SALAM

<KENOX S730  / Samsung S730>
dasar anak kampung






Sebenarnye semasa kita bersalam kita telah menunjukkan peribadi kita yg gampang / murni itu. Bagi enkau yg tahu, ketika mula bertemu enkau sudah buleh meneka peribadi lawan pesalam anda. Asasnya cara bersalam ada 3, yg menunjukkan tiga sikap:


Mendominasi : Cane pun aku mesti lagi best dari enkau 
Pak turut : Yelah-yelah enkau lead, aku barua ikut aje enkau 
Toleransi : Canilah, aku tolong enkau, enkau tolong aku ek


Yang mendominasi, bila bersalam tangannye diatas, tangan enkau dibawah. Maknanye antara enkau dan dia enkau termasuk dalam pak turut, win/lose situation.




BAGAIMANA MENGATASI ITU


Kalau enkau bernasib baik, bila bersalam tangan enkau dan dia sama laras menegak, tanda enkau dan dia buleh bertoleransi. win/win situation. Dinasihatkan enkau mesti melaraskan tangan enkau sama tegak atau pastikan tangan enkau di atas bila bersalam.


Contoh, bile bersalam dengan orang yg mendominasi, enkau terus pusing tangan enkau keatas. Bodoh itu. Salah namanya. Enkau akan battle pusing-pusing tapak tangan dia sebab die semulajadi akan nak menang jugak.


Caranye, enkau buat muke sengih-sengih dan rapat kehadapan tapi KEKANAN bahu dia. Kalau terus mara kehadapan TANPA menghala ke kanan, enkau mungkin tercium mulut dia. Jangan begitu aku tak suke


Masa tu automatik tapak tangan akan terpusing dan enkau berada diatas. Jadi enkau menang, tapi jangan tonjolkan kemenangan enkau itu diwajah enkau. Pandangan enkau akan nampak sinis.




YANG PALING BANGSAT


Ini dapat dilihat ketika salam dihulurkan. Orang yang tak best dia akan menghulurkan tangan [menuggu tangannya disambut] sambil tapak tapak tangan menghala 100% kebawah, bukan menegak.


Cari mengatasinya enkau pegang pergelangan tangannye, bukan gengam tapak tangannye. Dengan itu enkau tetap menang dan mendominasi. Untuk orang begini selalu aku mengorek telinga dahulu dengan cepat, lalu gengam pergelangan tangannya dan tinggalkan kesan jenayah aku di situ.


Selalu pemimpin politik/ salesman akan bersalaman dengan dua tangan mengenggam tangan enkau. Konon mesra dan buleh dipercayai. Hati-hati dengan orang begini, selalunya ada muslihat, kecuali kalau dia memang rapat dengan enkau.




YANG PALING CEMERLANG


Salam sama laras menegak dan menggoncang 'Shake like a man'. Dia tak akan lepas selagi enkau yg lepaskan, macam peribadi Rasulullah. Orang begini gentleman dan buleh dibuat kawan. 


Dinasihatkan enkau tidak mengoncang dengan laju / terlampau banyak, aku tak suke enkau nampak mengelabah ayam. Salam dengan tenang, nampakkan gigi enkau bile senyum. Kecuali kalau enkau jogang, tak perlu.




KENAPE INI PENTING?


Ketika bertemu, otak kita saling menyebarkan signal-signal kinetik kepada orang baru. Otak bawah sedar menerima signal-signal tertentu ketika melakukan benda-benda kecil begitu. Tanpa sedar, ia akan mempengaruhi tindak balas kita ketika berurusan dengan pesalam kita.


Aku harap aku akan nampak lebih scientist dengan penjelasan itu.


Comments
0 Comments

0 ULASAN ANDA:

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK