Showing posts with label TAHU. Show all posts
Showing posts with label TAHU. Show all posts

PERKARA KECIL

Aku percaya kepada perkara-perkara kecil. Enkau tak percaya ?

Aku percaya yg setiap sesuatu itu tak kan terjadi terus dengan sendiri, ia mesti tumbuh dari benih  kemudian membesar. Dari mende kecil-kecil tu ia akan merebak lalu membentuk.




Enkau tak kan berjaya besar dalam sekelip mata. Semua tu disokong oleh kejayaan-kejayaan kecil yg membina keyakinan enkau.

Dapat joging 4 5 round, naik basikal lepas tangan, dapat awek cun, semua tu akan spark confident enkau untuk menghadapi ujian-ujian yg lebih besar.




Setiap kali aku balik kampung aku mesti jeling kuku adik aku. Kalau panjang, mesti aku suruh potong on the spot & membebel super-dahsyat seolah-olah dia mendapat tempat tercorot dalam kelas.

Orang tak kan menjadi pemalas dengan tiba-tiba, ia bermula dengan mende remeh-temeh yg kita pandang acuh tak acuh. Sikap acuh tak acuh tu akan merebak, bikin kita jadi tak peduli dengan seluar koyak, muka tak shave & rambut kusut masai.

Simbol malas yg paling dominan adalah bulu hidung yg terkeluar-keluar, dari jauh nampak seolah-olah misai tumbuh dari dalam lubang hidung. Itu tanda orang tu dah sebati dengan kemalasan.

Enkau selamat untuk melempang wajah-nya sebab dia dah malas nak reply lempang enkau balik.




Aku tak suka panggil orang atasan aku 'bos', sebaliknya aku akan panggil dia dengan encik / cik. Kalau aku panggil dia bos, dia automatically akan pandang & layan aku sebagai pekerja bawahan.

Panggilan 'bos' akan trigger the 'bos attitude' dalam masa 2 saat dia menoleh muke nak memandang aku. Mende kecil seperti cara kita panggil orang pun sebenarnya beri kesan.




Sama jugak kalau enkau nak bentuk diri supaya mula sembahyang. Memang susah kalau orang tak biasa sembahyang untuk konsisten 5 waktu.

Kalau enkau malas sangat nak berubah, masa orang azan sekurang-kurangnya berhenti bercakap. Lama-lama prihatin yg kecil tu akan pupuk kemahuan enkau untuk amik wudhuk, walaupun hanya untuk saje-saje basuh muke.

'Wudhuk saje-saje tapi tak semayang pun' tu akan bantu enkau untuk semayang 1 waktu. Dari 1 waktu akan extend ke 2 3 waktu, lama-lama boleh la istiqamahkan solat on time.




Samada nak menjadi baik atau buruk, mulakan dengan sesuatu yg kecil, & awasilah perkara-perkara yg remeh.




.

GELAK

Jikalau enkau banyak berjalan, jikalau enkau banyak berkawan, enkau pasti dapat mengesan beberapa jenis ketawa yg bermaksud tersendiri.

Berkat pergaulan aku dengan staff-staff aku yg terdiri dari orang-orang 'lama', aku berjaya me-retrive beberapa jenis gelak yg sangat bermanfaat untuk kita nilaikan.

Kalau enkau tak percaya, bulatkan mata, luaskan lubang telinga, dan tajamkan pengamatan enkau. Pasti enkau jumpe jenis-jenis gelak dibawah dalam dialog harian.



Gelak Orang Kaya

Ini enkau biasa dengar. Tapi dapatkan enkau mengesan bagaimana rupe-nye gelak macam ini ?

Gelak Orang Kaya tak semestinya merujuk kepada pakcik berokok pipe yg baru balik main golf sedang gelak di Starbuck. Hal itu sangat typical. Ia sebenarnya merujuk kepada situasi selepas mendapat 'monetary return'.

Contoh, gelak orang yg baru dapat claim OT atau medical claim. Makcik-makcik yg bergelak sakan giliran dia dapat duit kutu, itu juga termasuk. Ejen insuran atau mamat MLM suke baru dapat downline baru, itu juga termasuk.

Gayanya pula berbeza. Gelaknya kuat semacam, disambut dengan tampar-tampar peha sendiri atau muka meja berhampiran. Bahu member juga di tepuk-tepuk, seolah-olah friendshit mereka akan kekal abadi.

Pendek kata segala projek atau aktiviti yg makan modal mesti on. Mancing kolam, on. Tengok wayang, on. Lepak-lepak dekat Midvalley, on. Bantai shisha sampai 4 5 pagi, on. Pergi jemaah maghrib di masjid...

Tak berapa on. Tapi kalau ada jamuan lepas yaasin, on.



Gelak Orang 'Mendapat'

Penjelasan untuk gelak sebegini sedikit kurang manis, tapi realiti-nya memang wujud. Perhatikan sendiri.

Gelak jenis ini dapat jelas dilihat di kalangan orang yg dah kawin. Namun begitu, ia tidak tertakluk kepada kepuasan fizikal sahaja, ia juga termasuk gelak seronok mencuci mata, mengatal-gatal dan sebagainya .

Contohnya, gelak pakcik-pakcik tuan kedai yg baru dapat bibik assistant baru, mamat yg baru lepas tengok amoi-amoi joging & gadis-gadis selepas tengok movie hero korea yg bajet comel.

Gayanya pula, kalau semalam dia sugul, tapi hari ni dia happy semacam. Kalau tanya, sipu-sipu malu dan disambut 'ada laaaaa...'. Ia dilengkapi dengan gaya jalan riang-ria & secara asasnya nampak gembira tanpa sebab.

Ia juga cepat respond & rasa terlebih kelakar kepada lawak-lawak yg berunsur ehem ehem. Kata kunci seperti 'bentuk botol coca cola' & 'bersenam' boleh buat dia senyum meleret-leret & terkekeh-kekeh siput sedut.

Aku mahu enkau tahu memang ini sedikit ehem ehem, tapi ia memang ada dan kita tiada pilihan selain daripada menyesuaikan diri.



Gelak 'Rasa Macam Nak Lempang Aje Muke Enkau'

Samada enkau suke atau tidak, enkau memang tak boleh lari dari budaya orang Melayu iaitu sindir menyindir. Ia popular dikalangan orang lama kerana mereka tidak gemarkan pertelingkahan.

Disebabkan enkau cool dan matang, setiap kali orang menyindir enkau, enkau sambut dengan ketawa untuk menjauhi situasi tegang. Tetapi pada masa itu semua orang nampak enkau bagai gelak sambil tertelan sebijik mengkudu. Di sorotan mata enkau sambil ketawa jelas terpampang 'aku lempang jugak laju-laju kang'

Situasinya berlalu begini, contoh :

Penyindir : 'Yelah enkau tu memang rajin & pandailah sangaatttt' [mata roll ke-atas, jari point ke dada]

Penonton : [Tutup mulut, angkat kening jeling-jeling member signal 'dia sedang kena basuh']

Di sindir : 'hahahaha enkau ni kelakarlah' [gelak kuat tapi tangan mengetar-ngetar atau capai objek keras]


.

UNTUK APA YG BERBALOI

Orang-orang rumah kerja keras belajar memasak untuk dihormati keluarga suami. Gadis-gadis seksa ber-jogging untuk masuk dalam geng-geng cantik.

Mamat-mamat paksa diri belajar merokok untuk berkawan. Mat jambang jemu mencukur jambang setiap hari supaya tak di kritik. Ada yg bosan tapi terpaksa tonton filem korea supaya nampak sweet & up-to-date.

Bila semua orang 'like' status Facebook yg bangang adakah enkau akan turut 'like' supaya enkau rasa tak ketinggalan ? Bila semua keluarkan I-phone & Android dari poket adakah enkau tergugat untuk beli Blackberry ?





Manusia akan buat apa sahaja untuk di-terima.





Aku mahu enkau tahu bahawa, badan enkau tak perlu besar untuk menyusahkan orang lain. Cukuplah sebesar nyamuk, menyengat bawah meja office enkau bikin sengsara sepanjang hari.

Pengorbanan enkau tak perlu besar untuk di-terima masuk dengan orang lain, cukuplah keunikan & keyakinan buat enkau senang dengan diri sendiri.





Bila memandu enkau tak mudah naik angin & masam muka, itu tanda emosi enkau sudah matang. Bila tengah bergelak-kuat tonton MaharajaLawak, tiba-tiba enkau diam bisu ter-sedar diri sudah tenggelam terlampau dalam dalam hiburan. Bila buat keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur, enkau sudah boleh menduga di masa depan nanti anak-anak enkau mesti kecil-kecil dah obesity.





Aku mahu fikiran yg macam itu. Fikiran yg unik, menongkah arus, matang, sedar & mampu menduga.





Tapi itu semua, ada harganya.





Tak mengapa, for what it worth, senyuman dari orang yg enkau rindu itu sangat berbaloi untuk menunggu dia datang berjam-jam. Dan gatal tungau di telor itu sangat berbaloi untuk seronok bermain pondok-pondok dalam reban ayam.




.

JUST LET IT RIDE

Bila aku pegang gitar & mula compose satu riffing, aku akan mula dengan serangkai note yg ringkas. Jahanam-kan semua note progress & music scale. Kosongkan fikiran dari segala music structure, yg ada cuma emosi & bunyi.

Selepas tu aku hanya petik kosong, experiment dengan pelbagai groove & fusion. Biar saja jari & melodi tu bawa aku pergi mencari inspirasi-nya sendiri. Beri kepercayaan kepada bunyi itu untuk corak perjalanan-nya.

Dalam proses mencari satu tone, mood & progress note yg betul-betul sampai kepada jiwa, ia memerlukan masa. Memerlukan banyak silap, melalut entah kemana & over-experiment. Aku hanya perlu maafkan ia, & beri kepercayaan kepada ia untuk tumbuh matang.

Kadang-kadang untuk 1 minit melody sahaja memakan masa sehingga seminggu. Sehingga seminggu masa yg di-ambil untuk biarkan semua composition & chording tumbuh bersatu menjadi 1 minit. Sehingga seminggu untuk capai satu riffing yg pesona-nya kuat, berdikari & proportion.



Inilah hukum alam, segala-nya memerlukan masa untuk tumbuh menjadi terbaik.



Macam mana enkau bertindak balas terhadap diri yg lemah, tak berkeyakinan & mengelabah ayam ? Adakah enkau emotionally hukum diri enkau kerana terhegeh-hegeh ? Atau enkau marah & kecewa dengan diri sendiri kerana matlamat peribadi tak tercapai ?

Aku mahu enkau tahu bahawa itu bukan-lah cara sesuatu itu berlangsung. Segala-nya perlu tumbuh dengan semulajadi ; termasuklah keyakinan, kemahuan kuat & penerimaan diri.



Macam tu juga dengan relationship sesama orang lain. Setiap orang itu unik & berbeza-beza. Kerana perbezaan itu enkau sering cuba untuk bentuk pasangan atau anak enkau mengikut acuan kepala-hotak enkau.

Bila perbezaan kepala hotak bertembung maka konflik terhasil, berselisih dengan rupajiwa yg tak sama. Perlu enkau tahu bahawa konflik itu garam dalam masakan, jika tidak tak mungkin kita semua akan saling memahami.

Hukum alam juga mengatakan bahawa hubungan juga memerlukan masa untuk tumbuh semulajadi. Jadi bersabarlah, bertahanlah. Jika mental enkau lemah, enkau lari selamatkan diri dengan putuskan hubungan.

Tapi macamana kalau enkau sabar & yakin dengan pasangan enkau, dengan anak enkau ? Enkau yakin sampai masa nanti dia akan temui dirinya, temui satu titik yg benar-benar syncronized & harmonized enkau dan dia selepas banyak konflik enkau lalui bersama ?





Ada satu macam kepuasan bila mencipta satu melody music yg betul-betul berkesan. Kadang-kadang result selepas seminggu merepek explore notation itu ini, melodi-nya end-up jadi simple saja atau berpatah balik seringkas ia mula di-cipta.

Aku rasa ia bukan tentang result sedap ke tak hasil bunyi-nya, tapi thrill & emotion yg berwarna-warni dalam menuju ke end-result itu yg memberi 'isi'. Macam tu juga dengan semua perkara.

Ia tentang cuba & gagal, terus menerus, percaya & sabar untuk mencapai sesuatu yg memakan masa. Ia tentang menghormati hukum alam bahawa selagi belum matang, bunga tak akan kembang.

Ia tentang menikmati perjalanan menuju ke situ, dan yakin bahawa sampai masa-nya segala simpang siur itu akan menemui satu titik pertemuan yg harmoni.





Jadi, dalam semua perkara, tanamkan-lah untuk percaya & biarkanlah ia tumbuh semulajadi. Just enjoy the ride.





.

PELENGKAP HARIMU

Selain dari perkara utama yg rutin, dapatkah enkau kesan habit remeh temeh yg setiap hari enkau lakukan ? Perkara remeh yg tak nampak kepentingan-nya, tapi bila perkara kecil tersebut diabaikan hari enkau rasa kurang sempurna.

Enkau cuma rasa 'eh apebende hari ni yg aku tertinggal ha?' & enkau gagal mengesan kekurangan itu kerana ia sangat remeh. 



Pelengkap hari aku adalah mencium bantal busuk-ku yg sangat best.



Suatu masa dahulu aku dibesarkan bersama sepasang bantal busuk. Umi aku bilang, masa aku lahir lagi dah letak kepala aku dekat bantal tu dulu. Sepasang bantal busuk itu sangat lusuh, dah barai di-cium aku setiap hari. Fabrik-nya dari kain jeans & bila aku basuh mesti keluar daki.

Betapa belacan-nya sepasang bantal aku itu.

Ada sesuatu yg sangat menyenangkan dengan bau bantal itu walaupun rasional-nya bau itu sangat jahanam di hidung orang lain. Ibarat kokain yg sedap di hidu penagih, begitulah setia-nya bantal busuk aku menyenangkan hati-ku tiap kali lepas dirotan ayah aku kerana itu ini. Tanpa ia aku mesti pillow-sick.

Masa aku darjah 3, umi aku nekad mem-bakar 1 dari bantal busuk aku kerana mungkin dia mahu aku berdikari. Masa proses pembakaran di belakang rumah tu, aku cuba juga nak curi sarung bantal tu. Aku fikir tak dapat bantal, ada sarung pun jadi-lah janji boleh lepas gian cium bau.

Tapi tak sempat aku nak tarik sarung bantal, umi aku perasan & mematahkan operasi selamat-dan-rawat aku tu. Akhir-nya depan mata sendiri aku lihat semua organ bantal aku tu hangus di makan api. Oh sangat runtuh emosi aku masa tu. Tinggal-lah 1 sahaja lagi bantal busuk buat peneman duka.





Semakin lama fikiran aku makin kacak & matang sejajar dengan peningkatan umur mencecah sekolah menengah, tapi aku masih ketagih bantal busuk lagi. Hal itu pula sangat tak kacak & matang.

Bila berpindah ke sekolah yg jauh pada kemasukan tingkatan 4, aku tak bawa bantal aku pergi asrama malu dengan kawan-kawan. Namun, pada hari perpisahan-ku ke sekolah jauh, aku cium ia semahu-nya, bungkus bantal aku dalam plastik, lalu sembunyikan ia di bawah katil.

Tiap kali balik cuti sekolah mesti aku dapatkan bantal busuk aku dulu, dan malam itu aku tidur se-lena-lena-nya. Sehinggalah pada suatu cuti sekolah, aku balik & tanya opah aku di mana bantal aku takde pun bawah katil. Opah aku bilang :

"tak tau, hari tu mak long hang ada naik dia kemas-kemas apa ntah, pastu dia bakaq-bakaq apa ntah"

Terlutut diriku lembik ke bumi. Oh runtuh lagi emosiku. Rasa macam penyambung hidup dah berkurang satu per-satu. Hari-hari seterus-nya rasa sunyi, hanya duduk terjelepuk di balik pintu. Kadang-kadang meleleh air liur tanpa sedar & mengoyak kertas perlahan-lahan tanpa henti [ini hyperbola].





Aku percaya setiap orang ada tabiat remeh yg unik untuk dirinya. Lazim-nya tabiat itu tidak di sedari tetapi sudah sebati dalam diri. Dan perkara remeh yg sangat penting itu amatlah berbeza-beza bagi individu.

Sesetengah orang, tidur dalam selimut kain pelikat adalah pelengkap hari-nya. Orang lain mungkin garu kelemumur di awal pagi, atau secawan kopi santai seorang diri sudah memadai. Mungkin mencium spender sebelum pakai, dan habis balik kerja sebelum mandi cium ketiak dulu sangat melengkapi enkau ?
 
Ataupun sebelum bangun tidur enkau menonggeng selama 5 minit dulu baru bangun ? atau mengetuk pen dengan laju bila berfikir ? atau tabiat tutup mulut & tiup untuk semak mulut busuk ke tak sudah menjadi darah daging enkau?





Junal kali ini di-tulis untuk membantu kita mengenal pasti perkara remeh itu supaya kita lebih menghargai dan kenal diri. Kalau enkau tiada tabiat remeh sebegitu yg betul-betul kena dengan jiwa enkau, mungkin enkau kurang teliti atau hidup enkau kurang rencah. Sesungguhnya ia adalah aset & pelengkap hari enkau tanpa enkau sedari.


Selamat mengenal-pasti perkara remeh tabiat peribadi enkau.



.

THE DUDE WHO LOST HIS PANTS

Enkau seorang mamat yg berwajah Korea. Setiap kali enkau memandang mamat bewajah combi mamu pineng enkau rase nak terajang dua belah kaki sebab tersangat tak korea-lah wajah anak mami itu. Oleh kerana seluar adalah antara aset utama dalam fesyen, enkau pentingkan seluar yg fancy, modern & se-Kpop mungkin. Justeru, bila terpandang mamu penang yg berseluar jeans cabuk, tersangat sentap-lah hati enkau.

Tapi, macamana kalau tengah-tengah jalan dekat Midvalley atau tempat-tempat yg sooo korea, tiba-tiba seluar branded yg enkau SEDANG pakai itu di-pau samseng atau di-curik makcik cleaner mase enkau sangkut seluar di tandas awam?

Jadilah enkau lelaki yg hilang seluarnya. Pada masa itu apa yg enkau perlukan hanyalah secebis kain, tak kiralah murahan ataupun cebisan, yg penting dapat menutup kemaluan enkau, menjaga MARUAH enkau.





Enkau seorang bapok yg kekwat sangat. Bila terpandang bapok-bapok yg berlengan besar, enkau rase nak lempang kerana hal itu sangatlah tak bapok. Masa malam minggu geng-geng bapok, enkau hanya pilih bapok-bapok yg cun-cun aje untuk dijadikan member. Yg berbulu kaki, lengan berketul dan muke jantan enkau kick buang dari group. Bapok yg shave misai tak cukup licin, enkau terajang terus dekat misai dia.

Tapi, macamana kalau tiba-tiba pembedahan buang telur & cucuk ubat buah dada enkau gagal, dan buat enkau terlantar di hospital berbulan-bulan? Kaum keluarga sudah tentu awal-awal lagi buang enkau, apatah lagi kawan. Meranalah enkau seorang diri tanpa saudara tanpa simpati.

Jadilah enkau lelaki yg hilang teman-nya. Pada masa itu apa yg enkau perlukan hanyalah teman untuk berbicara, berkongsi sakit derita. Tak kiralah walaupun dia bapok yg berwajah jantan yg diterajang dulu, bapok huduh macam-manapun, siapa-siapa pun pasti memadai, asalkan enkau tak MENYENDIRI.





Enkau seorang yg berpengaruh besar. Enkau ada kuasa, ada harta. Mungkin kerana downline MLM bawah enkau ade ribu-ribu orang, atau enkau masuk PTD jadi ketua-ketua jabatan, atau jadi YB melabon sane sini. Di kepala nama enkau mungkin ada Tan Sri, Prof atau Tunku. Dengan kuasa itu enkau boleh dapatkan segala keperluan, cekaro cun-cun, dan banglo segedabak mungkin.

Tapi, macamana kalau satu hari enkau mula sedar yg enkau dah kena buasir? Enkau masuk jamban, tanggung perit sejam, kemudian keluar jamban terbaring tahan perit lagi 2 jam. Nak nak pulak kena berdiri lame-lame bagi syarahan melabon depan rakyat, mau makin jahanam jubor enkau.

Jadilah enkau lelaki yg hilang kekuatan jubor-nya. Pada masa itu enkau sedar bahawa tak ada yg lebih penting daripada kesihatan tubuh badan, yg tak boleh dijual beli. Enkau sedar biarlah hidup sekadar memadai, asalkan KESEHATAN badan tak jadi galang ganti.





Manusia normal selalu mengabaikan apa yg paling mustahak. Selalunya ia dikaburi dengan budaya sekeliling dan kehendak yg tak perlu. Jika seseorang itu jelas tentang perbezaan antara keperluan dan pelengkap, sudah pasti kita lebih menghargai mana yg lebih bernilai.

Makanan, pakaian, dan tempat tinggal adalah keperluan atau asas hidup. Dan ketahuilah bahawa kesehatan, teman yg setia, maruah dan matlamat hidup adalah penerus kelangsungan hidup ini.



Selamat mengenalpasti & menghargai apa yg paling bernilai di sisi enkau.



.

PERIHAL PENULIS

-347

Jurnal ini dikeluarkan kerana di sini aku tiada tab spesifik untuk pengenalan tentang diri aku. Aku fikir kalau orang datang rumah lebih beradab kalau kita saling perkenalkan diri, bagi tau asal usul dan sebagainya.

Enkau yg baru datang ke sini pun, amatlah digalakkan memperkenalkan diri enkau di ruangan komen.


Yang asas

Nama aku Hamzah Aris. Kebanyakan panggil aku yeop, dan sekarang ada yg sudah gelarkan aku yeop wilcha. Perwatakan aku ber-gaya kampung: Traditional, mudah mesra dan sun-burned. Aku mandi pakai berus sabut kerana puas sental badan dengan tu.

Setiap malam sementara terlena aku termenung 'bile la aku nak berenti merokok', jadi kalian yg tak merokok tu, bersyukurlah. Aku sekolah agama dari kecik tapi akhlak macam gampang juga, hal itu selalu buat aku tertawa kepada diri sendiri.

Kerjaya aku secara kasarnya memastikan semua penyelia buat kerja, jadi aku sering dibelanja makan supaya aku selalu luluskan cuti yg mereka pohon & dan claim yg mereka mintak. Tentang minat, Aku suka musik, main musik dan melukis sikit-sikit. Bolehlah setakat yg mampu untuk hiburkan diri sendiri.


Kenapa buat layout kosong sangat?

Dulu memang aku suka letak lagu lah, visitor counter la, trackerlah & macam-macam lagi. Tapi bila aku sendiri tension tunggu lame gile untuk load setiap page, aku ringkaskan seringkas mungkin. Layout sebegini juga membantu pembaca fokus terhadap apa yg disampaikan dalam jurnal aku.

Jikalau enkau orang lama di dalam Gagasan Murahan, enkau mesti merindui header asal JurnalMurahan, gambar yg selalu berjaya buat aku ketawa. Dia adalah bapak saudara aku yg sabar membesarkan anak-anak. Aku sangat bangga dengan-nya.

header



Apa yg buat enkau menulis?

Awalnya aku bukanlah minat menulis sangat. Dulu aku selalu fikir blogger ni macam mat skema yg syok sendiri atau mamat yg tak boleh handle dengan realiti dunia luar, lalu melepaskan diri di internet dengan identiti yg tak pasti.

Sehinggalah satu hari kawan aku yg berwajah korea kata 'Aku rasa enkau patut tulis blog la' dan aku rasa bagus untuk cuba benda baru. Tulisan yg aku tulis memang bodoh-bodoh belaka, tapi apabila melihat sesuatu yg remeh di mata kita memberi kesan yg besar di fikiran orang lain, aku rasa ingin menyumbang.

Ada jurnal yg aku karang daripada bahan bacaan, selebihnya dari pengalaman sendiri. Aku suka memerhati perangai orang dan objek lain, bukanlah bemaksud di sini aku suke skodeng. Tapi skodeng agak best juga. Buah fikiran & kesimpulan aku tak selalunya betul, jadi aku amat menggalakkan kritikan enkau di sini.





Akhir kata, selamat membaca di JurnalMurahan. Kalau enkau mempunyai sebarang idea, persoalan ataupun mahu privately pillow talk dan ber'sentap hati mak nak' dengan aku, jangan segan nak email aku ke :


pakatan.haram.jadah@gmail.com



.

JENIS KAWAN

Kawan yg kenal semua orang

Ini adalah member enkau yang paling cool. Kalau enkau naik motor dengan dia, enkau akan nampak kurang cool, sebab semua orang yg berselisih tengah jalan akan 'woooo..mane?' dia sahaja. Enkau mungkin agak malas keluar makan dengan dia, sebab terpaksa bersalam dengan ramai kawan dia yg terserempak di kedai makan.

Kalau enkau cerita ape-ape sikit mesti dia kenal siape dalam cerite tu. Kalau nak cari orang enkau mesti selalu tanye dia. Nak mengumpat kene control, sebab entah-entah tu member dia jugak. Dia juga selalu jadi orang tengah kalau ada tak puas hati mende.

Tapi semua kawan-kawan dia akan jarang lepak dengan dia lama-lama. Sebab bila dah kenal ramai orang, dia selalu melompat-lompat dari group ke group lain. Dari geng klate ke geng moto, ke geng bapok, ke geng skema, dan ke geng gadis-gadis.

Mungkin enkau rasa hidup dia sunyi sebab dia tak de bestfriend, kerana sentiasa dengan semua orang. Tapi agak silap di situ, sebab yg jenis ni selalu berdikari. Dia sentiasa akan berpengaruh dan buat geng kemana pun dia pergi.

Dan kawan yg kenal semua orang enkau adalah mohd/nur _________


Kawan alam siber

Hampir 70% seharian matanya buntang depan pc. Kalau bukak fb mesti die ada. Elok baru nak ajak die bersosial tapi dia da terlena di tilam, tu mesti sebab internet tengah slow atau pc hang.

Level of privacy adalah tinggi. Suke duduk diam-diam dalam bilik, dan secara asasnya tak peduli apa-ke-jadah pun yg berlaku disekeliling. Tapi berita dunia & propaganda internet [politik & hiburan terkini] dia tahu semua sebab alam siber tiada sempadan.

Ketawe yg selalu enkau share dengan dia adalah, bila tibe-tibe enkau dengar dia ketawa dari dalam bilik sorang-sorang, itupun sebab member online dia buat lawak.

Kalau enkau menyampah dengan die, enkau boleh lumpuhkan hidup dia hanya dengan letak magnet di monitor pc die atau larikan modem internet. Ataupun menyamar sebagai awek cun korea & add dia dekat fb, pastu tekemut-kemut tahan gelak masa die megah cerita dia reject awek cun korea ajak date.

Dan kawan alam siber enkau adalah mohd/nur _________


Kawan mat knowledge

Kalau enkau sedang group sembang dengan member enkau yg jenis macam ni, memang enkau akan rasa macam seketul bantal di depan speaker, tugas enkau hanya menyerap bunyi.

Selalu dia ada banyak idea untuk mempelbagaikan juah-nya. Walau macamana pelik pun cerita yg enkau bawak untuk entertain group enkau, mesti dia buleh reply. Tu yg tensen tu.

Kawan mat knowledge mudah dikesan dengan penanda-wacana yg sering digunakan untuk menyambung-nyambung ceritanya supaya lagi best. Contohnya, di akhir ceritanya [yg kita rasa macam dah nak abis] dia selalu akan sambung dengan 'pastu, tambahan pula, malah' & lain-lain.

Sampai satu tahap enkau akan rasa 'apesal semua mende dia tahu ni' dan enkau akan start tanya soalan bodoh-bodoh just nak test dia, seperti:

'Enkau tengok tak dragonball semalam [dragonball dah tamat]?'
'Enkau sure ke, aku rasa E=Mc parallel dengan y=mx+c [soalan educated]'?
'1 kilogram lembu dengan 1 kilogram boxer mana lagi berat [soalan KBKK]?'

Elok-elok enkau baru rasa best sebab muke die blur tak boleh jawab, terus dia cakap :

'hmmm...aku tak sure, tapi membe aku ade sorang pandai gile matematik, die mesti tau y=mx+c bla bla bla bla'

Tengok, dia mesti nak nampak menang punye dan cari alternative dengan execute 'member aku bla bla' atau 'member kepada member aku bla bla'

Dan kawan mat knowledge enkau adalah mohd/nur _________


Kawan si pelik

Si pelik merujuk kepada individu yg boleh membuatkan enkau terdetik dalam hati 'huh? pelik gile'. Tapi pada masa yg sama enkau tak buleh lari dari dia sebab mungkin enkau se-roomate, kerja sama-sama atau even majikan enkau sendiri.

Kepelikan pulak pelbagai, contohnya lelaki yg pakai sapu tangan untuk lap hingus, selalu pinjam berus gigi member, sangat happy buat lawak tak munasabah , laki yg pergi keje pakai payung pink, bile cakap muke skema tanpa impression, atau pun emo-manjang-supersensitive.

Ini sangat berbeza dengan si pelik Rangga Sastrowodoyo (ada apa dengan  cinta) yg pelik suke sensorang, tapi oleh kerana die hensem macho, masyarakat akan group-kan dia di bawah term 'unique'.

Tapi kalau Rangga tu muke jamban, dia tergolong dalam si pelik.

Karakter si pelik adalah dia tak merasa pelik membuat perkara peliknya itu. Muke die tengin je masa buat pelik-pelik. Kalau enkau terlupe name die, enkau akan sebut ke-pelikan dia 'alah..mamat yg tak malu korek hidung tengah ramai tu' dan disambung dengan 'eh pelik ah dia tu'.

Kalau enkau baik, enkau akan terus-terang dengan dia yg perbuatannya tu pelik, jadi dia tak memalukan diri sendiri. Dan perbuatan pelik dia tu akan bagi pengajaran dekat enkau supaya enkau tahu 'itu adalah pelik' dan tak tiru benda yg sama.

Tapi kalau enkau kekurangan bahan nak bahan orang, inilah peluang enkau. oh yeah!


Dan kawan si pelik enkau adalah mohd/nur _________

KETIKA-KETIKA

Ketika-ketika merujuk kepada jalan-jalan yg sering dan akan kita tempuhi dalam hidup ini. Aku metaphor-kannya dalam bentuk cerita-cerita. Moga ini bermanfaat.


Ketika mendaki gunung impian.

Kita semua memanjat tinggi, melawan graviti. Kaki melecet, badan sakit tanggung beg dan tak sedar lintah dah sampai ke jubor.Penat lelah terbayar kerana akhirnya kita sampai ke puncak gunung idaman. Tetapi bila dah setengah mampos mendaki ke-atas, baru terhantuk 'alamak silap gunung daaa, sia-sia bersusah payah'.

Jangan menyesal, jangan kecewa. Kerana walaupun berada di gunung yg salah, atas puncak tu kita nampak suasana sekeliling lebih jelas, sayup jauh mata memandang. Kalau kita masih lagi di bawah, dah tentu kita tak nampak kawasan sekeliling seluas ni.

Di sana enkau nampak belambak lagi puncak yg berpotensi, berbagai-bagai bentuk dengan berbagai-bagai kesudahan. Dicelah-celah itu ada satu yg kita paling suke, lalu kita pack balik barang-barang dengan semangat baru & matlamat yg sudah jelas.


Ketika berpindah ke tempat baru.

Semua orang melalui sungai. Kebanyakan singgah di pinggir-pinggir untuk teroka kehidupan baru. Pinggir sungai semuanya semak samun, susah nak masuk. Takde pilihan, kita park jugak sampan di satu semak lalang, kerana jauh di hujungnya ada ruang sesuai untuk kita bertapak.

Semua tersenyum, sebab dah ada 2 3 lorong-lorong kecil masuk kedalam. Jadi tak payah bersusah-susah menebas lalang untuk berjalan. Tapi apa yg kita tak tahu, setiap lorong kecil di celah semak di tepi sungai, semuanya adalah kesan laluan buaya menuju ke sarangnya.

Seronok tak perlu menebas lalang, perjalanan kita pantas menuju ke tapak yg di tujui. Apa yg kita tak tahu, lorong itu menuju ke sarang buaya. Dan buaya di waktu tengah hari, tabiatnye berjemur sambil nganga mulut seluas-luasnya.

Akhirnya kita sedar tak ada jalan mudah untuk ke sana kecuali terpaksa bersusah menebas lalang. Tetapi semuanya sudah terlambat. Kerana selalunya dalam group kita mesti ada yg buat hal nak terberak la pulak, dan punggungnya hancur sebab dia tak sedar tengah berak atas mulut buaya yg sedang menganga.

CERMIN

Setiap kali enkau bukak paper, enkau tengok gambar Najib Tun Razak ape enkau rase? Pastu enkau selak, ade pulak gamba dr. rozmey ape pulak enkau rase? [aku rasa nak pintal jambul rambut die] pastu enkau selak pulak ade lagi - gamba Maria Ozawa. Ape pulak enkau rase?

Macam mana pulak kalau muka surat seterusnya ade pulak muke enkau sendiri? malu dan rasa tak layak di papar di situ? atau enkau rasa 'wah best gile aku hahaha aku memang best nak buat macam mane..'

Kemudian enkau tutup jurnalmurahan, bangun dari PC dan berlalu ke cermin. Enkau pandang muke enkau sendiri sekali lagi. Ape enkau fikir dan rasa?

Bayangkan mamat/minah dalam cermin tu adalah individu lain. Fikirkan balik sejauh mana enkau dapat terima dia. Fikirkan balik tentang salah silap dia yg dulu. Mungkin dia pernah curik duit mak ayah dia? menfitnah sahabat baik sendiri? atau menindas yg lemah dengan penuh angkuh?





abe, always calm..
There's something wonderful about Abe, he always calm





Manusia normal akan sering menyampah diri sendiri. Bila enkau pandang wajah enkau di cermin, enkau tak mampu tentang matanya lama-lama. Enkau rasa marah dengan habit buruk enkau yg tak buleh dikikis, rasa putus asa dengan impian sepanjang hayat yg tak pernah berhasil, dan malu dengan ke-kejian yg enkau terlanjur.

Perlu enkau maklum bahawa itu adalah NORMAL. Kerana memang begitulah sikap manusia. Manusia lebih tertumpu kepada satu titik 'hitam' dalam satu kertas yg 'putih', dan rasa keji kepada taik lebih besar dari selesa kepada minyak wangi.




Mulai sekarang mari kita ubah semua itu. Semua itu hanya membunuh enkau, melambatkan perjalanan enkau dan memalapkan semangat enkau. Dan semua ini buleh dibantu dengan penggunaan cermin yg betul.



Cermin adalah satu alat untuk enkau berurusan secara direct dengan konflik dalaman diri enkau. Apa yg enkau perlu buat adalah membayangkan orang di dalam cermin bila enkau di situ adalah - orang yg paling enkau hormat, kagum dan patuh.

Kalau enkau dilanda malas, pandang dicermin dan bayangkan mamat/minah didalam tu ketua yg paling tegas yg enkau pernah kenal, orang yg enkau paling takut. Buat 'dia' push enkau untuk terus siapkan keja. Timbulkan perasaan enkau tak mahu dah dia hampa dan fed-up dengan enkau.

Kalau enkau dilanda sedih, pandang dicermin dan bayangkan mamat/minah didalam tu orang yg paling sayangkan enkau, paling pedulikan enkau, paling perihatin tentang enkau. Luahkan dekat dia hati ke hati, bukan mulut ke mulut. Aku tak nak enkau nampak gile cakap sensorang.

Kalau enkau di-hanyut seronok dan selesa, pandang dicermin dan bayangkan mamat/minah didalam tu sebagai orang yg me-nyemak realiti sebenar enkau sekarang. Tanya dia adakah enkau sebenarnya sudah berjaya merubah nasib diri/keluarga? adakah enkau telah capai segala idaman enkau? adakah enkau telah bentuk sikap yg enkau nak?

Kalau enkau dilanda putus asa, pandang dicermin dan bayangkan mamat/minah didalam tu ketua yg paling berjaya yg enkau pernah kenal, orang yg enkau paling hormat. Tak ada orang lain dah yg enkau perlu paut pertolongan selain dari dia yg didalam cermin tu, dan pandanglah dia sebagai orang yg memberi inspirasi kepada enkau.



Jadi mulai sekarang start maafkan diri enkau dan jadikan 'dia' pembantu enkau. Pastikan dia adalah ketua enkau, perihatin dekat enkau, sedarkan situasi sebenar enkau, tegas dengan enkau, semangatkan enkau, percaya dan tak pandang rendah dekat enkau.

Celik mata bangun tidur terus semak keadaan 'dia'. Set matlamat hari ini, biar dia tengok mata enkau dengan tegas, dan terus bekerja selesaikan matlamat yg di-set tadi.



Semoga kita lebih tumbuh berdikari dan perolehi 'diri' yg kita idam-idam kan.



.

EMOSI

-7520
tahniah la adik aku, kecik-kecik dah pandai ahahah




Emosi mempengaruhi keputusan, dan emosi seterusnya. Aku akan explain melalui contoh-contoh real-life:


Emosi 'sebelum' mempengaruhi pengalaman selepasnya.

katakan anak enkau merengek-rengek nak pergi main jongkang jongkit. Sedangkan enkau memang dah bajet kalau ikut sekali, mesti bosan gile tunggu die main situ. Baik enkau pegi main bola lagi best.

Untuk membuat dia tak suke / seronok bermain jongkang-jongkit, setiap kali dia nak pergi main - enkau kena calarkan emosinya dulu.
Cilok dan sorokkan anak patung dia, bagi dia tengok cerita hantu, atau bagi dia bergaduh dengan adik dia.

Ini perlu supaya bila dia pergi main jongkang-jongkit selepas tu, dia tak berasa seronok sangat - kerana emosi terdahulu mempengaruhi emosi selepasnya, bergantung kepada besar kecilnya pengaruh emosi terdahulu.

Lama kelamaan dia tak main jongkang-jongkit dah sebab, dia dah 'ter-biasa' bahawa bila main mende tu je tak seronok mana [kesan emosi sedih/marah nya terbawa-bawa & merosakkan mood happy jongkang-jongkit]


Emosi buruk membuatkan kita buat apa sahaja untuk melenyapkan perasaan buruk itu.

Katakan enkau dengan bini enkau bersetuju nak beli mesin alat senaman.
Bini enkau nak beli mesin senaman joging yg cap ayam aje. Tapi enkau nak eksen lari jauh, jadi enkau nak mesin joging takasima F1 tu. Sedangkan enkau tau takasima mahal dan cap ayam murah.

Macamana nak pengaruh bini enkau beli yg mahal? Mesti die tanak kan. Perempuan kan cermat

Gugat emosi bini enkau. Fokus dekat kesedihan. Cerita apa sahaja yg sedih. Tengok je drama rosham nor & pauziah nawi 'pondok buruk' tu, mesti sedih. Atau tunjuk gamba nenek-nenek, pastu 'kite ni kalau dah tua habis hilang kecantikan semua'

Sebelum emosinya kembali normal, cepat-cepat bawak dia pergi kedai alat senaman. Percayalah, dia akan belasah beli Takasima jugak.

Perempuan akan melenyapkan kesedihan melalui shopping [walaupun orang tu bukan kaki shopping, dia akan lebih puas / terisi emosi selepas shopping].
Maka peluang untuk dia tidak menghiraukan jurang harga antara cap ayam vs takasima F1 adalah tinggi.


Emosi mengelirukan kita tentang nilai sebenar sesuatu.

Katakan enkau nak jual color pencil enkau pada harga 10 ringgit. Sedangkan member enkau tu [yg enkau nak jual tu] ada RM20.Sekarang enkau tak buleh naikkan harga, dan tak boleh jual 2 set color pencil sebab enkau takde stok.

Macam mana nak ganti tak cukup lagi RM10 supaya dia tetap beli dengan harga RM20?

Mula pengaruhi emosinya dengan bagi dia happy. Bilang enkau akan bagi extra 5 batang pen [yg tak sampai harga RM10 pun]. Tapi sebelum tu, kuatkan lagi emosi happy dia dengan betapa terhutang budinya enkau dekat dia sebab dia pernah bantu enkau dulu.

"Jadi amikla extra 5 batang pen [pen cap ayam je pun] dengan color pencil ni, tanda aku ganti balik jasa enkau dulu. Terima kasih bantu aku dulu"
Terharu, dia akan beli pada harga RM 20.


****


Selalu-lah kenal pasti emosi kita sebelum membuat keputusan. Amik masa dahulu, kenal pasti keadaan emosi kita sebelum respon terhadap apa-apa pun.

Jika perlu, bawa selalu kalkulator dalam poket masa beli barang supaya kita SENTIASA jelas perbezaan harga, bukan terpengaruh dengan perasaan 'nak jugak' pada harga tinggi.

Walaupun pada masa tu enkau rase enkau rasional dan tak-kan dipengaruhi emosi, berwuduk dan duduklah dengan tenang sebelum buat apa-apa keputusan muktamad atau rundingan. Bayangkan cawan yg kosong, KOSONGKAN FIKIRAN dahulu dari segala takut, rugi, akibat dan sebagainya.

Supaya kita bertindak atas rational dan tidak di-manipulasi keadaan atau orang lain.

RENUNGAN II

Sepatutnya aku men-update jurnal sebelumnya, tetapi kemalasan melanda & aku pulak belum bersedia. Lalu yg tak perlu pun terhasil...


-129
Sahabatku yg tiba-tiba diresap semangat mat komando


Bersempena bulan baik ini, ingin aku kongsikan beberapa nukilan hikmah & kata-kata berguna dari bijaksana. Sama-samalah kita menuju kebaikan.



1] Untuk nampak professional, enkau hanya perlu jelek orang lain "hey enkau ni professional la sikit"

2] Untuk nampak cantik enkau hanya perlu "apsal deme semua cakap aku cantik ha?"

3] Usah ditipu perut sendiri. Selalunya sakit perut memulas yg amat sangat hanyalah beberapa das kentut dalam tandas

4] kalau deodorant hilang, lupakan dressing cantik-cantik

5] Basikal & lembu tak kan pernah saling memahami / mencintai antara satu sama lain.

6] Buah dada kecil lebih baik dari buah dada besar. Ini kerana apabila usia tua, buah dada besar buleh dibaling ke belakang bahu. Maaf, sedikit gatal di sini

7] Nasi sudah jadi bubur, bubur sudah jadi bubur lambok, bubur lambok sudah jadi juadah berbuka, & so on & so on... tak kan pernah terlambat untuk berubah jadi lebih baik

8] Hidup ini bagai lampu dinding, beringat-ingatlah sebelum mati.



Malangnya hanya 7 & 8 sahaja sehat untuk diguna pakai. Selamat beramal

PENGUMUMAN HARI BAHAGIA

-1568


jurnal murahan akan mengalami siaran gangguan buat sementara waktu. Sila tinggalkan komen / cadangan bernas anda

penulis akan pulang ke desa sementara untuk mencari ketenangan.

Selamat beramal di bulan ramadhan

SEKALI MELEPAS DA...II

-097
Lumut, perak.


Ini adalah lanjutan dari sekali melepas daaa, jadi ambil masa tuan-tuan / puan-puan untuk memahami yg pertama dulu. Jurnal di bawah topik ini sesuai di amalkan lelaki & wanita. Tiada diskriminasi / manipulasi gender di sini. Teknik telah di aplikasikan & terbukti berjaya di ladang.






1] Pe-Nyah Kejayaan


Selain daripada lantak-la-dapat-ke-tak mindset dalam Pe-Nyah Kejayaan, cabang utama lain adalah TIDAK MENUNJUKKAN MINAT.


Ya, JANGAN tunjukkan minat dan gaya desperate enkau dekat mamat/minah tu. Menunjukkan minat pada langkah pertama BUKAN idea yg baik. Jadi kita perlu tau apakah perilaku menunjukkan minat secara detail:


1] Arah & corak mata : Enkau selalu tak tengok perempuan yg asyik cerita kat member dia tentang cerite korea yg di baru tengok. Bukan main excited lagi cerita tu best la ape la. [aku benci cerita korea yg typical nak awek/mamat cun-cun belake, padehal typical orang korea muke macam gampang].


Mata excited kembang bulat & fokus 100% kepada pendengar. Study macam mana deme eye contact, JANGAN tiru gaya mata begitu ketika MULA-MULA approach.


2] Orientasi tubuh : Halakan tubuh enkau ke lain. Orang yg sedang excited tubuh menghala terus menghadap ke pendengar. Jadi enkau berbeza, hala ke lain, tanda kau kurang berminat & TAK memberi perhatian.


Macam tu jugak masa kita berjalan ke arah dia, datang dari arah lain atau sisi, bukan direct dari depan terus, dia rasa macam enkau nak ________ dia [isi tempat kosong].


3] Cara enkau respon : Respon berpada-pada. Jangan terhegeh-hegeh iya itu ini macam penjilat bontot bos enkau dalam office tu. Kadang-kadang enkau perlu TAK bersetuju malah mengejek, tapi dalam bentuk KELAKAR.




Kenape ini penting? sini aku cerita


Bayangkan enkau pelakon famous. Setiap masa ade je orang datang puji enkau itu ini. Tapi bayangkan situasi tu kalau enkau, seorang mamat/minah cun. Enkau mesti tau deme ni buat baik tak de bende lain, nak ngorat aku la tu. tau la aku hot.


Jahat sangat ke? Itulah realiti, hakikatnya semua mamat/minah cun menderita benda yg sama tu dari kecik sampai besar


Bila dia perasan minat enkau, dia akan mula bersikap defensive, malah bersedia untuk reject enkau pada bila-bila masa dia rasa perlu. Nampak tak? jadi yg utama di sini, jangan bagi apa-apa SIGNAL yg menunjukkan enkau minat. Sebaliknya, matlamat enkau adalah:


UNTUK MENJADI NEUTRAL






TAK MINAT TAPI MINAT


Tak minat dan jadi neutral saja tak cukup, kita kena buat sesuatu. Kenapa? Ok bayangkan:


Enkau pegi cafe. Lepak situ. Tiba-tiba ada minah/mamat kacak mane ntah ade situ.

Enkau pun wow!



Ok enkau pun mengelabah ayam. Punyela kontrol macho/ayu. Yg lelaki tibe-tibe tegap la pulak dade, lengan tekan-tekan kasi keluar urat. Yg pompuan pulak tiba-tiba bukan main melentik badan, sopan ayu je makan pun tak bukak mulut. Jalan catwalk tekedek-kedek bukan main hayun.


Sekarang aku nak tanya, berapa kali mamat/minah tu DATANG dekat enkau ataupun tertarik PHYSICALLY dekat enkau. Ade?


Kita tak ada pilihan sebaliknya kena buat SESUATU. Sebab manusia membina hubungan selalunya melalui perbualan verbal, bukannya meng-impress each other dengan tangan keluar urat atau bontot melentik. Jadi, konsep Tak Minat Tapi Minat di gunakan dalam bentuk:


Enkau cuba & BORAK dengan dia tapi TAK MENUNJUKKAN MINAT enkau terhadap dia.




Jadi enkau pun lancarkan "hai awak" atau "hai, buleh kawan?"


PANTANG aku ayat tu. JANGAN gunakan ayat di atas. Ini bukan main-main. JANGAN gunakan. Sebabnya:


"hai awak" : Panggilan 'awak' selalunya enkau gunakan kepada yg beza jantina. Bila enkau layan jantina dengan berbeza, mamat/minah tu akan kesan minat enkau dekat dia dengan automatik. Ingat pesan aku, JANGAN tunjuk minat enkau.


"hai, buleh kawan" : Ini lagi geli. Kalau aku awek/mamat cun, aku rase ni la ayat yg paling aku rimas, ayat yg dari kecik tak sudah-sudah aku dengar. Aku mungkin akan group-kan ayat ni dalam katagori sexual harassment. Tambah pulak dengan ayat gitu bunyinya JELAS enkau minat dekat dia.


Memang sesetengah awek/mamat cun dia lebih hormat ayat open/direct macam ni, tapi sebenarnya, ayat ni adalah key-word untuk deme EVALUATE/NILAI dulu kita baru dia buat keputusan nak ke tak. Ayat ni akan set dia untuk evaluate kita secara automatik, sebab enkau dah menunjukkan minat enkau.




Jadi ape nak buat? masa ni kita gunakan alat kita: Pembuka Bicara.


Bersambung...

BAHAYA DI KALANGAN KEPIAH PUTIH

Ambil masa tuan & puan untuk mendalami gerakan wahabi di Malaysia yg kian menular dalam terang.


Ambil masa tuan & puan untuk mengenal muka - muka yg berjuang atas agenda berbeza - beza di bawah kepiah putih yg sama.


Ini bukan politik atau konspirasi, ini tanggugjawab wajib kita untuk alert & tahu bahaya ancaman terhadap pegangan kita - ahli sunnah wal-jamaah yg kita ikuti.



http://www.scribd.com/doc/32603063/Jaringan-Wahabbi-Sdn-Bhd





kalau enkau wahabi, aku TAK DE mase nak bertekak dengan enkau. Aku ulang, kalau enkau wahabi, aku TAK DE mase nak bertekak dengan enkau

MENGESAN KEGAMPANGAN

-0674
kenduri di rumah edi beberapa tahun dulu. Bajet superstar tengah autograph

Terdapat banyak tanda-tanda penipuan / tak jujur bila enkau berkomunikasi. Contohnya, bahasa tubuh. Bagi aku, tiada bacaan yg paling tepat selain dari mata.



Mata tak kan pernah berbohong.


Jadi, amik peluang ini untuk belajar tentang mata. Aset ini sangat penting, supaya enkau tahu topik perbualan apa yg menarik untuk diteruskan, mencari kebenaran, menjadi lebih memahami & mengesan taik mata orang lain.


PENGHALANG


1] Masalah yg paling normal adalah enkau takut nak memandang mata orang lain. Itu NORMAL. Setiap orang ada auranya, bergantung kepada kecil / besar nilai seseorang tu kepada enkau.


Contoh, kalau enkau tengok mata mak / abah enkau, enkau rasa nak mintak duit je. Kalau gadis cantik renung enkau, enkau rasa dia sexsi, tapi kalau bapok yg renung enkau, enkau rasa macam nak suicide mase tu jugak.


Ubat untuk ini adalah enkau perlu meletakkan EGO enkau. Kenapa dengan budak kecik enkau tak takut tengok mata dia? sebab enkau tau enkau lebih besar dari dia.


Macam tu jugak cara enkau pandang bos enkau. Cari satu sebab yg kuat untuk bantu enkau 'membesarkan' diri enkau lebih dia. Contoh, kalau enkau lagi pandai main boling dari bos enkau, amik fakta tu untuk bina keyakinan enkau pandang mata dia.


2] Penghalang yg lain kebanyakannya dari persekitaran, seperti:


  • Tempat tu gelap, jadi enkau tak nampak anak mata dia.
  • Jarak enkau dengan dia. Borak dekat sikit bang oi/ kakak oi, jangan malu-malu. yakinlah dengan diri enkau.
  • Enkau rabun jauh. Ini aku tak buleh kata ape dah.


PENTAFSIRAN


1] Perhatikan sepenuhnya kemutan / kembangan pada SAIZ ANAK MATA.

Anak mata akan membesar sehingga 8x dari saiz asal bila seseorang tu excited / berkata benar. Kesan untuk apa sahaja yg positif ini jelas enkau nampak, seolah-olah mata hitamnya memenuhi mata, mengalahkan kawasan mata putih.



Kalau orang tu bosan / cubaan menipu / berselindung / pura-pura, anak mata akan statik atau mengecil. Selalunya agak susah untuk perhatikan anak mata masa ni sebab sudah mengecil.


Jadi, mudahnya di sini adalah, kalau anak mata tak membesar, maksudnya anak mata tu tengah mengecil. Jadi tak payah enkau nak tenung dalam-dalam macam tak pernah tengok orang.


2] Instinct & unseen connection.

Peringkat ini agak tinggi. Untuk freshi sila gunakan latihan anak mata kecil / membesar dulu. Peringkat dewa ni selalunya dimiliki secara semulajadi oleh pelukis-pelukis potrait.



Lazimnya pelukis / pemuzik sangat sensitif sehingga deme buleh tafsirkan orang ni happy ke tak dalam hidupnya, hanya dengan tengok gambarnya sahaja. Untuk dapat kebolehan ni enkau perlu bina kemahiran merasa enkau melalui penglibatan dalam muzik dan seni.


Unseen connection pula adalah enkau dengan seseorang tu memiliki hubungan batin. Contohnya, dengan awek enkau atau mak enkau. Ini agak sukar di jelaskan, tapi yg pasti, masing-masing rasa. Jadi, yakinlah dengan rasa itu.


KESALAHAN


1] Terkeliru dengan MIMIK muka : enkau tertangkap dengan tipu daya jantannya bila mukanya nampak serius & yakin je. Jangan percaya, jantan semuanya penipu. Henci henci henci !


2] Gagal menggunakan BAHASA TUBUH yg lain untuk bantu bacaan mata enkau. Contoh, menunjukkan tapak tangan sepenuhnya sewaktu bercakap adalah tanda dia jujur. Jadi tapak tangan buleh digunakan sebagai pengesahan kepada bacaan anak matanya yg besar [berkata benar].


LATIHAN


1] Cuba enkau cari seorang kawan dan buat lawak bodoh atau cerita tentang cerita korea yg enkau bajet best dekat dia. Bila dia boring, tengok reaksi anak mata dia.


2] Tengok movie atau berita. Pembaca berita / politician / Pelakon sebenarnya telah dilatih untuk menipu dengan cemerlang.


Jadi, latih diri enkau untuk tidak tertipu dengan body languagenya [senyuman, muke yakin, gaya tangan], sebaliknya, bergantung sepenuhnya kepada perubahan anak matanya.


3] Ni yg paling aku suke. Amik adik enkau dan tanya soalan-soalan yg buleh menyebabkan dia kena rotan. Contoh, kalau aku, aku selalu panggil adik aku:


lupi ! jalilah ! sini..
kenapa long?
kome dah buat kerja sekolah belum?
Sudah, kami sangat tekun mengulangkaji pelajaran [anak mata mengecil]
PIIAAAP !!!


haha puas. Aku mengaku kadang-kadang aku agak ketagih rotan adik aku.




Selamat mencuba.




SWEETALKER [EDISI II]

-5700
Sepupuku fazli. Aku sayang dia sebab dia mengingatkan zaman
kanak-kanak aku yg liar & bebas




Aku rasa nak meng-highlight bende ni lebih dalam supaya senang enkau aplikasikan dalam real-life. Jurnal kali ini adalah lanjutan dari sweetalker edisi yg pertama.

Jadi, mari mulakan.



Adalah menjadi perkara normal untuk semua orang bersikap dingin bila di tanya persoalan yg melibatkan privasi. Sebab, enkau belum lagi close dengan dia.

Level enkau baru SELESA [selepas enjoy dengan lawak-lawak gampang enkau], bukan close. Enkau hanyalah mamat mane ntah tibe-tibe nak menyendel.



Semua orang pun akan mula-mula "pehal dia ni tiba-tiba nak masuk hidup aku?". Itu NORMAL, jangan makan hati. Jadi, matlamat enkau adalah untuk menukar ayat tu kepada "awak, terima kasih datang dalam hidup saya"


Untuk mengatasi sikap dingin mangsa enkau ni, enkau mula-mula kena banyak cakap, lead your spectator. Tapi di akhir, enkau hanya perlu mendengar & faham, macam aku cerita sebelum ni.


LEAD YOUR SPECTATOR


Katakan enkau SUDAH pun buat dia selesa dengan enkau, enkau pun nak initiate sweetalking enkau. Jadi enkau pun mula bertanya soalan yg melibatkan 3 topik asas [rujuk edisi 1]. Adalah menjadi NORMAL untuk dia reply pendek macam nak taknak a.k.a gampang, seperti:

"ye kot, entahla, mugkin, tak sure, eh aku tumbuk enkau kang, mama juwie gile enkau"



Jadi, enkau perlu kenalpasti respon gampang tu tergolong dalam YA atau TAK atau MUNGKIN. Contoh, ye kot = YA, rasenye = YA, etc. Selepas tu, hala ulasan enkau mengikut TURUTAN ini:


  • Cuba untuk membuat mangsa enkau bersetuju atau YA.
  • Cube untuk tukarkan TAK kepada MUNGKIN
  • Cube untuk tukarkan MUNGKIN kepada YA


JANGAN terus lompat dari TAK enkau terus pangkah dengan YA menggunakan perkataan memangkah yg direct, seperti TAPI. Suma orang pun akan bersikap defensive. Jadi, hala dengan MUNGKIN kemudian menjurus ke YA.


Ketiga-tiga matlamat penukaran di atas perlu dibantu dengan beberapa kata kunci untuk membantu menghala pandangan mangsa enkau jauh lebih sesat. Gunakan KOMBINASI kata kunci yg membuatkan mangsa enkau berfikir 2 kali, contoh:


1] Enkau tau tak sebenarnya...
2] Boleh...
3] Selalunya...
4] Kadang-kadang...
5] Lebih kepada...
6] Sedarkah / tahukan / enkau...

Ok sekarang, aku bagi contoh dalam real-life yg dah berjaya diaplikasikan. Kaji macam mana nak twist kepala otak mangsa enkau dan tengok apa perkataan yg diguna. Sambil tu perhatikan respon awal yg dingin & macam mana nak gunakan 3 topik tu untuk excited kan dia:




[tengah-tengah gelak & selesa dengan enkau]



" aku rasa laen macam la tengok mata enkau. ade yg tak kena ke dalam relationship enkau?" [masuk 3 topik utama - relationship]

" ye ke? aku tak taula. ade ke?" [kenalpasti ya/tidak/mungkin. ini adalah YA]



" Iye, dan itu bukan maksud aku nak nakutkan enkau ke amende. Aku cume fikir enkau ada perasan/ tahu apa-apa yg tak kena dekat salah satu relationship enkau dengan sapa-sapa pun"
[untuk YA, support dengan YA dan bina lagi dengan DAN. Pastu gunakan kata kunci]

"hmm aku rasa ada la kot.." [ini adalah YA]



" Ha, dan aku rasa, ini mesti ada kaitan dengan kesihatan dalaman enkau" [support ya dengan YA & DAN, masuk pulak topik kesihatan]

" hmm aku tak paham la ape enkau cakap" [respon TAK]



" mungkin enkau tau yang kesihatan dalaman macam ketenangan fikiran tu akan effect orang lain jugak dalam semua pun" [respon TAK lapik dengan MUNGKIN]

" ha, betul tu"



" ha, dan ini bekait tentang sedalam mana penerimaan enkau terhadap diri enkau sendiri. Tahukan enkau kalau enkau selesa dengan diri enkau, enkau selesa dengan semua orang?" [respon YA, reply dengan YA dan bina lagi dengan DAN]

" ya aku tau, tu masalah aku dari dulu lagi"



" ya, dan enkau ada kuasa untuk ubah semua tu!" [cerobohi diri dia lebih dalam lagi]

" Iye? macam mana?" [excitement / penerimaan awal]



kemudian enkau lompat pulak ke topik harta & repeat ke-tiga topik tu selama & sedalam mugkin.


Bila dia SUDAH mula tak bersikap dingin, biarkan dia bercakap. Masa ini kerja enkau relax, dengar & respon sahaja. Lepas tu enkau dan dia dah pasti rapat, sebab dia dah kongsi personal / privacy value dia dekat enkau. Lepas tu dia dah tak kesah nak belanje enkau makan atau naikkan pangkat enkau atau jadi awek enkau.


Begitulah cara-caranya macam mana nak close dengan orang yg enkau nak dalam masa yg singkat. Harap aku membantu

SWEETALKER

Enkau selalu tak terserempak dengan kawan-kawan. Enkau pun borak merapu ape sume tapi tiba-tiba enkau klue hilang isi nak cakap ape...


Enkau pun support dengan gelak kesian TAPI bersiap-sedia nak blah walaupun enkau nak luang masa dengan dia lagi sebenarnya. Tapi disebabkan masing-masing da klue suasana jadi tak berapa selesa dan masing-masing macam "ok2 aku gerak dulu la eh"


Ataupun, enkau perasan yg membe baik enkau tiba-tiba close dengan orang lain. sedangkan enkau dah kawan lama sangat kawan dengan kawan enkau tu. Enkau heran macam mana mamat sembap tu buleh close dengan cepat.


Ataupun, enkau berkawan cam biase dengan si A ni gitu-gitu je, sebab sekelas. Tapi bila satu hari tu enkau borak lama dengan dia, enkau baru perasan wow dia ni best. Enkau pun rapat dengan dia.


Itulah kuasa sweetalker.


Sweetalker bukanlah enkau berjanji kepada gadis-gadis itu ini, atau enkau memuji menjilat bontot bos enkau, atau meyakinkan pakcik makcik di kampung untuk beli saham, sebaliknya:


Sweetalker adalah skill men-gebang yg membuatkan semua orang pun SUKE & PERCAYA dekat enkau. Kejayaan enkau diukur melalui setakat mana level of privacy/ defensive seseorang tu dibuka untuk enkau.


Semakin orang tu open dekat enkau, enkau makin nampak best dan memahami. Akhirnya, enkau jadi penting kepada SEMUA orang [family, kawan, bf/gf, bos, stranger etc] . Tak kisah lah enkau baru atau dah lama kenal.


Matlamat kita adalah untuk jadi ISTIMEWA & UNIK melalui perbualan yg BERMAKNA.




MENJADI AWESOME DENGAN LANGKAH SWEETALKER


Untuk apa semua ini. Ini faedahnya:


  • Bahan nak borak disaat enkau hampir nampak looser sebab speechless.
  • Mempengaruhi orang lain untuk PERCAYA dengan janji jantan enkau
  • MeYAKINkan orang untuk lebih percaya apa yg enkau gebang
  • Menyelongkar RAHSIA orang
  • Membuat QUALITY TALK yg sangat penting dalam relationship.


    Enkau buleh saja jadi kebanyakan orang yg kita mundar mandir tegur sapa gitu-gitu aje, tapi ada SESETENGAH orang yg enkau nak rapat untuk kepentingan bersama. Contoh, masa enkau masuk tempat kerja baru lalu enkau mesti nak kenal orang atasan. Masa ni sweetalker penting.


    Jalankan sweetalker enkau ni bila enkau sudah membina keselesaan dengan pendengar enkau. Jangan baru mula-mula tak sampai 1/2 jam enkau da balun. Pasti enkau nampak penyebok tepi kain orang.


    -077
    Masa buat sukarelawan zoo negara. Lute sedang meng-impress gadis-gadis
    dengan menakutkan beruk itu.




    Langkah Pertama:

    Untuk stranger atau orang yg enkau baru kenal, enkau perlu selesakan dia dengan enkau melalui lawak-lawak gampang enkau. Contohnye bos enkau, atau supervisor enkau yg enkau nak twist die dari dalam. Sekurang-kurangnya borak kosong tapi kelakar selama 15 minit.



    Untuk kengkawan yg enkau sudah close, atau awek yg enkau attack tapi tak respon sangat tu, tak payah cite banyak balun terus. Untuk bapok-bapok tak payah.


    Langkah Kedua:

    Dalam perbualan, fokus dekat macam mana nak kawal hala tuju perbualan yg bermakna, seperti:



    1] merungkai konflik DALAMAN mangsa enkau. Contoh, bantu dia untuk kenalpasti apa kejadah sebenarnya yg kusut dalam kepala.

    2] memperkenalkan sesuatu yg BARU dan menarik. Contoh, tunjuk kan dia rupa-rupanya dia ada bakat dalam bidang lain.

    3] menunjukkan ada permasalah atau sesuatu yg sebelum ini yg dia TAK nampak. Contoh, tunjukkan sebenarnya banyak bende atau peluang depan mata yg dia dah terlepas.



    Langkah Ketiga:

    Topik perbualan dalam sweetalker bukan lagi tentang kutuk awek gemok, cerita malam semalam atau dressing tak match. Tetapi, sesuatu yg berat yg menjurus kepada terus terang & saling percaya. Asasnya, topik ada 3 yg paling menyeluruh:



    1] Harta : Merangkumi kekayaan dalaman & luaran. Contoh untuk kekayaan dalaman, sikap gigih yg membuatkan dia kaya, atau bakat dia dalam lukisan yg buleh buat duit.

    2] Kesehatan : Ini merangkumi kesehatan tubuh luaran dan dalaman, seperti: minda, psikologi, dan emosi.

    3] Perhubungan sesama manusia : Ini termasuk diri sendiri, keluarga, lovers, tempat kerja, kebahagiaan etc.



    Semasa sweetalking, enkau cume perlu ingat 3 perkara ini. Kemudian enkau perlu kaitkan ketiga-tiga item tu untuk selongkar lebih jauh. Contoh:


    Kalau cakap pasal kesehatan, ini mungkin dari gaya hidup yg tak sehat atau tertekan. Ini mesti disebabkan masalah kewangan [harta]. Bila kesehatan bermasalah, adakah dia dijaga atau ditinggalkan? [perhubungan manusia].


    Langkah ke-empat:

    Enkau hanya perlu men-DENGAR dan me-RESPOND. Itu sahaja. Merespond bukan memberi jawapan atau cadangan, tapi tunjuk yg enkau paham masalah/ situasi dia & reflect perasaan dia balik. Contoh:



    "Enkau tau aku memang tak suke kalau bla bla bla..."
    "Maknenye enkau tak selesa bila dia kata bla bla bla.. [tunjuk kefahaman enkau]"

    BUKAN "Enkau patut pegi kat dia bla bla bla...[beri cadangan TANPA dipinta]"



    Enkau hanya perlu memberi pandangan bila diminta beri pandangan. Itu sahaja. Tak banyak keje, dengar & faham. Lepas tu dia akan IKUT rentak enkau, sebab dia dah percaya dan selesa.



    AKU SEKSI GILE

    -1870
    Ultraman dan raksasa beraksi


    'Aku seksi' mudah diinterpretasikan sebagai tarikan berahi enkau terhadap sesuatu. Seksi bukan merujuk kepada manusia sahaja, malah merangkumi objek. Contoh, Boxer color pink, gitar akustik, dan kereta ferrari. Lebih menarik, lelaki dan wanita memandang seksi dari sudut berbeza.


    Enkau aku turunkan 'THE ULTIMATE MOMENTS OF SEXINESS'


    Untuk lebih berkesan, jalankan teknik seksi enkau dengan perlahan-lahan macam slow motion, buat clear eye contact dengan mangsa enkau & ketap bibir bawah enkau.




    BILAKAH MASA KELAKIANKU SEKSI?


    Time pakai deodorant : Ramai lelaki malu dengan ketiak sendiri. Depan member-member pun segan nak pakai deodorant, pakai boxer jalan kehulu-hilir tak malu plak. Tahukah enkau perempuan & bapok-bapok sangat teruja memandang enkau pakai deodorant?


    Mulakan ketiak kanan dulu, ini kerana ketiak kanan lebih intoxicated. Angkat dan rest-kan tapak tangan di kepala. Pandang audience enkau dan ratakan deodorant di sana. Stroke 3 kali perlahan-lahan sambil ketap bibir bawah enkau. [Dammit im getting turn on already!] Jangan gunakan deodorant yg spray, tak kick godaan enkau nanti.


    Time lepas joging : Lelaki suka tengok perempuan joging, sebab gegaran yg terhasil dan kecintaan lelaki terhadap kesehatan tubuh. Tetapi, perempuan sangat suka tengok lelaki LEPAS joging. Ini sangat menarik kerana enkau nampak SANGAT maskulin. Untuk mengelakkan trick enkau gagal, guna deodorant sebelum joging, jadi bila berpeluh enkau tak berbau lembu.


    Puncak keseksian enkau terletak bila enkau selepas joging, enkau bukak baju. Tempoh 3 saat enkau bukak baju tu SANGAT seksi. Jadi, gandakan 3 saat tu kepada 13 saat dengan, 5 saat untuk perah peluh dibaju enkau sebelum bukak dan 5 saat gosok badan enkau sendiri konon nak lap peluh.


    Again, ketap bibir bawah enkau dan slow-motionkan semasa itu.


    Time menggaru betis : Kenakan seluar panjang, selak sikit kaki seluar enkau & garu betis. Even mak cik cleaner pun akan berhenti menyapu terlopong pandang enkau. Teknik ini paling cemerlang dengan orang yg berbulu kaki lebat. Jika enkau tiada bulu kaki, JANGAN lakukan teknik ini. Ini hanya memalukan diri enkau.


    Untuk meng-awesome-kan lagi teknik ni, enkau hanya perlu menggaru dada enkau dan betis SERENTAK. Tapi tak perlu selak baju untuk tunjuk dada enkau masa menggaru serentak itu, enkau akan nampak murahan.


    Time enkau cakap 'hai awak' : Tahukah enkau tone suare enkau semasa menyapa gadis-gadis adalah sangat seksi? Kaji dan salin tone suara jalaluddin hassan. Kalau halkum enkau kecik & kemut masuk dalam, jangan gunakan tone suare enkau sebab suare enkau tak cukup 'bass'.


    Datang kepada gadis dari belakang. Tangan kanan dalam poket, kiri lepaskan. Apply tone suare jalaluddin hassan enkau. Lancarkan 'hai awak'. Gadis akan tersentak, macho gile suare, dan berpusing ingin tahu, 'WOW MR. AWESOME!'




    Gunakan ilmu ini untuk kebaikan semua [Tipu, Gunakan situasi-situasi ini untuk kepentingan peribadi enkau]




    YA! KAMI MAHU JADI TOUGH!

    Umumnye terdapat 3 jenis tough:

    1] Tough macam Arnold Susahnakeja



    Byk kelemahan tough begini. Antaranya, muscle mengelebeh bila usia tua, keras tapi tak fleksible, kuat tapi tak pantas, tegap tapi lari pancit. Enkau perlu beli supplement muscle builder yg mahal, koleksi T-shirt abang tough, dan dada besar jadi man-boobs.

    2] Tough macam Bapok



    Tough begini tak memerlukan enkau kerja keras. Enkau hanya perlu berpakaian ketat dengan color yg striking, dan senteng. Kenakan skirt super-senteng, T-shirt ketat dan kasut tumit tinggi. Maka bahagian badan enkau yg terdedah akan nampak tough, sebab pemandang normalnya akan membandingkan enkau dengan tubuh wanita sebenar. Maka, automatik ke-maskulin-an enkau nampak menyerlah. Auww!

    3] Tough macam Bruce Lee



    Tough macam ni yg akan aku bincangkan di sini. Formula asas untuk Tough macam Bruce Lee agak kompleks tetapi scientifically proven. iaitu:


    Y = MX+C

    M - joging
    x - joging lagi
    C - workout
    Y - tough macam Bruce lee


    brucelee1
    Perbezaan fizikal yg jelas untuk jenis-jenis tough.
    Jangan tenung putingnya lama-lama




    VARIABLE M

    Mission enkau yg pertama adalah menghilangkan Fat yg tak perlu di badan enkau. Bukan terus lompat main dumble. Ok, sila pegang sisi perut masing-masing. Buleh dipegang? kalau buleh dipegang seketul gitu, itulah excessive fat enkau. Untuk itu enkau wajib joging, tambah-tambah kalau enkau selak celah lemak enkau tu siap lembap dan berlumut. Tip-tip joging aku huraikan disini:

    Joging diwaktu pagi/ selepas bangun tido: Waktu tidur organ enkau akan merembeskan hormon yg akan hentikan pengambilan tenaga dari makanan dalam perut enkau. Jadi, bila enkau joging selepas bangun tido, tenaga yg digunakan diambil dari pembakaran fat di badan.

    Kalau enkau joging petang, tenaga yg digunakan diambil dari makanan tengah hari tadi, justeru lemak enkau tak dibakar. Jadi, tidur sebentar sejam atau 1/2 jam sebelum joging.

    Air : Minum air kosong segelas 2 sebelum lari. Ini membantu stamina enkau untuk tahan lebih lama [bukan] di ranjang.

    Warm-up: Lari manja 1-3 minit kemudian stretching. Abis joging, jalan manja 1-3 minit untuk cooling-down kemudian stretching.

    Consistency: Rahsia consistency adalah peningkatan perlahan-perlahan. Mulakan minggu pertama berlari tanpa henti selama 5 minit. Mingu ke-2 selama 10 minit dan seterusnya. Selalu terjadi bila hari pertama enkau dah balun 30 minit non-stop. Hari ke-2 enkau dah malas sebab muscle kaki enkau sakit. Ingat, jangan terlampau tegas dengan muscle enkau, beri ruang untuk dia membesar kuat dengan selamat.

    Gunakan hujung tapak kaki : bila enkau nak land kaki tu, gunakan bahagian hujung tapak, bukan land rata atau tumit dulu. Pakai kasut jogig khas, bukan pallas-jazz. landing & kasut yg betul sangat penting supaya bila tua nanti enkau tak sakit kaki.

    Bernafas melalui hidung : Jangan bernafas keluar atau keluar-masuk dengan mulut, nanti enkau cepat dahaga. Trim bulu hidung yg lebih-lebih tu sebelum joging. Masa enkau lari, enkau bernafas dengan kuat, maka bulu hidung enkau yg tak di-trim akan terkeluar. Orang akan ingat misai enkau bersambung sekali dengan bulu hidung. Sangat geli begitu.

    Psycology : Musuh enkau yg paling celaka masa joging adalah kepala otak enkau sendiri. Kuatkan semangat enkau untuk terus lari dan letak minda enkau di tempat lain. Contoh, hayati alam sekeliling, tengok awek balik kelas, layan lagu dalam kepala enkau atau berangan enkau dah tough. Kalau tak, enkau asyik pikirkan penatnya...semputnya..., padehal muscle kaki & jantung enkau buleh pergi lagi.

    Jangan pandang cermin & timbang berat badan : Tabiat begini hanya melumpuhkan semangat enkau. Enkau cuma tahu yg enkau dah janji "aku janji aku mesti lari setiap hari" dan pegang janji enkau tu. Enkau hanya tahu enkau kurus nanti bila orang lain yg bagi tahu "eh, enkau da kurus la sekarang".


    brucelee70
    Mission enkau adalah menguatkan otot enkau, bukan membesarkan otot enkau.
    Tengok macam badan abang ipar aku ni


    VARIABLE X


    Selalunya enkau akan mengelabah ayam untuk cepat tough, lalu enkau terus main dumble atau work-out SEBELUM lebihan lemak enkau dikikis sepenuhnya. Akibatnya, lemak enkau tu jadi keras dan susah nak hilang walaupun enkau joging gila-gila. Jadi, fokus dekat menghilangkan lemak DAHULU. Jangan terlibat dengan work-out berat kecuali kalau enkau dah kurus.

    Untuk orang yg gemok, lari berperingkat-peringkat lebih dari orang kurang gemok. Jangan push sangat lari sebab kaki enkau kurang kuat untuk tampung berat badan enkau yg gedabak tu masa berlari. Biarkan otot kaki enkau tumbuh kuat perlahan-lahan.

    JANGAN niat joging untuk kurus.Enkau wajib memandang joging sebagai RUTIN HARIAN, dimana enkau melepaskan stress dan bersendirian. Amik joging sebagai waktu privacy enkau untuk fikir apa yg enkau nak fikir dan tinggalkan stress enkau. Dengan itu baru enkau dapat jadikan joging sebagai habit semulajadi enkau.

    VARIABLE C


    Bila enkau da kurus, baru boleh work-out. Punca kekuatan dari nafas. Pengurusan nafas dari perut. Jadi fokus dekat sit-up untuk bina six-pack. Kemudian work-out lain-lain, push-up, french press, curl banyak-banyak.

    WORK-OUT RINGKAS : Ini enkau perlu buat setiap hari selepas joging [selepas enkau kurus]. Sit-up ringkas adalah wajib. Gunakan berat dumble yg sederhana/ ringan untuk perbaiki flexibility otot enkau.

    WORK-OUT BERAT : Ini enkau perlu masuk Gymnasium. Lakukan SELANG sehari. Atau, selang 2 3 hari bergantung kepada tempoh muscle enkau recover. Sakit-sakit badan sengal-sengal adalah BIASA untuk muscle enkau tumbuh kuat.



    Ini satu pegangan yg enkau buleh ambil. Pengalaman member Bruce Lee yg joging dengannya:


    I'm tired, my heart's pounding, I can't go any more and so I say to him, "Bruce if I run any more I'm liable to have a heart attack and die." He said, "Then die." It made me so mad that I went the full five miles. Afterward I went to the shower and then I wanted to talk to him about it. I said, you know, '''Why did you say that?" He said, "Because you might as well be dead. Seriously, if you always put limits on what you can do, physical or anything else, it'll spread over into the rest of your life. It'll spread into your work, into your morality, into your entire being. There are no limits. There are plateaus, but you must not stay there, you must go beyond them. If it kills you, it kills you. A man must constantly exceed his level."



    MAHU ENKAU TAHU

    My photo
    Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

    SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK