BUAH

Minah datang dari keluarga yg bermoral. Ibu bapa-nya orang baik-baik, minah orang baik-baik. Mendapat didikan moral dan tatasusila, minah tau macam mana menghormati manusia, tau adab sopan dan batas sempadan kemanusiaan.

Tapi minah jahil agama. Ibu bapanya tak kesah solat, minah tak kesah aurat. Hukum hakam sama sahaja dengan moral. Tapi minah tak pernah mengasari orang lain, malah sering membantu. Minah buat semua amal murni atas batas logik, moral dan kemanusiaan. Bagi minah, asal hati baik, buat baik sesama manusia, hidup ini pasti bermakna.

Munah datang dari keluarga yg beragama. Ibu bapa-nya orang bertakwa, munah pula ikut semua tuntutan agama. Mendapat didikan syariat dan hukum hakam secukupnya, munah tau macam mana menjalankan ibadah menurut fiqah, tau kewajipan menutup aurat dan sunat makruh.

Tapi suatu hari, minah marahkan munah. Minah berang munah mengumpatnya tak pakai tudung, tak disiplin solat. Minah kecewa dengan munah, nampak aje kuat agama, tapi mengumpat. Baik bukak aje tudung tu, buat malu orang bertudung aje.

-1473
Memancing di tasik kenyir. Beria je lebih haram tak dapat

Munah memang mengumpat minah. Munah rasa sedikit kecewa melihat gadis melayu islam tidak menutup aurat, tak menjage sembahyang. Islam ape ke bende nye. Memang la minah baik, tapi jahil. Nak buat apa.

Lalu asmara keliru [asmara adalah watak tiba-tiba]. Siapa yg betul? adakah berilmu agama tapi mulut jahat lebih baik? atau adakah bermoral tapi jahil lebih baik?.

apesal budak sekolah agame sesetengah tu perangai ntah ape-ape. Ada ilmu agama tapi akhlak cam haram. Macam tu baik tak payah sekolah agama.
Kalau dah beragama mesti hati baik, mestilah agama pada dirinya membentuk hati yg baik. Bukan jijik memandang manusia jahil lain. Ini yang tak tau agama pulak lagi elok perangai. Apa guna agama? [kata asmara]

............

Syariat itu umpama pokok. Hukum hakam, kewajipan, sunat wajib dan lain-lain, semuanya umpama akar, dahan, daun dan ranting. Tanpa salah satunya, tak kan ada pokok, tak kan menjadi pokok.

Hakikat adalah segala sifat-sifat terpuji, hasil dari hati yg bersih. Hakikat itu umpama buah. Buah adalah hasil dari pokok. Tak kan sempurna buah jika salah satu bahagian pokok yg tak baik.

Tak manis buah jika hampir keseluruhan daun dimakan ulat.

Matlamat hidup pokok adalah mengeluarkan buah yg baik, manis, sempurna, supaya dapat berjasa pada semua. Kerana, itulah tujuan adanya pokok berbuah, supaya ia boleh berbuah.

Soalnya - tanpa akar, batang dan daun yang baik, TAK kan menjadi pokok yg sempurna. Tapi kalau takde pokok, JANGAN HARAP nak ada buah. Kalau ada pokok dan berbuah pun, belum tentu lagi manis.

jadi pokok atau buah?

Berlapang dada-lah, kerana walaupun sudah ber-pokok, belum tentu boleh mengeluarkan buah. Jadilah pokok dan sentiasa-lah berusaha mengeluarkan buah yg terbaik.


Comments
4 Comments

4 ULASAN ANDA:

Faridah Mohd Tap said...

Awak...saya suka artikel ni... :)

sgt bermakna sebagai peringatan...bahwa..

JANGAN PANDANG MULIA DIRI SENDIRI & JANGAN PANDANG HINA ORANG LAIN...kerna

NASIB SETIAP ORANG BERUBAH...

jika hari ini dia baik, mungkin esok lusa dia bertukar jahat..
jika hari ini die jahat, esok lusa dgn hidayah Allah, mungkin bertukar kepada insan yang paling soleh dan bertaqwa...

cukuplah kisah seorang wanita 'abid dengan seekor kucing dan seorang pelacur dengan seekor anjing memberi iktibar kpd kita semua.

Semoga kita sentiasa di bawah rahmatNya hingga hujung nyawa. Amin.

jurnal murahan said...

attagirl. segan da sayek ahhaha

Akmal Isa said...

yob tesipu2 siput sedut... but this article is very nice... keep up the good work.. ko g mane? lame xupdate blog.. skali tgk 2 artikel skali kua.. haaa...

jurnal murahan said...

hahaha aku jarang online beb da sekarang, kat rumah. sekali sekala je ade mase

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

Email enkau untuk updated-post

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK