APA KHABAR SAUDARA, SAHABAT & GURU KITA DALAM KUBUR SEKARANG ?

Awal pagi, enkau malas nak bukak mata diulit sedap tidur. Ah! kena bangun, banyak kerja nak kena siapkan. Enkau buka mata perlahan, dan kemudian BAM!!!

Enkau masih nampak pekat gelap !

Panik, tangan enkau bingkas nak menggosok mata, tapi terhalang, seolah-olah enkau terkurung dalam kotak sempit. Bahu rapat mengiring ke rusuk kanan, rasa sangat terhimpit. Bau tanah liat mula menusuk. Hanya ada gelap, sangat gelap.

Mula teringat kawan, teringat keluarga. Kat mana aku sekarang? Ya, memang sepi, sunyi dalam ni. Ya, enkau sudah di dalam...



Alam barzakh...




Dulu keluarga kami ada moyang, sudah berumur dekat 100 tahun. Nenek Embun, kami panggil dia. Nenek Embun kuat orangnya, masih mampu berceloteh nyanyuk dengan anak cucu sambil bersimpuh bongkok seribu.

Tapi semasa akhir hayatnya, nenek Embun banyak terbaring. Uzur, sakit tua kata orang. Kadang-kadang nenek Embun mengesot sampai ke luar rumah sorang-sorang, menerap atas lantai bergerak susah payah nak ke bilik air bila kami semua leka tengok tv.

Aku bilang 'nenek kalau nak apa-apa panggil hamzah', nenek Embun bilang 'aku tak mau susah hampa'.

Satu hari ayah aku bagi tahu, nenek Embun dah tiada. Aku terkejut. Hanya mampu terkedu. Sampailah aku ke rumahnya, lalu berdiri di hujung kaki jenazah, aku masih tak percaya.

Semua orang menangis. Dalam hati aku bisik 'nenek Embun dah mula pindah dah...' Tapi masa tu aku hairan kenapa aku tak mengangis, rasa tak cukup sedih, rasa hati seperti dilapangkan.



Kini sudah sepuluh tahun pemergian arwah nenek Embun, aku masih tak dapat menangis.



Dalam kepala aku ada tanam satu mindset. Kalau orang tu mati, dia bukan mati, dia cuma berpindah ke tempat lain, satu hari nanti kita akan jumpe dia semula. Boleh jadi hari itu esok, lusa atau kejap lagi tak siapa pun tahu.

Malah, kita ada peluang untuk beri hadiah kepada dia setiap hari, buat dia senyum dari sana. Bantu dengan sedekah fatihah & lain-lain. Hadiah itu pula boleh bagi setiap masa, setiap hari selagi kita ingat.

Nenek embun tak pernah mati, kerana nenek Embun ada dalam hati. Itulah sebab kenapa aku tak boleh nak menangis.



Mungkin bila kita selalu bayangkan diri kita sebagai daging mereput yg menghuni alam barzakh baru kita faham betapa kita perlu doa & sedekah pahala dari yg masih hidup ?

Bila dapat rasa betapa gelapnya kubur tu, betapa sempitnya ruang, & betapa sunyinya seorang, baru dapat buat kita bersedekah untuk mereka setiap hari ?

Boleh jadi arwah sahabat, saudara, & guru kita senang lenang menghirup udara wangi-wangian, atau sedang bertarung melawan perit dalam kubur sekarang ?





Walau tak dapat mengangis, jauh dalam hati teringin nak tarik-tarik kulit lembik di tangan nenek Embun, rindu nak kacau nenek Embun picit biji-biji bedak sejuk, teringin sangat nak dengar nenek Embun cerita bagaimana dia dikencing pontianak dari atas pokok.

Ya tuhan, tetapkan hati kami untuk ingat & bersedekah kepada mereka setiap hari. Agar tak putus cahaya yg menerangi kubur mereka setiap hari, agar dilapang beban sekarang yg mereka tangungi...

Agar terus dapat buat mereka tersenyum teringatkan kami yg masih hidup. Amin...





.
Comments
2 Comments

2 ULASAN ANDA:

a.samad jaafar said...

cukup positif enkau hamzah ! tang ini aku kalah.. aku sensitif..harap muka je ganas..aku setuju dgn enkau, bila depa berpindah, kita lebih mudah utk 'hapir' dgn depa..persoalan yg enkau utarakan ini belum terfikir dek aku sebelum ini.. harap aku lebih positif selepas ini..


psttt.. kadang2 aku tercari2 ruang komen blog enkau..mungkin ada org lain yg hadap masalah cm aku..mungkin jugak sbb itu kurang komen di sini.. fikir2kan yob..

Jurnal Murahan said...

ye ke susah nak komen yeop, adus patutla ahahha


aku ade tambah pesbuk punya comment ni, ok la sekali dengan edit2 untuk bloggercomment. Tq yeop ingatkan

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK