HUJAN

Hujan datang, hujan turun lebat. Hujan datang bawak ketakutan. Hujan datang bawak harapan. Hujan datang bawak rahmat.

Dari jauh hujan datang bawak bau, bau tar yg basah. Hujan datang bawak angin, angin yg sejuk, buat dada rasa sejuk & selesa. Dari jauh hujan datang bawak bunyi, bunyi rintik yg semakin & semakin kuat.

Orang nak joging tension kalau time nak hujan. Rosak projek nak skodeng amoi-amoi cun joging. Penoreh getah mengeluh kalau hujan, tanda tak boleh menoreh esok pagi, tanda mungkin putus rezki.

Setengah orang selesa ditempias hujan. Setengah orang rasa jijik dengan hujan, berlari selamatkan diri seolah-olah hujan bawak badi.

Anak kampung suka ditempias hujan. Katanya selesa, buat ia teringat zaman kecil-kecil yg bebas dari tanggungjawab. Buat ia teringat berlari di tengah bendang bermandi lumpur, dan melompat mengelak lopak selepas itu.

Kalau enkau rajin ke taman, enkau dapat lihat ada 2 jenis orang. Orang yg suka pakai stokin masa cuba batu reflexology dekat situ, dan orang yg tak suka pakai.

Yang jelas, orang yg tak suka pakai stokin tentu rasa lebih selesa memijak rumput di padang, rasa lebih dekat & terhubung dengan alam. Sudah pasti tempias hujan di mukanya buat ia selesa juga.

Walaupun bontot Noh Hujan besar, jangan salahkan kumpulan hujan. Kumpulan hujan memang best, satu-satunya band rock & roll yg gunakan jazz progression. Enkau tak boleh suka-suka tab lagu Hujan kalau tak tau chord major minor 7.

Jurnal kali ini tiada hala tuju. Ia buat enkau tak tahu apa nak comment. Tapi aku rasa selesa & terisi, kerana tulisan ini penghargaan buat hujan.

Terima kasih kepada hujan. Sekurang-kurangnya hujan telah buat aku menulis tentang sesuatu.


.
Comments
14 Comments

14 ULASAN ANDA:

Umie Nadhirah said...

kebetulan kampung aku tengah hujan & terbaca entry ni.. nice =)

ORLANDO AHMAD said...

manusia bila panas die mengeluh, bila hujan pon mengeluh, tak tau ape yg bleh puaskan hati manusia ni kan, hahaha

eleanor said...

mega mendung di angkasa
hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara~
rahmat dibawa bersama
limpahannya meresap di jiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa~

Jurnal Murahan said...

@ umi artosumthing : Umi akhir2 ni kerap update nampak ahaha keep up!

@ orlando : ahaha pic profile macam dari Gorillaz eh, cool!



thanks orlando ahmad & melor kerana menyertai GagasanMurahan

ankeljonni said...

hujan emas di negara org,
hujan batu di negeri sendiri,
bilakah hujan akan memasarkan album mereka ke luar negara?

hmmmm....


aku suka hujan bila mlm.... nyaman....

Jurnal Murahan said...

@ eleanor : wah, gua tabik sama lu, gua pun tak mampu nak buat ayat gitu beb ahaha respect!

@ joni johnson : haha gampang benar pantun itu. Hujan ada market doh, boleh g oversea

hujan malam boleh buat kencing malam o ahahaha



thanks Eleanor & Abg Joni singgah di JM ahaha aku happy kome ade

muzam said...

projek skodeng amoi-amoi cun joging..
pernah dijemput untuk join projek ni zaman bujang dulu..
entri yang penuh muslihat nih hehe..

namivamp said...

kalau menangis dalam hujan pun boleh buat hati tenang. kdg2 kalau susah nak tidur aku bukak ni http://my.burberry.com/store/burberry/global/regionSet.jap jgn lupa bukak kipas. ;)

a.samad jaafar said...

orang akan tidur jika hujan turun.. aku pulak akan bangun jika hujan..sbbnya, aku rasa hujan sangat special dlm hidup aku.. romantik tak aku ??? hahahaha..

Jurnal Murahan said...

@ muzam : ahahah yeop, dah kawin tak boleh main gile dah yeop haaaaaa

@ namivamp : ala aku dah try bukak tapi page not found a, henci!

namivamp said...

alaaa yeke.aku bukak boleh je. ko try tekan link biru dekat post aku yang ni.

http://bilaperempuanbercakap.blogspot.com/search/label/beruang%20gammi

link warna biru -___-" kalau tak dapat tak tahulah ekau ni.

Jurnal Murahan said...

@ yeop mad : aceh yeop, romantik-romantik pulak ahahah

yeop thanks doakan dipertemukan dengan lailatul qadar. itu sangat bermakna.

@ namivamp : wah dapat2, unik gile web ni haha

kuningkuning said...

hujan memang bes dan bontot noh memang besar.. tapi dia gedik jugak nak berskinny kan yeop?

ohoho!

hanjila said...

dtg tenangkan hati di sini... (:

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK