UNTUK APA YG BERBALOI

Orang-orang rumah kerja keras belajar memasak untuk dihormati keluarga suami. Gadis-gadis seksa ber-jogging untuk masuk dalam geng-geng cantik.

Mamat-mamat paksa diri belajar merokok untuk berkawan. Mat jambang jemu mencukur jambang setiap hari supaya tak di kritik. Ada yg bosan tapi terpaksa tonton filem korea supaya nampak sweet & up-to-date.

Bila semua orang 'like' status Facebook yg bangang adakah enkau akan turut 'like' supaya enkau rasa tak ketinggalan ? Bila semua keluarkan I-phone & Android dari poket adakah enkau tergugat untuk beli Blackberry ?





Manusia akan buat apa sahaja untuk di-terima.





Aku mahu enkau tahu bahawa, badan enkau tak perlu besar untuk menyusahkan orang lain. Cukuplah sebesar nyamuk, menyengat bawah meja office enkau bikin sengsara sepanjang hari.

Pengorbanan enkau tak perlu besar untuk di-terima masuk dengan orang lain, cukuplah keunikan & keyakinan buat enkau senang dengan diri sendiri.





Bila memandu enkau tak mudah naik angin & masam muka, itu tanda emosi enkau sudah matang. Bila tengah bergelak-kuat tonton MaharajaLawak, tiba-tiba enkau diam bisu ter-sedar diri sudah tenggelam terlampau dalam dalam hiburan. Bila buat keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur, enkau sudah boleh menduga di masa depan nanti anak-anak enkau mesti kecil-kecil dah obesity.





Aku mahu fikiran yg macam itu. Fikiran yg unik, menongkah arus, matang, sedar & mampu menduga.





Tapi itu semua, ada harganya.





Tak mengapa, for what it worth, senyuman dari orang yg enkau rindu itu sangat berbaloi untuk menunggu dia datang berjam-jam. Dan gatal tungau di telor itu sangat berbaloi untuk seronok bermain pondok-pondok dalam reban ayam.




.

5 PERKARA

Okeh 5 perkara yg terlintas dalam kepala aku sekarang. 4 3 2 1 now!

1.Deodorant dah nak habis ke?
2.Duit kat uminye [awek aku] & umi [mak aku] dah bayar belum eh?
3. Kena joging malam la pulak, leceh
4. Hmmm kucing aku dekat rumah, Kuala Kangsar. Rindu....
5. Kalau aku tau sape yg pakai telepon opis ni sampai berjam-jam bil bulan lepas, aku fired terus.


Okeh, nampak gayanya aku masih berfikiran normal.

MERUNGUT

Dulu masa aku duduk bawah, aku selalu dengar pekerja sekeliling kutuk-kutuk bos. Kiranya deme boleh amik masa selama berjam-jam hanya untuk mengata tentang kelemahan & salah bos mereka sahaja.

Ia jadi macam satu sesi luahan hati antara pekerja yg paling popular pada waktu bos tiada. Bunyi-nye dari jauh macam tengelam-tengelam timbul. Bunyi bisik-bisik, diselang dengan "ade ke dia &*^%$!!!" yg kuat.

Tapi kalau bunyi kaum ibu tengah kumpul-kumpul dalam bulatan selak buku avon tu kita kenal, beza sikit. Bisik-bisik je, tampar-tampar sikit pastu gelak kuat. Aku tau, tengah seronok pilih coli dalam buku avon la tu.

Pada masa tu aku takdelah pulak join, cuma aku suke mendengar & senyum. Aku di situ kerana aku nampak bila kita join sesi mengeluh & menuding jari begitu, kita menjadi lebih rapat & membina kepercayaan sesama ahli-kutuk-mengutuk.

Bukanlah bermaksud di sini aku join sekali pilih bra dalam buku avon, itu di perenggan lain.





Sekarang bila aku duduk di posisi lain, aku masih dengar lagi orang kutuk bos. Cuma kali ini member aku yg kene - bos deme.

Masa sekolah aku selalu dengar kawan-kawan tak puas hati dengan cara guru. Cikgu tu straight sangat lah, skema lah, tak patut-lah...

Masa universiti selalu aku dengar ramai yg kutuk lecturer. Lecturer tak betul lah, asignment gile lah, marking tak kesian budak lah...

Masa ber-sosial pulak aku selalu dengar orang kutuk pasangan masing-masing. Laki aku boroi lah, bini aku mengade-ngade lah, mak mentua aku cerewet lah...

Masa dalam tandas pulak aku selalu dengar mamat sebelah tandas mengeluh seksa nak teran lah, terlepas rokok lah, ape lah. Ok ini tiada kene mengena...





Aku sendiri tak tahu sejauh mana dengan mengeluh tentang sikap & kelemahan orang lain boleh menyelesaikan masalah. Contoh, kalau enkau asyik mengeluh bos teruk sesama kawan-kawan, adakah sikap bos enkau akan berubah?

Samada kita suka atau tidak, sampai bila pun kita akan selalu bertemu orang yg menyusahkan kita silih berganti. Dalam masa itu adakah kita akan selamanya mengeluh & merungut ?

Apabila kita selalu begitu, kita sebenar-nya membiarkan kelemahan orang lain menjadi penentu ke-tenang-an hati kita. Dalam erti lain, kita benar-kan individu teruk itu menguasi hidup kita.

Bayangkan sekira-nya hari enkau dipenuhi dengan tekanan kerana sikap buruk orang lain. Ya, memang bos enkau panas baran, bini enkau kepale angin & driver perempuan depan kereta enkau pandu slow gile.

Tapi macamana kalau kita pilih, pilih untuk tidak benarkan kelemahan orang lain kuasai emosi kita. Pilih untuk fokus kepada selesaikan masalah melalui RASIONAL: set strategi & ambil tindakan. Bukan-nya melalui EMOSI : mengadu domba & moody-moody.





Bukanlah di sini aku kata aku bagus, tapi aku rasa kasihan. Kerana setiap hari mereka tertekan dek sikap buruk orang lain. Aku fikir dunia ini masih banyak perkara yg indah & perlu dinikmati.

Dan apabila kita asyik mengadu begitu, kita jadi semacam virus yg pengaruhi orang lain. Dan ia merebak macam panau yg merosak-kan seluruh badan. Akhir-nya kita masih tak boleh buat apa & kitaran tu terus berulang di tempat lain kita masuki.




Ada sesuatu yg boleh kita teladani dari kaum ibu yg sedang pilih bra & coli di dalam katalog avon. Mereka berkumpul dalam bulatan membawa bersama segala masalah dengan suami, anak-anak dan tempat kerja di dalam kepala mereka.

Tapi mereka tak mengeluh , sebaliknya nikmati bersama masa yg mereka ada. Mereka bertepuk tampar, gelak ketawa dan bisik-bisik senyum. Menuding jari aku nak itu, aku suke ini. Mereka menikmati saat itu, menikmati hidup.

Dan apabila mereka pulang, mereka tempuhi dan berdepan dengan suami mereka, anak-anak mereka, bos mereka, dengan berani. Mereka tak benarkan kelemahan sikap orang lain pengaruhi kebahagiaan mereka.





Sungguh banyak lagi keindahan selain dari apa yg ditayangkan dalam katalog avon di dalam dunia ini. Berbaloikah ia dimusnahkan kerana frust kita dengan keburukan sikap orang lain?




.

JUST LET IT RIDE

Bila aku pegang gitar & mula compose satu riffing, aku akan mula dengan serangkai note yg ringkas. Jahanam-kan semua note progress & music scale. Kosongkan fikiran dari segala music structure, yg ada cuma emosi & bunyi.

Selepas tu aku hanya petik kosong, experiment dengan pelbagai groove & fusion. Biar saja jari & melodi tu bawa aku pergi mencari inspirasi-nya sendiri. Beri kepercayaan kepada bunyi itu untuk corak perjalanan-nya.

Dalam proses mencari satu tone, mood & progress note yg betul-betul sampai kepada jiwa, ia memerlukan masa. Memerlukan banyak silap, melalut entah kemana & over-experiment. Aku hanya perlu maafkan ia, & beri kepercayaan kepada ia untuk tumbuh matang.

Kadang-kadang untuk 1 minit melody sahaja memakan masa sehingga seminggu. Sehingga seminggu masa yg di-ambil untuk biarkan semua composition & chording tumbuh bersatu menjadi 1 minit. Sehingga seminggu untuk capai satu riffing yg pesona-nya kuat, berdikari & proportion.



Inilah hukum alam, segala-nya memerlukan masa untuk tumbuh menjadi terbaik.



Macam mana enkau bertindak balas terhadap diri yg lemah, tak berkeyakinan & mengelabah ayam ? Adakah enkau emotionally hukum diri enkau kerana terhegeh-hegeh ? Atau enkau marah & kecewa dengan diri sendiri kerana matlamat peribadi tak tercapai ?

Aku mahu enkau tahu bahawa itu bukan-lah cara sesuatu itu berlangsung. Segala-nya perlu tumbuh dengan semulajadi ; termasuklah keyakinan, kemahuan kuat & penerimaan diri.



Macam tu juga dengan relationship sesama orang lain. Setiap orang itu unik & berbeza-beza. Kerana perbezaan itu enkau sering cuba untuk bentuk pasangan atau anak enkau mengikut acuan kepala-hotak enkau.

Bila perbezaan kepala hotak bertembung maka konflik terhasil, berselisih dengan rupajiwa yg tak sama. Perlu enkau tahu bahawa konflik itu garam dalam masakan, jika tidak tak mungkin kita semua akan saling memahami.

Hukum alam juga mengatakan bahawa hubungan juga memerlukan masa untuk tumbuh semulajadi. Jadi bersabarlah, bertahanlah. Jika mental enkau lemah, enkau lari selamatkan diri dengan putuskan hubungan.

Tapi macamana kalau enkau sabar & yakin dengan pasangan enkau, dengan anak enkau ? Enkau yakin sampai masa nanti dia akan temui dirinya, temui satu titik yg benar-benar syncronized & harmonized enkau dan dia selepas banyak konflik enkau lalui bersama ?





Ada satu macam kepuasan bila mencipta satu melody music yg betul-betul berkesan. Kadang-kadang result selepas seminggu merepek explore notation itu ini, melodi-nya end-up jadi simple saja atau berpatah balik seringkas ia mula di-cipta.

Aku rasa ia bukan tentang result sedap ke tak hasil bunyi-nya, tapi thrill & emotion yg berwarna-warni dalam menuju ke end-result itu yg memberi 'isi'. Macam tu juga dengan semua perkara.

Ia tentang cuba & gagal, terus menerus, percaya & sabar untuk mencapai sesuatu yg memakan masa. Ia tentang menghormati hukum alam bahawa selagi belum matang, bunga tak akan kembang.

Ia tentang menikmati perjalanan menuju ke situ, dan yakin bahawa sampai masa-nya segala simpang siur itu akan menemui satu titik pertemuan yg harmoni.





Jadi, dalam semua perkara, tanamkan-lah untuk percaya & biarkanlah ia tumbuh semulajadi. Just enjoy the ride.





.

PELENGKAP HARIMU

Selain dari perkara utama yg rutin, dapatkah enkau kesan habit remeh temeh yg setiap hari enkau lakukan ? Perkara remeh yg tak nampak kepentingan-nya, tapi bila perkara kecil tersebut diabaikan hari enkau rasa kurang sempurna.

Enkau cuma rasa 'eh apebende hari ni yg aku tertinggal ha?' & enkau gagal mengesan kekurangan itu kerana ia sangat remeh. 



Pelengkap hari aku adalah mencium bantal busuk-ku yg sangat best.



Suatu masa dahulu aku dibesarkan bersama sepasang bantal busuk. Umi aku bilang, masa aku lahir lagi dah letak kepala aku dekat bantal tu dulu. Sepasang bantal busuk itu sangat lusuh, dah barai di-cium aku setiap hari. Fabrik-nya dari kain jeans & bila aku basuh mesti keluar daki.

Betapa belacan-nya sepasang bantal aku itu.

Ada sesuatu yg sangat menyenangkan dengan bau bantal itu walaupun rasional-nya bau itu sangat jahanam di hidung orang lain. Ibarat kokain yg sedap di hidu penagih, begitulah setia-nya bantal busuk aku menyenangkan hati-ku tiap kali lepas dirotan ayah aku kerana itu ini. Tanpa ia aku mesti pillow-sick.

Masa aku darjah 3, umi aku nekad mem-bakar 1 dari bantal busuk aku kerana mungkin dia mahu aku berdikari. Masa proses pembakaran di belakang rumah tu, aku cuba juga nak curi sarung bantal tu. Aku fikir tak dapat bantal, ada sarung pun jadi-lah janji boleh lepas gian cium bau.

Tapi tak sempat aku nak tarik sarung bantal, umi aku perasan & mematahkan operasi selamat-dan-rawat aku tu. Akhir-nya depan mata sendiri aku lihat semua organ bantal aku tu hangus di makan api. Oh sangat runtuh emosi aku masa tu. Tinggal-lah 1 sahaja lagi bantal busuk buat peneman duka.





Semakin lama fikiran aku makin kacak & matang sejajar dengan peningkatan umur mencecah sekolah menengah, tapi aku masih ketagih bantal busuk lagi. Hal itu pula sangat tak kacak & matang.

Bila berpindah ke sekolah yg jauh pada kemasukan tingkatan 4, aku tak bawa bantal aku pergi asrama malu dengan kawan-kawan. Namun, pada hari perpisahan-ku ke sekolah jauh, aku cium ia semahu-nya, bungkus bantal aku dalam plastik, lalu sembunyikan ia di bawah katil.

Tiap kali balik cuti sekolah mesti aku dapatkan bantal busuk aku dulu, dan malam itu aku tidur se-lena-lena-nya. Sehinggalah pada suatu cuti sekolah, aku balik & tanya opah aku di mana bantal aku takde pun bawah katil. Opah aku bilang :

"tak tau, hari tu mak long hang ada naik dia kemas-kemas apa ntah, pastu dia bakaq-bakaq apa ntah"

Terlutut diriku lembik ke bumi. Oh runtuh lagi emosiku. Rasa macam penyambung hidup dah berkurang satu per-satu. Hari-hari seterus-nya rasa sunyi, hanya duduk terjelepuk di balik pintu. Kadang-kadang meleleh air liur tanpa sedar & mengoyak kertas perlahan-lahan tanpa henti [ini hyperbola].





Aku percaya setiap orang ada tabiat remeh yg unik untuk dirinya. Lazim-nya tabiat itu tidak di sedari tetapi sudah sebati dalam diri. Dan perkara remeh yg sangat penting itu amatlah berbeza-beza bagi individu.

Sesetengah orang, tidur dalam selimut kain pelikat adalah pelengkap hari-nya. Orang lain mungkin garu kelemumur di awal pagi, atau secawan kopi santai seorang diri sudah memadai. Mungkin mencium spender sebelum pakai, dan habis balik kerja sebelum mandi cium ketiak dulu sangat melengkapi enkau ?
 
Ataupun sebelum bangun tidur enkau menonggeng selama 5 minit dulu baru bangun ? atau mengetuk pen dengan laju bila berfikir ? atau tabiat tutup mulut & tiup untuk semak mulut busuk ke tak sudah menjadi darah daging enkau?





Junal kali ini di-tulis untuk membantu kita mengenal pasti perkara remeh itu supaya kita lebih menghargai dan kenal diri. Kalau enkau tiada tabiat remeh sebegitu yg betul-betul kena dengan jiwa enkau, mungkin enkau kurang teliti atau hidup enkau kurang rencah. Sesungguhnya ia adalah aset & pelengkap hari enkau tanpa enkau sedari.


Selamat mengenal-pasti perkara remeh tabiat peribadi enkau.



.

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK