BUDAK BUDAK


-5712


-5713

-5714
Sepupuku fazli & naim. Bebas & riang dari segala desakan hidup





Jurnal kali ini adalah lanjutan kerinduan aku masa zaman kanak-kanak. Aku mahu jadi kanak-kanak semula yg bebas, lapang dari segala masalah, hanya tahu meneroka dan tidak terikat dengan desakan wang.


Zaman kanak-kanak aku belajar macam mana nak bergaul dengan orang, jadi hero dalam kumpulan, explore kreativiti, semangat berpasukan, belajar benda baru yg menarik, merokok, menjadi samseng kecil dan jenayah ringan lain.


Weekend aku memang sangat sibuk. Dari pagi sampai petang, kami merayau menceroboh sawah orang demi sesuap nasi. Aku suka mancing belut dan ikan haruan. Sambil tu mengagau ikan dalam lumpur.


Kami bergerak dalam kumpulan dengan konco-konco aku, bawa pancing dan guni untuk simpan ikan. Tengah hari panas kami rehat dekat kubur, sebab situ adalah sumber pokok buah-buahan yg sedap. Tugas aku selalu, panjat pokok kelapa. Member aku kat bawah pulak tolong bagi arahan buah mana yg elok untuk diambil.

Jadi asasnya lunch kami adalah buah kelapa lazat, sebab buah kelapa di situ menggunakan orang kubur sebagai baja. Walaubagaimanapun aku pejam sebelah mata & makan jugak sebab sedap.


Sambil-sambil duduk atas pucuk pokok kelapa tu, sempat aku skodeng bilik air orang. awesome.


Kalau orang tu aku benci, aku pergi kat sawah padi dia dan aku rosakkan padi dia. Contohnya, pak lang sabri pernah lempang aku sebab pijak padi dia. Padahal orang lain yg buat. Mulai saat tu kalau ada masa aku selalu kencing kat sawah dia dan pijak-pijak benih padi dia yg baru nak naik.


hahaha puas hati aku


Kemuncak weekend aku diraikan dengan mandi manda di tali air. Selalu kami main menyelam dalam-dalam & lawan berenang. Yang paling aku tak buleh lupe adalah menyelam dalam terowong yg sempit. Bagi aku itu adalah courage test, tapi sangat membahayakan nyawa.


Terowong tu agak panjang, gelap dan zero oxygen, padat 100% dengan air. Kami perlu menyelam dan tahan nafas, timbul semula di sebelah sana. Sangat tertekan sebab claustrophobic dan gelap, masa ni panic attack memang maximum.


Alhamdulillah kami selalu berjaya dengan selamat. Aku buleh cakap "hang ingat aku tadak teloq ka?" dekat kawan aku.


untitled


Dulu aku ade kerete dash-yankuro. awesom gile. Kerete kesayangan aku dashing-doll & horizon. Tiap kali abis main aku cabut bateri & jemur tengah panas bersusun atas bumbung. Konon nak cas balik bateri tu.

Kalau desperate, aku dengan adik aku gigit-gigit bateri, seolah-olah men-compress-kan saki baki power bateri yg ada. Atas desakan kreativiti, enjin kerete dash-yankuro aku bukak dan lilit dengan dawai dari enjin kereta lain, konon nak melajukan lagi. Memang berjaya jadi lajupun.



Desakan kreativiti aku termasuk jugak me-spray body kerete aku kewarna lain, yg akhirnya berwarna warni macam kereta keling.


Semua kanak-kanak ada markas jenayah masing-masing. Markas aku, pokok pelam. Di situ kami panjat tinggi-tinggi dan belajar isap rokok. Haha. Rokok daun pisang kering. Sambil-sambil tu kami main lawan kala jengking yg kami cari di celah pelepah kelapa.


Selalunya ia berakhir dengan pergaduhan ringan sampai terkoyak baju.


Aku tak pasti ramai yg tau permainan ni. Agak bahaya. Kami panggil main naga. Amik lilin, bakar lilin atas sudu dan didihkan. Pastu, tengah mendidih, taruk air. Nanti api menyambar sangat tinggi.


Selalu rambut aku hangus sebab tak sempat mengelak. Kesan buruk lain adalah orang lain selalu menuduh kami kanak-kanak penagih dadah. Aku sangat kesal dituduh begitu, sebab kami hanyalah scientist muda yg hanya mahu ber-eksperimen.


Sesuatu yg pasti sekarang aku dah tak boleh panjat pokok kelapa, mungkin badan dah berat. Sedikit terkilan di situ.







Comments
0 Comments

0 ULASAN ANDA:

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK