THE DUDE WHO LOST HIS PANTS

Enkau seorang mamat yg berwajah Korea. Setiap kali enkau memandang mamat bewajah combi mamu pineng enkau rase nak terajang dua belah kaki sebab tersangat tak korea-lah wajah anak mami itu. Oleh kerana seluar adalah antara aset utama dalam fesyen, enkau pentingkan seluar yg fancy, modern & se-Kpop mungkin. Justeru, bila terpandang mamu penang yg berseluar jeans cabuk, tersangat sentap-lah hati enkau.

Tapi, macamana kalau tengah-tengah jalan dekat Midvalley atau tempat-tempat yg sooo korea, tiba-tiba seluar branded yg enkau SEDANG pakai itu di-pau samseng atau di-curik makcik cleaner mase enkau sangkut seluar di tandas awam?

Jadilah enkau lelaki yg hilang seluarnya. Pada masa itu apa yg enkau perlukan hanyalah secebis kain, tak kiralah murahan ataupun cebisan, yg penting dapat menutup kemaluan enkau, menjaga MARUAH enkau.





Enkau seorang bapok yg kekwat sangat. Bila terpandang bapok-bapok yg berlengan besar, enkau rase nak lempang kerana hal itu sangatlah tak bapok. Masa malam minggu geng-geng bapok, enkau hanya pilih bapok-bapok yg cun-cun aje untuk dijadikan member. Yg berbulu kaki, lengan berketul dan muke jantan enkau kick buang dari group. Bapok yg shave misai tak cukup licin, enkau terajang terus dekat misai dia.

Tapi, macamana kalau tiba-tiba pembedahan buang telur & cucuk ubat buah dada enkau gagal, dan buat enkau terlantar di hospital berbulan-bulan? Kaum keluarga sudah tentu awal-awal lagi buang enkau, apatah lagi kawan. Meranalah enkau seorang diri tanpa saudara tanpa simpati.

Jadilah enkau lelaki yg hilang teman-nya. Pada masa itu apa yg enkau perlukan hanyalah teman untuk berbicara, berkongsi sakit derita. Tak kiralah walaupun dia bapok yg berwajah jantan yg diterajang dulu, bapok huduh macam-manapun, siapa-siapa pun pasti memadai, asalkan enkau tak MENYENDIRI.





Enkau seorang yg berpengaruh besar. Enkau ada kuasa, ada harta. Mungkin kerana downline MLM bawah enkau ade ribu-ribu orang, atau enkau masuk PTD jadi ketua-ketua jabatan, atau jadi YB melabon sane sini. Di kepala nama enkau mungkin ada Tan Sri, Prof atau Tunku. Dengan kuasa itu enkau boleh dapatkan segala keperluan, cekaro cun-cun, dan banglo segedabak mungkin.

Tapi, macamana kalau satu hari enkau mula sedar yg enkau dah kena buasir? Enkau masuk jamban, tanggung perit sejam, kemudian keluar jamban terbaring tahan perit lagi 2 jam. Nak nak pulak kena berdiri lame-lame bagi syarahan melabon depan rakyat, mau makin jahanam jubor enkau.

Jadilah enkau lelaki yg hilang kekuatan jubor-nya. Pada masa itu enkau sedar bahawa tak ada yg lebih penting daripada kesihatan tubuh badan, yg tak boleh dijual beli. Enkau sedar biarlah hidup sekadar memadai, asalkan KESEHATAN badan tak jadi galang ganti.





Manusia normal selalu mengabaikan apa yg paling mustahak. Selalunya ia dikaburi dengan budaya sekeliling dan kehendak yg tak perlu. Jika seseorang itu jelas tentang perbezaan antara keperluan dan pelengkap, sudah pasti kita lebih menghargai mana yg lebih bernilai.

Makanan, pakaian, dan tempat tinggal adalah keperluan atau asas hidup. Dan ketahuilah bahawa kesehatan, teman yg setia, maruah dan matlamat hidup adalah penerus kelangsungan hidup ini.



Selamat mengenalpasti & menghargai apa yg paling bernilai di sisi enkau.



.
Comments
15 Comments

15 ULASAN ANDA:

a.samad jaafar said...

part kene buasir yg aku tak tahan tuh... hahaha..

aku pernah menulis isu yg sama ngan n3 enkau ni.. hape ntah tajoknye, aku lupe..

hidup biar tahu menghargai..aku berpesan sungguh2 pada diri..biar kekal merendah diri..kita hanya insan yg tak punya apa2..semuanya pinjaman semata.. eh ! mcm lari tajuk plk.. hahaha..

Anonymous said...

yoppie! ske yg ni!! idup da agak terpesong dgn halatuju yg asek berubah2.. cm da bule balik ke matlamat awal.. sankyu yoppie~

btw, bule kasi buku blog ko nih..

ps: ak xlyn imposters mat korea fesyen meraban2.. vampire diaries ak layan.. hoho~

-malin

Jurnal Murahan said...

@ yeop samad

chek samad macam bagi kuliyyah pulak ahahha ni yeop mad awok nak pegi blog kamu ni udah update ke belom harharhar nak chek mana 1 entry yg lebih kurang same tu, cik mad punye mesti lagi sedap

@ malin

yosh dah lame tak komen malin harharhar semenjak gambar ko tersiar di JM, comel dow gamba tu

buat buku? hmmmm... ada demand ada supply.



terima kasih pembaca sudi singgah di sini

kuningkuning said...

hahaha! lelaki yg dah hilang kekuatan jubornye mungkin berisiko mati pucuk. otot² dah x mampu mengemut. masa tu baru enkau tau pentingnya otot kemut. hahah!

ahmad hazim said...

yobbb!! en3 hg membuatkn aku selalu tersenyum sendiri di opis walaupun di kala tga stress gile2 menghadap kerja..

pastikan satu hari satu en3 ye supaya aku boleh terus tersenyum =p haha

Jurnal Murahan said...

@ ahmad hazim

haha tenkiu2, takdelah,,, menulis hanya untuk suka2 sahaja . Satu hari satu en3 gile ah mati idea aku hehehe


@ kuningsters

Kami kuning2sters masih menunggu en3 anda yg baru ahahahah aduh, nampak sangat aku mengulat dalam opis hehehhe

mrs.meera said...

perghh...funny la..tp too la realiti khidupan...haha...

Jurnal Murahan said...

@ meera :

hg orang parit buntaq ka, dekat mana tu, dekat sekolah arab pa nama ntah tu,

oo hg mesti kulaan ni kan?

AbGJaS said...

Salam sdr JM,
Kalau lah semua org memikir spt yg JM fikir, tentu tak ada manusia sombong di dunia ini.

Manusia jd sombong bila rasa ada kuasa, harta, ada rupa, ada upaya, ada ilmu dll.

Banyak cth manusia yg sombong menjadi hina bila hilang pangkat dan kuasa..

mrs.meera said...

haha..perghhhh...mcm polis la dia neh...
ha.ah...owg p.bUnTaq..
skola ARaB MaNa Yg Hg MaKsUdKan neh JM?
haha...MMg KuLaAN PUn...
seNyum SkeT...:-)
Hahhahahahahha...HUh...

Jurnal Murahan said...

@ abg jas

kadang2 fikir ada baiknya kita ditahap sekarang ni, kalau melebih2 takut tak boleh handle ujian/nikmat tu, lalu berasa tinggi diri & pandang rendah kepada orang lain

@ meera


hmm sekolah tahzib kat titi serong tu, area tu ka hang ddk?

aku dulu kecik2 duduk bagan serai, kawan dengan kulaan ancapi takuhereng ahahahha

best sana banyak bendang, damai




terima kasih cik meera huh! dan abg jas kerana datang bertandang

mrs.meera said...

ak duK area2 too gaK La...
Lorhhh....UraNg bgn seraI rpanya..
hahha...siap BersuraH...
caYalaH JM..Kulaan nYireng, napa taKuhireng...

a.samad jaafar said...

elooo brother.. rindu ngan n3 baru enkau laaa...

a.samad jaafar said...

elooo brother.. rindu ngan n3 baru enkau laaa...

Jurnal Murahan said...

@ cha mat


halololo bro, aduhai kepala pun santak pening bagai ahahhaha kekurangan idea kot. Cha mat tolong bagi sinar sikit ahahah

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK