PERIHAL PENULIS

-347

Jurnal ini dikeluarkan kerana di sini aku tiada tab spesifik untuk pengenalan tentang diri aku. Aku fikir kalau orang datang rumah lebih beradab kalau kita saling perkenalkan diri, bagi tau asal usul dan sebagainya.

Enkau yg baru datang ke sini pun, amatlah digalakkan memperkenalkan diri enkau di ruangan komen.


Yang asas

Nama aku Hamzah Aris. Kebanyakan panggil aku yeop, dan sekarang ada yg sudah gelarkan aku yeop wilcha. Perwatakan aku ber-gaya kampung: Traditional, mudah mesra dan sun-burned. Aku mandi pakai berus sabut kerana puas sental badan dengan tu.

Setiap malam sementara terlena aku termenung 'bile la aku nak berenti merokok', jadi kalian yg tak merokok tu, bersyukurlah. Aku sekolah agama dari kecik tapi akhlak macam gampang juga, hal itu selalu buat aku tertawa kepada diri sendiri.

Kerjaya aku secara kasarnya memastikan semua penyelia buat kerja, jadi aku sering dibelanja makan supaya aku selalu luluskan cuti yg mereka pohon & dan claim yg mereka mintak. Tentang minat, Aku suka musik, main musik dan melukis sikit-sikit. Bolehlah setakat yg mampu untuk hiburkan diri sendiri.


Kenapa buat layout kosong sangat?

Dulu memang aku suka letak lagu lah, visitor counter la, trackerlah & macam-macam lagi. Tapi bila aku sendiri tension tunggu lame gile untuk load setiap page, aku ringkaskan seringkas mungkin. Layout sebegini juga membantu pembaca fokus terhadap apa yg disampaikan dalam jurnal aku.

Jikalau enkau orang lama di dalam Gagasan Murahan, enkau mesti merindui header asal JurnalMurahan, gambar yg selalu berjaya buat aku ketawa. Dia adalah bapak saudara aku yg sabar membesarkan anak-anak. Aku sangat bangga dengan-nya.

header



Apa yg buat enkau menulis?

Awalnya aku bukanlah minat menulis sangat. Dulu aku selalu fikir blogger ni macam mat skema yg syok sendiri atau mamat yg tak boleh handle dengan realiti dunia luar, lalu melepaskan diri di internet dengan identiti yg tak pasti.

Sehinggalah satu hari kawan aku yg berwajah korea kata 'Aku rasa enkau patut tulis blog la' dan aku rasa bagus untuk cuba benda baru. Tulisan yg aku tulis memang bodoh-bodoh belaka, tapi apabila melihat sesuatu yg remeh di mata kita memberi kesan yg besar di fikiran orang lain, aku rasa ingin menyumbang.

Ada jurnal yg aku karang daripada bahan bacaan, selebihnya dari pengalaman sendiri. Aku suka memerhati perangai orang dan objek lain, bukanlah bemaksud di sini aku suke skodeng. Tapi skodeng agak best juga. Buah fikiran & kesimpulan aku tak selalunya betul, jadi aku amat menggalakkan kritikan enkau di sini.





Akhir kata, selamat membaca di JurnalMurahan. Kalau enkau mempunyai sebarang idea, persoalan ataupun mahu privately pillow talk dan ber'sentap hati mak nak' dengan aku, jangan segan nak email aku ke :


pakatan.haram.jadah@gmail.com



.
Comments
10 Comments

10 ULASAN ANDA:

a.samad jaafar said...

idea mengosong paparan blog agak menarik..blog paling mudah dimasuk..

t kasih perkenalkan diri..kita sama.. kita orang kampung yg bangga akan kampungnya kita..

jujurnya,JM mempunyai identiti yg jelas dan berbeza drpd blogger yg lain..bagi yg suka pada kelainan seperti aku.. aku respek enkau..penulisan enkau nampak jujur dan bersahaja..

teruskan menulis geng..dan kita terus bersahabat..!

jurnal murahan said...

wah komen cik samad memberi semangat kepada aku ahaha terima kasih cik mat

bila ada orang letak harapan kepada kita, itu sebenarnya yg beri motivation kepada kita untuk terus memberi yg terbaik

terima kasih!

Abang Jonni said...

yeop wilcha...
teruskan blogging... tapi..
emi tu..


pakatan haram jadah?
huhuhuhu..

jurnal murahan said...

@ jonni

harharhar terima kasih. pakatan haram jadah tu sebenarnya satu band grindcore yg aku minat


aku rasa nak demam ah sekarang, tak lalu rasa ceist!

melody mocker said...

ak lupe nk kenalkan diri.. haha! ko panggil ak koim pon bole yeop. ak folow JM nh dari page buling kot.. serius, style penulisan bersahaja 'enkau' membuatkan ak rs teruja nk folow. haha!

ko org yang betanggungjawab menyemai perasaan ingin beblog kat ak yeop.. tenkiu boh! huu..

jurnal murahan said...

@ koim

la nama sebenar koim upenye, tapi enkau satu sekolah dengan buling eh ahahaha


kalau aku yg bagi minat dekat enkau untuk berblog, ok a tu, aku rasa menyumbang jugak la hahahahah

teruskan menulis ye!

a.samad jaafar said...

JM.. panggil aku samad je..

moga segera sihat.. aku teringat pesan enkau..err.. tentang pasir(semba) masuk ke mata..

melody mocker said...

haah, 1 skolah dgn buling.. tp die pandai, ak ketinggalan lah kot. haha!

jurnal murahan said...

@ koim kuning2ster

ish jangan cakap ketinggalan macam tu bro, sedih pulak aku rasa harharhar


weh update a cepat [aku cakap orang aku senirik blur takde idea nak update harharhar]

bact. said...

mmg haram jadah la
hahha

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

Email enkau untuk updated-post

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK