KEBENCIAN

-1394
sunrise & sunset, mendamaikan hati semua



Katakan suatu hari, enkau berjalan riang ria bersama-sama dengan tabung ayam enkau. Enkau peluk tabung ayam enkau, jalan-jalan sambil menyanyi lagu teletubbies. Tiba-tiba, aku datang.



Aku lempang muke enkau, double pipi kiri kanan. Pastu aku ketawa puas. Tak cukup dengan tu, aku amik tabung ayam enkau, aku pecahkan, amik duit enkau. Nak sakitkan ati enkau lagi, duit tu bukan aku buat shopping, tapi aku koyak sehelai-sehelai depan mata enkau.


Sekarang enkau benci aku kan? Kalau enkau berhati murni, esok luse enkau maafkan aku. Tapi kalau enkau tak cukup seri murni, macam mana? Hari-hari enkau menyimpan dendam macam mana nak buat aku beli tabung ayam dan enkau nak pecahkan balik.


Selagi ada kasih sayang, selagi tu ada benci. Selagi ada benci, enkau tak kan dapat KETENANGAN. Benci pada objek, sikap, masa lampau, nasib dan sebagainya. Semua ini menghalang enkau untuk tidur dengan nyenyak, berfikir dengan waras, bekerja dengan berhasil dan hidup di masa sekarang.


Benci datang silih berganti, dengan alasan-alasan yg sangat kukuh untuk enkau terus benci. Akhirnya kita sedar benci hanya perasaan yg membesar dalam hati. Kebencian berpunca dalam diri kita, sebab ia bermula dari dalam diri kita sendiri. Maka,


Kebencian mesti di atasi dari dalam. Barulah segala yg datang silih ganti tak menyakitkan kita.


MENGUASAI KEBENCIAN SENDIRI


Hanya masa yg dapat memahami kasih sayang. Begitu juga kebencian, hanya masa yg dapat ubati kebencian. Selagi kebencian ada dalam memori enkau, selagi itu kebencian menghantui enkau, sampailah enkau lupa dan tak amik peduli tentang kebencian itu lagi.


Jadi, setiap kali benda celaka terjadi, kita WAJIB me-respon dengan MENGABAIKAN kebencian itu.


Mission kita adalah untuk mengabaikan kebencian itu supaya ia tak bersarang dalam kepala kita dan lupus dengan kuasa masa. Teknik MELUPAKAN KEBANGSATAN YG TELAH BERLAKU adalah:


Pengaitan :

Kaitkan kebencian enkau itu dengan benda-benda yg enkau suka supaya enkau terus memikirkan apa yg enkau suka



Pengaitan perlukan praktis supaya ia menjadi habit automatik enkau. Contoh, aku sangat benci teringatkan Bapok yg tergedik-gedik dekat cafe konon nak cari perhatian orang.

Jadi setiap hari aku perlu praktis 5 minit, kaitkan bapok dengan wardina safiyyah. Supaya, elok-elok aku teringat benci bapok, terus aku seronok dengan ke-CUN-an wardina sebelum dia bersalin.



Reminder :

Reminder memerlukan ayat-ayat yg buat enkau terINSPIRASI. Sebelum enkau cari ayat inspirasi yg betul-betul kick-ass dengan enkau, cari dulu perbuatan yg AUTOMATIK akan ingatkan enkau kepada ayat inspirasi tu.



Selalunya kebencian enkau menyerang bila motivasi enkau lemah, sebelum tidur, sebelum buat keputusan dan sebagainya. Gunakan disaat itu. Contoh yg aku guna adalah, elok-elok nak teringat kegampangan tu, aku terus gengam tangan kuat-kuat (perbuatan yg akan AUTOMATIK-kan aku ingat kepada janji aku) :


"I do not dwell in the past.
The past can not be relived, good or bad"


Sibukkan diri :

Abaikan serangan kebencian dalam diri enkau dengan FOKUS apa yg berlaku di sekeliling enkau. Ini sangat berkesan bila enkau gunakan semua deria mendengar, menghidu, dan merasa (kulit) enkau. Contoh:



Sementara terlelap tidur, lupakan dengan fokus dan hayati BETUL-BETUL bunyi kipas, cengkerik, suasana sejuk etc. Gunakan semua deria enkau untuk fikir dan alami benda lain. JANGAN layan kebencian enkau tu. lama-lama enkau penat dan terlena.


Tukar kepada Motivasi :

Gunakan kebencian enkau supaya ia memberi hasil kepada enkau. Kalau enkau bencikan kebodohan enkau dalam pelajaran, bina benci meluap-luap untuk enkau lagi bersemangat untuk terus belajar.



Dulu aku penah kena halau dengan cikgu sains keluar dari kelas. Dendam dengan dia, aku tak masuk kelas dia ponteng sampai PMR. Tapi dalam masa yg sama aku study gila-gila sebab nak buktikan dekat dia, dan telah pun terbukti. Lepas amik result PMR, aku terserempak dan hanya pandang sinis dia dengan ekor mata.


Best gile saat itu.


Luahkan kebencian :

Kadang-kadang semua tu tak berhasil, sebab kebencian tu sangat besar dalam diri enkau. Jadi enkau wajib buang semua tu untuk SEMENTARA waktu. Be creative, contoh:



1 Naik moto, bawak laju-laju dan jerit puas-puas. Takde sape notice enkau tengah menjerit pun.

2 Tumbuk apa yg patut. Paling praktikal, gunakan dinding dan muke mamat yg enkau nampak macam bapok

3 Keluar joging. Semakin perasaan tu meruntun, lagi laju enkau lari. Lagi benci, lari laju lagi. Sangat berkesan, ini aku sangat recommend

4 Yg terbaik, pergilah SURAU. Semua ketenangan ada di situ.







Akhirnya, enkau sedar yg kebencian hanyalah pertarungan dalam kepala enkau sendiri. Kebencian tu pasti, jangan lari dari kebencian. Sebaliknya, cari jalan macam mana nak atasi dan uruskan kebencian yg sedang ADA dalam diri enkau.




[aku selalu nak buat lagu yg simple tapi kick-ass macam coldplay, tapi.. aishh susah rupanya..]


Comments
2 Comments

2 ULASAN ANDA:

Anonymous said...

no.1 tu ak mmg higly recommended kpd semua.tp pastikan pki helmet ber visor r haha
-en. best

jurnal murahan said...

haha Silap aku jugak dulu tengah pekik mate masuk habuk

pakailah visor

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

Email enkau untuk updated-post

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK