SURVIVE DI SEKOLAH LELAKI

-5438
Sunset di rumah



Aku datang dari sekolah lelaki. Yg tak berapa lelaki sangat sedikit, 2 3 orang aje bapok. 2 tahun aku di situ, banyak mengajar aku erti survival. Di situ konsep rantai makanan amat kuat. Yg lemah akan ditindas secara emosi atau fizikal. Justeru, enkau perlu tahu teknik asas hidup dengan gagah di sekolah lelaki.

Matlamat pertama, enkau mesti join group sedia ada. Jangan bergerak individu, bahaya. Kecuali kalau bicep enkau lebih besar dari peha enkau, orang lain akan nyendel join group enkau.

Matlamat kedua, Pimpin kumpulan samseng enkau. Enkau mesti jadi ketua, itu semulajadi sikap lelaki yg aku tau sedia-ada dalam diri enkau. Ada 5 sebab yg mampu menghancurkan kumpulan gagak hitam enkau yg bermula dari dalam diri enkau sendiri:

1] Atas nama Maruah : Enkau jadi takut untuk malu. Contoh, enkau malu diejek geng lain yg mengatakan geng enkau lembik. Enkau lancarkan pergaduhan kumpulan dan geng enkau kalah. Kemudian enkau baru perasan yg ahli kumpulan enkau memang semua bapok. Ape kejadah?

2] Penakut : Seringkali berakhir dengan enkau dikepong & di-pau & dipukul musuh-musuh enkau.

3] Sayang : Terlampau concern tentang anak buah enkau yg buat enkau merisau memanjang tentang masalah yg tak perlu. Contohnye, enkau merisau tentang prestasi pelajaran ahli kumpulan enkau yg merosot, sedangkan enkau ketua kumpulan samseng sekolah.

4] Cuai : Membawa kepada kemusnahan. Contohnye, gagal mengesan barua mat report dalam kumpulan enkau, atau gagal menghalang ahli kumpulan enkau dari menjadi mat jiwang, atau gagal merancang strategi pergaduhan.

5] Marah : Sikap panas baran yg senang dimanipulasi dengan ejekan. Pantang orang ejek enkau takde telur enkau dah naik angin. Ketua samseng sekolah perlu tenang, berhikmah dan bertindak mengikut kemampuan kumpulan samsengnya.


ADAB-ADAB BERGADUH & ME-RIOT JUNIOR.

Fahami jalan-jalan utama di sekolah enkau. Jika pergaduhan berlaku di simpang 4 jalan utama sekolah, minta bantuan geng sekutu enkau, seperti makcik kantin dan kakak library. Sebab musuh enkau punya lebih haluan untuk serangan dan meloloskan diri.

Jangan mundar-mandir di tempat terpencil. Contoh, menghisap rokok di atas syiling dan termenung dalam tandas lama-lama.

Set minda kumpulan samseng gagak hitam enkau untuk BUKAN meneka musuh serang ke tak, Sebaliknya BERSEDIA untuk menerima diserang. BUKAN berharap musuh tak menyerang, Sebaliknya pastikan ahli kumpulan enkau adalah UN-BELASAH-ABLE.

Study kitaran emosi musuh enkau. Jangan me-riot di waktu pagi, waktu segar semangat tinggi. Serang musuh enkau bila majoriti ahli kumpulannya sedang merana putus cinta.

Jangan dikejar junior budak form 1 yg lari menyelamatkan diri dari dibuli basuh baju, jangan serang ketua pengawas yg tengah memegang buku report disiplin pelajar-nya.

Gunakan serangan mental. Jerik tempik, hentak kayu ke lantai berulang-ulang sebelum bergaduh di waktu malam. Kalau bergaduh siang, pakai uniform kumpulan gagak hitam enkau untuk nampak kuat dan bersatu.

Jangan bagi musuh enkau nampak enkau pillow fight dalam dorm, enkau nampak macam bapok. Kalau desperate sangat, ganti nafsu pillow fight enkau tu dengan towel fight yg main libas-libas tu.



Comments
0 Comments

0 ULASAN ANDA:

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK