JENIS KAWAN

Kawan yg kenal semua orang

Ini adalah member enkau yang paling cool. Kalau enkau naik motor dengan dia, enkau akan nampak kurang cool, sebab semua orang yg berselisih tengah jalan akan 'woooo..mane?' dia sahaja. Enkau mungkin agak malas keluar makan dengan dia, sebab terpaksa bersalam dengan ramai kawan dia yg terserempak di kedai makan.

Kalau enkau cerita ape-ape sikit mesti dia kenal siape dalam cerite tu. Kalau nak cari orang enkau mesti selalu tanye dia. Nak mengumpat kene control, sebab entah-entah tu member dia jugak. Dia juga selalu jadi orang tengah kalau ada tak puas hati mende.

Tapi semua kawan-kawan dia akan jarang lepak dengan dia lama-lama. Sebab bila dah kenal ramai orang, dia selalu melompat-lompat dari group ke group lain. Dari geng klate ke geng moto, ke geng bapok, ke geng skema, dan ke geng gadis-gadis.

Mungkin enkau rasa hidup dia sunyi sebab dia tak de bestfriend, kerana sentiasa dengan semua orang. Tapi agak silap di situ, sebab yg jenis ni selalu berdikari. Dia sentiasa akan berpengaruh dan buat geng kemana pun dia pergi.

Dan kawan yg kenal semua orang enkau adalah mohd/nur _________


Kawan alam siber

Hampir 70% seharian matanya buntang depan pc. Kalau bukak fb mesti die ada. Elok baru nak ajak die bersosial tapi dia da terlena di tilam, tu mesti sebab internet tengah slow atau pc hang.

Level of privacy adalah tinggi. Suke duduk diam-diam dalam bilik, dan secara asasnya tak peduli apa-ke-jadah pun yg berlaku disekeliling. Tapi berita dunia & propaganda internet [politik & hiburan terkini] dia tahu semua sebab alam siber tiada sempadan.

Ketawe yg selalu enkau share dengan dia adalah, bila tibe-tibe enkau dengar dia ketawa dari dalam bilik sorang-sorang, itupun sebab member online dia buat lawak.

Kalau enkau menyampah dengan die, enkau boleh lumpuhkan hidup dia hanya dengan letak magnet di monitor pc die atau larikan modem internet. Ataupun menyamar sebagai awek cun korea & add dia dekat fb, pastu tekemut-kemut tahan gelak masa die megah cerita dia reject awek cun korea ajak date.

Dan kawan alam siber enkau adalah mohd/nur _________


Kawan mat knowledge

Kalau enkau sedang group sembang dengan member enkau yg jenis macam ni, memang enkau akan rasa macam seketul bantal di depan speaker, tugas enkau hanya menyerap bunyi.

Selalu dia ada banyak idea untuk mempelbagaikan juah-nya. Walau macamana pelik pun cerita yg enkau bawak untuk entertain group enkau, mesti dia buleh reply. Tu yg tensen tu.

Kawan mat knowledge mudah dikesan dengan penanda-wacana yg sering digunakan untuk menyambung-nyambung ceritanya supaya lagi best. Contohnya, di akhir ceritanya [yg kita rasa macam dah nak abis] dia selalu akan sambung dengan 'pastu, tambahan pula, malah' & lain-lain.

Sampai satu tahap enkau akan rasa 'apesal semua mende dia tahu ni' dan enkau akan start tanya soalan bodoh-bodoh just nak test dia, seperti:

'Enkau tengok tak dragonball semalam [dragonball dah tamat]?'
'Enkau sure ke, aku rasa E=Mc parallel dengan y=mx+c [soalan educated]'?
'1 kilogram lembu dengan 1 kilogram boxer mana lagi berat [soalan KBKK]?'

Elok-elok enkau baru rasa best sebab muke die blur tak boleh jawab, terus dia cakap :

'hmmm...aku tak sure, tapi membe aku ade sorang pandai gile matematik, die mesti tau y=mx+c bla bla bla bla'

Tengok, dia mesti nak nampak menang punye dan cari alternative dengan execute 'member aku bla bla' atau 'member kepada member aku bla bla'

Dan kawan mat knowledge enkau adalah mohd/nur _________


Kawan si pelik

Si pelik merujuk kepada individu yg boleh membuatkan enkau terdetik dalam hati 'huh? pelik gile'. Tapi pada masa yg sama enkau tak buleh lari dari dia sebab mungkin enkau se-roomate, kerja sama-sama atau even majikan enkau sendiri.

Kepelikan pulak pelbagai, contohnya lelaki yg pakai sapu tangan untuk lap hingus, selalu pinjam berus gigi member, sangat happy buat lawak tak munasabah , laki yg pergi keje pakai payung pink, bile cakap muke skema tanpa impression, atau pun emo-manjang-supersensitive.

Ini sangat berbeza dengan si pelik Rangga Sastrowodoyo (ada apa dengan  cinta) yg pelik suke sensorang, tapi oleh kerana die hensem macho, masyarakat akan group-kan dia di bawah term 'unique'.

Tapi kalau Rangga tu muke jamban, dia tergolong dalam si pelik.

Karakter si pelik adalah dia tak merasa pelik membuat perkara peliknya itu. Muke die tengin je masa buat pelik-pelik. Kalau enkau terlupe name die, enkau akan sebut ke-pelikan dia 'alah..mamat yg tak malu korek hidung tengah ramai tu' dan disambung dengan 'eh pelik ah dia tu'.

Kalau enkau baik, enkau akan terus-terang dengan dia yg perbuatannya tu pelik, jadi dia tak memalukan diri sendiri. Dan perbuatan pelik dia tu akan bagi pengajaran dekat enkau supaya enkau tahu 'itu adalah pelik' dan tak tiru benda yg sama.

Tapi kalau enkau kekurangan bahan nak bahan orang, inilah peluang enkau. oh yeah!


Dan kawan si pelik enkau adalah mohd/nur _________

MELUPAKANNYA

Kita semua mempunyai teknik tersendiri untuk mengharungi break-up yg macam gampang. Kita terperangkap dalam memori dan kenangan yg indah, yg pada masa tu segalanya bagi kita.

Tapi part yg paling kelakar adalah, 20 tahun kemudian bila kita teringat balik, kita hanya ketawa sinis, dan berkata 'alahai, bodohnye aku dulu haha'.

Selalu kita lewat untuk sedar bahawa sedih-sedih dan emo menonggeng itu adalah sia-sia belaka.

Tapi suka atau tak, hidup kena diteruskan. Kita tak ada pilihan selain dari terpaksa mengharungi semua perit tu. Sesetengah orang keluar dari masalah tu dengan fokus dekat karier, yg bahlol pulak jadi pengkid, yg manipulator pulak cari orang yg tak bersalah untuk 'fill in the gap' kemudian tinggalkan.

Satu perkara yg mustahak difahami adalah : Enkau merangkak dahulu kemudian baru berlari. Macam tu juga dengan memori, kita kikis berperingkat-peringkat. Oleh itu, sentiasalah bersabar dalam tempoh pengikisan. Macam panau yg di sapu dengan ubat cap kaki tiga, macam tulah sakit dan lambatnya, tapi ia sangat berbaloi kerana nikmat kemudian boleh share tuala dengan orang lain.

nota : Lembu susu merujuk kepada individu yg dump/khianati enkau atau perkara tak best yg menghantui memori enkau.


1] Buang segala yg berkait

Langkah ini menjurus kepada cara memori enkau bekerja. Bakul-sampah-kan segala yg berkait dengan Lembu susu. Ini merangkumi objek dan habit yg yg buleh buat enkau teringatkan Lembu susu. Keraskan tengkuk enkau & buang semua terus, jangan sayang-sayang lagi dah, tunjukkan tanpa-belas-kasihan dan ketegasan enkau di situ.

Mata : Tinggalkan tempat yg enkau pernah pergi dengan dia, buang segala objek kenangan dengan dia yg enkau mungkin akan terpandang, dan hapuskan apa sahaja mental-association dengan lembu susu dalam kepala enkau.

Telinga : Delete segala lagu yg buleh buat enkau teringat dia dengan layan lagu baru, tinggalkan pillow talk alam percintaan sementara waktu & selalu dengar perkara baru yg lebih menarik.

Anggota fizikal lain : Ini merujuk kepada perkara detail yg lain. Contohnye, style enkau selalu sms dengan dia, aktiviti bersama yg enkau selalu buat, cara enkau dress yg lembu susu suke, mahupun style muke comel enkau tiap kali dia buat lawak. Gantikan dengan respon muke comel baru.

Secara ringkasnya, budayakan diri enkau dengan habit baru & start fresh.


2] Memilih untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri

Pilihlah untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maksud aku bukan aku kata enkau tu tak pandai jaga diri enkau, bukan macam tu. Maksudnya, enkau menguasai diri enkau.

Enkau kuasai kepala hotak enkau. Tak ada sesiapa pun yg layak kuasai pikiran enkau selain enkau sendiri. Enkau sendiri yg putuskan apa emosi yg enkau nak, ape yg enkau nak fikir, dan apa yg enkau patut buat.

Boleh tak enkau enkau bayangkan, sebenarnya, bile enkau down sebab teringatkan lembu susu, enkau sebenarnye telah membiarkan dia menguasai kepala hotak dan emosi enkau?

Aku tak boleh bayangkan beb, sebab aku rasa itu memang penjajahan paling dahsyat terhadap diri aku. Bila dia ada enkau happy, bila dia dump enkau enkau sedih nak mati, bila teringat dia enkau emo, bila terbayang dia senyum enkau suke. Macam tu eh kita define kebahagiaan kita?

Samada enkau suke atau tak, dia bukanlah faktor kebahagiaan enkau. Sebab, kita berhak pilih kebahagiaan kita, dan kebahagiaan kita mestilah berdikari, bukan bergantung terhadap orang tertentu. Kita diberi Allah taa'la kuasa untuk memilih. Memilih jalan yg bijak terhadap apa jua kecelakaan yg menimpa kita.

Katakan sekarang enkau down. Adakah enkau fikir lembu susu tu salah sebab buat zalim dan men-down-kan enkau? Sebenarnya enkau yg salah, sebab enkau memilih lembu susu menguasai fikiran dan emosi enkau.

Cuba kalau enkau pilih untuk bagi reaksi yg betul. Enkau pilih untuk jangan pandang belakang, bertanggungjawab untuk diri sendiri, dan terus fokus mara ke-hadapan. Adakah enkau sudah nampak apa yg enkau boleh jadi jika sentiasa buat pilihan yg betul?

Sesungguhnya, kita adalah produk kepada pilihan kita. Akhirnya kita sedar bahawa, kita bertanggungjawab terhadap semua yg berlaku kepada kita, sebab kita sendiri pilih jalan itu. Orang lain tak bentuk dan pengaruhi kita, kecuali kalau kita yg benarkan ia berlaku.


3] Pilih pemikiran rasional melebihi pemikiran emosi.

Pilihlah untuk mengambil kecelakaan ini sebagai pengajaran yg terbaik untuk kita lebih kenal diri sendiri. Bukannya ambil kecelakaan ini sebagai bencana yg merosakkan. Ambil kertas kosong, dan mula drought-in timeline & peristiwa masa enkau dengan lembu susu.

Letak semua fikiran enkau dalam rational, bukan emosi. Fikir balik macam mana sikap & respon enkau dengan dia dulu, dan macam mana semua mende tu boleh lead enkau untuk buat silap. Semak balik adakah enkau control freak? emo memanjang? Needy? atau lembu susu memang perangai gampang?

Fikirkan benda tu seolah-olah enkau trace balik diri enkau dalam suasana enkau betul-betul jujur dengan diri sendiri. Kemudian, dengan mengambil faktor pengikisan lembu susu itu berperingkat-peringkat dan memakan masa, rangka perancangan macam mana nak atasi kelemahan enkau & plan tak buat silap yg sama lagi.

Ambil list tu dan check berulang-ulang. Selalunya sentiasa enkau akan jumpe dan perasan benda baru setiap hari, dan list tu akan ingatkan enkau supaya lebih peka, bijak, dan faham dalam relationship sesama manusia. List tu juga akan bantu enkau cipta matlamat baru dan guideline enkau untuk bertindak lepas ni.


4] Pilihlah Tuhan 

Kita memang tak kan faham bagaimana merenung wajah sendiri di cermin buleh buat kita lebih sayangkan diri kita, bagaimana tengok ikan berenang dalam akuarium boleh santaikan kita.

Macam tu juga kita memang tak kan faham macamana logically perkara ringkas seperti iktikaf dalam masjid dan termenung berzikir boleh tenangkan hati kita.

Oleh itu, pilihlah Tuhan melebihi semua. Ambil peluang ni untuk lebih dekat dengan Pen-Cipta. Kalau enkau belum biasa dengan al-mathurat, istiqamahkan al-mathurat setiap hari. Sentiasa pastikan jiwa enkau di beri makan secara berterusan, Insyallah pasti jiwa kita tenang.


Akhirnya, practically hargailah siape yg menghargai enkau, stay safe & jauhi ketagihan bermain football manager & dota. gudluck

BANG-BANG-BOM

Bang-bang-bom yg kite tengok dalam tv semestinya menghiburkan. Akupun suke tengok, malah aku puji pengacaranya yg menang duit Explorace pastu idea bijak untuk buat cerita tu.

Tapi bang-bang-bom dalam kehidupan sebenar sangat tak best. Kadang-kadang jijik dan memalukan. Aku pasti rata-rata kita pernah di bang-bang-bom rakan-rakan mahupun suasana tertentu.


Suasana satu.

Katakan sekarang enkau duduk asrama, atau mana-mana lokasi yg memaksa enkau menggunakan public toilet. Enkau berlari-lari riang ke tandas, sakit perut sangat.

Sampai di toilet, macam biase enkau akan pilih jamban favourate enkau. Selalunya jamban tengah atau hujung sekali. Enkau pun sangkut towel dan bertinggung manja.

Fikiran enkau merayau itu ini, dan enkau perasan dekat dinding toilet tu banyak taik idung. Empangan!. Ni mesti keje mamat mane ntah suke korek idung dalam tandas, pastu palit kat dinding. Pengotor.

Geli tengok, enkau pun cepat siap nak blah. Habis membasuh, enkau letakkan tangan enkau dekat dinding untuk bantu enkau bingkas bangun. Pastu kesat je tangan enkau taik idung tu dah melekat.

Empangan!


Suasana dua.

Jadi macam biase enkau pun nak pegi semayang maghrib dekat surau. Tapi hari tu enkau malas pakai boxer [terima jelah, zaman sekarang mane ade laki mude pakai spender, fenomena kot]

Tak sedap hati pulak rase tak pakai boxer, rase pelik. Malas punye pasal enkau pun bedal jelah. Bukan orang nampak pun, semut kat tanah je skodeng. Enkau pun lari-lari riang ke surau.

Semayang jemaah macam biase, malah rasa lebih selesa sebab tak pakai boxer, rasa lebih bebas berangin. Imam takbir enkau pun ruko' dengan khushuk ala-ala shooting cite Imam Muda.

Bila i'tidal tibe-tibe enkau rase empangan sebab kain pelekat enkau tersepit celah punggung. Pastu mamat belakang saf enkau ade yg perasan, gelak kih kih kih. Pastu panik, enkau kemut-kemut sikit nak kasi kain tesepit tu terlepas, terus mamat-mamat belakang saf ketawa besar.

"Alangkah baiknya kalau aku pakai boxer, empangan!"


Situasi tiga

Sesetengah lelaki menggunakan push bag atau beg sandang untuk letak barang-barang peribadi seperti hanpon, wallet, kotex, ok kotex takde. Tapi enkau tak suke, sebab, tak macho kot. Nampak macam along nak kutip hutang je.

So enkau pun jalan berlenggang-lenggang tanpa beg sandang dengan perasaan 'aku macho kot'. Tetibe sakit perut, enkau pun berlari-lari girang ke toilet.

Habih keje enkau, enkau pun tarik seluar yg enkau sangkut nak pakai. Sekali beg duit enkau ter-sisip dari poket, pusing-pusing dalam mangkuk tandas pastu masuk gol terus daaaa. Kalau lighter takpe lagi.

Takde pilihan, enkau pun selup tangannn.. arghh gelinye. Enkau push dalam lagi bila terbayang ic, kad visa ape sume...arghhh geli sial.. seluk dalam lagi eeeeeeeeeuuuuuu ok geli gile tak buleh tulis dah. uwek!

PERSOALAN HARIAN

Berikut adalah situasi rungsing paling minimum kita alami setiap hari. Aku sudah pilih yg ter-konflik dan cuba membantu sesama kita.


Alamak, aku rakaat ke-3 ke ke-4?

Ini sering terjadi bila tengah sembahyang enkau teringat nak sms emak enkau atau mentally rancang ape nak buat selepas ni. Kadang-kadang tahan kentut masa tahiyat pun buleh buat enkau hilang punca jugak. Kecelakaan begini sangat dahsyat kerana tengah-tengah fokus pun, hanya dalam split second saje, enkau lupe rakaat.

Situasi ini bertambah menarik bila enkau menjadi imam kepada keluarga mentua enkau, setelah beberapa hari enkau menikah. Nak nak pulak sebelum tu enkau yg eksen offer diri nak jadi imam dan baca surah berdengung-dengung. Lepas tu mesti enkau fikir imej Ustaz Amirul enkau tergores.

Terus-terang aku takde solusi untuk perkara ni. Ini adalah perkara yg semua lelaki dewasa muslim kena lalui & cari penyelesaian sendiri. Dan aku suka melihat ni sebagai rahmat. Sebab bila lupa rakaat masa sembahyang, kita malu dengan Allah taa'la di depan kita, lalu kita mohon ampun sepenuh hati.


Hmmm..nak makan ape ha?

Ini merujuk kepada situasi 'tanpa keputusan 3 kali sehari'. Orang pandai, dia akan fikir siap-siap semasa dalam perjalanan. Minah emo, dia akan reply 'APE APE JELAH!! HUGHH!!'. Mat skema akan makan mengikut jadual mingguan perancangan makanan-nya. Mamat boyot akan cakap 'tu sikit, ni sikit je eh, tu tak nak banyak ok' [nak diet, tapi kalau campur semua still menu banyak].

Kalau awek enkau cakap 'ikut awaklah pilihkan untuk saya', enkau sangat beruntung. Sebab, orang yg tak cerewet tentang makanannya, perangainya tak banyak ragam dan senang di jaga.

Teknik terbaik adalah pengetahuan dalam campuran kuah yg paling berkualiti. Kalau nasi, ayam, sayur, begedil, telur masin dalam satu pinggan tiap-tiap hari, sakit beg duit beb. Enkau ambil peha ayam, nasi putih, pastu campur kuah kari dengan kuah masak kurma. Kuah sardin tambah kuah masak kicap memang kombinasi ideal. Makanan pun murah tapi sedap, pada harga ayam+nasi putih sahaja.


Kat mana nak kentut ni?

Ini konflik paling lahanat. Jap aku nak gelak ahahahahahah. Tapi, seriously, kamon a...semua orang pun kan. Kalau enkau sorok kentut cover bunyi dengan ehem ehem kuat-kuat, memang murahan la teknik enkau sebab orang boleh trace kot. Aku paham memang seksa kemut tahan nak kentut berjam-jam dalam komuter, berita baiknya aku ada penyelesaian genius untuk ni.

1] Teka samada kentut bunyi ke kentut sunyi : Ini bergantung kepada kata hati enkau. Tarik nafas dalam-dalam, cuba hubungi jiwa dalaman enkau. Kalau terdengar orang berbisik di telinga, kentut sunyi. Kalau terdengar riuh pasar, masa depan enkau gelap.

2] Chek ape enkau makan pagi tadi :  Kalau enkau minum orange memang macho kentut enkau, dekat-dekat bau one drop perfume orange sensation. Kalau makan petai, percayalah, kelak enkau binasa.

3] Semak bila last enkau berak  : Enkau buleh kentut tanpa bau jika pagi tadi enkau da berak, perut kosong. Tapi kalau dah seminggu tak berak, kentut sunyi atau bunyi sama sahaja lahanat-nya. Tuju siap-siap mamat muke pencuri terdekat untuk enkau tuduh dia kentut nanti.

Lepas tu, tarik nafas dalam-dalam, dan lepaskan berperingkat-peringkat. Jangan bertegas dengan jubor enkau, sebaliknya bagi dia ruang untuk suarakan pendapatnya. Paling wajah enkau ke awek cun yg terdekat dan 'memang, saya yg kentut, macho kot'. Kebanyakan perempuan sangat dahagakan lelaki yg berterus-terang macam tu.

PERUBAHAN

Jadi sebagai anak sulung dah tentunya tanggungjawabku menjaga dan mendidik adik-adik. Dan part yg paling memuaskan hati adalah memarahi mereka bila silap kerana ia membuatkan aku merasa aku sangat best dari deme. Kadang-kadang aku rasa mereka patut ikut langkah aku yg konon-konon-nya cemerlang. Atas nama niat murni yg keliru, aku marah kesalahan deme dan berfikir tindakan aku tu betul.


Sehinggalah suatu hari bila kami anak beranak dalam kereta dalam perjalanan ke pekan. Adik dan ayah aku sangat kebabom berborak pasal politik. Yg pasti aku tak berapa berminat dengan politik, sebab, mungkin kurang pendedahan. Tapi point-point yg deme debatkan sume aku ingat, secara asasnya:


"ape YB tu buat macamtu, sepatutnya dia ikut kehendak rakyat.."
"mana buleh makan rasuah, rosak la masyarakat kita.."
"pemimpin pun teruk macam mana rakyat nak ikut, patut melayu kita makin lingkup.."


Secara asasnya tentang orang lain yg tak betul dan ambil berat deme supaya yg tak betul berubah.




Aku diam aja sebab aku tengah berfikir. Apa yg deme canangkan semuanya tentang silap orang lain, dalam erti kata lain, mahu mengubah orang lain menjadi lebih baik mengikut acuan agama & budaya. Pokoknya, berharap orang lain berubah.


Kaitannya memang jelas dengan aku, sebab aku sendiri berusaha sibuk-sibuk mengubah orang lain bila aku marah-marah adik aku. Tujuan tu memang murni, tapi selalunya lambat menjadi dan kurang berkesan, jadi mesti ada yg tak kena dengan caranya.






"cana hamzah, cana pendapat kamu, patut ka YB tu buat camtu, ce cite ce cite"
"hmmm, pendapat aku la,,,ada, tapi dalam cerita yg aku baca dulu. Hampa dengaq.."


Satu masa dulu ada seorang anak muda. Lelaki ni sangat ambil berat tentang bangsanya, agamanya, dan masyarakatnya. Dia lihat masyarakatnya teruk, miskin, bodoh, di hina. Dia yakin dengan dirinya dan dia rasa dia patut buat sesuatu. Untuk itu dia cuba merubah negaranya dengan sehabis usaha. Tumpuan dan gigih dia semata-mata untuk merubah negaranya menjadi lebih baik.


Tahun berlalu, tapi dia masih tak mampu mengubah negaranya. Terlampau luas, tak menang dek tangan. Tapi dia tak putus asa, cuba lagi, cuma kali ni dia cuba merubah yg lebih kecil sedikit, negerinya pulak.


Tahun berlalu, tapi dia masih tak mampu mengubah negerinya. Usia semakin meningkat. Masyarakat masih bermusuh, bergaduh, ilmu merosot dengan jenayah bermaharajalela. Jangan-kan negeri, orang kampungnya sendiri pun tak mahu berubah menjadi lebih baik. Jadi tumpuan-nya beralih pula kepada pe-murnian peringkat kampung.


Tahun berlalu, tapi dia masih tak mampu mengubah orang kampungnya. Semua masih di takuk lama, kalau ada yg baik pun sekejap saja, pastu menggila balik. Dia pandang sekeliling, akibat terlampau memandang di luar, anak isterinya sendiri hilang kawalan. Dia mesi buat sesuatu, dia mesti selamatkan keluarganya.


Tahun berlalu, tapi dia masih tak mampu mengubah anak isterinya. Usia dah menjangkau senja, badan pun sudah tak larat. Dia berfikir, sepanjang usahanya, semuanya tak menjadi dengan sempurna. Seolah-olah selama ini caranya kurang tepat. Sehinggalah sampai satu masa ia berfikir.


"kalaulah aku ubah sikap aku menjadi lebih baik, aku akan menunjukkan contoh yg baik terhadap isteriku. Dia akan terpengaruh sedikit sebanyak. Kemudian anak-anak aku akan mencontohi jejak langkah ibu-bapanya. Kemudian keluargaku akan bagi pengaruh baik kepada jiran-jiran sekeliling. Puluhan kejiranan yg membawa pengaruh baik akan merubah kampung. Ratusan kampung yg cemerlang akan mempengaruhi satu negeri. Satu negeri yg baik akan di tiru negeri jirannya, seterusnya merebak ke seluruh negara"


[suasana jadi sunyi dalam kereta kami, masing-masing termenung jauh ditingkap...]




Ada baiknya kita mencontohi Muhammad s.a.w yg mendidik melaui tauladan, yg membuatkan orang lain tersentuh dengan murni akhlaknya, lalu bergerombol orang-orang mengikut jejak langkahnya.


Ada baiknya kita mencontohi Syed Mokhtar Al-Bukhari yg berubah dari dalam dirinya sendiri. Dia yg pada awalnya hanya menjaga lembu bapanya, hanya ada sijil SPM, tapi komitmen terhadap perubahan dari dalam diri, sekarang dia mampu membantu berjuta-juta keluarga melayu islam di negara kita.

KETIKA-KETIKA

Ketika-ketika merujuk kepada jalan-jalan yg sering dan akan kita tempuhi dalam hidup ini. Aku metaphor-kannya dalam bentuk cerita-cerita. Moga ini bermanfaat.


Ketika mendaki gunung impian.

Kita semua memanjat tinggi, melawan graviti. Kaki melecet, badan sakit tanggung beg dan tak sedar lintah dah sampai ke jubor.Penat lelah terbayar kerana akhirnya kita sampai ke puncak gunung idaman. Tetapi bila dah setengah mampos mendaki ke-atas, baru terhantuk 'alamak silap gunung daaa, sia-sia bersusah payah'.

Jangan menyesal, jangan kecewa. Kerana walaupun berada di gunung yg salah, atas puncak tu kita nampak suasana sekeliling lebih jelas, sayup jauh mata memandang. Kalau kita masih lagi di bawah, dah tentu kita tak nampak kawasan sekeliling seluas ni.

Di sana enkau nampak belambak lagi puncak yg berpotensi, berbagai-bagai bentuk dengan berbagai-bagai kesudahan. Dicelah-celah itu ada satu yg kita paling suke, lalu kita pack balik barang-barang dengan semangat baru & matlamat yg sudah jelas.


Ketika berpindah ke tempat baru.

Semua orang melalui sungai. Kebanyakan singgah di pinggir-pinggir untuk teroka kehidupan baru. Pinggir sungai semuanya semak samun, susah nak masuk. Takde pilihan, kita park jugak sampan di satu semak lalang, kerana jauh di hujungnya ada ruang sesuai untuk kita bertapak.

Semua tersenyum, sebab dah ada 2 3 lorong-lorong kecil masuk kedalam. Jadi tak payah bersusah-susah menebas lalang untuk berjalan. Tapi apa yg kita tak tahu, setiap lorong kecil di celah semak di tepi sungai, semuanya adalah kesan laluan buaya menuju ke sarangnya.

Seronok tak perlu menebas lalang, perjalanan kita pantas menuju ke tapak yg di tujui. Apa yg kita tak tahu, lorong itu menuju ke sarang buaya. Dan buaya di waktu tengah hari, tabiatnye berjemur sambil nganga mulut seluas-luasnya.

Akhirnya kita sedar tak ada jalan mudah untuk ke sana kecuali terpaksa bersusah menebas lalang. Tetapi semuanya sudah terlambat. Kerana selalunya dalam group kita mesti ada yg buat hal nak terberak la pulak, dan punggungnya hancur sebab dia tak sedar tengah berak atas mulut buaya yg sedang menganga.

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK