TOLONG

Ada orang minta tolong dekat aku. Kalau aku mahu tolong, aku akan tolong selagi daya. Kalau tak boleh tolong kebendaan tolong guna kudrat, tak boleh guna kudrat tolong ikut buah fikiran. Kalau tak mampu bagi RM100 bagi RM5, tak buleh bagi duit tolong carikan orang yg boleh bagi pinjam.

Pokoknya yang penting aku mesti menolong, dan mengurangkan beban yg ditanggung orang lain.

Macamana kalau aku tak nak tolong? Sedangkan jelas di kepala aku, kalau aku tak tolong dia mesti susah. Dan aku tak buat apa-apa selain menggunakan simpati kerana rasa macam dah cukup untuk ber-perasaan begitu.

Kalau aku sebut "pegi mati la enkau aku peduli apa" sebagai alasan, mungkin nampak teruk sangat. Jadi aku guna "pegi mati la enkau aku peduli apa" dalam versi yg murni, dengan bagi alasan yg menampakkan seolah-olah aku kesah pedulikan enkau.


Dalam versi yg murni, aku akan list-down alasan-alasan dalam bentuk kepayahan hidup aku. Kepayahan aku tanggung memang benar, nyata dan ada, tapi aku manipulate kepayahan tu untuk tutup ketidak-pedulian aku tentang masalah enkau.

Aku sakit lah, tak mampu lah, macam-macam. Sampai satu tahap, keasyikan bagi alasan tu akan makan diri aku, contohnya aku bilang tak boleh tolong sebab aku kena bedah oral surgery. Macam la orang bodoh tak tahu oral surgery tu doktor taruk bracelet dekat gigi je.


Dalam versi yg murni, aku akan bagi alasan-alasan yg tak masuk di akal. Alasan seperti takde duit memanjang padehal baru awal bulan. Sesuatu yg tak logik, seolah-olah tak dapat bantu kerana takut ancaman freemason yg ada di mana-mana, penjajahan alien ke bumi atau wabak virus zombi.

Dalam versi yg murni, aku akan bagi alasan-alasan yg menunjukkan aku betul enkau salah. Konon-nya aku lebih tahu, aku dah lalu semua kesusahan tu. Tunjuk pandai pulak dan merasa diri tu betul untuk TAK membantu. Itu sama sahaja dengan aku sibuk terjerit-jerit suruh orang lain bertenang tapi aku sendiri tak bertenang terjerit-jerit.



Aku rasa yg kurang di sini hanyalah kasih sayang dalam diri, maka tiada keikhlasan. Kepentingan diri dah berjaya buat kita TAK peduli.



Masih ingatkah enkau bila enkau duduk di sisi katil hospital itu. Enkau hanya nak stay duduk di situ dan menemani si sakit. Enkau dengar amende sekalipun dia bebel & mengeluh tapi tak sedikitpun tawar senyuman enkau. Si sakit even maki enkau kerana stress, tapi enkau tetap stay, kerana kasih sayang beri kekuatan kepada enkau untuk sentiasa ada?

Masih ingatkah enkau bila anak kecil bertanya enkau soalan bodoh-bodoh. Enkau tahu kerja enkau lebih utama tapi enkau tetap di situ, melayan segala karenahnya. Soalan-nya berulang-ulang dan penjelasan enkau tak kan di fahaminya. Tapi enkau tetap rasa terisi malah terhibur, kerana kasih sayang beri kekuatan kepada enkau untuk perihatin?

Masih ingatkah enkau bila kaki mesin basuh enkau patah 1 kaki masa tengah spin. Enkau terharu mesin basuh tu tetap bersusah payah meneruskan spin, gedegung gedegang terhinggut-hinggut walau kakinya patah satu. Lalu enkau peluk kuat dia, bantu dia berdiri stabil sampai spin abis, kerana kasih sayang beri kekuatan kepada enkau untuk tetap bersama?




Jurnal kali ini adalah penghargaan khas untuk mereka yg ikhlas membantu. Untuk Allah taa'la yg tak putus-putus merahmati hamba-hambanya yg lalai. Untuk ayahku yg tetap terus berkorban walaupun menanggung perit & sunyi setiap malam. Untuk orang-orang yg suci hatinya yg menyayangi kita tanpa bersyarat.

Kami tahu kalian susah, tapi kalian tetap berkorban abaikan kepentingan peribadi. Kalian tak bagi alasan, sebaliknya membantu sehabis upaya. Kalian tahu apa yg paling utama dalam hidup ini, kerana itu kalian membantu mengatasi kemampuan.

Ketahuilah bahawa kesucian hati kalian sangat kami kagumi. Dan orang-orang yg mementingkan diri sendiri sebenarnya mereka sunyi di dunia ini. Dibuang dibenci dalam hati orang sekeliling, di cabut berkat dari rezkinya.


Untuk kalian yg sentiasa ikhlas membantu kami, terima kasih kami ucapkan.

.
Comments
7 Comments

7 ULASAN ANDA:

AbGJaS said...

Hi JM,
Setuju dgn tulisan JM, tp yg paling cun ialah 'adanya versi murni' utk benda tak elok yg kita buat...
hehe...

MierA said...

awwww....how sweet~ tersentak tersedar aku dr lamunan membaca nukilanmu ni yop!!! bgs bnor mesejnye!! hehe~

eleanor said...

hahah! analogi mesen basuh tu memang meresap! :)

a.samad jaafar said...

perenggan2 yg awal aku pening2 utk cuba menangkap mesej n3 ni.. seterusnya..aku terasa tersentuh..kenpa dgn ayah enkau bro ??
hidup akan bernafas dgn kasih sayang..

jangan takut termakan budi selagi tidak sampai dianggap mengambil kesempatan.. biarlah termakan budi..supaya dapat belajar menerima dan memberi..supaya dapat berasa saling perlu dan memerlu..

aku setuju.. sikap mementing diri hanya menjadikan kita seorang yg sunyi..

bagus n3 ni..sayangnya belum ramai yang 'nampak' JM.. teruskan menulis bro..

Jurnal Murahan said...

Salam pembaca

@abg Jas : haha ada abg jas, kalau kita teliti mmg perasan. Tapi ape2hal abg Jas lagi jaguh dari kami, orang lama la namapun ;-D

@ miera : tenkiu mira drop-in & join follower. U win my heart ewah ahaha

@ eleanor : Macam pernah peluk mesin basuh je ahaha biasa2

@ a. samad : awok teranguk2 & senyum bace komen mike. Terima kasih kerana itu.

belum ramai yg nampak? hahah takdelah, saya menulis hanya suka2 sesama kawan2.


Terima kasih atas komen anda

kuningkuning said...

aku suke yang mesin basuh. hahah! ak x pernah peluk beliau, lps nh nk test lah. hahah!

Jurnal Murahan said...

@ melody mocker : ahahha try a dow, tak payah tunggu kaki mesin patah, peluk je time die spin boleh jahanam rahim ko gegar dow ahahha

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK