PERTALIAN

Dimana-mana dengan siapapun aku selalu rasa sedang dinilai.

Walaupun hanya borak kosong dengan bos, aku rasa bos tengah uji samada aku berbaloi disimpan atau dibuang. Walaupun hanya berjalan didepan bakal mertua, aku rasa dia sedang memerhati perangai aku. Walaupun hanya sembang-sembang dengan lecturer, aku rasa dia sedang decide samada nak failed atau luluskan aku.

Tapi dengan enkau aku rasa jujur gile. Aku tak perlu pura-pura baik atau pura-pura kerja keras. Aku hanya perlu jadi diri sendiri. Aku rasa bebas. Sebab aku tau macam mana pun enkau tetap terima aku seadanya.

Dan hal itu sangat melepaskan tekanan di dada.




Dekat mana nak mencari kasih sayang?

Kalau enkau rasa kosong, pergi sahaja ke penjara. Pergi melapuk dekat tempat dewan bertemu pelawat sana. Ade ibubapa bertemu anak, suami bertemu isteri, atau sahabat bertemu sahabat. Di situ enkau nampak kasih sayang yg tak berbelah bahagi, yg tak peduli dengan segala yg hitam, yg ada hanya percaya & ambil berat.

Kalau enkau rasa kosong, pergi sahaja ke airport. Pergi melapuk dekat dewan ketibaan penumpang. Ade gelak tawa berpelukan menyambut orang tersayang, ada yg setia menunggu orang yg dinanti pulang, & ada yg menumpang gembira tersenyum dari jauh melihat orang lain seronok. Enkau pasti terisi memandang manusia berkumpul beramai-ramai dalam kasih sayang.

Kalau enkau rasa kosong, pergi sahaja ke tempat orang kurang upaya (OKU). Di situ enkau nampak mereka yg tak kenal lelah, yg yakin pada diri sendiri, dan mereka yg sentiasa ikhlas menyokong. Di situ ada semangat, di situ ada inspirasi. Lalu enkau malu dengan diri sendiri dan rasa sangat bersyukur.

Tapi kalau aku rasa kosong, aku hanya perlu pergi dekat enkau...




We can't all be saint

Kadang-kadang aku mungkin berkeras, kadang-kadang aku mungkin bertegas. Ada perkara yg aku boleh pejam mata, ada perkara yg aku tak boleh blah. Ada masa tenang, ada masa bergelombang.

Kita semua tak boleh jadi baik, tak boleh semua. Seseorang mesti pikul tanggungjawab untuk berkorban 'nampak jahat' supaya segalanya dapat berlalu dengan baik. Sebab tu dalam keluarga ada ayah yg garang & dalam kompeni ada bos yg suke fire orang.

Yg aku kagumi adalah enkau sangat memahami. Enkau mengerti bahawa semua yg aku lakukan adalah untuk kebaikan kita semua.



1
Mak aku dengan hero-heronya. Terima kasih kerana memelihara kami dari kecil.

2
Bapak aku dan adik-adik di hari konvokesyen. Masa ni bapak aku cakap "inilah hutang PTPTN" hahaha. Terima kasih kerana banyak berkorban untuk kami.

154618_1225273489498_1758866100_421557_59269_n
Awek aku yg best. Terima kasih maknye kerana men-jaga saya dengan baik & berusaha memelihara hubungan kita.





Jurnal kali ini ditujukan khas untuk orang-orang yg aku sayang, mereka-mereka gambar di atas. Aku fikir aku ni tak pandai nak mulut manis cakap dengan deme depan-depan perkara yg tersimpan dalam benak.

Aku ingin kalian tahu bahawa kalian sangat penting dalam hidup aku. Kalianlah orang yg paling selalu aku fikir dan selalu aku risaukan. Aku harap keluarga dan hubungan kita akan terus bahagia, dirahmati Allah dan kekal diberkati ke akhir hayat.



Amin...





.
Comments
15 Comments

15 ULASAN ANDA:

Anonymous said...

tiada aku di hatimu....
sedih

Hanis Abd Razak said...

nice post hamzah!

jurnal murahan said...

@ anonymou : disebabkan haku tak tau henkau sape, aku tak tau cane nak respon.

len kali letak name ye abih komen tu ehem ehem ahahah


@ hanis abd razak : Yaaaahh tuan-tuan, orang lama pengikut pertama gagasan murahan akhirnya bersuara ahahaha


pembaca kalian, terima kasih bertandang

a.samad jaafar said...

JurnalMurahan..
aku konpius plk laaa.. n3 sebelum ni citer ttg enkau dari produk sebuah keluarga yg musnah.. ni aku tengok enkau elok je ngan mak and ayah enkau..aku malas nak serkap jarang.. serkap rapat pun selalu 'miss'..kalau tak keberatan, ce jelaskan sikit..

Abang Jonni said...

entri yg penuh kasih sayang... huhuhu..

jurnal murahan said...

@ yeop mad


konpius yg bagus, sini awok jelaskan ye. sedikit peribadi, tapi takpe utk yeop mad punye pasal ahhahah



Sejujurnya benci dan rasa nak menghukum tu memang ada. Paling kuat masa awal sekolah menengah, masa tu awal-awal perpecahan.

Mula-mula memang tak boleh terima. Nampak macam semua orang lain yg salah, ye lah, waktu muda ingusan apa yg kami tahu sangat.

tapi bila dah berusia sikit ni, bila dah banyak berjalan, api berapi pun jadi malap. Lama-lama aku sedar yg deme sahaje yg kami ada dalam dunia ni.



Macam mana teruk sekali pun mak ayah kita, kita anak-anak tak layak nak menghukum.



Terima, dari sudut ini adalah kenyataan walaupun hitam dan belajar memaafkan orang lain untuk meneruskan hidup.

Terima dari sudut ini ujian untuk dema berdua, suatu hari nanti kita akan dapat bahagian ujian kita pulak, tapi bolehjadi dalam bentuk yg lain.

Seolah-olah macam aku eksiden hilang kaki. Mula-mula memang aku blame & marah orang yg langgar aku setiap hari sepanjang hidup.

Tapi takboleh macam tu, sebab lama-lama kita jemu hidup dalam dendam & tak redha. Jadi, kena belajar macam mana terima bahawa satu kaki dah hilang, & mara untuk terus survive.




lagi 1 bila dah dewasa kita start define ape benda kita nak dalam hidup ni.

Kesenangan hidup atau keberkatan hidup?

Kesenangan hidup tu macam aku kaya raya tapi hati tak tenang sebab dendam kepada orang tua atau orang lain yg tindas kami masa kecik.

Keberkatan hidup tu macam rasa tenang, semayang pun khusyuk, hati pun tak busuk dan jalan-jalan hidup ni jadi mudah.

Dan takde jalan lain untuk dapat keberkatan hidup selain dari restu mak ayah. Jadi, kenalah berlapang dada.

Dan perkara ni aku selalu brainwash semua adik-adik aku & alhamdulillah, lama-lama boleh terima. Nampak jelas berkat tu ade, walaupun semua serba tak cukup tapi alhamdulillah hati lapang.







camtulah lebih kurang yeop. Kamu tu jangan bergerak sangat lepas operate, banyak-banyak berehat yak. Semangat kuat yeop, baru cepat sembuh

Thanks yeop mad datang singgah.

konah said...

Post yang menarik!!!!..... perasaan rasa dinilai oleh org lain ni kadang2 menyesakkan otak....tapi of course kalau lihat ia sebagai tools untuk lebih berusaha...kita akan lebih menghargai.

jurnal murahan said...

@ joni johnson :

aku terperasan komen enkau dah macam pendek2 pulak bro, macam tengok emo2 gitu.

Kalau tak komen enkau macam panjang kelakar2 gitu ahaahahha

Joni anda antara pengikut awal gagasan murahan, saya personally sangat menghargai anda


@ konah yg sentiasa bersemangat :

harhahah konah, ehem ehem aku tengah tunggu motivation fees tadi ahhahah

konah, aku doakan enkau cepat mendapat ape yg enkau nak dan dimurahkan rezki. Amin



Terima kasih konah & joni jonson kerana meng-komen

melody mocker said...

awal² ak nk tanye cam a samad jgak, tp dgn penjelasan pnjg lebar ko, membantutkan niat suciku.. yg nh bes, 'Macam mana teruk sekali pun mak ayah kita, kita anak-anak tak layak nak menghukum.'

jurnal murahan said...

@ melody mocker

hahaha panjang lebar seolah2 macam aku braiwash adik2 aku pulak ahhaha

tulah kite ni, tak layak menghukum. Apelah kita tanpa keluarga & mak ayah kan

aku akan terus ke blog enkau ni nak push enkau post baru ahahahha


terima kasih kuning-kuning singgah disini

AbGJaS said...

hi sdr JM,
kdg2 kita selalu tidak menghargai apa yg kita ada sehinggalah kita kehilangannya.

abgjas pun antara org2 yg tidak pandai dlm melafazkan ungkapan kasih sayang walaupun dlm hati, kita amat menghargainya...

jurnal murahan said...

@ abg jas

"abgjas pun antara org2 yg tidak pandai dlm melafazkan ungkapan kasih sayang walaupun dlm hati, kita amat menghargainya..."

samalah kita abg jas, orang laki ni memang macam tu, tak pandai berkata2, muke nak garang je ahahahah

tapi dalam hati sayang

.

Faridah Mohd Tap said...

Awaaakkk...

Terima kasih.. terharu dah ;)

Saya pun sayangkan awak sangat.

Semoga kebahagian dan kasih sayang mewarnai kehidupan kita sekeluarga hingga akhirnya

I - s Y a said...

wow.. comeynye gf... :p diam je ko slame ni eh..

hehe post yg shweet :))

spt satu lagu neehh..

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cause what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most


What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

jurnal murahan said...

@ maknye faridah : amboi2, terharu nampak, tarik hidung tu nanti hehehe


@ ecah : ah biaseeee...diam2 sudeh ape kecoh2 hihihi

aku sedang syncronize lirik tu dengan lagu Im Yours hehehe





terima kasih mimosa & ecah kerana singgah di sini

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

Email enkau untuk updated-post

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK