PERUBAHAN

Jadi sebagai anak sulung dah tentunya tanggungjawabku menjaga dan mendidik adik-adik. Dan part yg paling memuaskan hati adalah memarahi mereka bila silap kerana ia membuatkan aku merasa aku sangat best dari deme. Kadang-kadang aku rasa mereka patut ikut langkah aku yg konon-konon-nya cemerlang. Atas nama niat murni yg keliru, aku marah kesalahan deme dan berfikir tindakan aku tu betul.


Sehinggalah suatu hari bila kami anak beranak dalam kereta dalam perjalanan ke pekan. Adik dan ayah aku sangat kebabom berborak pasal politik. Yg pasti aku tak berapa berminat dengan politik, sebab, mungkin kurang pendedahan. Tapi point-point yg deme debatkan sume aku ingat, secara asasnya:


"ape YB tu buat macamtu, sepatutnya dia ikut kehendak rakyat.."
"mana buleh makan rasuah, rosak la masyarakat kita.."
"pemimpin pun teruk macam mana rakyat nak ikut, patut melayu kita makin lingkup.."


Secara asasnya tentang orang lain yg tak betul dan ambil berat deme supaya yg tak betul berubah.




Aku diam aja sebab aku tengah berfikir. Apa yg deme canangkan semuanya tentang silap orang lain, dalam erti kata lain, mahu mengubah orang lain menjadi lebih baik mengikut acuan agama & budaya. Pokoknya, berharap orang lain berubah.


Kaitannya memang jelas dengan aku, sebab aku sendiri berusaha sibuk-sibuk mengubah orang lain bila aku marah-marah adik aku. Tujuan tu memang murni, tapi selalunya lambat menjadi dan kurang berkesan, jadi mesti ada yg tak kena dengan caranya.






"cana hamzah, cana pendapat kamu, patut ka YB tu buat camtu, ce cite ce cite"
"hmmm, pendapat aku la,,,ada, tapi dalam cerita yg aku baca dulu. Hampa dengaq.."


Satu masa dulu ada seorang anak muda. Lelaki ni sangat ambil berat tentang bangsanya, agamanya, dan masyarakatnya. Dia lihat masyarakatnya teruk, miskin, bodoh, di hina. Dia yakin dengan dirinya dan dia rasa dia patut buat sesuatu. Untuk itu dia cuba merubah negaranya dengan sehabis usaha. Tumpuan dan gigih dia semata-mata untuk merubah negaranya menjadi lebih baik.


Tahun berlalu, tapi dia masih tak mampu mengubah negaranya. Terlampau luas, tak menang dek tangan. Tapi dia tak putus asa, cuba lagi, cuma kali ni dia cuba merubah yg lebih kecil sedikit, negerinya pulak.


Tahun berlalu, tapi dia masih tak mampu mengubah negerinya. Usia semakin meningkat. Masyarakat masih bermusuh, bergaduh, ilmu merosot dengan jenayah bermaharajalela. Jangan-kan negeri, orang kampungnya sendiri pun tak mahu berubah menjadi lebih baik. Jadi tumpuan-nya beralih pula kepada pe-murnian peringkat kampung.


Tahun berlalu, tapi dia masih tak mampu mengubah orang kampungnya. Semua masih di takuk lama, kalau ada yg baik pun sekejap saja, pastu menggila balik. Dia pandang sekeliling, akibat terlampau memandang di luar, anak isterinya sendiri hilang kawalan. Dia mesi buat sesuatu, dia mesti selamatkan keluarganya.


Tahun berlalu, tapi dia masih tak mampu mengubah anak isterinya. Usia dah menjangkau senja, badan pun sudah tak larat. Dia berfikir, sepanjang usahanya, semuanya tak menjadi dengan sempurna. Seolah-olah selama ini caranya kurang tepat. Sehinggalah sampai satu masa ia berfikir.


"kalaulah aku ubah sikap aku menjadi lebih baik, aku akan menunjukkan contoh yg baik terhadap isteriku. Dia akan terpengaruh sedikit sebanyak. Kemudian anak-anak aku akan mencontohi jejak langkah ibu-bapanya. Kemudian keluargaku akan bagi pengaruh baik kepada jiran-jiran sekeliling. Puluhan kejiranan yg membawa pengaruh baik akan merubah kampung. Ratusan kampung yg cemerlang akan mempengaruhi satu negeri. Satu negeri yg baik akan di tiru negeri jirannya, seterusnya merebak ke seluruh negara"


[suasana jadi sunyi dalam kereta kami, masing-masing termenung jauh ditingkap...]




Ada baiknya kita mencontohi Muhammad s.a.w yg mendidik melaui tauladan, yg membuatkan orang lain tersentuh dengan murni akhlaknya, lalu bergerombol orang-orang mengikut jejak langkahnya.


Ada baiknya kita mencontohi Syed Mokhtar Al-Bukhari yg berubah dari dalam dirinya sendiri. Dia yg pada awalnya hanya menjaga lembu bapanya, hanya ada sijil SPM, tapi komitmen terhadap perubahan dari dalam diri, sekarang dia mampu membantu berjuta-juta keluarga melayu islam di negara kita.
Comments
0 Comments

0 ULASAN ANDA:

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK