NASIHAT

Adalah semulajadi untuk meminta nasihat dalam membuat keputusan. Tapi tabiat menggunakan nasihat orang lain SEBAGAI keputusan adalah salah. 


"Patut ke aku kahwin dengan dia ?"


"Nak ambil jurusan apa ni ?"


"Patut ke berhenti kerja ?"


"Patut tak aku tinggal keluarga untuk cita-cita ?"


Semua orang tak nak buat keputusan untuk orang lain. Dan enkau tak boleh salahkan deme. Itu reaksi semulajadi manusia terhadap apa jua bentuk risiko. 


Semua orang tak mahu menanggung risiko pilihan, kejayaan & kegagalan orang lain. Nasihat yg diminta pulak selalunya jarang atau kurang tepat dari yg kita nak, & selalunya kita tau kenyataan itu bila dah terlambat. 


Sebab itu nasihat semua orang conservative & play safe. 


Untuk buat keputusan terhadap orang lain, orang tu perlu betul-betul faham specific character, impian, keadaan, survivability peminta nasihat. Itu sahaja pun memakan masa lama & rumit. 






Jadi, apa nak buat ?


Fahamilah diri sendiri & harungilah dunia ini dengan berani. 






Ambil nasihat sebagai bekal dalam perjalanan, galas semua bekal tu, jerut kemas tali pinggang, tarik nafas dalam-dalam sampai terkemut seluar dekat bontot, pilih sendiri hala tuju enkau dan harungi dunia ni dengan berani. 


Kalau enkau nak kahwin empat, kahwin. Nak kerja dekat london, kerjalah.  Nak kerja lain daripada course yg diambil di universiti dulu, buatlah. Nak ambil course engineering, ambillah.








Mana-mana universiti pun belum tentu boleh jadikan enkau pelajar cemerlang, tapi enkau boleh jadi pelajar cemerlang di mana-mana universiti. 








Jadi, tak kan jumpe kalau tak mencari. Kalau dalam pencarian tu banyak buat buat silap, itu bagus & sihat. Dapat kenalpasti kesalahan itu lagi membina & bermakna daripada tidak. 


Dan calar balar di badan di hati, itu yg menjadikan enkau lelaki. 

Comments
10 Comments

10 ULASAN ANDA:

aenmatderis said...

calar pada badan pon buat enkau jadi perempuan jugak~~

nice entry.
aku rasa test math aku fail td.
:(
*tiba2 ngadu kat kau*

a.samad jaafar said...

aku suka buat keputusan sendiri..

hasilnya...

aku selalu gagal !!!

ok tak ???

Waqheh said...

calar pada badan wanita juga sebab lelaki lebau dgn tali pinggang kulit gergio amani..

gua lelaki yg terkehel jugak baca entri yg dilindungi kepala lelaki dlm blog lu keh3

Jurnal Murahan said...

aen : iye ? add math aku c sekolah dulu hahaha

yeop mat : takpe yeop, blessing in disguise

waqheh : gamba background lindung post ke ? halamak

karatz said...

gua jarang mintak nasihat org.gua main redah je dan bnyak buat silap dlm hidup gua.tp gua terima jugak apa nak jadi.redha kan power..hahaha

mohd mohyiddin osman said...

"sk8 jom,bersukan la skit," nasihat aku kepada ekau..

mohd mohyiddin osman said...

"sk8 jom,bersukan la skit," nasihat aku kepada ekau..

zalizalu said...

aku rasa tersentap~! dem.. tp kadang2, kita perlu dengo nasihat orang, mintak nasihat orang.. buat atau tidak terpulang...

p/s : keta apa yang patot aku beli? :D

ORLANDO AHMAD said...

bile buat keputusan sendiri, kite kena berani amik risiko, dan selalunyer gua amik pilihan ini, doa, usaha, tawakal, pasal kalo niat baik, Tuhan komfem akan tolong...

yakin...

MIMOSA said...

Saya suka minta nasihat awak, ada yg sy ikut, ada yang saya tak ikut...

dan tak ikut nasihat itulah kekadang berlaku sedikit 'majuk2'. hahaha

dan kekadang juga, sy dah ada decision dalam kepala, tp ttp nak minta nasihat..sengal je kan..tu yg tak ikut nasihat tu.

Tp Alhmdulillah, bila sy buat kptsn maknanya sy yakin itu yg terbaik utk diri sy dan syukur semuanya berjalan lancar.

Tp bukan bermakna sy tak hormati awk tau atau sombong etc..JANGAN salah fhm tau...

can cin cauuuuu :)

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

Email enkau untuk updated-post

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK