GADIS PERTAMA YG MENAMBAT HATIKU

Suatu masa dahulu di bangku sekolah rendah adalah seorang budak perempuan ni yg aku buat aku tertawan, gadis pertama yg mencuri perhatian ku. Baik budi pekertinye, ayu wajah-nya, bijak orang-nya.

Bila diusik rakan-rakan, dia selalu tertunduk malu lalu pura-pura main hujung tudung. Itu yg sangat mencairkan hati aku bila mukenye tersenyum tunduk, kemerah-merahan. Dia tak banyak bercakap seperti budak perempuan lain, tapi renungan matanya dah cukup menceritakan seribu perkara.

Kalau aku periksa dapat nombor 3, die mesti dapat nombor 1. Kalau aku dapat nombor 6, dia mesti dapat nombor 2. Sampai begitu sekali chemistry antara kami berdua, seolah-olah takdir memelihara kesinambungan kami agar tak saling jauh. Oh betapa perasan-nya aku hahaha

Aku gemar curi-curi memandang wajahnya, dia yg pertama mengajar aku tentang erti kejelitaan wanita. Memang aku suke tapi takdelah sampai tergila-gila sangat, biase-biase je. Budak kecik manelah tau nak cinta-cinta, aku cuma suka tengok sesuatu yg cantik - semua orang pun.

Tabiat mulut ternganga aku juga terbina pada umur itu, kerana sering terpukau dengan senyuman-nya. Kalau dia tanya aku itu ini, aku hanya tunduk segan tak mampu menjawab kerana gemuruh menentang matanya. Aku fikir even kalau dia gelojoh korek hidung depan aku-pun, dia masih kekal cantik.




Aku pasti hati enkau juga pernah dicuri oleh lelaki/perempuan yg pertama menawan hati enkau. Apa khabar die sekarang ? Mungkin sekarang dia dah kawin, atau sudah gemok beranak pinak, atau dah bergelar itu ini ? Mungkin dia juga sedang tersenyum teringatkan enkau seperti yg enkau lakukan sekarang ?




Dalam kelas kami susunan meja disusun bentuk U. Wah gembira sungguh aku saat kali pertama perubahan meja itu diumumkan kerana meja aku setentang dengan dia. Selalu bila aku dah bosan sangat tak paham apa yg cikgu ajar & ganggu kawan sebelah, mula la aku curi-curi tengok dia. Perihal itu sangat best.

Sehinggalah suatu hari kebosanan cikgu mengajar mencapai kemuncak-nya. Entah ape cikgu membebel aku pun tak faham. Aku menoleh tengok semua kawan-kawan satu persatu, semua sedang pura-pura fokus. Sehinggalah pandangan aku sampai ke wajahnya, oh! masing rupawan seperti biasa, ceist!

Walaupun dahi die berkerut beri perhatian pada bebelan guru, tapi masih nampak sangat menyenang-kan dengan bibir, mata & hidung seorang jelitawan sebegitu. Sesekali mulut-nya muncung dan hidung-nya bergerak-gerak sedikit, mungkin sedang menahan gatal, itupun masih nampak sangat cantik.

Sedang aku menongkat dagu, mata kuyu di awangan dirasuk rupawan-nya,tiba-tiba aku tengok mata dia liar pandang sekeliling. Gayanya seolah-olah tengah usha lain clear ke tak. Pandangan-nya memeriksa dengan penuh hati-hati memastikan tiada orang sedang memerhatikannya. Serta merta aku pura-pura garu kepala.

Kemudian dia hunuskan jari telunjuk. Nak buat ape dia ni, nak angkat tangan nak tanye soalan ke ? Nak buat simbol 1Malaysia ke ? Mata dia semakin liar pandang kiri kanan, ligat meninjau keadaan sekeliling. Kemudian, jari telunjuk dia perlahan menuju ke wajah, nak gosok mata gatal ke?

Jari telunjuk tu kemudian dimasukkan di dalam lubang hidung kiri, dikorek-korek. Kuyu mata dia layan menggali, dibenam makin ke dalam mencari sesuatu yg tak pasti. Sebelah lubang hidung lagi satu kembang kempis, sambil tangan yg mengorek gelojoh meneroka. Bibirnya diketap gigi berulang-ulang.




Ceist!!! Pada masa tu mata aku terbeliak, apa kejadah-nya semua ini! melopong aku tak percaya apa yg sedang berlaku, inikah realiti?

Kemudian dah dapat hasil galian, setengah dicalit-nye pulak ke kaki meja kelas. Setengah lagi dijentik hilang entah kemana. Kemudian dia gosok-gosok jari tu mengentel cuci, selamba katak aje muke dia buat tak tahu.

Aku bagaikan agar-agar yg di dalam kereta hilux yg sedang mendaki bukit. Punye geli geleman la badan aku, tekak meloya tak terkira. Nafas aku sedikit kencang akibat tekanan menyaksikan sesuatu yg begitu...argh! Bila dia menjentik-kan hasil galian-nya setelah selesai, pandangan aku jatuh separa pitam.

Pada masa itu aku hanya mahu berlari deras menuju ke pantai, lalu melutut mengengam kepala menjerit semahunya. Biarlah rembasan ombak mem-bedal tubuh-ku dengan ganas, asal kegelian nak termuntah ini hanyut di bawa pergi. Biarlah pasir pantai masuk membutakan mata aku, agar aku tak berpeluang menyaksikan perkara itu lagi. 

Aaaaarrrghhhhh! mengelenyo!




Seminggu selepas itu aku masih terjelepuk bingung, fikiran sering melayang kosong. Aku sangat terkesan, kesan menyaksikan perkara itu sangat berkesan. Tak payah bagi tau, aku tau perkataan 'kesan' itu berulang. Kerana sehingga hari ini ingatan itu sering buat aku jatuh bodoh dan hilang punca.




Pelajaran hari ini:

1. Perilaku mengorek hidung sangatlah disaster kerana ia bisa meruntuhkan kecantikan enkau.
2. Namun, kalau enkau ingin melumpuh-kan minat seseorang terhadap enkau, gunakan ia sebagai senjata.
3. Tambahan pula, jika ingin mencederakan kejernihan minda seseorang yg enkau tak suka, gunakan-lah ia juga sebagai senjata.




Aku fikir mungkin dia juga teringatkan aku sekarang sambil mengorek hidung...hmmm...




.
Comments
10 Comments

10 ULASAN ANDA:

melody mocker said...

sekiranya itulah cinta, ia seharusnya membutakan matamu, memandang pengorekan itu sebagai sesuatu yang seni.

cinta memanipulasi pandangan sebenar, menukarnya ke bentuk serba indah.

definisi cinta buta yeop. kah kah kah!

a.samad jaafar said...

apesal enkau tak kutip hasil galian tu buat azimat bro ???

aku mula tertarik ngan pempuan masa aku tingkatan 6 bro.. lambat kan.. takpe lambat asal bukan gay kan.. mmg cantik gila awek tu wooo.. mcm bercahaya muka dia bro.. mcm enkau jgk bro..tak keruan tiap kali terpandang muka dia.. cukup baik awek tu..sampai aku segan nak mengusik dia.. cakap pun yg lurus2 je..Azreen ke apa namenya ntah.. tp, sampai skrg aku ingat dia.. aku takut ngan awek yg cantik bro.. hihihi.. sedo diri aku ni sape kot..

eleanor said...

hahahahahha! potong betoi bila sampai bab gali gali itew.

eleanor said...

hahahaha! sampai tang gali gali tu memang potong wap air.

jurnal murahan said...

@ kuning2sters :

wah anda bermadah. pengorekan hidung bukanlah definisi cintaku, bahkan ia adalah satu medium ultimate weapon yg mem-bejat-kan paradigma ilham ini, oh!

ape bende aku merepek


@ che mat :

hai che mat terngiang-ngiang di minda nampak hahaha mule dah senyum sorang2 tu hahaha

itulah purpose jurnal kali ini

@ eleanor :

hahahahah surprise kan. Ha kamu tu gadis2 jage2 ye nak menggali, usha line dulu ehehehehe





TERIMA KASIH BUAT ITA, PANGLIPUR LARA & YUCISAMA KERANA MENYERTAI GAGASAN MURAHAN.





.

Faridah Mohd Tap said...

isyhhh..igt citer romantik cinta pertama En Yeop, hehe

kesimpulannya, buatlah keje2 menggali tu masa mandi, cuci smpai bersih, hehe...tak kisahlah lelaki atau perempuan.

Akmal Isa said...

gali yeop gali.... hak hak hak...

jurnal murahan said...

@ uminye peridah :

ahahah kan dah kene bangbangbom kui2 ehem rupenye perempuan pun kuat menggali ni kui2

@ akmal isa :

ahaha budus bukan penggalian itu. Orang tu takpe, dah ade orang rumah, boleh orang rumah bantu galikan

ahahahahahaha



thanks akmal & mimosak sudi men-komen.

mrs.meera said...

kah3x..pmpuan ke lelaki ke sama2 je wat keja mgali..kang tlebeh gali t lopong hidung kot..haha

jurnal murahan said...

@ mrs. Meera


haha tak pernah aku terfikir kalau terlebih gali boleh sampai terlopong. anda memang cool! ahaha




TERIMA KASIH UMAQ LOQLAQ, AM & AKAYMA AZIZ KERANA MENYERTAI GAGASAN MURAHAN


.

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

Email enkau untuk updated-post

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK