UBI KAYU GORENG

Aku adalah antara produk perpecahan rumah tangga. Masa kecil kami adik beradik sungguh tak macam orang lain. Jurnal kali ini sedikit personal, tentang zaman ke-terbiar-an aku dan kami 5 beradik sahaja.



Satu masa dulu bapak aku tersandar di tiang. Hanya tersandar di situ dan termenung. Jam sudah 12 tengah hari, perut kami adik beradik dah lapar. Kami selongkar dapur mencari apa yg tinggal namun semua hanya habuk belaka.

Akupun jalan ke tiang seri rumah, tanya bapak aku "kita nak makan apa tengah hari ni, lauk dah tak de". Ayahku hanya terdiam tanpa apa-apa respon. Aku fikir mungkin masa tu dia tengah jem, siapa pun kalau kehilangan kerja dan keluarga berkecai pada masa yg sama akan jadi begitu.

Aku dah menyampah mengeluh lagi. Aku capai pancing, golok, karung letak ikan dan panggil semua adik-adik aku. "jom kita keluar cari ikan". Kami pun berpecah, merayau segenap sawah dan hutan kecil mencari apa sahaja yg boleh di makan.

Tengah hari tu nasib tak berapa baik, yg ada hanya ubi yg di-cilok di rumah sape ntah. Kecewa jugak tapi dah itu sahaja yg ada. Dalam perjalanan balik ke rumah tu kami pulang bersama 5 beradik, lalu di depan rumah orang-orang.

"tu tu tengok tu depa tu, mak dia tadak merayau tak tentu hala", "ha tengok tu, mak tadak baru tau hidup" kedengaran suara-suara sumbang jiran-jiran bila kami lalu di depan rumah mereka, berbisik-bisik di sebalik tirai.

Bisik-bisik orang kami tak peduli, dah jenuh jemu mendengar segala tohmah dan maki. Pada usia itu kami sudah faham, bahawasanya bila manusia terdesak, kutuk keji remeh tak kan memberi kesan.

Sampai di rumah, nak bakar je ubi kayu ni dah boring pulak, selalu sangat makan macam tu. Jadi adik aku yg nombor 3 ni agak kreatif dalam makan-makan mencadangkan kita parut-parut & goreng aje ala-ala kentang kentucky.

Bila goreng ape ke hal berminyak-minyak, tak lalu pulak nak makan. Tapi bedal jugak la makan dengan nasi dah desperate sangat. Berminyak-minyak melekit-lekit dalam tekak.

Sambil makan bersama tu, kami saling mengutuk dalam ketawa tentang siapa yg tak pandai masak, tak pandai parut, siapa yg kencing tilam malam tadi, siapa yg menangis dalam jamban dan sebagainya.

Pada masa tu ayahku datang sambil membetul-betulkan kain pelekatnya, tersenyum, lalu mencuba kentang goreng kami. "pandai jugak hampa masak" senyum lebar menjaga hati anak-anak lalu ketawa berdekah-dekah.



Ada sesuatu yg sangat berkesan dalam hati kami dalam tawa petang itu. Walaupun kami semua tahu tawa sementara begitu tak kan melenyapkan masalah kami yg menimbun-nimbun, sekurang-kurangnya ia penghilang duka buat seketika.

Dan begitulah kehidupan kami berlalu untuk 2 3 tahun seterusnya....



Kini adik beradik pun dah besar. Sedikit sebanyak kuranglah sikit beban yg ada. Ramai yg sambung belajar ke peringkat lebih tinggi, dah ada yg bekerja termasuklah aku. Maha suci Tuhan, mujur adik beradik semua menjadi. Tak lah pakai kereta besar, tapi tak jugak pakai kapcai merempit tak tentu punca.

Jauh mana kami menapak, tinggi kami naik, tak pernah kami lupa asal usul. Di bendang itu kami berlari-lari selamatkan diri dikejar tuan sawah, dari belut-belut tu kami membesar, di puncak kelapa tu sayup mata kami memandang, dari hina keji orang yg men-kuatkan kami, dan dari tindak tanduk semua orang kami belajar tentang manusia.



Jikalau enkau ditimpa bencana, jangan mengeluh & cepat kecewa. Semua tu tuhan bagi untuk kuatkan enkau. Kalau kami tak lalui semua tu dulu, dah tentu sekarang kami selalu menangis untuk benda-benda yg remeh.  Kalau kami tak lalui semua tu dulu, dah tentu kami tak tau men-hargai setiap yg bernilai.

Semua ini orang-orang terdahulu dah melaluinya lebih daripada kita. Kerana itu setiap hari aku duduk selepas asar dan subuh, termenung tentang kasih sayang antara Allah taa'la dengan hambanya. Termenung tentang ketika Muhammad s.a.w berasa down, Allah taa'la cepat memujuk...


'Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?'
'Dan Kami telah menurunkan beban yg ditanggungmu'
'Yg memberatkan tanggunganmu'
'Dan Kami tinggikan (muliakan) sebutan namamu'
'Kerana bersama kesusahan tu ada kesenangan'
'Sesungguhnya! bersama kesusahan tu ada kesenangan'
'Apabila enkau selesai bekerja keras, tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain)'
'Dan kepada tuhan-Mu sahajalah enkau berharap'

Al-Insyirah



Lalu aku berasa tenang... dan redha...


.
Comments
13 Comments

13 ULASAN ANDA:

Miss Liya Levreez said...

tersentuh dengan cerita anda..
walaupun tak mengalami tapi tetap terasa pilunya..

ankeljonni said...

huhuhu... itu adalah kenangan yg priceless... kan?

kuningkuning said...

entri yang membuatkan ak rs nk belari nangis kat jamban.. kagum. kecik² lg dah matang.

Jurnal Murahan said...

@ liya levreez : terima kasih kerana tersentuh ahahha kalau tersentuh2 boleh batal wudhuk heheheh

@ joni jonson : yaaaah,, mende2 macam ni lah yg selalu kita ingat, buat modal nak cerita dekat anak2 nanti ahahahah

@ melody mocker : weh tunggu akupun nak lari g jamban jugak. ahaha dulu kecik2 nangis dlm jamban jgk malu, cover dengan bunyi flush air wahaha



pembaca sekelian, terima kasih kerana men-komen

eleanor said...

thanks for such a beautiful entry yob.Berusaha!

Faridah Mohd Tap said...

saya sgt suka entri ni..

boleh kenal awak lebih mendalam lg...haa :)

Jurnal Murahan said...

@ eleanor : Tenkiu eleanor, enkau pun aja2 faiti!

@ maknye mimushuk : amboi2, tak kenal lagi ke sayek ni wahhhahah tarik hidung mancung tu nanti

chieyda said...

cerita yg aku pikir, hanya muncul dlm novel2...smoga rahmat Allah bersama2 enkau.

Jurnal Murahan said...

@ chieyda : Terima kasih bertandang di jurnalmurahan

Di novel2? bunyinya begitu eh ahhaha aku jarang sangat baca novel, paling last novel perlumbaan ke-2 tingkatan 5 dulu hehe

terima kasih menkomen & men-doa. semoga rahmat Allah bersama kamu jua

a.samad jaafar said...

dah badan aku tak sihat..baca lak entri gini..aduhaii.. sayu betul aku.. aku juga berasal daripada keluarga yg amat susah..[ernah dihina kerana kedaifan kami..dan benar kata enkau..kami semua menjadi kuat dan akhirnya berjaya..

n3 enkau yg terbaik !!! syabas..

Jurnal Murahan said...

terima kasih a.samad datang bertandang

ate cane keadaan kamu cha, ce kabo, kamu udah operate belum cha, ape dokter kabo?

Aisyah said...

wuwu. nangeh ak yg suke nangeh ni.

Jurnal Murahan said...

@ ecah murid gitar aku:

nangeh cah? ish2 jgn sedih2, fokus dekat chord yg aku aja dl, C major ingatkan? hehe

okeh sekarang aku nak pegi blog enkau

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK