IOSIF


Iosif adalah orang yg lemah lembut & baik. Seawal umur 20 tahun lagi dah kena kick dari sekolah falsafah/agama kerana menyebarkan ideologi melawan kerajaan. Baik 'sangat'. Tak terhenti di situ, dia join pulak gerakan kiri Marxist.

Iosif memang power dalam bab-bab melepaskan diri apabila kerajaan buat tangkapan. Pada masa best itulah dia menggelarkan diri dia 'lelaki besi' [Stalin]. Kalau zaman sekarang dia ada, mungkin dia dah rampas nama tu dari Ironman.

Bila Stalin dah naik pangkat jadi Setiausaha Umum parti komunis [1922], Lenin [presiden] nak terajang buang Stalin sebab padanya Stalin ni kejam. Kebetulan pulak masa tu Lenin [presiden] ada jambu lain, Trotsky namenye.

Tapi pada 1924 Trotsky terpaksa berdikari sebab Lenin mampos. Kematian Lenin tu digunakan Stalin untuk mensucikan namanya dari imej kejam seperti yg dikatakan Lenin.

Tak nak forever-alone, Stalin mula cari kawan nak menentang Trotsky. Masa tulah tertubuhnya 'Troika' yg bermaksud tiga orang yg berkuasa; Stalin, Zinoviev & Kamenev. Pakatan ini berusaha untuk menjatuhkan Trotsky & balaci-balacinya.

Dah menang lawan Trotsky, Stalin acu pulak ancaman kepada friendshitForever dia Zinoviev & Kamenev. Sentap sangat. Stalin bukan sahaja khianati deme berdua, malah cilok agenda/manifesto politik deme yg best-best untuk kegunaan dia.

Dah banyak orang dia balun, dia lawan pulak sekutu dia yg lain-lain dalam parti komunis. Memang abang-long-kawasan habis. Bijak gile. Akhirnya, 1930 Stalin menjadi diktator [pemerintah berkuasa mutlak] di Rusia pada umur 50 tahun.





2012, jiran seberang jalan rumah aku selalu marah anaknya. Terpekik terlalak bukan sampai pukul 10 malam bro, sampai pukul 2 pagi. Jeritan 'bodoh!', 'menyusahkan aku!' dan 'diam la setan!' buat aku tak boleh lena. Hari-hari. 

Anak dia tak boleh melawan ape pun, yg dengar hanya tangisan tak henti sebab yg dimaki hari-hari tu hanyalah seorang budak kecik lingkungan 1-2 tahun!





Stalin pada usia tadikanya memang terseksa. Anak kepada tukang kasut, bapaknya mati masa Stalin umur 11 tahun. Deme bukan orang Rusia pun, tapi orang miskin Georgia yg berpindah ke Rusia.

Mujur bapak dia mampos awal. Sebab mengikut rekod, bapanya selalu overdose alcohol & pukul Stalin daripada kecik hari-hari. Begitulah cara Stalin dibesarkan.





Jelaslah di sini bahawa cara seseorang budak hingusan tu dibesarkan itu boleh menyebabkan impak maksima. Kalau budak tu bahlol, sekurangnya dia end-up jadi pensyarah penjenayah kecil-kecilan. Tapi kalau budak tu politically genius macam Stalin, bukan sahaja ia membahayakan orang ramai malah merisikokan masa depan negara.

[Ayat yg last tadi macam jawab exam PTD. cam doh. ]




.

MUDA SIA

Aku rasa-rasa la dalam facebook enkau kurang-kurang mesti ada sekurang-kurangnya 10 peratus friendlist bebudak sekolah. Deme boleh jadi sepupu-sepupu atau sedare enkau.

Bila tengok status-status deme ni kadang-kadang menyampah pun ada. Post tak henti-henti, komen dan like pulak tak sampai 5 minit dah berpuluh-puluh.

Apekejadahnya bebudak ni buat dalam hidup deme, takde rase nak menikmati dunia ke ?



Aku ingat-ingat balik bebudak dulu sebelum gelombang komputer & internet ni datang, kehidupan lebih seronok & memuaskan. Ya memang masa tu nampak kolot & tradisional, tapi itu lebih bermakna & berguna di masa depan.

Masa tu kita ada ramai kawan, kenal semua orang. Cuba semua benda, baik mahupun buruk. Bakar & spray cat basikal setiap 2 minggu, tuai kelapa muda 2x sebulan. Walaupun jarang siang di rumah kerana liar merayau tapi mesra ketawa dengan keluarga di malam.



Masa tu enkau ingat tak, masa rumah tak de api. Yg menyala hanya lilin-lilin di dapur, bilik air, & ruang tamu. Kita semua berkumpul keliling lilin. Orang dewasa dengan dewasa, kanak-kanak bersama main api & bayang-bayang.

Kita berborak empat mata, fokus sesama kita, beramai dalam malap lilin. Masa tu terjalin hubungan sebenar, bila manusia betul-betul berinteraksi, sama berkongsi tawa & emosi. Sesuatu yg dari komputer, internet & kemodenan tak dapat berikan.



Aku sangat rindu suasana takde api masa tu. Dalam dunia siber sekarang yg sangat connected, kite tak pernah merasa sesunyi ni.



Aku bet bebudak sekarang ni jerut tali pancing pun tak berapa cekap. Panjat pokok, berenang nyelam, repair basikal pun tak berapa cekap. Yg ramai aku nampak bebudak sekolah rendah boyot sibuk main i-pad, di mane-mane.

Izinkan badan calar berparut, pergi jelajah segala ceruk kawasan rumah enkau, biar badan jadi hitam dipanah matahari, cuba rasa macam mana bertumbuk kalah main guli, buat sendiri layang-layang jangan beli.

Semua tu baru real life experience.



Kalau enkau bebudak baru-nak-up yg terasa dengan tulisan kali ni, inilah masa untuk berubah. Belajar-belajarlah pegang lastik. Jangan biarkan sumber keseronokan enkau banyak bergantung kepada komputer.

Pergilah keluar & pulanglah dengan badan parut bercalar. Supaya bila enkau jadi ayah nanti, enkau ada bukti dekat anak-anak yg masa muda enkau dulu sangat bermakna.


.

PERUBAHAN

Salah seorang teman bilang sama aku. Semenjak langkah dia makin menaik di tempat kerja, layanan yg dia terima dari orang sekeliling semakin dingin.

Kite memang boleh kesan apa yg tersimpan di hati orang lain tanpa kita sendiri sedar. Semuanya terpancar di mata. Mata yg menyorot rasa iri hati , atau rasa dikalahkan, atau kekuasaan terancam.

Akibatnya kita mungkin jadi menyendiri, rasa sunyi dalam syak sangka dengan orang sekeliling. Cita-cita terbantut, rasa lebih baik duduk bawah macam dulu lagi bahagia.


--------------


Kita terlupa bahawasanya manusia memerlukan MASA dalam semua perkara, terutamanya bila menghadapi PERUBAHAN.

Untuk nak tinggalkan tabiat lama, buang ketagihan yg merosakkan, cuba benda/persekitaran baru, semua tu memang sangat payah awal-awal.

Untuk kita betul-betul sejati dengan perubahan tu, sehingga kita tak merasa janggal, ia memakan MASA.

Susahnye untuk kita menghadapi perubahan diri sendiri, apatah lagi menghadapi PERUBAHAN ORANG LAIN.

Mungkin dulu teman aku seorang yg biasa-biasa dikalangan mereka. Tapi akhir ni tampil sebagai orang 'lain' yg telah maju sedikit. Sudah tentu agak payah untuk mereka menyesuaikan diri pula.

Bila itu terjadi, senang untuk kita respon dengan negatif. Dari situ terpancarlah sorotan mata yg dingin tadi.





Pesan aku pada teman, dalam hidup kena ada hala tuju. Sentiasa fokus kepada apa yg kita impikan, dan jangan ambil peduli pandangan dingin sekeliling atau apa sahaja yg mengusik.

Fokus. Apa yg orang lain fikir tentang kita, itu bukan masalah kita.

Sebab dalam hidup kita tiada pilihan selain daripada berubah, berhijrah, meningkat, & mara ke depan.

Berlapang dadalah, berikan deme masa secukupnya untuk menghadapi perubahan kita ini, sebanyak mana masa yg kita perlukan untuk hadapi perubahan diri kita sendiri.



.

HAMPEH

Akhir-akhir ni kurang membaca, banyak melukis. Jadinye kurang bahan baru untuk dicanang. Otak santak dengan lukisan, & percintaan manis dengan faridah.

Oh sweet.. haha


.

DEWASA KINI PEMBANGUNAN SENI SEMAKIN TUNTAS

*Sungguh berie tajuk kali ini


Kalau kita tuliskan perkataan “lukisan”, “tarian”, “nyanyian”, “fotografi” dan “silat” dalam satu bulatan, rasanya tak salah untuk selesaikannya dengan  perkataan “Seni” di sepanjang perimeter bulatan tu. 

Enkau tahu, dalam banyak hal kita semua disatukan dengan seni. Oleh kerana seni ini muncul dah lama dari zaman dulu, ia berevolusi menjadi “tradisi budaya”. Budaya orang melayu dalam seni silat, cinta orang cina dengan warna merah, tarian, ukiran, dan music kebudayaan, semuanya tumbuh dari seni.

Dari situlah timbulnya penyatuan, kerana seni adalah manifestasi kecantikan bentuk, bunyi & rasa dari sejumlah orang. Sejumlah anak india nampak sangat bersatu dalam perarakan hari wesak mereka, macam tu juga sejumlah bebudak shuffle, nampak sangat bersatu dengan bengap sekali terkinja-kinja di khalayak ramai. 

Zaman sekarang ini kalau enkau tak layan seni K-pop enkau tak boleh bersatu dengan geng gadis-gadis bajet comel. Korea memang terbukti dengan drama berkualiti & lagu sedap-sedap, tapi kita tak boleh KURANG berbangga dengan budaya sendiri hanya untuk nampak comel & mainstream. 

Sudah tentu Korea superstar ni comel cantik, tapi kebenarannya adalah deme semua ni tak sunat. Cantik comel macamanapun tapi kalau diakhir penjelajahan yg enkau jumpe adalah ___________ yg selekeh, tak guna jugak. Dan deme ni makan babi, kebenaran tu saja sepatutnya standard orang melayu dah tak boleh handle punye. 

Kebenaran yg lain adalah, kalau bukan kerana teknologi pembuatan kertas & kemajuan pelayaran kapal, orang melayu mungkin masih lagi ber-keris & berkenderaan kuda pada 2012. Maksudnya, seni tak banyak merubah nasib & kemajuan manusia berbanding kekuatan agama, falsafah, sains, politik dan penjelajahan.

Kalaulah Muhammad s.a.w tiada, 2012 hati kita semua masih kosong. Kalaulah Isaac Newton & Ibnu Sina tiada, 2012 kita semua masih menggunakan manusia sebagai utusan & tiada pil ubat. Kalau teknologi TV & internet tiada, 2012 kita semua berkumpul tengok wayang kulit & kelip-kelip tiap malam. 

Jadi, kurangkanlah tumpuan kita terhadap seni. Kalau kita nak memberi perubahan untuk kemajuan sejagat, buka minat & fikiran lebih kepada agama, falsafah & sains. Lebihkan otak dengan nombor, logic, pemikiran & teknologi daripada nyanyian, hiburan, dan bulletin utama. Seni memang mempesona, tapi kita tak kemana.

.

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK