SESAT DENGAN BIJAK

Bayangkan situasi ini :

Enkau : Kami datang ni nak mencari seseorang, boleh bantu ?
Penjawab : Hmmmmm... mesti susah hidup sorang-sorang kan
Enkau : [kami cari orang la bongok]

Pernah tak enkau jumpe orang macam ni ? Memang pada awalnya enkau akan start mark dia sebagai si pelik, nampak sesat dari perspektif normal tapi dalam bentuk yg unik.



Individu begini memang istimewa, sangat jarang di jumpai. Dia mempunyai cara pemikiran-nya tersendiri, langkauan kepala hotak-nya jauh dari orang kebanyakan. Cara dia memandang satu benda itu berbeza, dan enkau mula terdetik 'dia ni lain lah'.

Tapi dalam pada itu kita jadi sangat susah nak faham maksud yg dia nak sampaikan. Seperti dia pernah bilang dekat enkau :

".... seolah-olah mencari jarum yg enkau nak dalam seberkas jarum".

Nampak ? bunyinye sangat educated tapi haramjadah amende aku pun tak paham, enkau cuma rasa yg dia tu best.

Orang biasa mungkin akan memujuk budak kecil dengan bagi aiskrim, bawa ke funfair atau ugut londehkan seluar. Tapi individu ini tak, dia ada cara dia. Contoh, adik bongsu dia tengah menangis teruk dia bilang :

"bertenang, bertenang. Adik sekarang sedang bermimpi, nanti bila adik dah bangun, semua akan kembali normal. Ops, jangan tampar muka enkau nanti adik terjaga".

Nampak ? mantap kan.





Kalau enkau memiliki kenalan yg jenis macam ini, enkau beruntung. Kalau enkau teliti, enkau akan nampak kepelikan-nya itu sebagai keistimewaan. Ciri-ciri orang ini enkau boleh salin sedikit & dapat bantu enkau untuk berfikir dengan kreatif.

Individu ini akan buat enkau selalu tak faham dengan apa yg dia nak sembang, memaksa enkau berfikir berulang-ulang lebih dari biasa. Itu sebenarnya lebih bagus dari asyik berkawan dengan sentimentalist.

Apa kejadahnya itu sentimentalist ?

Sentimentalist adalah mamat yg selalu sangat emo dengan awek dia, dan memanjang tak puas hati pasal kerja dia dekat enkau.

Sentimentalist lagi mudah dikesan bila asyik nak pillow talk dengan enkau pada waktu yg tak sesuai, atau terlalu kerap mengeluh pasal dia salah parking 'adik' dia & bebel susahnya nak ejas parking balik.

Pendek kata mengheret emosi negatif dia kepada enkau. Sesuatu yg enkau pasti tak nak berlaku dekat enkau sepanjang masa.





Nak berkawan dengan orang yg unik atau sentimentalist, itu terpulang kepada kemahuan enkau. Ada kala kita perlu kelainan bila terlampau normal, dan ada kala normal itu berbaloi untuk dipertahankan. Perlu capai keseimbangan dalam bergaul.

Aku ? aku ikut kata hati.

Ya, aku percaya pada kata hati. Kalau aku tiba-tiba rasa tak sedap hati, aku percaya sesuatu buruk akan berlaku. Boleh jadi tsunami sedang melanda di luar negara sana. Atau boleh jadi orang sebelah aku lagi 3 saat nak kentut lalu membinasakan kewarasan aku.

Dan ya, aku sendiri telah sesat tapi kurang bijak di sini.





.
Comments
4 Comments

4 ULASAN ANDA:

Waqheh said...

apa nak kapak? yg ni pun pelik gak...tingat citer keluarga 69

pensel kayu said...

wakaka. jgn communist sudah

Jurnal Murahan said...

waqheh : tak sangka boleh sampai sini jugak, thanks datang jenguk2

pakcaq : weh communist2, tau la awak tu orang kuat ahahah

ORLANDO AHMAD said...

gua tak suke orang2 emo ni ahaks

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK