiaan enkau. Jangan harap ibu ayah/ pakwe makwe/ orang lain akan tolong fikirkan tentang tu untuk enkau.


4] Belajar kuasai emosi sendiri. Enkau bertanggungjawab terhadap emosi enkau, dan jangan biarkan orang lain yg kontrol emosi enkau.


Walaupun yg kontrol emosi itu adalah pengalaman buruk lepas, jangan benarkan ia kuasai enkau pada masa sekarang.


5] Buang perasaan untuk selalu betul. Mengaku salah untuk kebodohan kecil tanda enkau mahu belajar dan sentiasa tumbuh matang.


6] Bagi pendapat yg TAK menunjukkan dia salah dan enkau betul. Kalau masih nak tunjuk yg dia tak best dan enkau best, walaupun bagi-tahu dengan sopan & lemah lembut, itu masih tetap tak best.


Kerana semua orang boleh berfikir sendiri, dan perlukan masa untuk berubah. Jadilah neutral dalam pendapat enkau.








Ternyata ceklist aku menunjukkan aku masih belum matang...hampeh




.

RINGKASAN APPROACH

Aku fikir balik cane nak ringkaskan semua jurnal tentang approach dan seumpamanya, sebab banyak sangat. Akhirnya kita mengelabah ayam bila in-action dan lupe semua. Untuk itu aku dah ringkaskan kepada yg perlu dan terpaling kick-ass sahaja. Ini di susun mengikut TURUTAN. Harap ini berhasil dekat enkau:

1] Jangan tenung. Memang dia cun / hensem, tapi relaxla, jangan tunjuk enkau minat. Sebaliknya, keep eye contact selama 3 saat lebih kurang dan pandang bahagian lain, aku pilih dagu atau mulut. Sebab gerak mulut kalau tengah bercakap selalu nampak kelakar.


2] Senyum dan hanguk ke depan. Senyum yg sederhana [bukan extra lebar sampai telinga] sangat penting walaupun nampak macam remeh. Untuk perempuan, seriously, enkau kena berani untuk senyum.


3] Bukak dada dan kedepan sikit badan enkau. Tu tanda enkau yakin, friendly dan fikiran clear. kuak bahu dan kepam ketiak, kalau tak kantoi ketiak enkau basah.



-5105
Tempat belajar lame, tinggal kenangan...

4] Jangan biar mate enkau melarat ke tempat lain di tubuh orang tu. Save tu untuk kemudian. Ini pem-bunuh momentum approach enkau paling berkesan. Kalau desperate sangat, jangan sampai terkantoi.


5] Cakap sikit sahaja dengan tenang dan kuat sikit. Cakap sikit sahaja dengan bagi soalan yg meng-hala dia buat huraian. Kalau dia pasif, baru soal dan cerita banyak [sebab kita kene buat banyak lawak].


Kebanyakan orang lebih rapat bila banyak bercerita tentang dirinya kepada orang tu. Itu matlamat enkau, bukan bebel-bebel pasal diri enkau. Biar dia cerita dan pastikan enkau yg banyak mendengar.



6] Bagi pujian yg JUJUR, bukan pujian yg menjilat bontot. Walaupun tentang benda kecik seperti gigi kapak dia yg enkau suke. Ingat, perempuan sangat hargai perkara kecil, itu cara deme berfikir. Jadi, identify perkara kecil dan hargai perkara kecil tu.

Untuk perempuan pun same jugak. Tapi bagi pujian yg men-konfomkan kekuasaan, maskulin dan dominansi dia. "wah tough gile enkau" atau "enkau hensem" adalah picisan. Tapi gune ni, "wah buleh tahan eh enkau, aku tengok laki lain semua tak buleh buat bende tu" mesti die terkemut-kemut rasa best.


Kalau enkau buleh kontrol dia dari awal, enkau londeh seluar dia pastu terajang je bontot mamat tu cari orang lain. Sebab dia akan susahkan hidup enkau masa depan nanti.


Itu sahaja untuk approach. Remeh tapi berkesan dan terbukti di ladang.



Goodluck

.

PEMOTONGAN

Jurnal kali ini tentang kucing aku sahaja..



Rumah aku ada kucing. Jantan dan betina, yeop dan yong namenye. Yang jantan-nye yeop. Dema kecik lagi, adela dalam setahun. Aku tak minat bela kucing, bapak aku la beria suke sangat kucing, ntah ape bende yg best aku pun tak tau.

Yeop ni aku rasa nak hentak je tiap-tiap hari. Sebab dia ada satu tabiat - hyperaktif & suke potong jalan aku.

Asal aku jalan je, yeop datang pintas kaki depan aku, macam kereta lepas potong enkau, terus cilok masuk lorong tak bagi signal.

Sakit hati beb, mane aku jalan mesti dia potong. Segala hormon hyperaktif dia tiap hari habis dekat potong jalan aku je. Aku sampai susah nak jalan takut terpijak.

Pulak tu tengah malam suke naik katil aku himpit tido sekali. Terkejut beruk aku malam tu, apebende gesel-gesel ingat hantu ke ape. Pang aku ter-tampar, terus dia tido kat sofa.

Satu hari aku tengah dok hati-hati jalan tu takut tiba-tiba dia potong jalan aku. Elok aku jalan je, tup dia potong tak bagi signal, dah terpijak.

Terjenket-jenket dia sebab aku pijak kaki dia, kuat pulak tu. Dah aku rasa kesian pulak. Tapi dalam hati best jugak rase SIKIT, padan muke enkau ahahaha tu la, tegedik-gedik lagi.

Satu hari yeop jatuh sakit. Makan tak nak, tak aktif dah. Duduk tersadai, terbaring sepanjang hari.

Akupun rasa lapang la sikit, sebab tak de dah kucing nak kacau aku jalan. Aku pun jalan dengan tenang berlari riang dalam rumah.



-0184-2
Aku dan saudara izwan misai. Agak bestpren



Tapi lama-lama, aku rindu pulak potong-potong tu. Rindu pulak hyperaktif dia main kat kaki. Akupun mula risau, bila la nak baik kucing ni.

2 hari, 3 hari, tak baik-baik lagi..

Aishhh mengelabah ayam aku jadi. Kucing ni nak mati ke. Alamak aku tak boleh handle stress kalau dia mati gini.

Tapi atas nasihat orang lama, aku mandikan kucing tu. Deme cakap buleh sembuh. Akupun mandikan dia dengan, haishhh lain sikit la perasaan dan gayanya - mandikan dia dengan harapan tinggi semoga dia cepat sembuh.

Esok tu dia semakin sehat dan terus sehat, meng-gila balik potong jalan aku. Aku happy pulak, tak marah dah, siap main aci ligan pulak dengan dia.

Malam tu dia naik tilam tidor kat kaki. Terkejut beruk aku, tapi aku tak lempang macam dulu, malah tarik dia letak kat perut, kasi haba sikit.

Pastu aku rasa tenang...





Jelaslah di sini kadang-kadang aku sangat emo dengan kucingku.



.


LAWAK CELAKA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
guru gitar ku, saudari muis al-palat



Amaran tegas : Adik-adik jangan meniru lagak celaka begini ye. Jangan jangan jangan, abang babap nanti.



Cerita satu


Masa aku sekolah rendah dulu kami sangat alim. Habis je merayau dekat sawah padi tengah hari rembang, kami singah surau solat. Setiap hari kami berebut-rebut nak azan di surau. Selalunya waktu asar sebab masa tu orang tak ramai sangat di surau dan selepas sekolah.

Macam biase aku dengan geng-geng aku kelam kabut pasang mice dan on amplifier bila nak dekat masuk waktu. Sambil-sambil tu bertekak siapa patut azan. Tapi pada minggu tu nasib aku baik sebab berjaya memonopoli carta tok bilal asar. Member aku yg lain dah rasa tak best sebab asyik-asyik aku je.

Petang tu, elok aku dah standby depan mic deme tolak-tolak aku. Rusdi namanya, arwah dah pun. Ha amik la takpe kome pulak azan, bukan ape bagus bekerjasama dalam surau. Baik kan aku ahaha

Bengkek punya pasal, aku lari keluar pegi ke tingkap surau. Tingkap surau tu pulak betul-betul mengadap Rusdi tengah azan. Hahaha ni lah peluang aku.

Tengah-tengah baik punya dia layan alun azan aku bantai buat lawak bodo kat tingkap tu. Buatla tarik-tarik bibir, hidung kembang, beruk mak ye, korek hidung sambil korek telinge ape sume. Tapi arwah Rusdi dahsyat, tengah azan pejam mata tak nak tengok aku, tekemut-kemut tahan gelak.

Tapi apa nak buat, dekat last-last tu..

"ALLAHU AKBAR ALLAHUU... HA HA HA HAHA HA WEI PA HANG NI KACAU AKU"

Ketawa arwah Rusdi tengah azan satu kampung dengar. Adoi aku beguling-guling atas tanah ketawa. 2 3 hari jugak la isu 'azan main-main anak sape la punye kerja ni' riuh di kampung. 2 3 hari jugak la jadi bahan arwah Rusdi ahahaha

Arwah Rusdi ade jugak buat serangan balas tapi seringkali gagal.





Cerita dua


2] Adik beradik aku ramai jugak 8 orang semua. Tapi kecik-kecik dulu yg paling aku bebulu dengan nombor 2, bawah aku. Buleh kate hari-hari melawak pastu berakhir dengan pergaduhan.

Tapi satu hari tu minda kreatif aku membangun. Tu pun sebab aku desperate sangat sebab mak aku dah banned lawak aci kentut kat muke. Mak aku bilang 'apa ni kentut kat muka dengan adik beradik. Sapa buat kentut kat muka lagi umi akan.. ha hampa tau la'

Aci kentut kat muke tu aku yg pelopori dulu, pastu adik aku cipta jentik ludah ke muke pulak. Care die senang aje, enkau keluarkan air liur sikit kat bibir, pastu kaut dengan jari. Pastu ko jentik macam peluru.

Asal aku paling muke je kat dia, sampai la peluru air liur kat dahi. Asal dia pulak paling muka tengah duduk atau tidur aku pulak bantai kentut kat mulut dia ahaha

adoi jap, sambung gelak ahahahaha

baik punyaaaaaa

Jadi macam biasa sampai waktu sembahyang kami pun sembahyang atas rumah. Aku semayang awal dulu sebab aku baik. Aku tunggu je adik aku semayang pulak kat tepi sejadah sambil pura-pura zikir ahahaha

Dia start je takbir ratul ihram aku pun buat lawak tepi dia. Buat la macam-macam merapu - berenang meniarap macam dugong, pakai spender kat muke, berenang baring, jadi badut ape sume.

Adoi muke die time tu pejam mate rapat, bibir ketap tekemut-kemut tahan gelak. Adoi lagi suke aku buat. Tapi bagusla dia tak gelak kuat, gelak sikit-sikit je, memang kebal betul.

Menyampah aku dia tak gelak kuat. Sampai tahiyat akhir je, elok die paling muke ke kiri bagi salam, BOM BOM BOM sampai la berdas-berdas bom kentut kat mulut dia.
Masa tu dia tak tahan gelak dah. ahahaha berjaya


Tapi tu dulu la, kenangan masa kecik-kecik. Sekarang dah tue-tue ni, haihhhh...

* alfatihah untuk arwah Rusdi b. Saidin. Semoga beliau dicucuri rahmat di sana

EMOSI

-7520
tahniah la adik aku, kecik-kecik dah pandai ahahah




Emosi mempengaruhi keputusan, dan emosi seterusnya. Aku akan explain melalui contoh-contoh real-life:


Emosi 'sebelum' mempengaruhi pengalaman selepasnya.

katakan anak enkau merengek-rengek nak pergi main jongkang jongkit. Sedangkan enkau memang dah bajet kalau ikut sekali, mesti bosan gile tunggu die main situ. Baik enkau pegi main bola lagi best.

Untuk membuat dia tak suke / seronok bermain jongkang-jongkit, setiap kali dia nak pergi main - enkau kena calarkan emosinya dulu.
Cilok dan sorokkan anak patung dia, bagi dia tengok cerita hantu, atau bagi dia bergaduh dengan adik dia.

Ini perlu supaya bila dia pergi main jongkang-jongkit selepas tu, dia tak berasa seronok sangat - kerana emosi terdahulu mempengaruhi emosi selepasnya, bergantung kepada besar kecilnya pengaruh emosi terdahulu.

Lama kelamaan dia tak main jongkang-jongkit dah sebab, dia dah 'ter-biasa' bahawa bila main mende tu je tak seronok mana [kesan emosi sedih/marah nya terbawa-bawa & merosakkan mood happy jongkang-jongkit]


Emosi buruk membuatkan kita buat apa sahaja untuk melenyapkan perasaan buruk itu.

Katakan enkau dengan bini enkau bersetuju nak beli mesin alat senaman.
Bini enkau nak beli mesin senaman joging yg cap ayam aje. Tapi enkau nak eksen lari jauh, jadi enkau nak mesin joging takasima F1 tu. Sedangkan enkau tau takasima mahal dan cap ayam murah.

Macamana nak pengaruh bini enkau beli yg mahal? Mesti die tanak kan. Perempuan kan cermat

Gugat emosi bini enkau. Fokus dekat kesedihan. Cerita apa sahaja yg sedih. Tengok je drama rosham nor & pauziah nawi 'pondok buruk' tu, mesti sedih. Atau tunjuk gamba nenek-nenek, pastu 'kite ni kalau dah tua habis hilang kecantikan semua'

Sebelum emosinya kembali normal, cepat-cepat bawak dia pergi kedai alat senaman. Percayalah, dia akan belasah beli Takasima jugak.

Perempuan akan melenyapkan kesedihan melalui shopping [walaupun orang tu bukan kaki shopping, dia akan lebih puas / terisi emosi selepas shopping].
Maka peluang untuk dia tidak menghiraukan jurang harga antara cap ayam vs takasima F1 adalah tinggi.


Emosi mengelirukan kita tentang nilai sebenar sesuatu.

Katakan enkau nak jual color pencil enkau pada harga 10 ringgit. Sedangkan member enkau tu [yg enkau nak jual tu] ada RM20.Sekarang enkau tak buleh naikkan harga, dan tak boleh jual 2 set color pencil sebab enkau takde stok.

Macam mana nak ganti tak cukup lagi RM10 supaya dia tetap beli dengan harga RM20?

Mula pengaruhi emosinya dengan bagi dia happy. Bilang enkau akan bagi extra 5 batang pen [yg tak sampai harga RM10 pun]. Tapi sebelum tu, kuatkan lagi emosi happy dia dengan betapa terhutang budinya enkau dekat dia sebab dia pernah bantu enkau dulu.

"Jadi amikla extra 5 batang pen [pen cap ayam je pun] dengan color pencil ni, tanda aku ganti balik jasa enkau dulu. Terima kasih bantu aku dulu"
Terharu, dia akan beli pada harga RM 20.


****


Selalu-lah kenal pasti emosi kita sebelum membuat keputusan. Amik masa dahulu, kenal pasti keadaan emosi kita sebelum respon terhadap apa-apa pun.

Jika perlu, bawa selalu kalkulator dalam poket masa beli barang supaya kita SENTIASA jelas perbezaan harga, bukan terpengaruh dengan perasaan 'nak jugak' pada harga tinggi.

Walaupun pada masa tu enkau rase enkau rasional dan tak-kan dipengaruhi emosi, berwuduk dan duduklah dengan tenang sebelum buat apa-apa keputusan muktamad atau rundingan. Bayangkan cawan yg kosong, KOSONGKAN FIKIRAN dahulu dari segala takut, rugi, akibat dan sebagainya.

Supaya kita bertindak atas rational dan tidak di-manipulasi keadaan atau orang lain.

BUAH

Minah datang dari keluarga yg bermoral. Ibu bapa-nya orang baik-baik, minah orang baik-baik. Mendapat didikan moral dan tatasusila, minah tau macam mana menghormati manusia, tau adab sopan dan batas sempadan kemanusiaan.

Tapi minah jahil agama. Ibu bapanya tak kesah solat, minah tak kesah aurat. Hukum hakam sama sahaja dengan moral. Tapi minah tak pernah mengasari orang lain, malah sering membantu. Minah buat semua amal murni atas batas logik, moral dan kemanusiaan. Bagi minah, asal hati baik, buat baik sesama manusia, hidup ini pasti bermakna.

Munah datang dari keluarga yg beragama. Ibu bapa-nya orang bertakwa, munah pula ikut semua tuntutan agama. Mendapat didikan syariat dan hukum hakam secukupnya, munah tau macam mana menjalankan ibadah menurut fiqah, tau kewajipan menutup aurat dan sunat makruh.

Tapi suatu hari, minah marahkan munah. Minah berang munah mengumpatnya tak pakai tudung, tak disiplin solat. Minah kecewa dengan munah, nampak aje kuat agama, tapi mengumpat. Baik bukak aje tudung tu, buat malu orang bertudung aje.

-1473
Memancing di tasik kenyir. Beria je lebih haram tak dapat

Munah memang mengumpat minah. Munah rasa sedikit kecewa melihat gadis melayu islam tidak menutup aurat, tak menjage sembahyang. Islam ape ke bende nye. Memang la minah baik, tapi jahil. Nak buat apa.

Lalu asmara keliru [asmara adalah watak tiba-tiba]. Siapa yg betul? adakah berilmu agama tapi mulut jahat lebih baik? atau adakah bermoral tapi jahil lebih baik?.

apesal budak sekolah agame sesetengah tu perangai ntah ape-ape. Ada ilmu agama tapi akhlak cam haram. Macam tu baik tak payah sekolah agama.
Kalau dah beragama mesti hati baik, mestilah agama pada dirinya membentuk hati yg baik. Bukan jijik memandang manusia jahil lain. Ini yang tak tau agama pulak lagi elok perangai. Apa guna agama? [kata asmara]

............

Syariat itu umpama pokok. Hukum hakam, kewajipan, sunat wajib dan lain-lain, semuanya umpama akar, dahan, daun dan ranting. Tanpa salah satunya, tak kan ada pokok, tak kan menjadi pokok.

Hakikat adalah segala sifat-sifat terpuji, hasil dari hati yg bersih. Hakikat itu umpama buah. Buah adalah hasil dari pokok. Tak kan sempurna buah jika salah satu bahagian pokok yg tak baik.

Tak manis buah jika hampir keseluruhan daun dimakan ulat.

Matlamat hidup pokok adalah mengeluarkan buah yg baik, manis, sempurna, supaya dapat berjasa pada semua. Kerana, itulah tujuan adanya pokok berbuah, supaya ia boleh berbuah.

Soalnya - tanpa akar, batang dan daun yang baik, TAK kan menjadi pokok yg sempurna. Tapi kalau takde pokok, JANGAN HARAP nak ada buah. Kalau ada pokok dan berbuah pun, belum tentu lagi manis.

jadi pokok atau buah?

Berlapang dada-lah, kerana walaupun sudah ber-pokok, belum tentu boleh mengeluarkan buah. Jadilah pokok dan sentiasa-lah berusaha mengeluarkan buah yg terbaik.


MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK