KOSA-KATA JAHANAM

bulat
Adik aku tok bulat. Eksen je lebih. Abang borek adik rintik



Kalau direnung jari-jari aku ni memang pendek dengan tapak tangan lebar. "Buleh ke aku main gitar?" Tu ayat pertama terlintas 6 tahun dulu bila tengok adik & kawan-kawan aku main gitar.

Suke untuk aku panggil ayat tu sebagai "kosa-kata penjahanam" kerana berkuasa untuk mematikan hasrat aku untuk mencuba sesuatu yg baru.

Tapi aku amik keputusan untuk teroka bidang gitar ni. Ntah ape yg awesome sangat dekat gitar masa tu akupun tak tau. Aku bedal je asal aku berani mencuba. Dari strumming, picking, lick simple-simple, alternate picking & bla bla bla, aku pelan-pelan kayuh sampai la ke tahap murahan sekarang ni.

Yang penting, ingin aku berkongsi tauladan murahan dari pengalaman aku di sepanjang penglibatan dalam gitar ni. Tentang intipati yg aku dapat & paham. Yang mana ia telah berjaya membantu aku di dalam dugaan-dugaan di bidang lain juga.



Bukan berapa tahun, tapi berapa jam sehari

Masa aku baru nak up dulu aku train dekat 5 jam sehari. Macam orang gile. Kadang-kadang kelas pun tak pergi. Masa tu gitar pun takde, menempek gitar orang muke tak malu. Tapi alhamdulillah dengan 5 jam sehari tu banyak yg aku belajar dan mempercepatkan penguasaan aku.

Dibandingkan dengan orang lain yg belajar gitar lebih awal dari aku, sepatutnya mereka lebih hebat. Tapi masa yg diperuntukkan untuk latihan sangat sikit. Main satu lagu,"ah boring ah" terus stop latihan.

Jadi, benarlah bukan bertahun, tapi berapa lama enkau praktis sesuatu itu dalam sehari yg menentukan kejayaan enkau.



Wajib ada guru

Mula-mula dulu bukan semua orang ada masa nak ajar kita. Sibuk lah ape lah. Kalau ade pun garang tak tentu pasal. Lepas tu aku pun fedup. Aku belajar sendiri tengok tutorial internet ape semua. Lama kelamaan aku rasa macam best dah diri aku sebab tanpa guru aku dah power.

Satu hari aku perasan aku boleh main lagu steve vai tapi sound yg keluar tak macam steve vai. Dari situ baru aku paham sebenarnya aku banyak memandai-mandai dalam praktis. Permainan aku tak cukup jiwa. Walaupun buleh kagumkan orang dengan speed yg laju, aku tetap tak puas, sebab aku sendiri tau tahap aku memang suck sebenarnya.

Justeru wajib kita berguru dalam berilmu. Di buku memang segalanya ada, tapi tanpa pengawasan guru, tarian enkau tak sempurna. Akhirnya sesat dalam asyik sendiri.



Sesetengah perkara kita belajar melalui masa

Aku berusaha sungguh-sungguh praktis gitar dengan impian nak cepat pandai. Praktis berulang-ulang macam mana nak tuning tali dan set tone gitar. Tapi tak buleh-buleh dan aku pun naik heran. Ape yg tak kena? guru dah ajar, buku dah ikut, ape yg kurang?

Tahun berganti tahun lama-lama baru lah aku buleh tune gitar dengan ok la, tak power lagi pun. Tahun berganti tahun baru lah ada keupayaan mencari & meletakkan emosi aku pada tone gitar yg aku nak. Selaras dengan keupayaan penilaian telinga aku yg memerlukan masa yg lama untuk dibina.

Baru aku paham, bukan semua benda kita boleh dapat dengan cepat & latihan sempurna. Ada perkara yg tak dapat tidak, memakan masa untuk di fahami dan dikuasai. Sebelum sampai masa tu, wajib kita mempercayai diri sendiri & jangan cepat menghukum diri.



Belajar sesuatu yg bermakna kepada orang lain

Bila aku main gitar & hiburkan orang lain, aku rasa sangat lega walaupun main macam gampang. Sesetengah lagu tu memang aku tak buleh main sebab tone suare lain, aku bedal jugak walau jadi sengau suare pun.

Kadang-kadang tersilap note pastu tegelak-gelak sebab kantoi depan orang ramai, tengah nyanyi batuk sembul kahak, malu je.

Tapi aku perasan, sesuatu yg menarik adalah, ia bukan lagi tentang teknikal atau emotion dalam gitar tu, tapi tentang berkongsi kegembiraan, kepuasan untuk menghiburkan orang dan mengajar manusia lain. Itu sebenarnya lebih bermakna untuk makanan jiwa kita.



Mengenal diri sendiri

Bila dengar-dengar balik lagu yg aku buat, baru aku nampak macam mana diri aku ni rupanya. Dalam minat tentang sesuatu, ia membantu kita untuk mengenal diri kita sendiri. Minat enkau adalah cermin kepada diri enkau sendiri. Oleh itu, bukan semua minat tu sesuai dengan enkau.

Jangan hanya kerana semua orang nampak awesome main gitar, enkau pun nak main gitar. Cubalah segala hobi, dan temui yg paling cocok dengan jiwa enkau. Cari sesuatu minat yg membawa enkau jauh ke dalam perjalanan emosi enkau, bukannya kehebatan teknikal atau teknologi hobi enkau tu.

Contoh, kalau hobi tentang photography, ia bukan tentang gadget atau lense mahal-mahal, tapi sejauh mana komunikasi emosi enkau dengan gambar enkau tangkap.

Tapi aku tetap suruh enkau main gitar,sebab ia berkesan untuk tekel awek & cari kawan ramai. Hahaha



Jujurnya, akupun masih belajar gitar lagi. Kalau sesiapa yg jaguh di luar sana silalah kontek-kontek aku. Aku ingin paham lebih dalam dari enkau.







Ini ade buah tangan sikit untuk enkau. Kalau nk sedap tengok kat youtube di sini.
sebab gamba kecik sini, sory aku tak pandai buat vid sangat pun.


Comments
0 Comments

0 ULASAN ANDA:

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK