Showing posts with label REALITI. Show all posts
Showing posts with label REALITI. Show all posts

HUJAN

Hujan datang, hujan turun lebat. Hujan datang bawak ketakutan. Hujan datang bawak harapan. Hujan datang bawak rahmat.

Dari jauh hujan datang bawak bau, bau tar yg basah. Hujan datang bawak angin, angin yg sejuk, buat dada rasa sejuk & selesa. Dari jauh hujan datang bawak bunyi, bunyi rintik yg semakin & semakin kuat.

Orang nak joging tension kalau time nak hujan. Rosak projek nak skodeng amoi-amoi cun joging. Penoreh getah mengeluh kalau hujan, tanda tak boleh menoreh esok pagi, tanda mungkin putus rezki.

Setengah orang selesa ditempias hujan. Setengah orang rasa jijik dengan hujan, berlari selamatkan diri seolah-olah hujan bawak badi.

Anak kampung suka ditempias hujan. Katanya selesa, buat ia teringat zaman kecil-kecil yg bebas dari tanggungjawab. Buat ia teringat berlari di tengah bendang bermandi lumpur, dan melompat mengelak lopak selepas itu.

Kalau enkau rajin ke taman, enkau dapat lihat ada 2 jenis orang. Orang yg suka pakai stokin masa cuba batu reflexology dekat situ, dan orang yg tak suka pakai.

Yang jelas, orang yg tak suka pakai stokin tentu rasa lebih selesa memijak rumput di padang, rasa lebih dekat & terhubung dengan alam. Sudah pasti tempias hujan di mukanya buat ia selesa juga.

Walaupun bontot Noh Hujan besar, jangan salahkan kumpulan hujan. Kumpulan hujan memang best, satu-satunya band rock & roll yg gunakan jazz progression. Enkau tak boleh suka-suka tab lagu Hujan kalau tak tau chord major minor 7.

Jurnal kali ini tiada hala tuju. Ia buat enkau tak tahu apa nak comment. Tapi aku rasa selesa & terisi, kerana tulisan ini penghargaan buat hujan.

Terima kasih kepada hujan. Sekurang-kurangnya hujan telah buat aku menulis tentang sesuatu.


.

5 PERKARA

Okeh 5 perkara yg terlintas dalam kepala aku sekarang. 4 3 2 1 now!

1.Deodorant dah nak habis ke?
2.Duit kat uminye [awek aku] & umi [mak aku] dah bayar belum eh?
3. Kena joging malam la pulak, leceh
4. Hmmm kucing aku dekat rumah, Kuala Kangsar. Rindu....
5. Kalau aku tau sape yg pakai telepon opis ni sampai berjam-jam bil bulan lepas, aku fired terus.


Okeh, nampak gayanya aku masih berfikiran normal.

MERUNGUT

Dulu masa aku duduk bawah, aku selalu dengar pekerja sekeliling kutuk-kutuk bos. Kiranya deme boleh amik masa selama berjam-jam hanya untuk mengata tentang kelemahan & salah bos mereka sahaja.

Ia jadi macam satu sesi luahan hati antara pekerja yg paling popular pada waktu bos tiada. Bunyi-nye dari jauh macam tengelam-tengelam timbul. Bunyi bisik-bisik, diselang dengan "ade ke dia &*^%$!!!" yg kuat.

Tapi kalau bunyi kaum ibu tengah kumpul-kumpul dalam bulatan selak buku avon tu kita kenal, beza sikit. Bisik-bisik je, tampar-tampar sikit pastu gelak kuat. Aku tau, tengah seronok pilih coli dalam buku avon la tu.

Pada masa tu aku takdelah pulak join, cuma aku suke mendengar & senyum. Aku di situ kerana aku nampak bila kita join sesi mengeluh & menuding jari begitu, kita menjadi lebih rapat & membina kepercayaan sesama ahli-kutuk-mengutuk.

Bukanlah bermaksud di sini aku join sekali pilih bra dalam buku avon, itu di perenggan lain.





Sekarang bila aku duduk di posisi lain, aku masih dengar lagi orang kutuk bos. Cuma kali ini member aku yg kene - bos deme.

Masa sekolah aku selalu dengar kawan-kawan tak puas hati dengan cara guru. Cikgu tu straight sangat lah, skema lah, tak patut-lah...

Masa universiti selalu aku dengar ramai yg kutuk lecturer. Lecturer tak betul lah, asignment gile lah, marking tak kesian budak lah...

Masa ber-sosial pulak aku selalu dengar orang kutuk pasangan masing-masing. Laki aku boroi lah, bini aku mengade-ngade lah, mak mentua aku cerewet lah...

Masa dalam tandas pulak aku selalu dengar mamat sebelah tandas mengeluh seksa nak teran lah, terlepas rokok lah, ape lah. Ok ini tiada kene mengena...





Aku sendiri tak tahu sejauh mana dengan mengeluh tentang sikap & kelemahan orang lain boleh menyelesaikan masalah. Contoh, kalau enkau asyik mengeluh bos teruk sesama kawan-kawan, adakah sikap bos enkau akan berubah?

Samada kita suka atau tidak, sampai bila pun kita akan selalu bertemu orang yg menyusahkan kita silih berganti. Dalam masa itu adakah kita akan selamanya mengeluh & merungut ?

Apabila kita selalu begitu, kita sebenar-nya membiarkan kelemahan orang lain menjadi penentu ke-tenang-an hati kita. Dalam erti lain, kita benar-kan individu teruk itu menguasi hidup kita.

Bayangkan sekira-nya hari enkau dipenuhi dengan tekanan kerana sikap buruk orang lain. Ya, memang bos enkau panas baran, bini enkau kepale angin & driver perempuan depan kereta enkau pandu slow gile.

Tapi macamana kalau kita pilih, pilih untuk tidak benarkan kelemahan orang lain kuasai emosi kita. Pilih untuk fokus kepada selesaikan masalah melalui RASIONAL: set strategi & ambil tindakan. Bukan-nya melalui EMOSI : mengadu domba & moody-moody.





Bukanlah di sini aku kata aku bagus, tapi aku rasa kasihan. Kerana setiap hari mereka tertekan dek sikap buruk orang lain. Aku fikir dunia ini masih banyak perkara yg indah & perlu dinikmati.

Dan apabila kita asyik mengadu begitu, kita jadi semacam virus yg pengaruhi orang lain. Dan ia merebak macam panau yg merosak-kan seluruh badan. Akhir-nya kita masih tak boleh buat apa & kitaran tu terus berulang di tempat lain kita masuki.




Ada sesuatu yg boleh kita teladani dari kaum ibu yg sedang pilih bra & coli di dalam katalog avon. Mereka berkumpul dalam bulatan membawa bersama segala masalah dengan suami, anak-anak dan tempat kerja di dalam kepala mereka.

Tapi mereka tak mengeluh , sebaliknya nikmati bersama masa yg mereka ada. Mereka bertepuk tampar, gelak ketawa dan bisik-bisik senyum. Menuding jari aku nak itu, aku suke ini. Mereka menikmati saat itu, menikmati hidup.

Dan apabila mereka pulang, mereka tempuhi dan berdepan dengan suami mereka, anak-anak mereka, bos mereka, dengan berani. Mereka tak benarkan kelemahan sikap orang lain pengaruhi kebahagiaan mereka.





Sungguh banyak lagi keindahan selain dari apa yg ditayangkan dalam katalog avon di dalam dunia ini. Berbaloikah ia dimusnahkan kerana frust kita dengan keburukan sikap orang lain?




.

GADIS PERTAMA YG MENAMBAT HATIKU

Suatu masa dahulu di bangku sekolah rendah adalah seorang budak perempuan ni yg aku buat aku tertawan, gadis pertama yg mencuri perhatian ku. Baik budi pekertinye, ayu wajah-nya, bijak orang-nya.

Bila diusik rakan-rakan, dia selalu tertunduk malu lalu pura-pura main hujung tudung. Itu yg sangat mencairkan hati aku bila mukenye tersenyum tunduk, kemerah-merahan. Dia tak banyak bercakap seperti budak perempuan lain, tapi renungan matanya dah cukup menceritakan seribu perkara.

Kalau aku periksa dapat nombor 3, die mesti dapat nombor 1. Kalau aku dapat nombor 6, dia mesti dapat nombor 2. Sampai begitu sekali chemistry antara kami berdua, seolah-olah takdir memelihara kesinambungan kami agar tak saling jauh. Oh betapa perasan-nya aku hahaha

Aku gemar curi-curi memandang wajahnya, dia yg pertama mengajar aku tentang erti kejelitaan wanita. Memang aku suke tapi takdelah sampai tergila-gila sangat, biase-biase je. Budak kecik manelah tau nak cinta-cinta, aku cuma suka tengok sesuatu yg cantik - semua orang pun.

Tabiat mulut ternganga aku juga terbina pada umur itu, kerana sering terpukau dengan senyuman-nya. Kalau dia tanya aku itu ini, aku hanya tunduk segan tak mampu menjawab kerana gemuruh menentang matanya. Aku fikir even kalau dia gelojoh korek hidung depan aku-pun, dia masih kekal cantik.




Aku pasti hati enkau juga pernah dicuri oleh lelaki/perempuan yg pertama menawan hati enkau. Apa khabar die sekarang ? Mungkin sekarang dia dah kawin, atau sudah gemok beranak pinak, atau dah bergelar itu ini ? Mungkin dia juga sedang tersenyum teringatkan enkau seperti yg enkau lakukan sekarang ?




Dalam kelas kami susunan meja disusun bentuk U. Wah gembira sungguh aku saat kali pertama perubahan meja itu diumumkan kerana meja aku setentang dengan dia. Selalu bila aku dah bosan sangat tak paham apa yg cikgu ajar & ganggu kawan sebelah, mula la aku curi-curi tengok dia. Perihal itu sangat best.

Sehinggalah suatu hari kebosanan cikgu mengajar mencapai kemuncak-nya. Entah ape cikgu membebel aku pun tak faham. Aku menoleh tengok semua kawan-kawan satu persatu, semua sedang pura-pura fokus. Sehinggalah pandangan aku sampai ke wajahnya, oh! masing rupawan seperti biasa, ceist!

Walaupun dahi die berkerut beri perhatian pada bebelan guru, tapi masih nampak sangat menyenang-kan dengan bibir, mata & hidung seorang jelitawan sebegitu. Sesekali mulut-nya muncung dan hidung-nya bergerak-gerak sedikit, mungkin sedang menahan gatal, itupun masih nampak sangat cantik.

Sedang aku menongkat dagu, mata kuyu di awangan dirasuk rupawan-nya,tiba-tiba aku tengok mata dia liar pandang sekeliling. Gayanya seolah-olah tengah usha lain clear ke tak. Pandangan-nya memeriksa dengan penuh hati-hati memastikan tiada orang sedang memerhatikannya. Serta merta aku pura-pura garu kepala.

Kemudian dia hunuskan jari telunjuk. Nak buat ape dia ni, nak angkat tangan nak tanye soalan ke ? Nak buat simbol 1Malaysia ke ? Mata dia semakin liar pandang kiri kanan, ligat meninjau keadaan sekeliling. Kemudian, jari telunjuk dia perlahan menuju ke wajah, nak gosok mata gatal ke?

Jari telunjuk tu kemudian dimasukkan di dalam lubang hidung kiri, dikorek-korek. Kuyu mata dia layan menggali, dibenam makin ke dalam mencari sesuatu yg tak pasti. Sebelah lubang hidung lagi satu kembang kempis, sambil tangan yg mengorek gelojoh meneroka. Bibirnya diketap gigi berulang-ulang.




Ceist!!! Pada masa tu mata aku terbeliak, apa kejadah-nya semua ini! melopong aku tak percaya apa yg sedang berlaku, inikah realiti?

Kemudian dah dapat hasil galian, setengah dicalit-nye pulak ke kaki meja kelas. Setengah lagi dijentik hilang entah kemana. Kemudian dia gosok-gosok jari tu mengentel cuci, selamba katak aje muke dia buat tak tahu.

Aku bagaikan agar-agar yg di dalam kereta hilux yg sedang mendaki bukit. Punye geli geleman la badan aku, tekak meloya tak terkira. Nafas aku sedikit kencang akibat tekanan menyaksikan sesuatu yg begitu...argh! Bila dia menjentik-kan hasil galian-nya setelah selesai, pandangan aku jatuh separa pitam.

Pada masa itu aku hanya mahu berlari deras menuju ke pantai, lalu melutut mengengam kepala menjerit semahunya. Biarlah rembasan ombak mem-bedal tubuh-ku dengan ganas, asal kegelian nak termuntah ini hanyut di bawa pergi. Biarlah pasir pantai masuk membutakan mata aku, agar aku tak berpeluang menyaksikan perkara itu lagi. 

Aaaaarrrghhhhh! mengelenyo!




Seminggu selepas itu aku masih terjelepuk bingung, fikiran sering melayang kosong. Aku sangat terkesan, kesan menyaksikan perkara itu sangat berkesan. Tak payah bagi tau, aku tau perkataan 'kesan' itu berulang. Kerana sehingga hari ini ingatan itu sering buat aku jatuh bodoh dan hilang punca.




Pelajaran hari ini:

1. Perilaku mengorek hidung sangatlah disaster kerana ia bisa meruntuhkan kecantikan enkau.
2. Namun, kalau enkau ingin melumpuh-kan minat seseorang terhadap enkau, gunakan ia sebagai senjata.
3. Tambahan pula, jika ingin mencederakan kejernihan minda seseorang yg enkau tak suka, gunakan-lah ia juga sebagai senjata.




Aku fikir mungkin dia juga teringatkan aku sekarang sambil mengorek hidung...hmmm...




.

PERTALIAN

Dimana-mana dengan siapapun aku selalu rasa sedang dinilai.

Walaupun hanya borak kosong dengan bos, aku rasa bos tengah uji samada aku berbaloi disimpan atau dibuang. Walaupun hanya berjalan didepan bakal mertua, aku rasa dia sedang memerhati perangai aku. Walaupun hanya sembang-sembang dengan lecturer, aku rasa dia sedang decide samada nak failed atau luluskan aku.

Tapi dengan enkau aku rasa jujur gile. Aku tak perlu pura-pura baik atau pura-pura kerja keras. Aku hanya perlu jadi diri sendiri. Aku rasa bebas. Sebab aku tau macam mana pun enkau tetap terima aku seadanya.

Dan hal itu sangat melepaskan tekanan di dada.




Dekat mana nak mencari kasih sayang?

Kalau enkau rasa kosong, pergi sahaja ke penjara. Pergi melapuk dekat tempat dewan bertemu pelawat sana. Ade ibubapa bertemu anak, suami bertemu isteri, atau sahabat bertemu sahabat. Di situ enkau nampak kasih sayang yg tak berbelah bahagi, yg tak peduli dengan segala yg hitam, yg ada hanya percaya & ambil berat.

Kalau enkau rasa kosong, pergi sahaja ke airport. Pergi melapuk dekat dewan ketibaan penumpang. Ade gelak tawa berpelukan menyambut orang tersayang, ada yg setia menunggu orang yg dinanti pulang, & ada yg menumpang gembira tersenyum dari jauh melihat orang lain seronok. Enkau pasti terisi memandang manusia berkumpul beramai-ramai dalam kasih sayang.

Kalau enkau rasa kosong, pergi sahaja ke tempat orang kurang upaya (OKU). Di situ enkau nampak mereka yg tak kenal lelah, yg yakin pada diri sendiri, dan mereka yg sentiasa ikhlas menyokong. Di situ ada semangat, di situ ada inspirasi. Lalu enkau malu dengan diri sendiri dan rasa sangat bersyukur.

Tapi kalau aku rasa kosong, aku hanya perlu pergi dekat enkau...




We can't all be saint

Kadang-kadang aku mungkin berkeras, kadang-kadang aku mungkin bertegas. Ada perkara yg aku boleh pejam mata, ada perkara yg aku tak boleh blah. Ada masa tenang, ada masa bergelombang.

Kita semua tak boleh jadi baik, tak boleh semua. Seseorang mesti pikul tanggungjawab untuk berkorban 'nampak jahat' supaya segalanya dapat berlalu dengan baik. Sebab tu dalam keluarga ada ayah yg garang & dalam kompeni ada bos yg suke fire orang.

Yg aku kagumi adalah enkau sangat memahami. Enkau mengerti bahawa semua yg aku lakukan adalah untuk kebaikan kita semua.



1
Mak aku dengan hero-heronya. Terima kasih kerana memelihara kami dari kecil.

2
Bapak aku dan adik-adik di hari konvokesyen. Masa ni bapak aku cakap "inilah hutang PTPTN" hahaha. Terima kasih kerana banyak berkorban untuk kami.

154618_1225273489498_1758866100_421557_59269_n
Awek aku yg best. Terima kasih maknye kerana men-jaga saya dengan baik & berusaha memelihara hubungan kita.





Jurnal kali ini ditujukan khas untuk orang-orang yg aku sayang, mereka-mereka gambar di atas. Aku fikir aku ni tak pandai nak mulut manis cakap dengan deme depan-depan perkara yg tersimpan dalam benak.

Aku ingin kalian tahu bahawa kalian sangat penting dalam hidup aku. Kalianlah orang yg paling selalu aku fikir dan selalu aku risaukan. Aku harap keluarga dan hubungan kita akan terus bahagia, dirahmati Allah dan kekal diberkati ke akhir hayat.



Amin...





.

UBI KAYU GORENG

Aku adalah antara produk perpecahan rumah tangga. Masa kecil kami adik beradik sungguh tak macam orang lain. Jurnal kali ini sedikit personal, tentang zaman ke-terbiar-an aku dan kami 5 beradik sahaja.



Satu masa dulu bapak aku tersandar di tiang. Hanya tersandar di situ dan termenung. Jam sudah 12 tengah hari, perut kami adik beradik dah lapar. Kami selongkar dapur mencari apa yg tinggal namun semua hanya habuk belaka.

Akupun jalan ke tiang seri rumah, tanya bapak aku "kita nak makan apa tengah hari ni, lauk dah tak de". Ayahku hanya terdiam tanpa apa-apa respon. Aku fikir mungkin masa tu dia tengah jem, siapa pun kalau kehilangan kerja dan keluarga berkecai pada masa yg sama akan jadi begitu.

Aku dah menyampah mengeluh lagi. Aku capai pancing, golok, karung letak ikan dan panggil semua adik-adik aku. "jom kita keluar cari ikan". Kami pun berpecah, merayau segenap sawah dan hutan kecil mencari apa sahaja yg boleh di makan.

Tengah hari tu nasib tak berapa baik, yg ada hanya ubi yg di-cilok di rumah sape ntah. Kecewa jugak tapi dah itu sahaja yg ada. Dalam perjalanan balik ke rumah tu kami pulang bersama 5 beradik, lalu di depan rumah orang-orang.

"tu tu tengok tu depa tu, mak dia tadak merayau tak tentu hala", "ha tengok tu, mak tadak baru tau hidup" kedengaran suara-suara sumbang jiran-jiran bila kami lalu di depan rumah mereka, berbisik-bisik di sebalik tirai.

Bisik-bisik orang kami tak peduli, dah jenuh jemu mendengar segala tohmah dan maki. Pada usia itu kami sudah faham, bahawasanya bila manusia terdesak, kutuk keji remeh tak kan memberi kesan.

Sampai di rumah, nak bakar je ubi kayu ni dah boring pulak, selalu sangat makan macam tu. Jadi adik aku yg nombor 3 ni agak kreatif dalam makan-makan mencadangkan kita parut-parut & goreng aje ala-ala kentang kentucky.

Bila goreng ape ke hal berminyak-minyak, tak lalu pulak nak makan. Tapi bedal jugak la makan dengan nasi dah desperate sangat. Berminyak-minyak melekit-lekit dalam tekak.

Sambil makan bersama tu, kami saling mengutuk dalam ketawa tentang siapa yg tak pandai masak, tak pandai parut, siapa yg kencing tilam malam tadi, siapa yg menangis dalam jamban dan sebagainya.

Pada masa tu ayahku datang sambil membetul-betulkan kain pelekatnya, tersenyum, lalu mencuba kentang goreng kami. "pandai jugak hampa masak" senyum lebar menjaga hati anak-anak lalu ketawa berdekah-dekah.



Ada sesuatu yg sangat berkesan dalam hati kami dalam tawa petang itu. Walaupun kami semua tahu tawa sementara begitu tak kan melenyapkan masalah kami yg menimbun-nimbun, sekurang-kurangnya ia penghilang duka buat seketika.

Dan begitulah kehidupan kami berlalu untuk 2 3 tahun seterusnya....



Kini adik beradik pun dah besar. Sedikit sebanyak kuranglah sikit beban yg ada. Ramai yg sambung belajar ke peringkat lebih tinggi, dah ada yg bekerja termasuklah aku. Maha suci Tuhan, mujur adik beradik semua menjadi. Tak lah pakai kereta besar, tapi tak jugak pakai kapcai merempit tak tentu punca.

Jauh mana kami menapak, tinggi kami naik, tak pernah kami lupa asal usul. Di bendang itu kami berlari-lari selamatkan diri dikejar tuan sawah, dari belut-belut tu kami membesar, di puncak kelapa tu sayup mata kami memandang, dari hina keji orang yg men-kuatkan kami, dan dari tindak tanduk semua orang kami belajar tentang manusia.



Jikalau enkau ditimpa bencana, jangan mengeluh & cepat kecewa. Semua tu tuhan bagi untuk kuatkan enkau. Kalau kami tak lalui semua tu dulu, dah tentu sekarang kami selalu menangis untuk benda-benda yg remeh.  Kalau kami tak lalui semua tu dulu, dah tentu kami tak tau men-hargai setiap yg bernilai.

Semua ini orang-orang terdahulu dah melaluinya lebih daripada kita. Kerana itu setiap hari aku duduk selepas asar dan subuh, termenung tentang kasih sayang antara Allah taa'la dengan hambanya. Termenung tentang ketika Muhammad s.a.w berasa down, Allah taa'la cepat memujuk...


'Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?'
'Dan Kami telah menurunkan beban yg ditanggungmu'
'Yg memberatkan tanggunganmu'
'Dan Kami tinggikan (muliakan) sebutan namamu'
'Kerana bersama kesusahan tu ada kesenangan'
'Sesungguhnya! bersama kesusahan tu ada kesenangan'
'Apabila enkau selesai bekerja keras, tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain)'
'Dan kepada tuhan-Mu sahajalah enkau berharap'

Al-Insyirah



Lalu aku berasa tenang... dan redha...


.

TOLONG

Ada orang minta tolong dekat aku. Kalau aku mahu tolong, aku akan tolong selagi daya. Kalau tak boleh tolong kebendaan tolong guna kudrat, tak boleh guna kudrat tolong ikut buah fikiran. Kalau tak mampu bagi RM100 bagi RM5, tak buleh bagi duit tolong carikan orang yg boleh bagi pinjam.

Pokoknya yang penting aku mesti menolong, dan mengurangkan beban yg ditanggung orang lain.

Macamana kalau aku tak nak tolong? Sedangkan jelas di kepala aku, kalau aku tak tolong dia mesti susah. Dan aku tak buat apa-apa selain menggunakan simpati kerana rasa macam dah cukup untuk ber-perasaan begitu.

Kalau aku sebut "pegi mati la enkau aku peduli apa" sebagai alasan, mungkin nampak teruk sangat. Jadi aku guna "pegi mati la enkau aku peduli apa" dalam versi yg murni, dengan bagi alasan yg menampakkan seolah-olah aku kesah pedulikan enkau.


Dalam versi yg murni, aku akan list-down alasan-alasan dalam bentuk kepayahan hidup aku. Kepayahan aku tanggung memang benar, nyata dan ada, tapi aku manipulate kepayahan tu untuk tutup ketidak-pedulian aku tentang masalah enkau.

Aku sakit lah, tak mampu lah, macam-macam. Sampai satu tahap, keasyikan bagi alasan tu akan makan diri aku, contohnya aku bilang tak boleh tolong sebab aku kena bedah oral surgery. Macam la orang bodoh tak tahu oral surgery tu doktor taruk bracelet dekat gigi je.


Dalam versi yg murni, aku akan bagi alasan-alasan yg tak masuk di akal. Alasan seperti takde duit memanjang padehal baru awal bulan. Sesuatu yg tak logik, seolah-olah tak dapat bantu kerana takut ancaman freemason yg ada di mana-mana, penjajahan alien ke bumi atau wabak virus zombi.

Dalam versi yg murni, aku akan bagi alasan-alasan yg menunjukkan aku betul enkau salah. Konon-nya aku lebih tahu, aku dah lalu semua kesusahan tu. Tunjuk pandai pulak dan merasa diri tu betul untuk TAK membantu. Itu sama sahaja dengan aku sibuk terjerit-jerit suruh orang lain bertenang tapi aku sendiri tak bertenang terjerit-jerit.



Aku rasa yg kurang di sini hanyalah kasih sayang dalam diri, maka tiada keikhlasan. Kepentingan diri dah berjaya buat kita TAK peduli.



Masih ingatkah enkau bila enkau duduk di sisi katil hospital itu. Enkau hanya nak stay duduk di situ dan menemani si sakit. Enkau dengar amende sekalipun dia bebel & mengeluh tapi tak sedikitpun tawar senyuman enkau. Si sakit even maki enkau kerana stress, tapi enkau tetap stay, kerana kasih sayang beri kekuatan kepada enkau untuk sentiasa ada?

Masih ingatkah enkau bila anak kecil bertanya enkau soalan bodoh-bodoh. Enkau tahu kerja enkau lebih utama tapi enkau tetap di situ, melayan segala karenahnya. Soalan-nya berulang-ulang dan penjelasan enkau tak kan di fahaminya. Tapi enkau tetap rasa terisi malah terhibur, kerana kasih sayang beri kekuatan kepada enkau untuk perihatin?

Masih ingatkah enkau bila kaki mesin basuh enkau patah 1 kaki masa tengah spin. Enkau terharu mesin basuh tu tetap bersusah payah meneruskan spin, gedegung gedegang terhinggut-hinggut walau kakinya patah satu. Lalu enkau peluk kuat dia, bantu dia berdiri stabil sampai spin abis, kerana kasih sayang beri kekuatan kepada enkau untuk tetap bersama?




Jurnal kali ini adalah penghargaan khas untuk mereka yg ikhlas membantu. Untuk Allah taa'la yg tak putus-putus merahmati hamba-hambanya yg lalai. Untuk ayahku yg tetap terus berkorban walaupun menanggung perit & sunyi setiap malam. Untuk orang-orang yg suci hatinya yg menyayangi kita tanpa bersyarat.

Kami tahu kalian susah, tapi kalian tetap berkorban abaikan kepentingan peribadi. Kalian tak bagi alasan, sebaliknya membantu sehabis upaya. Kalian tahu apa yg paling utama dalam hidup ini, kerana itu kalian membantu mengatasi kemampuan.

Ketahuilah bahawa kesucian hati kalian sangat kami kagumi. Dan orang-orang yg mementingkan diri sendiri sebenarnya mereka sunyi di dunia ini. Dibuang dibenci dalam hati orang sekeliling, di cabut berkat dari rezkinya.


Untuk kalian yg sentiasa ikhlas membantu kami, terima kasih kami ucapkan.

.

UNTUK ADIK-ADIK FIRST YEAR, FIRST SEM

Di sini aku ajarkan trick-trick untuk survive sebagai mahasiswa/siswi. Adik-adik sekalian, jurnal ini untuk anda.


Cari sorang super-senior

Super-senior aka 'mamat yg tak grad-grad tu' akan bimbing pucuk-pucuk muda macam enkau untuk survive. Sebab dia orang lama di situ, jadi dari sekecil-kecil perkara sampai segedabak mana sume dia mahir.

Dia akan ajar enkau tentang study, bimbing enkau jadi wakil pelajar, menghormati guru, berzanji, bertayammum...ok aku tipu.

Dia akan ajar enkau bustop mana paling best usha awek balik kelas, macamana nak sorok toyol masuk exam, bagitahu perangai buruk baik lecturer, course mane paling banyak sotong-sotong, & lubang mana nak fly.

Sebab yg baik-baik sume dah grad, so tingal yg ni jelah. Dalam sesikat pisang bukan semua menjadi, standard la. Tapi dia akan guide masa muda enkau dengan penuh kenangan riang & gila-gila.

Tapi ingat, play safe.


Jilat bontot orang kantin

Matlamat kita adalah untuk memastikan bekalan makanan tidak putus. Kerana nanti akan sampainya masa ptptn enkau habis & enkau malu gile nak pau duit member.

Bila enkau da baik dengan orang kantin, at least bila enkau dah pokai, kurang-kurang enkau boleh berhutang, atau buat part-time job dengan dia, atau kalau enkau lagi power - pau makanan free terus.

Muslihatnye adalah 'keep the change' tapi jangan lebih 20 sen. Rangka macam mana nak 'keep the change' selalu, lepas tu buat-buat friendly dengan owner kantin. Bila enkau terdesak nanti, dia pun tak lokek nak balas jasa 20 sen enkau.


Jilat bontot orang yg kontrol tempat tinggal enkau

Golongan ini termasuk officer yg kontrol kolej enkau dan makcik tuan rumah [kalau enkau stay dekat luar].

Supaya nanti deme buleh tengok-tengokkan barang enkau in case kalau enkau nak tinggal balik cuti, atau bagi special privelege kalau kene shuffle bilik dan sebagainya. Ringkasnya, memastikan enkau sentiasa ada tempat tidur.

Untuk tekel orang-orang ni, gunakan teknik yg dah berjaya aku buat - 'may I speak with you in private'.

Bayangkan enkau pegi office kolej enkau. Sampai sana, ada 2 3 staff tengah keje. Aim sorang yg nampak lemah, execute 'may I speak with you in private?'.

Pastikan dia keluar dari office dia dengan gune muke 'ini sangat-sangat penting!' enkau. Bawa dia ke satu bucu, dan start la melabon. Matlamat kita bukan dekat isi ape nak melabon, tapi tunjuk kan kepada staff-staff yg lain yg enkau tu orang penting.

Percaya atau tak, bila enkau 'speak in private' dengan seseorang, orang sekeliling akan nampak enkau berimej penting, berpengaruh, & rapat dengan mangsa enkau [especially kalau enkau 'speak in private' dengan head department tu]. Itu cara macam mana kita nak tekel orang dalam group, secara berperingkat-peringkat.


Kawan dengan semua course

Dari hari awal-awal enkau masuk U, berkawanlah dengan semua orang. Pastikan enkau ada 'wakil' kawan dari setiap course. Sebab samada enkau suke atau tidak, dunia sekarang tak memerlukan orang yg specialist.

Dunia sekarang memerlukan orang yg fleksible.

Maksudnya, sebagai contoh, member Economic enkau akan ajar enkau sikit tentang cashflow, member Engineering enkau akan train enkau sikit tentang Civil construction, yg Syariah pulak akan highlight tentang agama.

Jadi bila enkau da grad nanti, ilmu enkau tu pelbagai. Enkau buleh buat keje akauntan sikit, engineer sikit, peguam sikit, at least enkau tau serba sedikit. Ini sangat-sangat membantu enkau bila enkau dah nak minta kerja nanti.

Kalau enkau specialist dan hanya bagus dekat bidang enkau je, itu sangat tak bagus beb. Susah nak survive dekat dunia luar bila keadaan menyempit.


"Anakku dengarkan...Perempuan, harta & kuasa akan rosakkan enkau dalam sekelip mata" ujar mak enkau. Tapi dalam jurnal aku, 'perempuan, harta, kuasa dan game akan rosakkan enkau sekelip mata'.


Jauhi game-game yg berkuasa

Game yg berkuasa adalah game yg kebanyakan hardcore-gamer main. Kalau enkau  si ayah, enkau adalah ayah yg gile main mesin kuda. Kalau enkau mamat kl, enkau mamat yg malas keje sebab ketagih pegi club bajet high class. Kalau enkau budak universiti, game-lah paksi kerosakannya.

Enkau tengok member enkau main game, tengok die asyik gile. Pastu enkau tanye "weh, best tak game ni?", "perghh, best gile dow, aku main ni tak pernah boring bla bla bla"

Pastu enkau pun belajar game tu, gile ah memang best. Pastu enkau tak sedar enkau dah addict main game. Enkau stay up sebab nak habiskan mission enkau dalam Call of Duty, teringat member enkau cakap enkau tu pengecut.

Lama-lama kelamaan ia jadi lifestyle enkau, main game malam-malam sampai lewat tido. Kelas enkau terabai, asignment mula malas buat asyik cube game-game terbaru. Akhirnya, enkau kantoi subject & kene dismiss.

Sekarang, kalau enkau tak percaya, enkau buat pemerhatian enkau sendiri. Enkau akan saksikan betapa game-game seperti Football Manager, Dota, Counter strike buleh buat enkau tak reti social-skill, stay-up 4-5 tahun untuk perkara sia-sia, dan limitkan punca hiburan enkau hanya dari pc.


Buat bisness sendiri dari awal

Jadi sekarang enkau ade PTPTN, duit lebihan tu boleh enkau gunekan untuk buat bisness. Yes, bisness. Bila enkau sampai je 3rd year, bisness enkau dah kuat, dan enkau boleh berdikari.

Sangat best itu.

Mungkin enkau boleh buat bisnes sewa kereta, ganti tayar motor, jual makanan, printing, ataupun try sesuatu yg berjenayah kolar putih di universiti - jual rokok.

Tiada universiti yg jual rokok secara open, tapi yg sangap agak ramai. Keuntungan mungkin sikit, tapi bayangkan berapa orang enkau boleh buat friend-network hanya dengan jual rokok. Contohnye dengan  lecturer yg cool, & Pak-guard university yg tak cool tapi jadi cool bile kena rasuah Dunhill sebatang.

Part paling bodoh adalah enkau jual rokok direct tangan ke tangan - senang kantoi. Ia sama sahaja dengan enkau nak taik-hidung-kan member enkau C, palit terus adalah kurang bijak.

Sebaliknya, korek hidung, salam tangan B, & pastikan B salam tangan C. Macam tu jugak jenayah-kolar-putih, enkau pergunekanlah orang tengah untuk run bisness enkau.


Mulakan menabung

Sangat-sangat aku galakkan ini. PTPTN akan jadi satu asset untuk enkau menggandakan duit sebab enkau ada simpanan yg besar. Kalau enkau start menabung sekarang, bila umur enkau mencecah 50 nanti simpanan enkau boleh sampai RM200,000 lebih.

Masuk PTPTN, bayar semua yuran-yuran dulu. Baki tu, potong 10% untuk simpan mati, duit peribadi enkau sahaja. Buat lagi 10%, untuk enkau simpan ASB , beli unit trust lain masa depan nanti atau buat bisnes.

Buat lagi 5% untuk sedekah. Ingat, kita bukan cari kesenangan hidup, tapi keberkatan hidup. Total baki tu, gune untuk support enkau study. Bila enkau  dah grad & keje, dengan gaji RM1500 dan tabungan 10% enkau [bukan 10% simpanan peribadi], dah buleh buat loan bank.

Buat loan bank RM200,000 [bank A 100,000 & bank B 100,000] , ikat 25 tahun, dan gune duit loan tu untuk beli Amanah Saham. Bayar bulanan bank tu biar dividen Amanah Saham enkau yg tanggung, cuma tahun pertama sakit sikit. Tapi takpe, lepas tu dividen Amanah Saham enkau akan roll-in dan cover bulanan.

Orang rajin kerja keras untuk cari duit. Orang bijak gunakan duit untuk beranakkan duit.



Okeh, member aku panggil. Gudluck. Semoga berjaya

PERSOALAN HARIAN

Berikut adalah situasi rungsing paling minimum kita alami setiap hari. Aku sudah pilih yg ter-konflik dan cuba membantu sesama kita.


Alamak, aku rakaat ke-3 ke ke-4?

Ini sering terjadi bila tengah sembahyang enkau teringat nak sms emak enkau atau mentally rancang ape nak buat selepas ni. Kadang-kadang tahan kentut masa tahiyat pun buleh buat enkau hilang punca jugak. Kecelakaan begini sangat dahsyat kerana tengah-tengah fokus pun, hanya dalam split second saje, enkau lupe rakaat.

Situasi ini bertambah menarik bila enkau menjadi imam kepada keluarga mentua enkau, setelah beberapa hari enkau menikah. Nak nak pulak sebelum tu enkau yg eksen offer diri nak jadi imam dan baca surah berdengung-dengung. Lepas tu mesti enkau fikir imej Ustaz Amirul enkau tergores.

Terus-terang aku takde solusi untuk perkara ni. Ini adalah perkara yg semua lelaki dewasa muslim kena lalui & cari penyelesaian sendiri. Dan aku suka melihat ni sebagai rahmat. Sebab bila lupa rakaat masa sembahyang, kita malu dengan Allah taa'la di depan kita, lalu kita mohon ampun sepenuh hati.


Hmmm..nak makan ape ha?

Ini merujuk kepada situasi 'tanpa keputusan 3 kali sehari'. Orang pandai, dia akan fikir siap-siap semasa dalam perjalanan. Minah emo, dia akan reply 'APE APE JELAH!! HUGHH!!'. Mat skema akan makan mengikut jadual mingguan perancangan makanan-nya. Mamat boyot akan cakap 'tu sikit, ni sikit je eh, tu tak nak banyak ok' [nak diet, tapi kalau campur semua still menu banyak].

Kalau awek enkau cakap 'ikut awaklah pilihkan untuk saya', enkau sangat beruntung. Sebab, orang yg tak cerewet tentang makanannya, perangainya tak banyak ragam dan senang di jaga.

Teknik terbaik adalah pengetahuan dalam campuran kuah yg paling berkualiti. Kalau nasi, ayam, sayur, begedil, telur masin dalam satu pinggan tiap-tiap hari, sakit beg duit beb. Enkau ambil peha ayam, nasi putih, pastu campur kuah kari dengan kuah masak kurma. Kuah sardin tambah kuah masak kicap memang kombinasi ideal. Makanan pun murah tapi sedap, pada harga ayam+nasi putih sahaja.


Kat mana nak kentut ni?

Ini konflik paling lahanat. Jap aku nak gelak ahahahahahah. Tapi, seriously, kamon a...semua orang pun kan. Kalau enkau sorok kentut cover bunyi dengan ehem ehem kuat-kuat, memang murahan la teknik enkau sebab orang boleh trace kot. Aku paham memang seksa kemut tahan nak kentut berjam-jam dalam komuter, berita baiknya aku ada penyelesaian genius untuk ni.

1] Teka samada kentut bunyi ke kentut sunyi : Ini bergantung kepada kata hati enkau. Tarik nafas dalam-dalam, cuba hubungi jiwa dalaman enkau. Kalau terdengar orang berbisik di telinga, kentut sunyi. Kalau terdengar riuh pasar, masa depan enkau gelap.

2] Chek ape enkau makan pagi tadi :  Kalau enkau minum orange memang macho kentut enkau, dekat-dekat bau one drop perfume orange sensation. Kalau makan petai, percayalah, kelak enkau binasa.

3] Semak bila last enkau berak  : Enkau buleh kentut tanpa bau jika pagi tadi enkau da berak, perut kosong. Tapi kalau dah seminggu tak berak, kentut sunyi atau bunyi sama sahaja lahanat-nya. Tuju siap-siap mamat muke pencuri terdekat untuk enkau tuduh dia kentut nanti.

Lepas tu, tarik nafas dalam-dalam, dan lepaskan berperingkat-peringkat. Jangan bertegas dengan jubor enkau, sebaliknya bagi dia ruang untuk suarakan pendapatnya. Paling wajah enkau ke awek cun yg terdekat dan 'memang, saya yg kentut, macho kot'. Kebanyakan perempuan sangat dahagakan lelaki yg berterus-terang macam tu.

PERUBAHAN

Jadi sebagai anak sulung dah tentunya tanggungjawabku menjaga dan mendidik adik-adik. Dan part yg paling memuaskan hati adalah memarahi mereka bila silap kerana ia membuatkan aku merasa aku sangat best dari deme. Kadang-kadang aku rasa mereka patut ikut langkah aku yg konon-konon-nya cemerlang. Atas nama niat murni yg keliru, aku marah kesalahan deme dan berfikir tindakan aku tu betul.


Sehinggalah suatu hari bila kami anak beranak dalam kereta dalam perjalanan ke pekan. Adik dan ayah aku sangat kebabom berborak pasal politik. Yg pasti aku tak berapa berminat dengan politik, sebab, mungkin kurang pendedahan. Tapi point-point yg deme debatkan sume aku ingat, secara asasnya:


"ape YB tu buat macamtu, sepatutnya dia ikut kehendak rakyat.."
"mana buleh makan rasuah, rosak la masyarakat kita.."
"pemimpin pun teruk macam mana rakyat nak ikut, patut melayu kita makin lingkup.."


Secara asasnya tentang orang lain yg tak betul dan ambil berat deme supaya yg tak betul berubah.




Aku diam aja sebab aku tengah berfikir. Apa yg deme canangkan semuanya tentang silap orang lain, dalam erti kata lain, mahu mengubah orang lain menjadi lebih baik mengikut acuan agama & budaya. Pokoknya, berharap orang lain berubah.


Kaitannya memang jelas dengan aku, sebab aku sendiri berusaha sibuk-sibuk mengubah orang lain bila aku marah-marah adik aku. Tujuan tu memang murni, tapi selalunya lambat menjadi dan kurang berkesan, jadi mesti ada yg tak kena dengan caranya.






"cana hamzah, cana pendapat kamu, patut ka YB tu buat camtu, ce cite ce cite"
"hmmm, pendapat aku la,,,ada, tapi dalam cerita yg aku baca dulu. Hampa dengaq.."


Satu masa dulu ada seorang anak muda. Lelaki ni sangat ambil berat tentang bangsanya, agamanya, dan masyarakatnya. Dia lihat masyarakatnya teruk, miskin, bodoh, di hina. Dia yakin dengan dirinya dan dia rasa dia patut buat sesuatu. Untuk itu dia cuba merubah negaranya dengan sehabis usaha. Tumpuan dan gigih dia semata-mata untuk merubah negaranya menjadi lebih baik.


Tahun berlalu, tapi dia masih tak mampu mengubah negaranya. Terlampau luas, tak menang dek tangan. Tapi dia tak putus asa, cuba lagi, cuma kali ni dia cuba merubah yg lebih kecil sedikit, negerinya pulak.


Tahun berlalu, tapi dia masih tak mampu mengubah negerinya. Usia semakin meningkat. Masyarakat masih bermusuh, bergaduh, ilmu merosot dengan jenayah bermaharajalela. Jangan-kan negeri, orang kampungnya sendiri pun tak mahu berubah menjadi lebih baik. Jadi tumpuan-nya beralih pula kepada pe-murnian peringkat kampung.


Tahun berlalu, tapi dia masih tak mampu mengubah orang kampungnya. Semua masih di takuk lama, kalau ada yg baik pun sekejap saja, pastu menggila balik. Dia pandang sekeliling, akibat terlampau memandang di luar, anak isterinya sendiri hilang kawalan. Dia mesi buat sesuatu, dia mesti selamatkan keluarganya.


Tahun berlalu, tapi dia masih tak mampu mengubah anak isterinya. Usia dah menjangkau senja, badan pun sudah tak larat. Dia berfikir, sepanjang usahanya, semuanya tak menjadi dengan sempurna. Seolah-olah selama ini caranya kurang tepat. Sehinggalah sampai satu masa ia berfikir.


"kalaulah aku ubah sikap aku menjadi lebih baik, aku akan menunjukkan contoh yg baik terhadap isteriku. Dia akan terpengaruh sedikit sebanyak. Kemudian anak-anak aku akan mencontohi jejak langkah ibu-bapanya. Kemudian keluargaku akan bagi pengaruh baik kepada jiran-jiran sekeliling. Puluhan kejiranan yg membawa pengaruh baik akan merubah kampung. Ratusan kampung yg cemerlang akan mempengaruhi satu negeri. Satu negeri yg baik akan di tiru negeri jirannya, seterusnya merebak ke seluruh negara"


[suasana jadi sunyi dalam kereta kami, masing-masing termenung jauh ditingkap...]




Ada baiknya kita mencontohi Muhammad s.a.w yg mendidik melaui tauladan, yg membuatkan orang lain tersentuh dengan murni akhlaknya, lalu bergerombol orang-orang mengikut jejak langkahnya.


Ada baiknya kita mencontohi Syed Mokhtar Al-Bukhari yg berubah dari dalam dirinya sendiri. Dia yg pada awalnya hanya menjaga lembu bapanya, hanya ada sijil SPM, tapi komitmen terhadap perubahan dari dalam diri, sekarang dia mampu membantu berjuta-juta keluarga melayu islam di negara kita.

KEPEDIHAN

[sungguh aku sangat sibuk semenjak mula bekerja, arghhh balik rumah terus penat tersidai di hujung tilam, tak mampu buat apa-apa kerana sangat penat]



Setiap kali kita dikutuk, dihina dan diperli kita rasa macam ada satu kecutan di ulu hati. Umum tahu, ia adalah tindak balas ke-atas otot setelah kita berasa sangat "sakitnya hati aku..oh!"

Setiap kali lantai kereta enkau yg lowered bergesel dengan bumper jalan kawasan perumahan, KREEEETTTT, begitulah sakit hatinya menghiris kalbu. Setiap kali perkara malang dan tak berjaya menimpa, rasa nak terduduk dan terkedu, lemah longlai badan kerana kecewa.

Perlulah kita tahu bahawa itu semua adalah tindak-balas yg sudah terbiasa, terlatih semenjak dari kita kecil. Perlulah kita tahu bahawa semua itu mampu di ubah, dengan mengubah habit kita.

Pernahkah enkau terfikir bahawa kita buleh bebas dari reaksi sebegitu, reaksi yg sangat tak menyenangkan itu, dan menjadi sebenar-benar lelaki yg kuat?

Lelaki yg kuat mampu mengawal kepala hotaknya, bebas dari segala reaksi emosi yg merosak. Lebih hebat lagi, ia mampu mengawal emosinya sendiri. Sehingga ke satu tahap, ia berasa ia perlu sentiasa hidup dalam kepedihan kerana ia tahu me-manipulasi kepedihan itu kepada satu tenaga semangat.





-7823
Just another day on site
Mari kita terus sahaja meng-aplikasi:


1] Tegak-kan badan : Reaksi spontan kita apabila orang berkata "ah enkau tu bodoh, ape tau", kita akan berasa sakit hati. Tubuh kita mengendur, dada mengecut dan sakit hati menjalar di dalam.

Tegakkan badan setiap kali perasaan negatif mula menyerap. Praktis dengan membayangkan situasi-situasi sebenar sedang berlaku. Umpamanya ketika menerima berita bisnes enkau lingkup, orang kutuk belakang enkau, mahupun bos enkau rancak me-maki mak ayah enkau.

Sentiasa imagine dan praktis, supaya apabila situasi sebenar berlaku, tindak balas enkau mengikut apa yg enkau praktiskan melalui imaginasi.

2] Bukak dada dan rasa-kan : Selepas tegakkan badan [belakang], buka dada dengan menguak bahu ke-belakang. Dada yg sempit menyesakkan minda, kesan dari pengudaraan yg tak bebas. Tarik nafas dalam-dalam, biarkan ia mengisi penuh dada kita.

Kemudian, rasakan. Rasakan perit tu, rasakan kekecewaan tu. Biar perasaan tu menyelinap ke seluruh anggota tubuh enkau. Jangan tinggalkan ia di dada sahaja.

Bayangkan perit sakit hati itu menjalar ke tangan, ke peha lalu ke kaki, walaupun sampai ke hujung rambut. Pejam mata kalau perlu, untuk lebih merasai dan me-rebak-kan sakit hati tu ke seluruh anggota tubuh. Jangan buang kecewa, marah itu buat masa ini. Sebaliknya, biar ia terlepas bebas ke seluruh anggota enkau.

Matlamat kita adalah merasai sakit itu, lalu menguasai ia. Enkau lelaki, enkau perlu kuat. Dan kekuatan itu terbina dari kesakitan.



Selesai itu, enkau akan bertindak dengan lebih tenang dan waras. Kerana, selama selang masa enkau menegakkan badan, bukak dada dan merasa, enkau telah memberi masa kepada diri enkau dan menghalang diri enkau dari mem-beri respon negatif, dan membiarkan sakit hati itu menguasai enkau.

Lelaki sebenar tidak akan akan mem-benarkan orang lain, peristiwa, mahupun cuaca, mengubah emosi yg dia sendiri putuskan. Kerana lelaki sebenar adalah bebas emosinya, tidak dipengaruhi oleh sesuatu yg lain pun.


.

TANGGUNGJAWAB

Jadi sekarang aku ada 2 ekor kucing dan sekor kala jengking. Yang kucing - yeop and yeong, yg kalajenking - cha namanya [bermaksud 'abang' dalam longhat perak]

Bela haiwan ni memang feeling habis dow. Rasa macam lepas ni aku nak jadi aktivis haiwan pun ada ahahaha tapi kena hati-hati la dengan haiwan.

Kala jenkin enkau tau la bisa-nye cane, tapi bebaloi sebab exotic dan malunya sangat menarik. Kucing pulak bahayanye jangan sampai dia berak dalam almari enkau dah la, lahanat gile camtu dow. Tapi once kucing tu da jinak dengan enkau memang best.

Jadi satu hari akupun nak la cari makan untuk si cha ni. Makanan dia tak susah, dia pun bukan kekwat sangat [adoi terbapok la pulak]. Makan cengkerik, labah-labah, belalang dan serangga lain.

Tapi malam tu aku main gile sikit sebab nak tangkap sekumpulan lebah yg hurung lampu. Memang suicide dow tapi nak buat cane aku tak banyak pilihan.

Amik plastik hitam, pastu serkup sekumpulan lebah yg tertumpu dekat lampu. Pastu aku hold diam, bagi lebah-lebah tu hilang panik. Tengah-tengah hold tiba-tiba ada pulak lebah dari mana ntah bagi airborn dekat jari aku, baik punya...

Tekinje aku lari masuk dalam rumah. Cek balik tengok-tengok melekat cakok sengat tu kat jari telunjuk aku. Pastu kontrol macho ah tahan sakit. Ala ala nak terkucil jugak dow ahahaha. Sampai 2 3 hari jugak la mengatal tangan aku, bise.



Pastu aku terfikir, kenapa aku sangup main gila macam tu untuk se-ekor haiwan?



Kemudian satu hari tu aku bawak family aku jalan-jalan pergi kenduri. Ayah aku tak boleh drive, tak berapa kuat untuk drive jauh, baru 4 5 bulan recover dari pembedahan tulang belakang.

Tu juga adalah sebab kenapa aku tak stay di KL dan keja disana, at least buat masa ni. Aku nak support bapak aku, tinggalkan kejap segala impian peribadi, sampai dia betul-betul stabil. Konon-konon korban anak soleh la - cirit je lebih.

Jadi masa drive tu bapak aku memulakan cenkadak-cenkadaknya. Aku yg tengah drive rasa macam diperkulikan la pulak sebab banyak sangat arahan suruh ikut sana ikut sini. Sampai la tetiba suara dia tinggi, akupun hangin dan menjawab.

panas beb...

Tapi bapak aku relaks je, takde masam muka dengan aku. Dia memang tau perangai aku, aku tak suke terima arahan sangat. Semua orang pun tak suke.


lovely lovely yasara odah
my lovely lovely lovely yasara odah



Bila dah tenang aku duduk berfikir. Dalam 2 situasi ni, aku mem-bela manusia dan haiwan. Tapi adakah dengan niat murni sahaja sudah cukup untuk teruskan kita terus berbakti? Adakah dengan kemahuan sendiri sahaja mampu beri kekuatan kepada kita untuk terus bertanggungjawab?

Aku rasa inilah kos-lepas untuk niat murni kita. Aku rasa aku masih belajar untuk bertanggungjawab. Dan semua tu memerlukan masa. Walaupun ditengking, disengat, itu semua hanyalah sebab untuk aku berhenti bertanggungjawab.

Aku rasa aku sama sahaja dengan orang lain, apa yg aku lalui sama sahaja dengan orang yg terdahulu. Tapi dalam setiap manusia ada sesuatu yg sangat hebat - kemahuan sendiri. Dan aku percaya kemahuan sendiri sahaja yg mampu buat kita survive di dunia ni walau apa pun cabaran.




Kita sudah tua, kita sudah ber-usia, sepatutnya kita sudah bersedia. Adakah enkau sudah bersedia memikul tanggungjawab?

Ambillah tanggungjawab, hanya dengan tanggungjawab kita dapat mengasuh kemahuan sendiri.




.

BERMAKNA BAGIMU

Jadi aku ada seorang kawan. Sudah berusia, bercucu pun. Hari tu member aku yg mude-mude semua takde. Takde pilihan aku pun boraklah dengan dia. Sebab selalu aku tak borak lame sangat dengan 'orang lama' ni, deme selalu sembang blue dengan orang bujang.

Jadi kami pun duduk dibawah pokok, ditiup angin tengah hari di suatu sudut yg terpencil. Bukan seperti yg enkau terdetik dalam hati - kami bukan gay.

Perbualan melalut dari sukan, keluarga, teknik memancing dan menghala terus ke peribadi. Tau pengalaman berharga yg bakal aku dengar dari 'orang lama', mau timba apa yg bernilai - akupun tekun mendengar, terutama teknik-teknik dahsyat membuat anak.

Dia terus cerita panjang apa yg bersarang dalam hati, tentang perjalanan hidup. Akupun nyaris terhanyut dengan ke-emo-annya. Tapi ayat terakhirnya buat aku termenung panjang:

"Aku muda, aku kerja, buat rumah dan kereta, kawin, dapat anak, kerja, bela anak, kerja, dapat cucu, pergi haji, tau-tau aku dah tua. Aku pun tak tau ape bende aku buat dalam hidup aku..."

....

Di sebalik kesibukan mengejar impian dan segala itu ini, di tengah-tengah seronok mengengam sesuatu yg kita rasa itu yg sebenarnya kita 'nak' padahal itu sebenarnya bukan, adakah kita akan end-up macam dia?



malin i know ur gona hop in, this is for u
malin i know ur gona hop in here, this is for u







apa yg paling bermakna bagi diri enkau?

Yg paling "bermakna' merujuk kepada apa yg paling membuatkan jiwa enkau ter'isi' , bukannya kepuasan sementara tetapi bila enkau dapat/buat sesuatu tu jiwa enkau rasa lengkap dan tenang.

Contoh, janda cun [i preferred rozita che wan] yg penyayang, yg lapar, yg sedang memasak - buleh saja makan lauk-nye untuk hilangkan lapar. Tapi dia melakukan sesuatu yg lebih bermakna iaitu bagi semua lauk tu anak-anaknya makan, lalu dia pun hilang laparnya kerana bahagia melihat anak-anaknya terisi.




apa yg paling bermakna bagi diri enkau?




Hanya dengan pengalaman dan kematangan sahaja yg buleh tentukan jawapan tepat untuk tu. Sebab dengan mengetahui apa yg paling bermakna dalam diri kita sahaja baru kita boleh tentukan apa yg kita mahu dalam hidup ini.

Yg paling bermakna tentu berbeza-beza disetiap individu. Orang yg bertanggungjawab, keluarga lah paling bermakna baginya. Orang yg penyayang, mungkin aktiviti sukarelawan-lah paling bermakna untuknya. Si pemalas, mungkin tido adalah paling ber-erti untuknya.

Berjuang melakukan sesuatu yg bermakna dalam diri enkau boleh mengelakkan hidup enkau dari berlalu begitu sahaja mengikut norma atau budaya kita. Yg kadang-kadang mungkin norma/budaya itu kurang kena dengan diri kita.

Kerana memang itulah cara kita dibesarkan dalam dunia yg mengelirukan ini. Iklan dan hiburan sekarang hanya membuatkan enkau tergilakan pakaian cantik-cantik, kereta kuat-kuat dan lense kamera gedabak-gedabak. Persepsi orang lain dan kurang keyakinan mematikan semangat untuk buat apa yg kita 'betul-betul' mahu.



Kadang-kadang aku rasa hidup aku nak berjalan kaki seluruh dunia, tengok kehidupan orang lain dan abadikan semua tu dalam lukisan/tulisan aku. Kadang-kadang aku nak stay dengan family sahaja dan usaha berjayakan semua ahli keluargaku. Kadang-kadang aku nak...ok sekarang rasa macam nak terberak.


Haihhhhh susah juga nak tau kan apa yg paling bermakna...


.

IMPIAN

1] Aku ada impian. Sehinggalah umur aku sekian-sekian, aku dah hafiz al-quran dan solat sharp on time. Supaya mati beroleh rahmat dan buleh syafaatkan orang lain. Untuk itu aku mesti hafal quran setiap hari

2] Aku ada impian. Aku nak jadi skateboarder terbaik untuk diri sendiri. Setiap hari aku belatih. Injured pun main jugak. Tergeliat pun practice jugak.

3] Aku ada impian. Aku nak bentuk sikap baru. Aku nak jadi lebih tenang, tak mengelabah ayam macam selalu. Aku nak jadi lebih bijak, tak pelupa bengap macam selalu. Untuk itu aku peruntukkan tabiat tarik nafas dalam [supaya bertenang] dan baca buku setiap hari.

4] Aku ada impian. Aku nak jadi pemuzik paling terbaik. Aku nak lagu yg aku cipta mampu merubah emosi dan sikap orang, bantu orang menjadi lebih baik. Untuk itu aku mesti belatih gitar setiap hari.

5] Aku ada impian. Aku nak jadi graphic designer paling dahsyat. Aku nak cipta poster dan raster art paling cantik. Untuk itu aku mesti belatih photoshop & illustrator setiap hari.

6] Aku ada impian. Aku nak power macam Bruce Lee, stamina macam Bruce Lee, cutting macam Bruce Lee. Untuk itu aku berusaha disiplinkan lari setiap hari, sit-up sampai sakit perut.

7] Aku ada impian. Aku nak jadi pelukis potret pensil paling dahsyat. Aku nak lukis muke sume orang yg penting, yg aku suke. Untuk itu, aku mesti belatih setiap hari lukis satu muke.

8] Aku ada impian. Lepas dah pandai main gitar, aku nak main snare pulak. Aku pun belatih setiap hari, tapi alamak latihan dia sangat bosan...

9] Aku ada impian. Aku nak menulis. Aku menulis tentang dunia, tentang kehidupan. Supaya aku dapat membantu suluhkan sikit perjalanan orang-orang. Untuk itu aku rangka blog, & usaha ilmiahkan tulisan.

10] Aku ada impian. Aku nak merubah bangsaku. Melihat rempit,sumbang mahram, bergaduh berbunuh, aku sedih. Untuk itu aku berusaha merubah diri sendiri, setiap hari cuba untuk lebih berdisiplin dan berilmu.

Aku ada impian, dan belambak-lambak lagi impian


-7517
Dahsyatla adik aku, mude-mude dah ade Doctor

Pada umur 24 tahun, hanya 2 dari belambak-belambak impian aku yg tercapai. For shame...

Pada umur 24 tahun, aku terhantuk dan tersedar, impian yg banyak sebenarnya buat aku tak mampu berlatihan atau praktis semua DALAM SEHARI. Tak cukup masa untuk semua itu. Akhirnya yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran.

Pada umur 24 tahun, aku rasa agak terlewat untuk sedar kepentingan FOKUS kepada satu usaha. Fokus kepada satu, bila dah power, baru masuk hala lain.

Pada umur 24 tahun, aku rasa agak terlewat untuk sedar bahawa kita bukanlah apa yg kita idamkan, fikirkan, angankan, tapi apa yg kita buat sehari-hari.



Pada umur 24 tahun, aku pandang muke di cermin "it's ok dude, do not stop dreaming, do not stop chasing, I wish you best of luck!"

Lepas tu aku rasa macam mamat dekat cermin tu mula tersenyum...



.

KEMATANGAN

Satu malam aku duduk dan fikir, definisi kematangan. Matang dalam perhubungan sesama manusia. Tak kira la dengan bos ke, kenkawan ke, pasangan ke.
Aku amik paper dan rangka beberapa ceklist.

Mungkin ini membantu:


-0961-2
Jalan-jalan kehidupan [picture taken at sentul park]




1] Jangan harap pasangan / orang lain berubah. BELAJAR menerima dan macam mana nak hidup dengan dia. Kalau tak buleh itu, blah cari orang lain.


2] Jangan jauhi pergaduhan atau salah faham. Hanya kerana nak jaga hati, enkau makan hati. Itu tak baik untuk jangka masa panjang.


Bersemuka dengan masalah bersama, bincang dan capai solusi tanpa libatkan segala bentuk emosi pada masa tu. Pastikan perbincangan berasaskan pemahaman dan rasional sahaja, bukan respon emosi seperti marah, merajuk, sayang, happy dan sebagainya.


3] Bertanggungjawab terhadap kebahagiaan enkau. Jangan harap ibu ayah/ pakwe makwe/ orang lain akan tolong fikirkan tentang tu untuk enkau.


4] Belajar kuasai emosi sendiri. Enkau bertanggungjawab terhadap emosi enkau, dan jangan biarkan orang lain yg kontrol emosi enkau.


Walaupun yg kontrol emosi itu adalah pengalaman buruk lepas, jangan benarkan ia kuasai enkau pada masa sekarang.


5] Buang perasaan untuk selalu betul. Mengaku salah untuk kebodohan kecil tanda enkau mahu belajar dan sentiasa tumbuh matang.


6] Bagi pendapat yg TAK menunjukkan dia salah dan enkau betul. Kalau masih nak tunjuk yg dia tak best dan enkau best, walaupun bagi-tahu dengan sopan & lemah lembut, itu masih tetap tak best.


Kerana semua orang boleh berfikir sendiri, dan perlukan masa untuk berubah. Jadilah neutral dalam pendapat enkau.








Ternyata ceklist aku menunjukkan aku masih belum matang...hampeh




.

PEMOTONGAN

Jurnal kali ini tentang kucing aku sahaja..



Rumah aku ada kucing. Jantan dan betina, yeop dan yong namenye. Yang jantan-nye yeop. Dema kecik lagi, adela dalam setahun. Aku tak minat bela kucing, bapak aku la beria suke sangat kucing, ntah ape bende yg best aku pun tak tau.

Yeop ni aku rasa nak hentak je tiap-tiap hari. Sebab dia ada satu tabiat - hyperaktif & suke potong jalan aku.

Asal aku jalan je, yeop datang pintas kaki depan aku, macam kereta lepas potong enkau, terus cilok masuk lorong tak bagi signal.

Sakit hati beb, mane aku jalan mesti dia potong. Segala hormon hyperaktif dia tiap hari habis dekat potong jalan aku je. Aku sampai susah nak jalan takut terpijak.

Pulak tu tengah malam suke naik katil aku himpit tido sekali. Terkejut beruk aku malam tu, apebende gesel-gesel ingat hantu ke ape. Pang aku ter-tampar, terus dia tido kat sofa.

Satu hari aku tengah dok hati-hati jalan tu takut tiba-tiba dia potong jalan aku. Elok aku jalan je, tup dia potong tak bagi signal, dah terpijak.

Terjenket-jenket dia sebab aku pijak kaki dia, kuat pulak tu. Dah aku rasa kesian pulak. Tapi dalam hati best jugak rase SIKIT, padan muke enkau ahahaha tu la, tegedik-gedik lagi.

Satu hari yeop jatuh sakit. Makan tak nak, tak aktif dah. Duduk tersadai, terbaring sepanjang hari.

Akupun rasa lapang la sikit, sebab tak de dah kucing nak kacau aku jalan. Aku pun jalan dengan tenang berlari riang dalam rumah.



-0184-2
Aku dan saudara izwan misai. Agak bestpren



Tapi lama-lama, aku rindu pulak potong-potong tu. Rindu pulak hyperaktif dia main kat kaki. Akupun mula risau, bila la nak baik kucing ni.

2 hari, 3 hari, tak baik-baik lagi..

Aishhh mengelabah ayam aku jadi. Kucing ni nak mati ke. Alamak aku tak boleh handle stress kalau dia mati gini.

Tapi atas nasihat orang lama, aku mandikan kucing tu. Deme cakap buleh sembuh. Akupun mandikan dia dengan, haishhh lain sikit la perasaan dan gayanya - mandikan dia dengan harapan tinggi semoga dia cepat sembuh.

Esok tu dia semakin sehat dan terus sehat, meng-gila balik potong jalan aku. Aku happy pulak, tak marah dah, siap main aci ligan pulak dengan dia.

Malam tu dia naik tilam tidor kat kaki. Terkejut beruk aku, tapi aku tak lempang macam dulu, malah tarik dia letak kat perut, kasi haba sikit.

Pastu aku rasa tenang...





Jelaslah di sini kadang-kadang aku sangat emo dengan kucingku.



.


BUAH

Minah datang dari keluarga yg bermoral. Ibu bapa-nya orang baik-baik, minah orang baik-baik. Mendapat didikan moral dan tatasusila, minah tau macam mana menghormati manusia, tau adab sopan dan batas sempadan kemanusiaan.

Tapi minah jahil agama. Ibu bapanya tak kesah solat, minah tak kesah aurat. Hukum hakam sama sahaja dengan moral. Tapi minah tak pernah mengasari orang lain, malah sering membantu. Minah buat semua amal murni atas batas logik, moral dan kemanusiaan. Bagi minah, asal hati baik, buat baik sesama manusia, hidup ini pasti bermakna.

Munah datang dari keluarga yg beragama. Ibu bapa-nya orang bertakwa, munah pula ikut semua tuntutan agama. Mendapat didikan syariat dan hukum hakam secukupnya, munah tau macam mana menjalankan ibadah menurut fiqah, tau kewajipan menutup aurat dan sunat makruh.

Tapi suatu hari, minah marahkan munah. Minah berang munah mengumpatnya tak pakai tudung, tak disiplin solat. Minah kecewa dengan munah, nampak aje kuat agama, tapi mengumpat. Baik bukak aje tudung tu, buat malu orang bertudung aje.

-1473
Memancing di tasik kenyir. Beria je lebih haram tak dapat

Munah memang mengumpat minah. Munah rasa sedikit kecewa melihat gadis melayu islam tidak menutup aurat, tak menjage sembahyang. Islam ape ke bende nye. Memang la minah baik, tapi jahil. Nak buat apa.

Lalu asmara keliru [asmara adalah watak tiba-tiba]. Siapa yg betul? adakah berilmu agama tapi mulut jahat lebih baik? atau adakah bermoral tapi jahil lebih baik?.

apesal budak sekolah agame sesetengah tu perangai ntah ape-ape. Ada ilmu agama tapi akhlak cam haram. Macam tu baik tak payah sekolah agama.
Kalau dah beragama mesti hati baik, mestilah agama pada dirinya membentuk hati yg baik. Bukan jijik memandang manusia jahil lain. Ini yang tak tau agama pulak lagi elok perangai. Apa guna agama? [kata asmara]

............

Syariat itu umpama pokok. Hukum hakam, kewajipan, sunat wajib dan lain-lain, semuanya umpama akar, dahan, daun dan ranting. Tanpa salah satunya, tak kan ada pokok, tak kan menjadi pokok.

Hakikat adalah segala sifat-sifat terpuji, hasil dari hati yg bersih. Hakikat itu umpama buah. Buah adalah hasil dari pokok. Tak kan sempurna buah jika salah satu bahagian pokok yg tak baik.

Tak manis buah jika hampir keseluruhan daun dimakan ulat.

Matlamat hidup pokok adalah mengeluarkan buah yg baik, manis, sempurna, supaya dapat berjasa pada semua. Kerana, itulah tujuan adanya pokok berbuah, supaya ia boleh berbuah.

Soalnya - tanpa akar, batang dan daun yang baik, TAK kan menjadi pokok yg sempurna. Tapi kalau takde pokok, JANGAN HARAP nak ada buah. Kalau ada pokok dan berbuah pun, belum tentu lagi manis.

jadi pokok atau buah?

Berlapang dada-lah, kerana walaupun sudah ber-pokok, belum tentu boleh mengeluarkan buah. Jadilah pokok dan sentiasa-lah berusaha mengeluarkan buah yg terbaik.


TIDUR


[berbaring nak tidur]


Malam hari tu aku termenung lama tak buleh tidur. Mungkin aku terlampau memikirkan tentang perihal anak bangsa , kemajuan akhlak yg merudum akhir-akhir ini, kebejatan sosial dan segala yg berbaur intelektual.

Takdelah,aku dah overdose tido sampai 3 jam siang tadi, tu pasal tak boleh tido.

Pastu aku teringat satu ayat yg orang selalu cakap "kita adalah apa yg kita fikirkan". Jadi, kalau aku fikir aku selalu sedang tidur nyenyak, lama-lama aku lena la.

Dengan solusi kreatif, akupun amik nafas dalam-dalam, berzanji dalam hati..

"aku tengah tidur"
"aku tengah tidur"
"aku tengah tidur"
"aku tengah tidur"
"aku tengah tidur"
"aku tengah tidur"
"aku tengah tidur"

.....

[bangun esok pagi]

wah jadi jugak teori ni. Dahsyatnye kuasa minda. Tertaksub, akupun cuba teori ni kepada bende-bende lain.

lepas makan macam biase nak cucuh rokok. Kemudian terfikir, "baik angan-angan aku da merokok"

"aku dah merokok"
"aku dah merokok"
"aku dah merokok"
"aku dah merokok"
"aku dah merokok"
"aku dah merokok"

.....

arghh tak boleh tahan, cucuh jugak sebatang hahahaha


[berbaring nak tidur]

Macam biase aktiviti "susah nak lena" aku bermula. Kepala sibuk fikir itu ini, fikir yg tak perlu, berangan separa lucah dan sebagainya. Kemudian tersedar aku dah terlajak jauh, aku pun cepat-cepat "aku tengah tidur"kan diri aku

"aku tengah tidur"
"aku tengah tidur"
"aku tengah tidur"
"aku tengah tidur"
"aku tengah tidur"
"aku tengah tidur"
"aku tengah tidur"

.....

ceist tak boleh tido jugak, ape ke jadah




kita bukanlah apa yg kita fikirkan, tetapi apa yg kita buat.

HARTA

-091
Kawan-kawan, terima kasih untuk semua penat lelah bersama


1] Malam ni meraban surf web ke hulu ke hilir pasal invesment & stock market sahaja. Pening kepala sampai pinau.

2] Aku tengah cari side-income yg stabil untuk support pekerjaan utama. Aku fikir nak buat sesuatu yg berasaskan pelaburan, sebab nanti pekerjaan utama akan makan hari aku sepenuhnya, jadi aku takde mase nak buat side income.

Contohnye, kalau side income aku meniaga kerepek, mesti aku takde mase untuk semua tu sebab sepanjang hari duduk supervise site atau buat design aje.

3] Aku terfikir nanti nak buat loan, beli rumah kedai, & sewakan. Rumah teres atau buat sewa tempat tinggal tak berapa untung sangat. Nak nak pulak dapat penyewa orang bujang atau budak-budak muda, hancor rumah sewa aku.

4] Ataupun beli tanah yg ada hasil macam sawit, getah etc. Tanah tu kasi orang pajak. Duit pajak pulak roll-balik untuk bayar loan bank. Cukup tahun utang bank setel, tanah tu 100% aku punye.

5] Forex trading dengan stock market - masyuk jugak. Tapi bila dah buat survey, nampak macam hukum buat mende-mende ni tak tentu lagi la. Akupun tak tau la, kalau bisnes currency orang islam yg monopoli, dah tentu orang Islam terkaya kat dunia.

Tapi takpe, apa yg aku tau tentang currency sekurang-kurangnya buleh jadi ilmu yg berguna. Satu hari nanti kalau ada islamic broker, baru aku invest.

Pastu aku nak beli duit US banyak-banyak nak sell pada harga murah, biar mampos ekonomi deme macam george soros buat kat duit malaysia dulu. baru kecut telor deme dengan orang Islam hahahahaha

6] Aku fikir nak beli tanah lereng bukit kat kampung-kampung. Tanah bukit murah, buleh gajikan orang buat pertanian makanan asas. Tanam serai bawang ke amende.

7] Ataupun, kalau nak cepat, amik lesen kontraktor & jilat bontot sume YB kat tempat aku untuk monopoli projek. Pasti kaya ahahaha

8] Satu hari nanti aku nak beli tanah untuk semua adik beradik aku, buat rumah untuk orang tua aku, baru aku boleh mati dengan aman. Aku tak nak deme merempat menyewa sana sini sampai ke-tua.



Banyak sangat impian. Nak susah memang senang, nak senang memang susah. Tuhan, bimbing kami kejalan kejayaan mu yg lurus



SIAPA AKU

Ramzi dan Khalid adalah sahabat baik. Mereka gemar berfesyen yg ringkas mengikut trend semasa. Suatu hari Ramzi sekodeng Khalid tengah tukar pakaian lepas mandi. Ramzi terkejut!

Sebabnye sekarang baru dia tahu rupanya khalid pakai boxer. Ramzi ingat selama ni Khalid pakai spender macam dia jugak.


Ramzi rasa terpinggir kerana sekarang baru dia tahu remaja sebayanya semua pakai boxer, dia malu ketinggalan dalam trend semasa. Ramzi mula mengenakan boxer, dia bahagia.

Tapi bahagia dalam derita, kerana dia tak selesa. Sedihnya dia tak faham kenapa dia tak selesa, sedangkan semua orang lain boleh pakai boxer.


Berlainan dengan Ramzi, Khalid seorang yg dominan & nak menang dalam segala benda. Jiwanya bebas, mahu tubuhnya bebas bagai mat-rempit, maka boxer sesuai dengan personaliti-nya. Ramzi pula ayu pemalu dan lebih suke mengikut. Dia tak perlukan lebih kebebasan berbanding Khalid, adiknya mahu dilindungi bagai bunga di taman larangan.

Sebab itu Ramzi lebih selesa pakai spender dari boxer berbanding Khalid. Tapi kini Ramzi terseksa tak selesa hanya kerana terpaksa mengikut trend semasa, dia gagal mengesan faktor ketakselesaan-nya itu lebih mendalam kerana dia GAGAL memahami dirinya sendiri.

Bagaimana memahami diri sendiri? kita selalu fikir kita faham diri kita, tau batas kemampuan kita, tau kelebihan kita, faham personaliti kita. Tapi adakah itu benar?

-319
Pulau pangkor. Gadis itu gagal mengesan dia sedang di ngorat

Mengenal diri sendiri adalah pengembaraan sepanjang hayat. Kita sentiasa mencari diri kita. Wali Allah & orang yg sempurna, mereka menemui diri mereka, sebab itu mereka kenal & cintakan Tuhan sepenuh hati, berjaya dalam hidup.

Sebab tu SESETENGAH orang soleh & budak tahfiz hidup sederhana, anak ramai naik van buruk & menyara hidup meniaga pasar malam. Kita fikir mereka tak berjaya, sebab ukuran kita kebendaan.

Kita lupa hakikat kebendaan itu untuk bagi ketenangan/kepuasan diri, sedangkan orang soleh sudah ambil jalan pintas & jumpa ketenangan lebih awal dari kita, mereka bahagia walaupun tak kaya.


Jurnal kali ini tentang jalan-jalan mengenal diri. Supaya kita ada matlamat hidup yg BENAR-BENAR memenuhi jiwa kita yg berbeza / unik dari orang lain.


1] CUBA PIKUL SATU TANGGUNGJAWAB YG BERAT

Uji diri kita untuk memimpin satu organisasi / kumpulan / keluarga atau apa-apa sahaja aktiviti yg memaksa kita membuat keputusan untuk kenuntungan semua, bukan kebaikan individu. Contohnya jadi ketua kelas, ketua unit, kepala keluarga & sebagainya. Ambil kepimpinan tu sungguh-sungguh, cabar diri sendiri sejauh mana kita boleh pergi.

Kemudian SETELAH BERUSAHA SEHABIS BOLEH, semak samada adakah kita sebenarnya dilahirkan untuk jadi pemimpin atau pengikut.

Sesetengah orang mahu jadi pemimpin teratas atas nama tanggungjawab & niat yg murni. Tetapi alasan itu telah mengelirukannya lalu tugasnya sebagai pemimpin tak mencapai KESEMPURNAAN, kerana sifat semulajadinya bukan seorang pemimpin, tetapi pengikut yg baik.


Contoh, orang yg pandai bercakap, dia fikir dia layak menjadi pemimpin sebab ramai yg terpengaruh dengan pidatonya. Sedangkan, pemimpin sebenar adalah orang yg paling pandai buat keputusan bijak untuk kebaikan semua, pandai bercakap hanyalah asset sampingan sahaja.

Tetapi, semua orang wajib menjadi pemimpin kepada DIRI sendiri.Ini tiada pilihan, kita wajib menguasai minda, semangat & perilaku kita. Orang yg paling kita perlu hormat & kuasai adalah orang di depan kita bila kite berdiri di depan cermin.


2] KAJI & TEROKA

Luangkan masa untuk kaji diri sendiri daripada kaji awek cun yg lalu lalang. Cari buku tentang personaliti individu melalui warna & personaliti mengikut tarikh lahir.

Ada ciri-ciri yg bila kita semak di situ kita tak setuju, walhal itulah diri kita. Kalau di situ kita TAK setuju yg fakta mengatakan kite ni kedekut, cube try jadi kedekut / jimat dalam seminggu. Adakah kita rasa lebih 'terhubung' dengan diri kita atau tidak.


Ada masa terluang cube buat hobi yg baru; yg tak pernah, tak berminat, & hobi yg berbunyi sia-sia [contohnya berjalan kaki].

Mungkin setelah seminggu kita berjalan kaki sebagai hobi, kita rasa sangat 'penuh' & memenuhi jiwa, baru kita faham yg sebenarnya kita dilahirkan untuk menjadi pengembara / journalis, bukan pekerjaan yg popular seperti doktor, engineer etc.


Aku malah pernah try pakai lipstick & make-up hanya cuma nak test dengan jujur adakah aku happy buat benda tu. Malangnya tak. Ia hanyalah experiment yg perlu, tapi memalukan.


3] MENDENGAR UNTUK MEMAHAMI

Banyak kebaikan bila bergaul dengan semua orang. Bersembang hati ke hati dengan pelbagai jenis manusia. Ia membantu kita mengenal diri kita kerana ia membantu kita faham karakter setiap orang yg unik. Orang dari pelbagai tingkat umur, latar belakang, pekerjaan, orang baik orang jahat, semua itu PERLU.

Kita bercakap untuk mendengar, mendengar untuk faham, sebijik macam proses kita dalam kelas. Cuba faham orang macam mana depan kita ni. Konflik dalaman apa yang dia alami, apa sebab dia bertindak begitu etc. Ini kerana semua orang ada sebab kukuh yg unik.

Dengar untuk faham, persoal untuk faham, pastikan semua respon kita bila borak untuk meningkatkan kefahaman kita SAHAJA. Bukan untuk menilai 'eh enkau buat ni salah' atau bagi cadangan 'ada jalan lain enkau boleh buat, contoh bla bla bla'.

Contohnya, orang yg pentingkan diri sendiri, dia ada sebab yg kukuh / murni untuk dia bersikap begitu, sebab sifatnya memang semulajadi pentingkan tekak sendiri.

Di mata kita die memang celaka habis, tapi di pandangan-nya, DIA PERCAYA DIA BUAT BENDA YG BETUL. Sebab itu dia rasa tak salah dan terus menerus menjadi orang yg mementingkan diri sendiri.


Aku suka bagi perhatian & faham bila mak aku cakap 'hang ni dari kecik bla bla bla' sebab dia akan huraikan sikap semulajadi kita yg kita terlampau ego untuk mengaku. Dah die bela kita dari kecik, dia lagi tahu.

Tapi aku serik nak dengar penjelasan dari bapok tentang apa sebab dia patut jadi bapok. Dulu aku meluat gila tengok, tapi aku amik peluang tu untuk faham sebenar-benar sebab kenapa aku meluat dengan bapok, jadi aku cuba fahami deme. Tapi deme brainwash aku sampai aku rasa macam ok je jadi bapok. Hampir-hampir di situ.




Memahami diri sendiri adalah penting lagi perlu, supaya kita tahu apa kita nak dalam hidup & set hala tuju yg betul. Kerana asset kita yg terhebat adalah diri kita sendiri. Kata orang lama, kenal diri maka kenal lah tuhan, kenal tuhan maka kenal ketenangan. Maka, sebelum kita nak 'be yourself' tu, kita kene 'understand yourself' dahulu.


MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK