PERKARA KECIL

Aku percaya kepada perkara-perkara kecil. Enkau tak percaya ?

Aku percaya yg setiap sesuatu itu tak kan terjadi terus dengan sendiri, ia mesti tumbuh dari benih  kemudian membesar. Dari mende kecil-kecil tu ia akan merebak lalu membentuk.




Enkau tak kan berjaya besar dalam sekelip mata. Semua tu disokong oleh kejayaan-kejayaan kecil yg membina keyakinan enkau.

Dapat joging 4 5 round, naik basikal lepas tangan, dapat awek cun, semua tu akan spark confident enkau untuk menghadapi ujian-ujian yg lebih besar.




Setiap kali aku balik kampung aku mesti jeling kuku adik aku. Kalau panjang, mesti aku suruh potong on the spot & membebel super-dahsyat seolah-olah dia mendapat tempat tercorot dalam kelas.

Orang tak kan menjadi pemalas dengan tiba-tiba, ia bermula dengan mende remeh-temeh yg kita pandang acuh tak acuh. Sikap acuh tak acuh tu akan merebak, bikin kita jadi tak peduli dengan seluar koyak, muka tak shave & rambut kusut masai.

Simbol malas yg paling dominan adalah bulu hidung yg terkeluar-keluar, dari jauh nampak seolah-olah misai tumbuh dari dalam lubang hidung. Itu tanda orang tu dah sebati dengan kemalasan.

Enkau selamat untuk melempang wajah-nya sebab dia dah malas nak reply lempang enkau balik.




Aku tak suka panggil orang atasan aku 'bos', sebaliknya aku akan panggil dia dengan encik / cik. Kalau aku panggil dia bos, dia automatically akan pandang & layan aku sebagai pekerja bawahan.

Panggilan 'bos' akan trigger the 'bos attitude' dalam masa 2 saat dia menoleh muke nak memandang aku. Mende kecil seperti cara kita panggil orang pun sebenarnya beri kesan.




Sama jugak kalau enkau nak bentuk diri supaya mula sembahyang. Memang susah kalau orang tak biasa sembahyang untuk konsisten 5 waktu.

Kalau enkau malas sangat nak berubah, masa orang azan sekurang-kurangnya berhenti bercakap. Lama-lama prihatin yg kecil tu akan pupuk kemahuan enkau untuk amik wudhuk, walaupun hanya untuk saje-saje basuh muke.

'Wudhuk saje-saje tapi tak semayang pun' tu akan bantu enkau untuk semayang 1 waktu. Dari 1 waktu akan extend ke 2 3 waktu, lama-lama boleh la istiqamahkan solat on time.




Samada nak menjadi baik atau buruk, mulakan dengan sesuatu yg kecil, & awasilah perkara-perkara yg remeh.




.
Comments
10 Comments

10 ULASAN ANDA:

ankeljonni said...

yup... sikit-sikit lama-lama jadi bukit....

Jurnal Murahan said...

@ jonni johnson : takbolehblah aku bace post enkau, tau-tau ending kontrol macho tepi tingkap harharhar



Aku personally ingin memohon maaf, akhir-akhir ni JM macam astro semasa hujan pula, kejap ade kejap takde

Aku fikir, kepala penuh tanggungjawab bertambah di office, jadi tumpul sikit kualiti penulisan kerana banyak fikir mende-mende lain.


.

kuningkuning said...

betul yeop.. kesedaran tu penting. benda yang nak kita ubah kena la kita start dari diri kita.

dan mana yang dah besar panjang tapi x reti² nk pose tu bolehlah start pose tahun nih. larat ke menanggung fidyah yang bertambah saban tahun..

ak plak yang lebih² kat page kau yeop.

erkk!

eleanor said...

baik! nak sambung words abang jonni."sehari selembar benang lama-lama menjadi shawl~"

Jurnal Murahan said...

@ meloday mocker

harharhar bile nak update dowh, aku nak entry terbaru

@ eleanor

wow, buleh gune sentence tu untuk tekel awek2 ni harharhar



thanks kalian singgah di JM

a.samad jaafar said...

aku setuju bahawa byk perkara yg besar2 itu bermula daripada perkara yang kecil.. atau asasnya.. asas yg kuat biasanya menghasilkan sesuatu yg kukuh dan mampu bertahan lama..

err.. JM.. selamat pose ye.. hihihi.. aku nak respon komen enkau utk abg jonni..

enkau kalau sibuk enkau buat la entri ala2 sibuk jugak.. ringkas pun sudah memadai sebagai hidangan tetamu yg bertandang.. mcm aku ! hahaha.. ok lah.. aku nok jenguk jonni ni.. moh ikut aku..

Jurnal Murahan said...

@ yeop mad

aku dah pegi dah, aku orang first komen, aku memang best harharhar

Mimosa said...

Kejayaan tidak datang bergolek kan Mr. Awesome?

Kekayaan pun tidak datang dengan duk saje kan Mr. Yeop?

Kasih sayang pun tak datang dengan tiba2 kan Mr. H?

:)

Jurnal Murahan said...

@ mimushuk

Mr awesome, mr. H, Mr. yeop ? banyaknye name hoho

Mimosa adalah orang rumah saye, saye bangge dengannya.


.

Faridah Mohd Tap said...

orang rumah awak ni segan dah...
malu je kat org..anywy, thanks..saya pun berbangga dengan awk..

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK