PELENGKAP HARIMU

Selain dari perkara utama yg rutin, dapatkah enkau kesan habit remeh temeh yg setiap hari enkau lakukan ? Perkara remeh yg tak nampak kepentingan-nya, tapi bila perkara kecil tersebut diabaikan hari enkau rasa kurang sempurna.

Enkau cuma rasa 'eh apebende hari ni yg aku tertinggal ha?' & enkau gagal mengesan kekurangan itu kerana ia sangat remeh. 



Pelengkap hari aku adalah mencium bantal busuk-ku yg sangat best.



Suatu masa dahulu aku dibesarkan bersama sepasang bantal busuk. Umi aku bilang, masa aku lahir lagi dah letak kepala aku dekat bantal tu dulu. Sepasang bantal busuk itu sangat lusuh, dah barai di-cium aku setiap hari. Fabrik-nya dari kain jeans & bila aku basuh mesti keluar daki.

Betapa belacan-nya sepasang bantal aku itu.

Ada sesuatu yg sangat menyenangkan dengan bau bantal itu walaupun rasional-nya bau itu sangat jahanam di hidung orang lain. Ibarat kokain yg sedap di hidu penagih, begitulah setia-nya bantal busuk aku menyenangkan hati-ku tiap kali lepas dirotan ayah aku kerana itu ini. Tanpa ia aku mesti pillow-sick.

Masa aku darjah 3, umi aku nekad mem-bakar 1 dari bantal busuk aku kerana mungkin dia mahu aku berdikari. Masa proses pembakaran di belakang rumah tu, aku cuba juga nak curi sarung bantal tu. Aku fikir tak dapat bantal, ada sarung pun jadi-lah janji boleh lepas gian cium bau.

Tapi tak sempat aku nak tarik sarung bantal, umi aku perasan & mematahkan operasi selamat-dan-rawat aku tu. Akhir-nya depan mata sendiri aku lihat semua organ bantal aku tu hangus di makan api. Oh sangat runtuh emosi aku masa tu. Tinggal-lah 1 sahaja lagi bantal busuk buat peneman duka.





Semakin lama fikiran aku makin kacak & matang sejajar dengan peningkatan umur mencecah sekolah menengah, tapi aku masih ketagih bantal busuk lagi. Hal itu pula sangat tak kacak & matang.

Bila berpindah ke sekolah yg jauh pada kemasukan tingkatan 4, aku tak bawa bantal aku pergi asrama malu dengan kawan-kawan. Namun, pada hari perpisahan-ku ke sekolah jauh, aku cium ia semahu-nya, bungkus bantal aku dalam plastik, lalu sembunyikan ia di bawah katil.

Tiap kali balik cuti sekolah mesti aku dapatkan bantal busuk aku dulu, dan malam itu aku tidur se-lena-lena-nya. Sehinggalah pada suatu cuti sekolah, aku balik & tanya opah aku di mana bantal aku takde pun bawah katil. Opah aku bilang :

"tak tau, hari tu mak long hang ada naik dia kemas-kemas apa ntah, pastu dia bakaq-bakaq apa ntah"

Terlutut diriku lembik ke bumi. Oh runtuh lagi emosiku. Rasa macam penyambung hidup dah berkurang satu per-satu. Hari-hari seterus-nya rasa sunyi, hanya duduk terjelepuk di balik pintu. Kadang-kadang meleleh air liur tanpa sedar & mengoyak kertas perlahan-lahan tanpa henti [ini hyperbola].





Aku percaya setiap orang ada tabiat remeh yg unik untuk dirinya. Lazim-nya tabiat itu tidak di sedari tetapi sudah sebati dalam diri. Dan perkara remeh yg sangat penting itu amatlah berbeza-beza bagi individu.

Sesetengah orang, tidur dalam selimut kain pelikat adalah pelengkap hari-nya. Orang lain mungkin garu kelemumur di awal pagi, atau secawan kopi santai seorang diri sudah memadai. Mungkin mencium spender sebelum pakai, dan habis balik kerja sebelum mandi cium ketiak dulu sangat melengkapi enkau ?
 
Ataupun sebelum bangun tidur enkau menonggeng selama 5 minit dulu baru bangun ? atau mengetuk pen dengan laju bila berfikir ? atau tabiat tutup mulut & tiup untuk semak mulut busuk ke tak sudah menjadi darah daging enkau?





Junal kali ini di-tulis untuk membantu kita mengenal pasti perkara remeh itu supaya kita lebih menghargai dan kenal diri. Kalau enkau tiada tabiat remeh sebegitu yg betul-betul kena dengan jiwa enkau, mungkin enkau kurang teliti atau hidup enkau kurang rencah. Sesungguhnya ia adalah aset & pelengkap hari enkau tanpa enkau sedari.


Selamat mengenal-pasti perkara remeh tabiat peribadi enkau.



.
Comments
7 Comments

7 ULASAN ANDA:

ahmad hazim said...

pelengkap hidup aku hari2 ialah saat spai kt tempat keje mesti 'melepas' dulu baru lega...kalau tak mesti tak keruan satu hari...hahaha

pelengkap hidup aku minggu2 pulak mesti bace journal hang yob...kalu xupdate mesti rase rindu xtentu arah hahaha

Jurnal Murahan said...

hahahah betoi2 aku setuju. tapi 2 mingu sekali adoi tight schedule jugak tu. Sory la akhir2 ni memang bz dengan hal2 pekerja ape suma. sesak.

post kali ni pun aku rasa macam tak ikut order yg aku nak, chaos harharhar


thanks ahmad hazim singgah di JurnalMurahan

pendekar laut said...

aku ade jugak bantal busuk kekabu..huhuhu sejuk gile.....siap bawak balik kampung lagi bile raye...hugu

Mimosa said...

macam pernah je dengar perihal bantal busuk ni...hehe

:)

Jurnal Murahan said...

@ mimosak

ye la, ntah sape la jadi bantal busuk saye sekarang kan haaaa

@ pendekar laut

ceist sungguh tak berapa pendekar bila ada bantal busuk ahahahah




thanks mimushuk & yucisama singgah di JurnalMurahan.

kuRt said...

hidup gua xlengkap tanpa kehadiran sebotol minyak kapak saiz gergasi milik gua. tanpanya gua resah, lutut gua bergetar, gua hilang arah. namun sedetik baunya mencecah organ menghidu gua, seakan2 roh gua yg melayang2 ditarik kembali ke jasad gua..

Jurnal Murahan said...

@ kurt

'luar cantik, dalam cantik, cakap tu cantik sikit' ahaha

takdelah, gurau je. Thanks komen sebab aku dah lama tak update, sibuk opis. Ketagihan minyak cap kapak tu sangat klasik, ada jugak orang muda yg ketagih Cap Kapak hahaha


thanks KURT singgah di JM.

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK