JUST LET IT RIDE

Bila aku pegang gitar & mula compose satu riffing, aku akan mula dengan serangkai note yg ringkas. Jahanam-kan semua note progress & music scale. Kosongkan fikiran dari segala music structure, yg ada cuma emosi & bunyi.

Selepas tu aku hanya petik kosong, experiment dengan pelbagai groove & fusion. Biar saja jari & melodi tu bawa aku pergi mencari inspirasi-nya sendiri. Beri kepercayaan kepada bunyi itu untuk corak perjalanan-nya.

Dalam proses mencari satu tone, mood & progress note yg betul-betul sampai kepada jiwa, ia memerlukan masa. Memerlukan banyak silap, melalut entah kemana & over-experiment. Aku hanya perlu maafkan ia, & beri kepercayaan kepada ia untuk tumbuh matang.

Kadang-kadang untuk 1 minit melody sahaja memakan masa sehingga seminggu. Sehingga seminggu masa yg di-ambil untuk biarkan semua composition & chording tumbuh bersatu menjadi 1 minit. Sehingga seminggu untuk capai satu riffing yg pesona-nya kuat, berdikari & proportion.



Inilah hukum alam, segala-nya memerlukan masa untuk tumbuh menjadi terbaik.



Macam mana enkau bertindak balas terhadap diri yg lemah, tak berkeyakinan & mengelabah ayam ? Adakah enkau emotionally hukum diri enkau kerana terhegeh-hegeh ? Atau enkau marah & kecewa dengan diri sendiri kerana matlamat peribadi tak tercapai ?

Aku mahu enkau tahu bahawa itu bukan-lah cara sesuatu itu berlangsung. Segala-nya perlu tumbuh dengan semulajadi ; termasuklah keyakinan, kemahuan kuat & penerimaan diri.



Macam tu juga dengan relationship sesama orang lain. Setiap orang itu unik & berbeza-beza. Kerana perbezaan itu enkau sering cuba untuk bentuk pasangan atau anak enkau mengikut acuan kepala-hotak enkau.

Bila perbezaan kepala hotak bertembung maka konflik terhasil, berselisih dengan rupajiwa yg tak sama. Perlu enkau tahu bahawa konflik itu garam dalam masakan, jika tidak tak mungkin kita semua akan saling memahami.

Hukum alam juga mengatakan bahawa hubungan juga memerlukan masa untuk tumbuh semulajadi. Jadi bersabarlah, bertahanlah. Jika mental enkau lemah, enkau lari selamatkan diri dengan putuskan hubungan.

Tapi macamana kalau enkau sabar & yakin dengan pasangan enkau, dengan anak enkau ? Enkau yakin sampai masa nanti dia akan temui dirinya, temui satu titik yg benar-benar syncronized & harmonized enkau dan dia selepas banyak konflik enkau lalui bersama ?





Ada satu macam kepuasan bila mencipta satu melody music yg betul-betul berkesan. Kadang-kadang result selepas seminggu merepek explore notation itu ini, melodi-nya end-up jadi simple saja atau berpatah balik seringkas ia mula di-cipta.

Aku rasa ia bukan tentang result sedap ke tak hasil bunyi-nya, tapi thrill & emotion yg berwarna-warni dalam menuju ke end-result itu yg memberi 'isi'. Macam tu juga dengan semua perkara.

Ia tentang cuba & gagal, terus menerus, percaya & sabar untuk mencapai sesuatu yg memakan masa. Ia tentang menghormati hukum alam bahawa selagi belum matang, bunga tak akan kembang.

Ia tentang menikmati perjalanan menuju ke situ, dan yakin bahawa sampai masa-nya segala simpang siur itu akan menemui satu titik pertemuan yg harmoni.





Jadi, dalam semua perkara, tanamkan-lah untuk percaya & biarkanlah ia tumbuh semulajadi. Just enjoy the ride.





.
Comments
5 Comments

5 ULASAN ANDA:

pendekar laut said...

gile ah yorpie....terus berkarya...hohohoo

Jurnal Murahan said...

@ pendekar laut


haha saje hujung minggu ada masa terluang sikit. aku nak make-up untuk post sebelum ni yg macam haram. mungkin masa aku tulis tu kepala aku serabut lagi fikir pasal pekerja kot.

weh apsal nak masuk blog ko ade content warning ?

Faridah Mohd Tap said...

Thanks, sgt mendalam maksud tersirat di sebalik entri kali ini

Doakan saya :)

a.samad jaafar said...

intro dan penyudah yg cukup menarik..! aku respek enkau..
kadang2 aku rasa hidup ini 'kosong' sekadar menanti mati.. semuanya aku serahkan pada Allah kerana aku kekadang tak berdaya utk menguruskan hidup aku..

lama woo..tak ziarah enkau ye.. selalunya enkau blog wajib aku.. sori ahhh..aku kurang sihat semenjak dua menjak ni..

Jurnal Murahan said...

@ faridah :

terima kasih. saya doakan diri saya semoga tak pernah putus asa dengan awak. Ammin

@ yeop mad mencico :

yeop mad kene kuat yeop, kuat kuat. Takpe, tengok muke anak-anak pun dah boleh bagi kekuatan dekat kamu.

ada ganjaran-nya satu hari nanti mad




Thanks mimushuk & yeop mad singgah di JurnalMurahan.

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK