Showing posts with label JANTINA. Show all posts
Showing posts with label JANTINA. Show all posts

HOW TO SAY I LOVE YOU

Dude, enkau tak tau kan cane nak luahkan hati dekat orang yg enkau suke kan ? aku tau, memang tough. Rasa nak terkucil, telur jadi kecut semua ade kan ? biase dude, biase suma tu...

Sini aku bagi tips sikit untuk bantu enkau eh.



1]    Cari lilin & ajak dia ke satu tempat. Cari satu tempat gelap, tak kesahlah dalam hutan, kelas atau lorong. Tengah enkau bawa dia ke tempat gelap tu, cuba hilangkan diri enkau. Pastikan dia panik seketika & bersedia untuk buat kejutan.

Munculkan diri enkau dengan sebatang lilin yg menyala, mencerahi gelap pekat itu. Laksanakan 'harap saya datang dalam hidup awak sebagai cahaya, saya cintakan awak'


Oh sweeeettt...oh!


Orang yg enkau dambakan tu cakap 'Seriously, enkau tahu tak aku dah terkencing kain ni! hah? seriously enkau tau tak?!'



2]    Ajak dia pergi pasar malam, tapi jangan enkau berdua aje, pergi dengan kawan-kawan. Sampai sana jangan layan sangat dia. Pura-pura sibuk borak dengan kawan enkau & cari-cari orang jual baju bundle.

Sedang dia nak mula ngelamun sorang sebab enkau asyik layan member enkau aje, pergi dekat telinga dia & bisik 'Saya tak boleh tanggung lagi dalam hati saya, saya cintakan awak' & terus pandang depan senyum malu.


Oh sweeeettt...oh!


Orang yg enkau dambakan tu cakap 'boleh tak kite fokus dekat nak cari handbag yg saya nak beli ni? hah? tolonglaahh!!'



3]    Cari satu setting kawasan yg nyaman, pantai atau taman. Cari satu kerusi bawah pokok rendang dan borak panjang. Gunakan senjata paling hebat, HUMOR. Buat lawak paling bangsat yg enkau tahu, gelak sama-sama sekuat mungkin sampai dua-dua keluar air mata.

Tengah gelak kesat air mata, enkau tiba-tiba stop! Senyum & laksanakan 'saya cintakan awak' & terus tatap matanya dalam-dalam.


Oh sweeeettt...oh!


Orang yg enkau dambakan tu cakap 'hah ? apa dia ? WAHAHAHA HAHA HAHAHA apesal la awak ni lawak sangat ! [guling gelak atas rumput]'



.............



Haha Seriously dude, aku tak tau lah cane nak bantu enkau.

Apa yg aku tau, tak semestinya dengan ungkapan. Engkau hanya perlu ambil berat pasal dia SETIAP HARI, tanda enkau peduli, tanda enkau sayang & bertanggungjawab.

Bila sampai masa, enkau cuma perlu 'man up', dan terus cakap terus terang. Selepas itu jelaskan kenapa enkau mahukan dia. Perempuan bukan peduli sangat pun 'saya sayangkan awak' tu, tapi kasih sayang enkau terhadapnya sehari-hari.



Semoga berjaya dude.



.

'GIRLFRIEND'

Girlfriend enkau bukanlah awek enkau yg sebenar. Girlfriend kepada seorang lelaki itu adalah kawan lelaki yg enkau curahkan bencana emosi enkau kepadanya. Dia adalah lelaki yg layan emosi & concern lebih masa pillow-talk dengan enkau.

Dah kenal pasti siapa 'girlfriend' enkau ? Enkau patut rasa bangga sebab at least enkau ada 'girlfriend', sebab kebanyakan lelaki susah nak mengaku yg dia ada bestfriend.

Mengaku yg sekian-sekian adalah 'bestfriend aku' adalah sangat meloyakan, perasaan yg sama bila tengok mamat tough tergedik-gedik berlakon comel makan cupcake.

Lelaki tak perlukan bestfriend, tak perlu stay-in-group sangat. Itu boleh merencatkan keupayaan berdikari. Sebaliknya lelaki lebih suka buat kawan sahaja, kerana ia mudah.

Tak susah mana pun nak buat kawan. Tak susah mana pun nak amik hati orang lain. Enkau cuma perlu buat dia berfikir yg itu semua adalah idea bijak dia, lepas tu puji. Senang kan. Itu apa yg mereka fikir...




Enkau mungkin fikir yg enkau perlukan perhatian & kasih sayang, tapi enkau sendiri tak selesa di sentuh. Rasa kurang selesa bila kawan-kawan pegang rapat ke bahu atau legakan pangkal leher.

Orang lain juga selalu berasa tak selesa untuk beri keselesaan kepada orang lain dengan mengurut belakang. Tiba-tiba nak friendly amik berat urut belakang, apekejadah ?




Itu semua sangat menjelaskan betapa kita semua begitu defensive. Hanya kerana pendek dan panjang itu sering dibandingkan, tinggi & rendah itu saling mengehadkan, kita jadi defensive.




Jangan takut, jangan gusar. Berbanggalah dengan 'girlfriend' yg ada kerana sahabat yg setia, pasangan yg baik & anak-anak yg soleh itulah keindahan dunia ini.




.

AWEK CUN TIADA PENGHUJUNGNYA

[Di harapkan jurnal kali ini menjawab persoalan semua yg bertanya kepada aku hint cane nak dapat awek, yg aku tau deme semua nak yg cun je, yg tak cun tu... aku tak nak teruskan ayat ni]



Adakah enkau betul-betul memerlukan awek cun?

Cuba duduk santai di tv, tengok iklan dan drama. Tengok setiap gadis dalam iklan tu. Pergh cun gile dowh. Pastu enkau tengok awek iklan seterusnya - Pergh lagi cun. Pastu enkau bukak drama pulak, Pergh ada lagi cun. Pastu esok enkau bukak tv lagi, pergh ade lagi cun..

Pencarian kepada awek cun tiada penghujungnya. Jika enkau mencari yg cun, jujur aku cakap enkau buang mase ajelah. Sentiasa ada lagi cun dan lebih cun, yg membuatkan enkau rase awek enkau sedia ada [yang dah cun] menjadi kurang cun.

Jadi apa yg enkau nak sebenarnya?



cant help it, my girl always awesome
Cant help it, awek aku memang best




Jadi ini ada kisah seorang lelaki. Dia sangat suke awek ni, sebab dia cun, pandai, rajin, baik dan sebagainya. Lelaki ini berusaha sehabis mati untuk dapatkan awek tu.

Sehinggalah satu masa dia berjaya, segala penat lelah terbayar. Hubungan mereka harmoni. Kadang-kadang awek dia terkentut, dia terus cium-cium macam hidu kokain ikut straw, 'wangi yang' - begitu harmoninya mereka.

Bertahun belalu pergi. Lama-kelamaan dia sedar rupanya awek dia ni kurang keyakinan, tak buleh buat keputusan. Baginya ini masalah yg dia tak buleh handle, sebab dia pun ada kelemahan yg sama - kurang keyakinan.

Akhirnya hubungan terputus dan lelaki ini terus mencari pengganti. Begitulah hidupnya sepanjang hayat melompat-lompat dari satu ke satu, atas sebab kelemahan yg dia sendiri tak nampak.



Enkau nak jadi macam tu? Jadi start kenal pasti kelemahan enkau, kenali diri enkau. Cari masa dan usaha untuk kenal-pasti kelemahan peribadi, kemudian baru cari gadis yg:

Melengkapi kelemahan enkau.


Kalau enkau pemalas, cari yg rajin. Kalau enkau jenis moody, cari yg fun happy go-lucky. Kalau enkau penakut, cari yg berani. Begitulah seterusnya...Perlu enkau tahu bahawa ke-cun-nan seseorang tu sangat menipu enkau.

Kerana gadis yg betul-betul sesuai dengan enkau tak semestinya cun, bukan itu sebenarnya yg enkau perlukan. Percayalah, bukan cun sebenarnya yg kita betul-betul perlukan, sebaliknya orang yg kutip stokin kita bila kita malas, orang happy-go-lucky yg ceriakan kita bila kita moody dan orang yg bijak bila kita bodoh.

Macamana sekalipun awek yg kurang cun akan nampak cun bila enkau dah selesa dan sayang, nampak sangat menenangkan dan melengkapi enkau. Sebab memang itulah cara semulajadi sesuatu itu terhasil.



At least carila yg sederhana cun. Kecuali kalau enkau tak kisah bangun setiap pagi dan tengok ada perempuan muke pecah gile sebelah enkau setiap pagi sepanjang hidup enkau, ikut enkau la.




.

RINGKASAN APPROACH

Aku fikir balik cane nak ringkaskan semua jurnal tentang approach dan seumpamanya, sebab banyak sangat. Akhirnya kita mengelabah ayam bila in-action dan lupe semua. Untuk itu aku dah ringkaskan kepada yg perlu dan terpaling kick-ass sahaja. Ini di susun mengikut TURUTAN. Harap ini berhasil dekat enkau:

1] Jangan tenung. Memang dia cun / hensem, tapi relaxla, jangan tunjuk enkau minat. Sebaliknya, keep eye contact selama 3 saat lebih kurang dan pandang bahagian lain, aku pilih dagu atau mulut. Sebab gerak mulut kalau tengah bercakap selalu nampak kelakar.


2] Senyum dan hanguk ke depan. Senyum yg sederhana [bukan extra lebar sampai telinga] sangat penting walaupun nampak macam remeh. Untuk perempuan, seriously, enkau kena berani untuk senyum.


3] Bukak dada dan kedepan sikit badan enkau. Tu tanda enkau yakin, friendly dan fikiran clear. kuak bahu dan kepam ketiak, kalau tak kantoi ketiak enkau basah.



-5105
Tempat belajar lame, tinggal kenangan...

4] Jangan biar mate enkau melarat ke tempat lain di tubuh orang tu. Save tu untuk kemudian. Ini pem-bunuh momentum approach enkau paling berkesan. Kalau desperate sangat, jangan sampai terkantoi.


5] Cakap sikit sahaja dengan tenang dan kuat sikit. Cakap sikit sahaja dengan bagi soalan yg meng-hala dia buat huraian. Kalau dia pasif, baru soal dan cerita banyak [sebab kita kene buat banyak lawak].


Kebanyakan orang lebih rapat bila banyak bercerita tentang dirinya kepada orang tu. Itu matlamat enkau, bukan bebel-bebel pasal diri enkau. Biar dia cerita dan pastikan enkau yg banyak mendengar.



6] Bagi pujian yg JUJUR, bukan pujian yg menjilat bontot. Walaupun tentang benda kecik seperti gigi kapak dia yg enkau suke. Ingat, perempuan sangat hargai perkara kecil, itu cara deme berfikir. Jadi, identify perkara kecil dan hargai perkara kecil tu.

Untuk perempuan pun same jugak. Tapi bagi pujian yg men-konfomkan kekuasaan, maskulin dan dominansi dia. "wah tough gile enkau" atau "enkau hensem" adalah picisan. Tapi gune ni, "wah buleh tahan eh enkau, aku tengok laki lain semua tak buleh buat bende tu" mesti die terkemut-kemut rasa best.


Kalau enkau buleh kontrol dia dari awal, enkau londeh seluar dia pastu terajang je bontot mamat tu cari orang lain. Sebab dia akan susahkan hidup enkau masa depan nanti.


Itu sahaja untuk approach. Remeh tapi berkesan dan terbukti di ladang.



Goodluck

.

MENDENGAR

Ramai orang tahu tentang kelebihan mendengar dalam perbualan. Telinga kita umpama gelas yg di isi, penghilang dahaga orang lain. Tapi kalau telinga enkau capang, telinga enkau umpama kuali - bukan gelas.

Katakan pasangan enkau stress, pastu enkau pun simpati, enkau nak membantu. Kemudian enkau pun dengar ape di ceritenye, masalahnya, tak puas hatinya.

Kemudian esok cerita lagi, tapi cerita meleret tentang lain pulak, enkau dengar jugak. Kemudian luse stress lagi, enkau tadah telinga lagi. Dan hari-hari berlalu sebegitu...

Selalu, kita akan akhirnya m-e-n-y-a-m-p-a-h.

Itu normal. Kita mengeluh dalam hati "ape benda la bende kecik-kecik pun nak kecoh" ataupun "Semua bende nak buat laporan ke" ataupun "buatla keputusan sendiri" dan sebagainya. Akupun macam tu jugak, jadi aku faham.

Untuk selesaikan itu, pertamanya kita kena faham satu fakta :


PEREMPUAN KETAGIH MEMBEBEL


Deme akan bercakap tak henti-henti, sukenye bercakap. Sebab memang fitrah macam tu. Lelaki bukan macam tu, sebab tu kita tak pernah faham.

Bile pasangan kita begitu, dia akan cakap apa sahaja untuk melepaskan KEPERLUANNYA untuk bercakap, tak kira la topik tu tak puas hati tentang sesuatu ke, suke gile ke, pilih barang ke, ape sahaje - asalkan melunaskan KEPERLUAN bercakap deme.

Tolong semak KEPERLUAN yg aku huruf besarkan. Ini keperluan mereka, bukan kita. Keperluan kita adalah pergi main bola, mancing, atau apa sahaja yg fizikal.

Bile enkau dah jadi pasangan dia - orang yg paling dia percayai, enkau adalah pusat tumpahnya keperluan deme. Jadi, nak tak nak kita takde pilihan selain dari kene mendengar.

Memahami konsep KEPERLUAN MEMBEBEL ini sangat penting supaya kita tak menyalahkan pasangan kita dan menukarkan diri kita menjadi gay.

Inilah realiti. Jadi, tugas kita adalah macam mana nak hidup harmoni dengan realiti.


Langkah pertama : Faham

Seperti biasa setiap hari dia akan membebel baik atau buruk. Sebelum dia start, wajib setiap hari kita datang kepada dia dan tanya, "macam mana hari awak, awak ok?"

Sila tahan telinga enkau, bukak hati enkau, kosongkan fikiran enkau, dan dengar. Dengar dan faham. Tak payah reply banyak-banyak, ulas itu ini konon kite pandai membimbing, membantu. Dengar je.

Pastikan kita faham apa yg dia nak cerita.


Langkah ke-dua : Perasaan tak best.

Perasaan tak best akan menyulubungi enkau selepas 5-10 minit bebelan-nya. Perasaannya sama seolah-seolah enkau diceramah diajak member enkau masuk multi-level marketing. Enkau rasa nak blahhhh je

Jadi, bersedia.

Kita akan tetap berasa tak best walaupun dia sedang cerita benda yg happy : betapa hepinya dia beli baju cantik, peristiwa kelakar dengan kawan dia etc.

Sebab, sejujurnya, bagi kita benda tu tak best mana tak seronok manepun. Lawak-lawak perempuan, enkau tau jelah, tak lawak mane pun tapi gelak macam nak pecah rumah.

Kita akan tetap berasa tak best walaupun dia sedang cerita benda yg TAK best : Samada dia mengeluh, geram dekat sape-sape, penat dengan itu ini etc.

Sebab, bagi kita benda tu tak penat mane, tak teruk mana, tak leceh mana. Kita bukan perempuan, masalah yg kita alami tak sama dengan deme.



Di fasa yg pertama kita akan berasa seperti kita di tuduh atas segala yg tak best berlaku dekat dia, seolah-olah kita yg bertanggungjawab separuh atau sepenuhnya.

Lebih hebat kita akan berasa seperti di-brainwash atau di-ceramah motivasi-kan oleh pasangan sendiri, seolah-olah kita ni medan tumpahnya lebihan seronok / semangat / benci berkobar-kobar dia.


Langkah ke-tiga : Bertahan dan Faham

BERTAHAN dalam bentuk menggunakan koleksi penanda wacana peribadi enkau. Seperti "pastu?", "o gitu rupenye, tapi cane ek kalau..", "abih tu kalau.." dan sebagainya.

Matlamat kita adalah supaya dia melunaskan KEPERLUAN membebelnya sebanyak mungkin, kemudian dia akan berhenti sendiri kepuasan.

FAHAM dalam bentuk penerimaan enkau bahawa lelaki dan wanita menyampaikan maksud dan berkomunikasi dengan cara yg berbeza.

Contoh, lelaki akan beri rumusan untuk semua bende, seperti "mamat tu pemalas. Saya benci dia". Fullstop. Ini kerana lelaki berfikir secara menyeluruh, bukan terperinci.

Perempuan pulak dia akan bagi penerangan yg lebih detail tanpa kesedaran murni untuk meringkaskan ceramahnya. Dia akan explain "kerja tu tak buat, ni tak siap, aritu tak datang, bla bla bla" untuk kata kunci "mamat tu pemalas". Perempuan nalurinya menilai secara terperinci, bukan menyeluruh macam lelaki.



Selesai langkah ke-tiga, dia akan pancit untuk membebel. Dan enkau buleh menikmati pembalasan yg baik. Dia akan nampak enkau lelaki yg paling memahami, walaupun separuh dari bebelan die tu enkau rase macam salah enkau belake. Walaupun seluruh bebelan tu tentang betapa tak bestnya hidup dia hari ini.

Dia akan rasa bersyukur dapat enkau dan lebih sayang dekat enkau.

Sekarang aku tau enkau mesti fikir "tak logik ah, macam mengarut je". Memang tak logik, sebab lelaki menilai melalui logik, perempuan menilai melalui emosi. Kalau keperluan emosinya dipenuhi [melepaskan beban emosi melalui bebelan], dia akan hargai enkau lebih baik.

Lama kelamaan, enkau akan bina persefahaman lebih mendalam tentang pasangan masing-masing, persefahaman yg memakan masa lama, yg kita tak boleh skip dengan mengabaikan bebelannya.

Ya tuan-tuan, itulah buah kepada kesabaran.


Warning

Tapi, jika masa tu enkau tak bersedia, atau stress kusut fikiran, JANGAN lakukan penadahan telinga. Walaupun enkau lapangkan fikiran enkau, enkau mungkin hilang pertimbangan kerana dipengaruhi emosi. Lalu enkau akan rasa seolah-olah bebelan-nya itu menuding kesalahan & kelemahan enkau.

Sesunggunya perempuan selalunya tak bermaksud begitu, dia cuma nak ada seseorang yg mendengar.

Jadi, jawab dengan tenang & jujur "awak, saya betul-betul nak faham apapun cerita awak, tapi buat masa ni saya tak boleh fokus. Jomlah kita buat benda lain dulu sementara fikiran saya nak lapang & betul-betul bersedia".

Dengan ini dia akan lebih hormat dekat enkau, sebab enkau menguasai marah / kecewa enkau dengan betul.


Kemahiran ni perlukan praktis. Praktis praktis praktis. Ini bukan cuba terus jaye. Wajib praktis. Setiap hari latih diri untuk mendengar pasangan enkau. Sehinggalah sampai pada masanya, pendengaran enkau semakin matang dan ke-tidak best-an bebelannya beransur kurang dalam diri kita.

.

ALAM PERCINTAAN.. CEEWAH

Kali ini kita akan bercakap tentang alam percintaan. Bersedia, aku akan bertukar dari lelaki yg berwajah ganas kepada bapok yg paling comel pernah enkau jumpe.

Aku tengah pasang lagu M2M untuk menaikkan mood romantis.

Ok honestly, sedikit geli juga nak tulis. Belasah saja. Mari kita bersemuka dengan salah satu realiti hidup ni dengan berani.

-078
Aku syak tupai ni merendek dulu sebelum bergambar.


Di dalam kembara percintaan yg indah, cewah,,, kita akan melalui beberapa fasa yg tak buleh dielakkan. Jadi para pencinta-pencinta semua, beri perhatian anda.

Enkau dan awek / bini enkau akan mengalami ke-gampang-an yg berulang-berulang. Ini adalah tindak balas alam semulajadi iaitu setiap satu itu bermusim. Contoh, jika dulu enkau seorang bayi comel yg terberak dalam pampers, satu hari nanti enkau akan jadi nenek comel yg terberak dalam pampers jugak.

Kebanyakan pasangan tercirit-cirit di tengah-tengah perjalanan percintaan deme. Ada yg berpisah dengan baik, ataupun teruskan jugak walaupun hubungan dah hambar.

Kekecewaan juga buleh membawa kepada pandangan kepada dunia yg salah, seperti:

1] Manusia tak kan pernah saling memahami
2] Jantan semuanya sama aje, benci!
3] Semua salah aku, aku memang looser
4] Oh tuhan, ini tak adil [seriously, ini buleh membawa kepada syirik]

Berbalik, setiap sesuatu itu bermusim. Enkau tak kan buleh masukkan balik susu ke tetek ibunye, masukkan bayi kedalam rahim ibu semula, atau kembali ayu setelah tua. Maka, norma musim & fasa kehidupan tak kan buleh dielakkan.

Persediaan kepada musim-musim tersebut amat penting supaya kita tak mengelabah ayam bila masanya tiba. Kita mahu jadi matang dalam hubungan. Kecualilah kalau enkau budak form 3 baru nak-up cinta monyet, itu lantak enkau.

Musim pertama : Segalanya indah

Aku rasa tak perlu ulas kat sini. Kebanyakan enkau pernah rase kan, kan, kan, haaa aku tau la enkau gatal. Akupun gatal jugak, sikit je hahaha

Musim ini selalu bertahan 1-2 tahun [untuk couple] dan 2-3 bulan [pasangan berkahwin masa baru nak belajar exercise pingang]

Musim ke-dua : Tak boleh blah

Setelah beberapa sekian, enkau mula tak buleh elak beberapa tak kesefahaman. Ada bende yg enkau mula tak suke, enkau dah tak boleh simpan. Mungkin perangai suke korek hidung die buat enkau tak buleh blah dah. Ataupun cara dia gelak mengekek atau kentut merata dah buat enkau tak selesa.

Kita mula perasan yg pasangan kita bukan 100% gadis / jejaka idaman kita. Dia yg hensem macam Brad pit buat enkau jatuh cinta dulu, dah jadi tak hensem sebab dari dulu mulut dia bau longkang. Pada tahap ini , ramai yg tumpas.

Masa akan bunuh atau bina kita. Masa akan buat kita bosan dengan pasangan kita. Dan mulut longkangnya itu akan bina bosan tu kepada benci kecil. Sekumpulan benci kecil akan menyebabkan enkau menarik muka masam & mengutuknya.

Kebanyakan pasangan sedar bahawa tak kan selamanya semuanya indah, tapi tak ambil apa-apa persedian untuk menghadapi saat itu. Sebaliknya, amik jalan pintas dan putuskan hubungan. Cari orang lain untuk dapatkan balik musim pertama, putus pulak, dan begitulah ia berulang-ulang.

Di tahap ini kita perlu usaha untuk perbaiki hubungan, bukan lari dari masalah [kecuali kalau dia ada talasemia atau HIV]. Pada tahap ini kena bertahan, tak de lain selain dari bertahan.

Belajarlah untuk bagi kasih sayang tanpa sebab dan syarat. Pandang dia sebagai tanggungjawab wajib, takde pilihan - enkau kena sayang jugak dia. Walaupun semalam dia maki enkau, pagi esok call jugak tanya kabar sehat ke tak macam biasa.

Belajarlah pula satu yg baru iaitu untuk minta kasih sayang. Masa musim pertama kita tak perlu minta, sebab semua tengah best. Tapi sekarang kita diperingkat lain, jadi kena tak malu minta kasih sayang, perhatian, belaian, urutan bahu, gigitan manje, pastu...[ok biar otak lucah kita sambung ayat tu dengan kreatif]

Musim ke-tiga: Kedewasaan

Jika kita berjaya tahan dalam musim ke-2, kita akan dapat keuntungan dalam musim ke-3, iaitu kematangan dalam hubungan. Ini senang dikesan bila enkau dan dia dah malas nak bergaduh, sebaliknya sentiasa cari penyelesaian dan saling memahami.

Pada tahap ini enkau dan dia bersatu akal dan fikiran. Apa dia rasa, fikir, akan buat - enkau dah tahu. Tabiatnya bukan sahaja enkau boleh terima, malah terikut-ikut sekali.

Contohnye, dulu enkau menyampah dengan perangai tak malu dia kentut merata tapi sekarang, enkau siap main aci battle kentut lagi dengan dia sebelum tidur.

Yg buruk semua enkau tak peduli dah, tapi yg ada hanyalah rasa wajar untuk terus menerus bersama dia.

Musim ke-empat: Rehat & rawat.

Konflik yg lalu akan muncul kembali, tapi bukan satu, malah datang dalam kumpulan. Segala apa yg enkau tak suke satu masa nanti akan meledak juga. Ini ditambah dengan konflik dalam diri yg normal berlaku pada peringkat umur tertentu.

Contoh, suami dapat kasih sayang sepenuhnya selepas kawin. Lepas dapat anak, perhatian isteri beralih ke anak. Suami sangap tapi tetap kontrol macho. Lepas anak besar, perhatian isteri kembali ke suami. Suami lega & selesa semula. Tapi bila dapat cucu, suami dah rasa di abaikan sedikit sebab cucu dah tido dengan nenek dekat celah ketiak.

Akibatnya, suami mungkin akan mencederakan ketiak isterinya.

Pada masa ini yg ada cuma fed-up, tak larat dah, tak boleh pergi dah, menyampah dah. Lebih hebat lagi kita tersepit, nak blah dah terlambat. Tak tau nak buat apa, enkau makan hati hari demi hari.

Pada masa ini kita perlu me'rehat'kan diri kita dari semua pengejaran-pengejaran kasih sayang. Gelas yg terus menerus di isi akan penuh, tumpah airnya, jadi kita perlu kosongkan gelas semula & baru sesuai/sedia untuk di isi balik setakat yg perlu.

Pada masa ini juga fokuskan kepada diri sendiri, bukan pasangan kita. Beri perhatian sepenuhnya kepada diri kita, kasih sayang sepenuhnya kepada diri kita. Bina ketenangan individu dalam diri sendiri melalui ibadat, renungan dan berfikir.

Sebab percaya atau tidak, kalau kita tengok diri kita lama-lama dekat cermin, kita akan timbul rasa kesian pada diri sendiri. Dengan perut dah boroi, muka sembab sana sini, bulu hidung tekeluar-keluar, pikiran pun dah slow.

Kita mula sedar diri kita selama ni tak terurus dengan sempurna, keperluan peribadi terabai, hari ke hari makin bengap & sebagainya.



Kalau berjaya di musim ke-empat, maka kita berulang semula ke musim pertama. Insyallah. Segalanya kembali indah, ketiak awek / bini enkau wangi semula. Enkau kemudian nampak banyak kemungkinan menarik & potensi yg baru untuk di cube bersama pasangan enkau.

Tetapi jangan hanyut sebab kita perlu bersedia untuk tempuh musim-musim seterusnya.



ok sekarang aku rasa macam nak kahwin...


takpelah, rilek dulu ahahahaha



.

SEKALI MELEPAS DA...III

-1426
Our night joy in Melaka

Ini adalah lanjutan dari sekali melepas daaa, jadi ambil masa tuan-tuan / puan-puan untuk memahami yg pertama dulu. Jurnal di bawah topik ini sesuai di amalkan lelaki & wanita. Tiada diskriminasi / manipulasi gender di sini. Jangan risau, telah di aplikasikan & berjaya di ladang.









Setelah aku semak silibus pengajaran & pembelajaran aku ni, ternyata ada tunggang tebalik sikit. Aku terpaksa skip sekejap bahagian Pembuka Kata kerana perlu diselang dengan tajuk yg lebih utama, supaya lebih senang di faham.


Here we go..




Sebelum kita mengenakan Pembuka Kata, kita perlu mengetahui beberapa faktor-faktor penting yg menentukan kejayaan atau kegampangan cubaan mengatal kita:


1] Pencelahan & Tak sempat
2] Terus buat
3] Vokal
4} Gaya


1.1] Pencelahan


Matlamat kita adalah untuk MENCELAH dengan jayanya. Kita kan sedang mencelah. Ini bermakna orang tu sedang ada urusan. Walaupun dia duduk termenung situ boring tengok jam, itu juga di kira urusan. Walaupun dia duduk dekat tempat open tunggu ntah sape-sape try approach dia, itu juga di kira urusan.


Dalam pencelahan jangan sopan-sopan sangat. Kena mencelah dengan TEGAS & TIBA-TIBA. Kalau kita mencelah dengan penuh kesopanan & lemah lembut, nampak sangat kita nak approach. Ingat pesan aku, JANGAN tunjukkan minat. Jadikan ia normal & seolah-olah TANPA dirancang.


Gunakan perkataan:


Hey : Ini gesaan yg tegas, tapi dengan tone suare yg betul. Hey buleh digunakan dengan kepada semua, kurang formal tapi berkesan.


Eh jap.. : Aku sarankan penggunaan 'eh jap..' kerana ia lebih sesuai & berkuasa.

Eh jap adalah kata lembut untuk 'berhenti!', yg mana sesuai untuk hentikan abang comel yg tengah jalan atau khusyuk buat sesuatu. Eh jap akan buat enkau nampak innocent, ikhlas, serious, dan yakin lebih dari 'Hey'.

Tapi, kalau buleh abaikan penggunaan ini:



'Excuse me' atau 'nak tanya sikit boleh' atau 'maafkan saya': Perlakuan sopan begini kurang kick-ass sebenarnya. Memanglah ia betul dari sudut tata-norma budaya, tapi bila kita lancarkan perkataan sebegitu, kita MEMINTA IZIN dia untuk respon.


Bila meminta, kebarangkalian untuk TAK bagi izin tu tinggi, jadi tak payahlah minta. Lagipun bila sopan, mamat/minah cun tu akan kesan MINAT kita dekat dia, hal itu sangatlah tak awesome.


1.2] Tak sempat


Bayangkan enkau mamat hensem. Enkau dah la nak tekucil, mengelabah ayam enkau cari toilet. Tiba-tiba ada minah mane pulak balun 'eh jap' dekat enkau. Mau je tekucil jugak dalam handbag minah ni.


Point aku adalah, semua orang ada urusan. Penting ke tak penting urusan dia, itu bagi kita - NOMBOR DUA. Kita penyerang sekarang, kena agresif, TAPI, bijak.


Bagi dia keselesaan awal sebelum enkau serang. Dengan itu, keluarkan ayat yg merujuk kepada enkau PUN TAK SEMPAT jugak nak borak dengan dia, enkau pun nak cepat, nak SEKEJAP sahaja.


Dengan itu dia akan FOKUS dekat ayat awal enkau & tak rasa terancam nak melayan enkau lama-lama, sebab enkau cakap enkau nak cepat. Kalau tak, dah la dia nak terberak, enkau pulak gaya nak borak LAMA dengan dia, mau handbag enkau jadi bekas dia _________ [isi tempat kosong]


contoh:
"eh sekejap, saya pun tak buleh lama ni tapi.."
"stop, kejap eh, cane ek kalau.."
"Nanti, sy cuma nak tanya..."

Lepas tu kasi la lawak bodoh enkau bagi dia seronok, bagi dia hanyut, bagi dia terlupa SEKEJAP matlamat asal dia. Yg penting PENERIMAAN AWAL dia dekat enkau tu dalam keadaan dia RELA, sebab enkau dah bagi tau dia enkau nak sekejap saja.


2] Terus Buat.


Wajib tanamkan sikap terus buat tanpa fikir-fikir dah. Kalau enkau lengah-lengah nak terus pergi 'Pembuka kata' dia LEBIH dari 5 saat, selalunya enkau TAK kan buat.


aku ulang, TAK kan buat.


Lebih dari 5 saat, segala kemungkinan negatif akan muncul dalam kepala enkau. Seram sejuk telur kecut semua datang. Mula fikir dua tiga kali, yg akhirnya, menjurus kepada "Sekali Melepas Daaa..."


3] Vokal


Yang lelaki sila Jalaluddin Hassan-kan suare enkau se-Jalaluddin Hasan mungkin. Tak susah, enkau kena banyak praktis aja.


Ok sekarang, amik tapak tangan enkau, tekapkan di bontot enkau. Keluarkan suare bass enkau. Ok mula sekarang aku nak dengar..


Dah buat?


Apa ke-biol-nya enkau, HAHHAHA dekat bontot nak buat ape bang. Ni, sini, letak dekat dada enkau. Bila enkau cakap dalam Bass, check dada enkau ada vibrate tak. Suara bass punca dari dalam dada bawah anak tekak. Kalau enkau buat dengan betul, dekat situ enkau rasa vibrate sikit dengan tapak tangan enkau.


Yg perempuan, aku tak tau nak buat cane. Aku selalu cuba perempuankan suare aku, tapi jadi macam bapok. Enkau eksperimen la sendirik. Cakap aje lah lemah lembut, laki mana pun selesa. Senang.


Sila bercakap dengan KUAT. Kuat bukan menempik, kuat tu jelas. Cakap kuat simbol enkau yakin, easy-going & FUN person. Kalau cara enkau betul pun tapi vokal enkau terkemut-kemut sape pun susah nak bagi perhatian dekat enkau.


Selalunya kita TAK perasan sebab kita nervous masa tu, jadi ingat, CAKAP KUAT.


4] Gaya


Datang dari arah sisi atau mana-mana arah BUKAN dari depan dia. Selalunya kita akan mula ber'sedia' kepada negatif bila ada orang yg tak dikenali datang terus dari depan.


Macam tu jugak bila borak, dada enkau menghadap ke lain, atau senget sikit. JANGAN direct terus dada ke dada. Ini penting supaya pandangan dia terhadap enkau sebagai orang asing lebih selesa. Jadi ingat:


Mata direct ke mata tapi dada menghala lain.


Berdiri santai, tegapkan dada enkau. Laki perempuan tak kira, tegapkan dada. Point-out dada enkau. Bukan enkau nak mengatal tayang dada leper enkau tu, tapi enkau perlu nampak kuat & confident, BUKAN si tua yg bongkok sabut.


Jaga JARAK enkau dengan dia. Berdiri di jarak sederhana, jangan ceroboh ruang privasi orang tu. Ini sangat penting aku tekan tekan tekan tekan tekankan. Sebab selalu kita ter-over confident. Aku dah kena dah, orang tu siap peluk handbag dia takut ingat aku nak peluk dia.


Pasal jarak nak rapat tu jangan risau. Bila dia dah seronok dengan enkau, tengah-tengah gelak tu dia TAK sedar dia dah melangkah selangkah dua makin dekat kepada enkau.

SENYUM lah. Kita mesti nampak FUN & EASY GOING. Jadi mesti senyum. Langkah kita yg agresif wajib di alas dengan senyum. Kalau tak senyum, kita nampak tawar & tak cukup praktis. Senyum dalam setiap borak kita, jangan stresskan dia dengan keadaan kita yg skrg tengah stress nak approach dia.



Last sekali, JANGAN TONGGEK-kan bontot. Bila dada tegap, selalu bontot ter-tonggek. Kalau enkau ter-toggek, orang lain dari belakang geram pulak nak sepak bontot enkau. Adoi nak tergelak aku. Tapi betul, tak caya enkau test kat cermin.

Kecuali kalau enkau memang tonggek, beta maafkan.





bersambung ke 'pembuka bicara' ...

SEKALI MELEPAS DA...


-2023
Karnival lompat tilam, melaka.

Semua orang nak pasangan hidup yg baik-baik, bijak-bijak, soleh / solehah & cantik / hensem kan. Enkau tak nak? tipulah. Fitrah manusia sentiasa inginkan yg terbaik. Yang terbaik untuk teman jage makan minum enkau sampai, sampai? sampai?

sampai enkau tua & mati.



Jadi benda ni kita cerewet sikit, sebab ia kesan jangka panjang. Kalau laki enkau pengotor, sampai tua la enkau hidup dengan orang pengotor. Untuk yg masih bujang, kita ada pilihan. Kita layak memilih orang terbaik untuk hidup kita & zuriat kita.


Percaya atau tak, orang terbaik, yg kena dengan CITA RASA KITA sentiasa lalu lalang depan kita. Dalam satu kumpulan, mesti ada sorang awek cun yg tudung labuh perangai baik gile, yg enkau tengok, "ah aku nak buat bini ah". Dalam sekumpulan, mesti ada mamat yg terbaik untuk enkau yg buat enkau fikir "ah, kalaula dia ni jadi laki aku.."


Malangnya, hanya kerana dia orang asing yg enkau tak kenal, enkau hanya memandang lalu berlalu pergi.

Sekali melepas Daaa...

Tapi pandai,,,enkaupun pujuk diri dengan alasan gemilang:



"takpelah, ramai lagi kot"
"hmm,, aku pun bukannya best sangat, tak layak pon"
"alah, facebook ade kot. letak ajelah gamba aku yg cantik-cantik, ahaks!"
Kalau kita nak lapik dengan EGO yg terhormat, "tak kan aku nak terhegeh-hegeh pulak".


Akhirnya kita hilang peluang untuk mencuba, & hapuskan impian hidup kita sendiri. Hanya kerana kita:


TAK MENCUBA UNTUK MENGENALI DIA.


Jadi jurnal kali ini untuk orang yang apabila terjumpa dengan "lelaki/perempuan impiannya", ia mengalami simptom di bawah:


1] Serta merta seram sejuk telor masuk dalam
2] Kontrol macho, maintain ayu, dan "tolongla nampak aku"
3] Tiba-tiba tengkuk jadi lembik bercakap dgn lelaki / perempuan. Padehal dengan member bukan main samseng.
4] Mengelabah ayam tak tentu pasal, tegagap-gagap garu belakang kepala berulang-ulang


THE MINDSET


Ini pertarungan dalaman normal yg semua orang ada, & kalau enkau berjaya dalam pertarungan emosi enkau sendiri, enkau paling cemerlang & berbeza dari semua orang. Mula yakinkan diri enkau bahawa enkau:


Berhak untuk berjuang mendapatkan yg terbaik dalam hidup.


Memangla muke enkau pecah, perut melebeh, tak pandai, gagap, jongang, bile enkau duduk enkau tark-tarik baju sebab lemak perut enkau dah kepit baju tu. Jadi? tu je alasan enkau untuk tak mencuba?


HENTIKAN TU!


Tu lah alasan yg kita guna dari dulu untuk TAK perjuangkan impian kita, sebaliknya duduk selesa dalam comfort zone. Jadi, ubah mindset & start buat sesuatu untuk impian peribadi.

Kalau lepas ni enkau fail, dah memang jodoh enkau macam tu, sekurang-kurangnya enkau da berjuang sehabis baik & enkau tak rasa malu dengan diri enkau di kemudian hari.



TAKUT KEHILANGAN


Bayangkan satu hari enkau dekat perpustakaan. Tengah cari buku tiba-tiba enkau perasan ada mamat/awek cun dekat sebelah enkau. Enkau pun tersentak "Haaa, ni lah orang aku cari".

Enkau amik langkah, pastu stop, patah balik, masuk tangan dalam poket garu peha kepala tunggu jap, pura-pura selak buku, "halamak, cane ni nak buat ape ni", peluh meleleh, start gatal sana sini,,,



Pastu tak lama die pun blah, enkau melopong.


Situasi ini juga SAMA bila orang suruh enkau bagi ucapan atas pentas. Kita selalu "tak nak lah, aku tak reti". Padehal cakap pandai dengan kawan-kawan bukan main kuat enkau kencing sampai pecah mozek. Semuanya kerana kita tak nak keluar dari ZON SELESA.


Tapi, sebab yg paling jelas adalah kita TAKUT KEHILANGAN. Kita takut kehilangan mamat/minah cun tu.

Sebab, bila kita ada ke-INGINAN YANG TINGGI terhadap mamat/minah tu, maka ketakutan untuk ke-HILANGAN mamat/minah tu pun TINGGI jugak.



Jadi, telor kita kecut masuk dalam TAK berani amik apa-apa risiko pun yg buleh menyebabkan kehilangan, walaupun pada masa tu apa-apa tindakan BELUM lagi diambil. Contoh, takut kehilangan bila die respon negatif, libas enkau dengan handbag die, "ape ni geli la!"


Sebab kita paham, kehilangan tu satu benda yg perit, yg mengakibatkan kekosongan yg susah balik kita nak control jauh dalam hati kita. Ini sebenarnya punca kepada semua simptom-simptom gampang di atas.


MENGATASI TAKUT KEHILANGAN


Umumnya ada 2 solusi kepada ke-gampangan ini.


1] Pe-Nyah Kejayaan


Ini adalah mindset & tindakan yg enkau tak berharap pun untuk berjaya dapat awek/mamat tu. Pe-Nyah Kejayaan adalah sangat penting supaya kita tak kecewa dan makan hati yg akibatnya, memusnahkan motivasi kita untuk berjaya.


Enkau kena kecualikan diri enkau dari kejayaan DAPAT tekel awek/mamat tu. Maknanya enkau TAK HARAP pun untuk berjaya.

Enkau kena set dalam kepala otak enkau lantak la, yg penting aku cuba. Yang mana akhirnya, enkau selalu berjaya, aku ulang, SELALU BERJAYA dengan cara ini jika enkau buat dengan betul.



2] Pembuka bicara


Ini merangkumi tone suare enkau, cara & apa nak bercakap, jarak selamat dan sebagainya. Pengetahuan dalam pembuka bicara akan jadi alasan yg baik untuk enkau terus cakap dengan orang asing sebab enkau dah TAHU apa nak cakap.


Kita akan tengok pembuka bicara apa yg buleh buat enkau nampak menyenangkan atau perogol bersiri. Kita akan belajar apa yg berkesan & apa yg tak, ape yg tak perlu dan sebagainya. Sebab enkau tak buleh main-main.


Kenape tak buleh main-main bang? Sebab awek cun / mamat kacak gile selalunya dari kecik telah di latih untuk menolak orang-orang yg tak henti-henti datang approach dia. Deme sudah terbiasa & mahir me-reject.

Jadi wajib untuk tahu cara yg betul dengan detail supaya enkau sukses



Kecuali kalau enkau tu muke dah macam rosyam nor atau Farid kamil, nak nak duit pulak berkepok, kereta gemok-gemok pulak, tu tak payah cakap la. Tapi aku kesian la tak adventure sangat hidup enkau jadi gitu




Bersambung...

SAYA MAHU GADIS IDAMAN SAYA 2

-026
Aku yg berpura-pura sayangkan haiwan. 


*Atas request enkau, aku topup sikit lagi pasal ni. Niat aku cuma nak bantu semua saudara-saudara lelakiku untuk fight sama rata & capai kebahagiaan masing-masing. Gunakan ilmu untuk cari ketenangan dalam hidup enkau, bukan rosakkan diri enkau dengan jadi kasanova.





THE CONFIDENCE & EYE CONTACT


Eye contact sangat menyerlahkan keyakinan dan ke-kacakan enkau. Sebab tu pelukis potrait, last sekali dia akan touch-up mata, sebab mata sangat menghidupkan / mematikan lukisan itu. Aku tunjuk kat enkau macam mana eye contact buleh buat semua orang pun selesa dengan enkau.


Untuk Confidence: Enkau tau enkau kuasai siapapun depan enkau bila - eye contact dengan dia dia kalah, tak tahan lawan tenung mata enkau masa cakap.


Orang pertama yg enkau kena lawan adalah, DIRI ENKAU SENDIRI. Sebenarnya semua orang sangat takut dan malu dengan diri sendiri. Enkau tak percaya? pegi tengok muke enkau dekat cermin. Mula-mula enkau rase enkau hensem.

SELEPAS 10 minit, enkau fikir, eh rupanya macam ni diri aku. Kemudian enkau ingat kesalahan/ kegagalan/ kekecewaan dulu. Enkau rase bangsat gile, macam mana sekali enkau motivate diri enkau pun enkau susah nak maafkan diri enkau tentang semua, nak keluar dari diri enkau jadi orang lain.



STOP IT!


Belajar MAAFKAN diri enkau. Baru enkau buleh tengok diri enkau dengan tenang. Baru enkau mampu maafkan orang lain sebenar-benar maaf. Baru engkau yakin dengan diri enkau. Yg akhirnya baru enkau sedar kita manusia semua sama sahaja, tak lebih tak kurang, semua suck dalam ke-suck-kan masing-masing. Bila dah dapat tu baru pandangan enkau yakin & matang.


Untuk nampak kacak gile sial : Saiz anak mata yg itam masa borak menentukan kekacakan enkau. Cube enkau study foto sorotan mata macam denzel washington, tom cruise. Semua anak mata deme besar. Otak kita akan perceive bende tu sebagai cantik & mempesona.


Untuk membesarkan anak mata, tengok objek yg enkau suka. Macam 3gp, awek cun dan sebagainya. Masa excited, anak mata enkau sangat membesar. Jadi bila enkau eye contact, cari bahagian kat muka dia yg enkau suka. Kalau enkau suka lubang hidung, fokus dekat lubang hidung dia. Benarkan asyik keindahan enkau tu melarat ke hati enkau, automatik mate enkau besar dan enkau nampak awesome.


Mulakan 'eye attack' selepas 20 minit lebih kurang masa borak. Kalau enkau start awal, dia assume enkau pelik, 'tengok-tengok ape gitu, jeling bontot aku a tu, henci!'.

Buatkan masing-masing selesa dengan lawak-lawak enkau SEBELUM eye contact. Fahami betul-betul, buat eye contact, BUKAN muka manja. Kalau enkau bikin muka manja, awek tu dan aku rase nak tumbuk enkau.



Kalau enkau benci dia, enkau bayangkan dia jongang.




THE TALK


Masa duduk : Masa duduk jangan bersandar sambil bercakap. Enkau nampak tak berdikari dan sambil lewa. Duduk tegak, be confident.


Masa berdiri : Berdiri jangan masuk tangan dalam poket kecuali masa berjalan. Borak tangan dalam poket tanda enkau ada agenda / nervous. Ingat, perempuan menilai body language secara intuitive.

Masa mula approach, jangan menghadap bahu enkau direct ke-arah dia. Berdiri menghadap ke lain seolah-olah enkau nak blah bila-bila masa aje. Itu penting supaya dia tak rase nak kena layan enkau lama, maka dia selesa dengan borak awal sebab enkau tak ancam dia.



Fokus : Perempuan nak difahami. Mendengar untuk faham, bukan untuk reply, macam aku cakap sebelum ni. Mula-mula enkau kena banyak cakap sikit sebab normally mula-mula siapa pun akan bersikap dingin. Buat lawak bodoh enkau bagi dia selesa. Bila dia dah selesa dengan enkau, hala borak enkau tentang tau lebih lanjut tentang diri dia.


semua orang paling suka bercerita tentang diri sendiri. Bagi dia bercakap tentang diri dia, fokus & faham siapa orang yg enkau tengah mengatal sekarang. Jangan kantoi jeling kat awek lain. Fokus. Masa dengar, pikir macam mana nak reply dalam bentuk KELAKAR. Ingat, mission enkau nak kuasai emosi dia, bukan excited cerita tentang diri enkau.


Talk nonsense : Jadikan diri enkau escape zone untuk semua orang melepaskan stress. Enkau wajib jadi FUN FACTORY. Jangan cakap bab kerja, isu semasa, sebab semua orang stress tentang benda-benda tu. Jangan tunjuk enkau educated borak pasal science / pelajaran. Enkau nampak show-off walaupun enkau jujur & ikhlas.


Borak merapu tentang apa sahaja. Asalkan LAWAK dan mencetus PERASAAN.


Adab memuji : Jadi lelaki yg berterus-terang. Kalau enkau suka, cakap TANPA peduli apa kejadah pun reply dia. Kalau enkau suka tengok mulut dia senget-senget masa cakap, cakap terus time tu jugak [tanpa harap respon positif] & TERUSKAN perbualan. Itu tanda enkau berkarisma & jujur, bukan menjilat bontot.


Kalau enkau puji tapi dia respon tak menghargai pujian enkau, tarik balik pujian dan berlaku normal. Ingat, jangan terasa dengan ujian-ujian perempuan, Enkau yg kuasai emosi enkau, bukan dia. Kalau enkau tak suka pendapat dia, cakap tak suka, jangan belit-belit. Enkau wajib yakin dengan diri enkau, bukan lalang. Tapi pada masa yg sama, lapik dari dalam dengan KELAKAR & RELAX, contoh:


Perempuan : Saya suke gile shopping. shopping best bla bla bla.... [membebel]. awak suka tak?

Lelaki : Saya tak minat sangat la, rasa macam buang duit pulak beli banyak-banyak. [Lapik dengan pandangan positif enkau yg benar] Tapi saya suke je jalan-jalan dengan kaki shopping sebab deme banyak tau kedai yang bagus-bagus.


Jangan terhegeh-hegeh : Mula-mula enkau bagi dia seronok dengan enkau. Katakan bila masing-masing dah selesa, tiba-tiba mencelah mamat mane ntah ajak pompuan tu borak. Jangan desperate nak kick mamat tu. Dengan tenang biarkan perempuan tu dengan lelaki tu.


Perempuan tu akan cari enkau sebab enkau best, dia dah seronok dan selesa dengan enkau SEBELUM itu lagi. Enkau blah perlahan-perlahan dan pergi tempat lain. Biar perempuan tu cari enkau samada japgi atau esok lusa. Kalau dia tak cari, lantak dia, cari orang lain. Ingat, enkau yg kuasai emosi enkau, bukan perempuan tu.


Ini bukan maruah, ini bukan ego. Enkau mahu dia tahu yg MEN ARE ABUNDANCE, BUT GOOD MAN HARD TO FIND.


Group approach : Kalau perempuan tu duduk dalam group, cari siapa yg dominan dalam group dan ABAIKAN perempuan tu. Mission enkau adalah menjadi pusat tarikan. Masuk group tu dan buat lawak senario. Bagi deme semua suke dekat enkau, be friendly. Kalau ada lelaki dalam group tu, TEKEL LELAKI TU DAHULU.


Jadilah CENTER OF ATTRACTION dalam group tu. Kalau perempuan tu respon, layan lebih kurang. Bila semua dah selesa, cari alasan bijak untuk drag perempuan tu keluar dari group. Jangan, jangan, jangan, lompat masuk lepas tu terus enkau nak ayat perempuan tu. Itu yakin mengelabah ayam namanya.


Mintak phone number : Jangan nak mengatal 'awak mintak nombo telefon' kecuali kalau enkau dia BETUL-BETUL positif. Perempuan yg awesome selalunya dari kecik telah dilatih dalam tak sedar untuk reject jantan-jantan yg tak abis-abis datang approach dia. Fokus dekat perbualan lawak enkau dulu. Bina keserasian dan buktikan dekat dia enkau best. Bila nak abis, buat cani:


"Tapi cane ek, lepas ni cane nak gelak-gelak macam ni dengan awak lagi?"


Kalau enkau best [betul-betul selesa dengan enkau], dia bagi nombo fon. Kalau kurang, bagi emel. Kalau tak best, 'jumpe lagi eh. daaaa'. Jangan kecewa. Ingat, enkau kuasai emosi enkau, bukan perempuan tu. Belaku normal, jangan tunjuk sebarang respon negatif/ kecewa bila dia cakap macam tu. Fokus dekat analisis silap enkau dan fikir macam mana nak improve public relationship enkau.


Tinggalkan kenangan : Ini aku SANGAT SANGAT tekankan. Kenangan akan jadi reason yg kuat untuk dia stay dengan enkau, walaupun perangai enkau da tukar jadi macam gampang.

Semua orang pun macam tu, dengan orang yg kita close kita selalu ada kenangan indah dengan dia. Mission enkau adalah untuk jadi penting dan BERMAKNA, supaya enkau special. Sebelum blah, tinggalkan kenangan dalam bentuk:



Objek: Contoh, amik apa saja benda batu ke ape ke "awak, tengok batu ni. Segala positive energy dari gelak happy kita tadi saya simpan dalam batu ni, now keep it"

Yg tak nampak : Bantu dia untuk kenal pasti apa yg menarik pada diri dia yg dia TAK TAHU lagi. Contoh, potensi dia dalam benda/minat baru, gaya termenung dia yg menarik, teknik curi-curi korek hidung dia etc

Aktiviti : Buat sesuatu yg unik & memorable. Contoh, menyanyi tengah padang, tengok sunset, main game yg dia tak pernah main etc.

takde yg pelik atau beria di situ, jangan kontrol macho manjang, bapok je suke lelaki macho gitu. Tapi, kenangan best aktiviti gila-gila dengan enkau, itu yg buat enkau unik & special.





YANG PALING UTAMA


SAYANGI DIRI ENKAU : Kerana perempuan enkau frust, marah, kecewa. Jangan kerana perempuan enkau jadi bapok. Dengan kawan-kawan bukan main samseng. Jangan takut semua bentak kecewa perempuan. Enkau wajib tahu bezakan marah kecewa tu UJIAN perempuan atau betul-betul.

Perempuan akan sentiasa, SENTIASA, bagi ujian-ujian ntahape ape kat enkau. Merajuk la, moody la, tetiba marah, tetiba sensitif. Bila kita tanya kenapa, jangan terkejut, dia sendiri pun tak tahu.



Maka, keraskan tengkuk enkau. Bukan degil, tapi tau macam mana nak uruskan tanggugjawab enkau - perempuan enkau sendiri. Jangan tehegeh-hegeh minta maap bende yg tak perlu. Enkau lelaki, enkau wajib dominan dalam hubungan enkau. Kalau dia sudah terang tak kan berminat dengan enkau, BLAH. Cari lain. Jangan buang masa enkau sedih-sedih macam bapok. Jadilah REALISTIK. Kalau enkau stay, enkau jadi si-lembik yg needy. Aku PASTI itu bukan diri enkau yg enkau nak.




[JANGAN LUPA MINTAK RESTU ILAHI]






until then.. LET THE QUEST BEGIN..





SAYA MAHU GADIS IDAMAN SAYA

Aku banyak terima request untuk tulis bab ni. Jadi aku tulis untuk kongsi apa yg aku tahu. Gunakan ilmu untuk cari kebahagiaan enkau, bukan untuk jadi Kasanova. Ok Kita mula dari foundation sampai ke detail.


PSYCHOLOGY ENKAU SENDIRI


Wajib enkau faham bahawa musuh enkau adalah diri enkau sendiri. Bukan kelemahan fizikal enkau, keburukan wajah enkau, ke-tonggek-kan bontot enkau atau sifat negatif enkau. Kepala otak enkau akan cube matikan semangat enkau untuk mencuba & berjaya. Sekarang aku nak enkau baca, faham, dan tanam dalam kepala-otak enkau PERJANJIAN DENGAN DIRI ENKAU ini:


NO girl out of my league
Aku TAK hidup dalam kenangan pahit yg lalu
Aku TAK bagi alasan terhadap keinginan aku sebagai lelaki.
Aku harungi dunia TANPA rasa menyesal.
Aku mahu BAHAGIAKAN perempuan yg aku nak.
Aku TAK merayu kepada perempuan sebab deme nampak tu TAK menarik
Setiap rejection bukan kenangan pahit, tapi pelajaran BARU tentang relationship.


Pertarungan terhebat bukan usaha gila-babi untuk berjaya, tetapi untuk terus menerus mampu mara ke depan. Untuk terus mara, buang semua pikiran sampah dalam kepala enkau, aku tak hensem, aku nervous, aku tak kelakar, awek aku buang aku, aku bla bla...


LANGKAH PERTAMA : EMOTION CONTROL


Belajar untuk menguasai emosi enkau sendiri. Ini sangat fundamental untuk semua benda. Jangan benarkan orang lain kuasai emosi enkau. Kalau kena reject enkau down, meseg tak reply enkau marah etc. Emosi yg lemah buat enkau jadi SI LEMBIK.

Keputusan perempuan untuk pilih enkau terletak pada emosinya. Jadi enkau wajib kuasai emosinya. Tapi, JANGAN HARAP enkau dapat kuasai emosi perempuan tu kalau enkau sendiri tak dapat kuasai emosi enkau. Aku ulang:



JANGAN HARAP ENKAU DAPAT KUASAI PEREMPUAN ITU KALAU ENKAU SENDIRI TAK DAPAT KUASAI EMOSI ENKAU


Bila enkau dah kuasai emosi perempuan tu, dia milik enkau. Tak kiralah enkau tak hensem ke, boroi ke, jahat ke, ade HIV ke, perempuan tak peduli semua tu. Kalau kita tanya, dia akan jawab "entah, sebab aku dah sayang". Perempuan akan letak logic preference seperti mesti hensem, mesti kaya, mesti bla bla. Jangan peduli semua tu, itu semua otak logiknya yg bercakap. Hakikatnya kalau dia dah sayang dia tak peduli semua tu. Sebab perempuan bertindak berdasarkan EMOSI, bukan LOGIK.




LANGKAH KEDUA : TAHU APA YG ENKAU MAHU


Untuk itu enkau wajib faham diri enkau sendiri. Amik masa pandang cermin dan tengok diri enkau sendiri. Terima diri enkau. Tanya mamat depan cermin tu apa yg dia nak, faham kelebihan keburukan dia. Bukan pompuan cantik,pandai etc yg enkau nak, tapi ciri-ciri yg melengkapi kelemahan & memaksimumkan kelebihan enkau.


Contoh, kalau enkau dah faham yg enkau tu pemalas, enkau kena cari perempuan rajin. Buat list yg jujur tentang perempuan macam mana yg enkau nak. Ini penting supaya enkau tak buang masa sampai 4-5 kali putus baru jumpa perempuan yg betul-betul masuk dengan jiwa enkau. Soal cantik ke tak tu, nanti bila enkau da suka, automatik dia akan terus nampak cantik.


-1479
taman tasik titiwangsa, night walk




LANGKAH KETIGA : THE CHARACTER


Asas flow :
TERIMA DIRI ENKAU SEADANYA > CONFIDENCE > LEADING
> BE THE MAN = EMOTIONAL PARTNERSHIP


CONFIDENCE : Untuk dapat keyakinan enkau kena lalui beberapa step dahulu. Detail aku huraikan dalam post lain [kalau ramai request]. Bermula dari asas:


Kenal pasti kelemahan / kesilapan lampau enkau > maafkan diri sendiri > Terima diri sendiri seadanya > Percaya dengan apa yg ada pada diri enkau > Mahu berubah > Confident.


LEADERSHIP : Perempuan nak lelaki yg memimpin, yg mampu buat keputusan. Enkau mesti tenang, enkau mesti matang. Memimpin bukan men-kontrol. Enkau nak dia paham yg "awak ada saya dalam dunia yg chaos ni"


BE THE MAN : Di sini bukan bermaksud berlagak macho, aku kuat tough, aku best power dekat bla bla. Tapi character maskulin enkau. Contoh, [perbandingan sikap lelaki vs wanita] perlu dilindung vs memberi perlindungan, bercakap vs mendengar, tenang vs emo, penyelesaian umum vs penyelesaian terperinci etc. Bila dah sampai level ni, enkau tau enkau sudah berada dalam deep relationship.


EMOTIONAL PARTNERSHIP : Ini adalah bila enkau dan dia SALING memerlukan. Kalau enkau takde dia bosan, Kalau dia tak buleh buat keputusan dia cari enkau, etc. Jangan gatal nak 'awak, sy suke awak' sebelum enkau berdua dalam emotional partnership. Enkau akan di-reject.




LANGKAH KE-EMPAT : THE TALK


Syurga lelaki terletak pada visual dan pengalaman fizikal [Adventure activity]. Syurga perempuan terletak pada kata-kata dan sentuhan. Di mata lelaki kata-kata tu bende remeh, padahal benda yg remeh/kecil bagi lelaki adalah BESAR bagi perempuan. Contohnya kentut, style berpakaian, trim misai etc.


Kenapa perempuan suka baca novel & tengok cerita Korea? Laki pulak menyampah mengantok tengok cerita Korea termasuk aku? Sebab cerita Korea sangat merangsang emosi-emosi asas: sedih, gembira, kenangan, marah etc. Jadi, mission enkau semasa borak dengan dia adalah untuk menguasai emosinya jadi Happy, Sedih, Marah dan BUKAN mengantuk.


Kawal hala tuju emosinya : Enkau mesti bercerita dengan cara yg betul. Contoh, "aku rasa sedih laa.." itu aje? aku tak rase sedih pun.


" sangup dia buat macam tu dekat mak dia" [muke enkau marah]
" tolak mak dia sampai jatuh terduduk.. menitik air mata mak tu bila ingat, inilah anak yg aku jaga dari kecik, macam ni buat kat aku.. "
" sy dah tak dapat tahan tengok, sakit ati nak jernih dah mata ni sedih sangat! ..." [enkau tunduk sayu]
Perempuan : "dah-dah saya da tak tahan dengar cerita awak, jom la have fun kat tempat laen, sy belanje ok"


Nampak? Macam tu caranya. Study rosham nor macam mana dia berlakon & kuasai penonton dia.


Jadilah seorang yg selesa dan kelakar : Jangan borak benda yg logik. Contoh, pasal kerja, pasal cuaca, etc. Fokuskan dekat lawak bodoh enkau. Semua orang pun nak seronok dan terhibur. Kalau enkau jenis tak kelakar, kawan dengan orang yg kelakar. Dia akan bentuk attitude tu dekat enkau.


Mendengar untuk FAHAM, bukan me-reply : Kalau dengan lelaki, enkau ready untuk reply. Sebab lelaki logik, dia akan cari solution, jadi enkau perlu reply. Perempuan emotion, die nak enkau RASA dan alami, jadi enkau wajib faham apa yg dia rasa.


Keyakinan : Keyakinan itu sexy. terima kenyataan tu. Keyakinan senang nampak dekat eye contact dan ketenangan, terus terang enkau bila bercakap. Detail untuk ini aku post lain kalau ramai request.


Faham body language: Contoh, tengah borak tengok kaki dia. Kalau menghala BUKAN ke arah enkau (menghala ke luar) itu maknenya dia bersedia untuk blah [Borak dengan enkau tak best].


Selesa dengan diri enkau : Perempuan sangat peka dengan fake body language. Kalau enkau merisau tentang respon negatif dia masa enkau borak, enkau GAGAL. Kalau enkau curi-curi jeling bontot dia masa enkau borak, enkau GAGAL. Kalau enkau nervous, tak yakin, tak mampu tengok mata dia, enkau GAGAL.




Isi untuk THE TALK dan advice yg lain sangat banyak. Aku akan terus tulis lagi kalau ramai request. Until then,




LET THE QUEST BEGIN....HAHAHAHA





BAGAIMANA MENCEDERAKAN LELAKI

-7306225
Ini bukan contoh lelaki jahat itu. Deme studio-mate aku yg baik-baik (aku tipu)

Seringkali enkau bertemu lelaki-lelaki yg kurang asam dalam hidup enkau. Pak guard, lecturer yg gatal, abang / adik enkau yg pemalas, Flasher ... tapi enkau tak tau bagaimana mahu menghukum jantan-jantan ni.



Kini tidak lagi. Enkau aku ajarkan teknik-teknik dahsyat bagaimana membaraikan jantan-jantan ini secara fizikal. Jika enkau mahu lebih dahsyat dan kesan jangka masa panjang, cederakan perasaannya.




KECEDERAAN FIZIKAL


Karate halkum : Enkau perlu menerima kenyataan yg tamparan wanita sebenarnye tak kuat mane pun. Sebaliknya, buang serang-balas kewanitaan enkau tu dan karate halkumnye. Itu sangat memeritkan bagi lelaki. Kurang bijak kalau enkau cube karate halkumnya dari depan. Pastikan enkau karate halkumnya dari belakang ketika dia tak sedar.



Jeritan palsu : Muslihat ini mesti dilakukan di khalayak ramai. Sekumpulan lelaki akan relahati membelasah mamat itu untuk enkau. Lokasi terbaik adalah di dalam bas. Pastikan enkau goda die dahulu. Bila dia hampiri enkau, jerit 'Tolong! dia raba peha saya'.


Lutut objek bulatnya : Objek bulat memang terkenal sebagai paksi kelemahan lelaki. Tapi tahukah enkau objek bulat yg kiri lebih memeritkan jika dilutut? Seperti biasa mara dari belakang, fokus ke objek bulat kirinya dan lutut di situ.


Teknik melutut juga sesuai untuk enkau gunakan kepada wanita lain yg enkau meluat. Tapi, laraskan hayunan lutut enkau menghala ke rahimnya. Matlamat enkau adalah merosakkan kitaran normal haid dan memaksimumkan sakit sengugutnya.


Cubitan manja : Pastikan lelaki itu sedang bermesra / merendek dengan awek nya. Hampiri lelaki itu, borak ringkas dan cubit manja perutnya dan terus enkau blah. Pastikan enkau blah dengan cepat supaya aweknya tak serang enkau. Sebaliknya, mission enkau adalah supaya awek mamat tu jerit "Siapa pompuan tu, jantan penipu!" dan melempang mamat itu dengan hand-bagnye.



KECEDERAAN PERASAAN



Jari kelingking : Menunjukkan simbol jari tengah adalah serangan paling bodoh. Selain menjatuhkan imej sopan ayu enkau, ia kurang berkesan kerana jari tengah adalah paling terpanjang dan terbesar di antara jari-jari. Sebaliknya, acukan jari kelingking enkau dengan wajah 'eleh, besar ni aje?'. Lelaki paling sensitif bila 'adiknya' diperkecilkan dan dipermainkan sebegitu.


Layan die sebagai wanita : Lelaki mahu dominan dan nampak maskulin. Jika enkau mempelekehkan kemahuan semulajadinya itu, itu sangat menhancurkan semangat lelaki. Contohnya, enkau buleh mengenakan padanan warna gincu yg sesuai di bibirnya. Atau, ajak die membeli-belah di kedai pakaian dalam wanita.


'Awak, tolong saya...' : Apabila enkau menjalankan teknik 'Awak, tolong saya...' , pastikan enkau dan dia di khalayak ramai untuk menjatuhkan maruahnya. Teknik ini amat berkesan bila digandingkan dengan objek kewanitaan. Contoh, 'Awak, tolong bimbit hand-bag saye ni sepanjang saya shopping' , atau, 'Awak, tolong saya beli tuala wanita saya kat kedai tu'.


Boroi dan Tonggek : Lelaki sangat malu diperli boroi. Lebih menarik, semua lelaki yg boroi akan menonggek sikit punggungnya. Teknik ini sangat berkesan ketika lelaki itu sedang berpeluh. Contohnya, "eh, apasal peluh enkau semua stop mengalir kebawah berhenti dekat dada, ops! perut enkau halang.."


BERSEMBANG

-5770
Tokwan dan Opah aku. Rasa nak menangis tengok gamba ni sebab mereka nampak sangat bahagia.



Enkau ingat mase kecik-kecik dulu budak-budak lelaki sibuk main bola, kete dashyankuro & polis santeri. Enkau pandang budak pompuan dan enkau bilang deme tak buat apa-apa selain melepak aje. Sebenarnya deme sibuk bersembang tentang dunia mereka. Deme sedang membina skill berbicara yang enkau lelaki tak bagus dekat situ walaupun enkau jaguh main jentik tudung lemenet.



Justeru, enkau wajib tahu tata-sembang dengan perempuan. Bila bersembang, enkau perlu tahu masa-masa tertentu bile die tertarik dekat enkau [walaupun die berlakon tak berminat dan kurang selesa], bile nak cakap & bile nak diam, bile nak tolak & bile nak tarik, bile nak mengatal & bile nak jujur, & bile enkau nak slow down.


Sebab sebagai lelaki kita memang wajib TAK faham perempuan kerana lelaki bertindak berdasar LOGIK, perempuan berdasarkan EMOSI. Kalau enkau nak tackle pelanggan perempuan, kuasai emosinya dahulu [buat lawak bodoh bagi die seronok], bukan yakinkan barang enkau 'patut beli' dengan beri penjelasan lojik.


Sekurang-kurangnye enkau kena tahu fakta-fakta wajib berikut:


BFF : Pompuan selalu dengan kawan-kawanya. Untuk ngejas Siti Nurhaliza, Datok K perlu amik hati BFF Siti Nurhaliza dulu, sampai BFF terime Datok K. Sebelum itu Datok K dilarang sama sekali menunjukkan minat terhadap Siti Nurhaliza. Maknyenye Datok K kene nyanyi lagu SELAIN Siti Nurhaliza, contohnye lagu Anuar Zain.


SIGNAL : Fahami clue-clue yg ditonjolkan perempuan tande die berminat. Selalunye perempuan akan berpura-pura TAK berminat untuk nampak tak terhegeh-terhegeh. Sebaliknya, die berminat jika > bila enkau bercakap bahunye menghala dan tunduk kearah enkau, tanye itu ini untuk sambung borak bile enkau buat 'force silent' , ketawe dengan semua lawak bodoh enkau dan beritahu lebih lanjut tentang dirinye.


MAMAT NI NAMPAK BADUT : Enkau wajib selesa dengan diri enkau. Jangan belagak macho, kacak & cool. Perempuan sgt peka dengan body language lebih dari lelaki. Perempuan mengesan kepura-puraan secara intuitive. Itu satu bende yg kite lelaki tak ade. Maka, yakinlah dengan menjadi diri enkau.


MUSUH : Musuh enkau yg terhebat adalah emosi enkau sendiri. Enkau perlu bertindak lain dari orang lain. Emosi enkau akan cube untuk lumpuhkan dan kelirukan enkau dengan malu, takut etc. Masa ini enkau perlu buang emosi enkau, sepertimana enkau selesakan diri enkau bila batu masuk dalam kasut dengan abaikan ketidak-selesaan itu.


MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK