RENUNGAN

-347
Bajet insaf. hancus

1] Dulu heboh kisah seorang ustazah yg sedang baca quran di waktu subuh. Sedang khusyuk, tiba-tiba ayat quran yg dibacanya terbang diangkat naik ke langit.

Tak lama lepas tu dekat tempat aku berlaku ribut. Kesahnya ada seorang lelaki ni dia putus asa dalam hidup.

Dia naik gila & koyak quran campak dalam empangan. Kemudian ribut kuat & budak-budak nampak cebisan quran yg di koyak di tiup angin diangkat naik ke langit. Akupun terkesan dan berasa insaf sekejap.



2] Dulu heboh kisah seorang isteri di kedah yg bertukar jadi anjing. Sedang azan subuh berkemundang si isteri bentak "ha tu tu anjing dah menyalak".

Setelah suami balik dari surau, yg ada dalam kelambunya bukan manusia lagi, tapi anjing yg menyalak-nyalak. Akupun terkesan dan berasa insaf sekejap.



3] Dulu di tempatku ada seorang mamat rempit ni. Malangnya nasib dia tak baik & kemalangan. Kaki kiri hilang ke paras lutut. Tak lama lepas tu di satu zohor, aku ternampak seorang lelaki jalan melompat-lompat sebelah kaki, dari pintu masjid sampai ke saf paling depan.

Itu mamat yg kami pandang hina dulu. Sekarang dia lebih soleh & lebih gigih sembahyang lima waktu di masjid. Memandang dia dari jauh, akupun terkesan dan berasa insaf sekejap.



4] Dulu jaga ayahku di hospital. Ayahku sebelum operation gengam tanganku. "Sabaqla, kami anak-anak ada", perlahan aku lepas genggamnya.

Lepas operation ayahku disurung ke luar. Dia mamai kesan bius. Tangan melopong melambai-lambai, cari anak cari sahabat, tak sanggup tanggung perit keseorangan.

Bila manusia dalam kecelakaan yg paling dahsyat, kita cuma tak mahu menanggungnya keseorangan. Tangan ayah aku sambut, "its alright im here, you are not alone". Bergenang mata anak beranak. Akupun terkesan dan berasa insaf sekejap.



5] Dulu heboh bunyi dari dalam tanah dirakam. Bunyi dirakam oleh scientist dari pelbagai agama, dari merata tanah perkuburan seluruh dunia. Yang hairan bunyi yg berjaya dirakam semuanya sama belaka.

Jelas jerit pekik gempita segala ruang, seolah di seksa tanpa henti dengan azab yg dahsyat. Bersaut-sautan raungan suara menahan perit lelaki & wanita.

Aku dengar & jantung terhenti, inikah realiti? . Akupun terkesan dan berasa insaf sekejap.



6] Dulu duduk melutut cium tangan ibu. Cium tangan ayah di pagi syawal.

Inilah orang yg meng-ada-kan aku. Men-jadi-kan aku. Dua orang tua ni lah yg perit lelah tanggung malu dengan perangai anak-anak. Dua orang tua ni lah yg terus berjasa walau orang cerca "apa anak orang hang tu perangai macam ^(&*! ".

Muka ibu & ayah tebal menanggung malu dengan perangai anak, tangan dah kasar mencari rezki, poket & impian peribadi terkorban demi pelajaran anak-anak. Akupun terkesan dan berasa insaf sekejap.



Aku insaf sekejap, lupa & hanyut. Pastu insaf sekejap, lupa & hanyut. Pastu insaf sekejap, lupa & hanyut.



Resam manusia yg mudah lupa dengan segala peringatan, bukti & ancaman jelas di depan mata. Aku tak mahu jadikan lupa sebagai alasan untuk terus hanyut. Sebaliknya gunakan lupa sebagai sebab untuk kita terus berpesan-pesan kepada kebaikan.



[ Marilah kita mengambil beberapa minit ini untuk sedekahkan fatihah kepada saudara-saudara darah daging kita & kawan-kawan yg telah meninggal dunia. Entah macam mana la keadaan deme dalam kubur sekarang. Moga kita semua tergolong dalam orang yg beroleh rahmat dunia akhirat ]



Comments
8 Comments

8 ULASAN ANDA:

Anonymous said...

Yob aku nk ko tlg tulis psl hikmah dalam kesakitan bleh? Huhu.. Sbg peringatan utk ak dan org len..

jurnal murahan said...

hikmah dalam kesakitan. hmm insyaallah akan diusahakan

محمد زهراوي said...

ini benar-benar menginsapkan..

jurnal murahan said...

terima kasih. sama-samalah kita berpesan

Encik Gorilla said...

kalo aku kuarkan apa yg ada dlm kepala otak aku... nanti apa yg tinggal...

wei... korek idung... batal pose... batal pose... kuikuikuikui.. jgn marah dik.. gurau jer...

jurnal murahan said...

halamak kantoi plak aku tgh layan menggali enak sih hahahah

AbGJaS said...

hi bro JM,
begitulah manusia, 1 faktor menarik kearah kebaikan, 3-4 faktor menolak kearah kejahatan

tu yg insaf sekejap tu..

jurnal murahan said...

abg Jas. camtulah kite ni abg jas, haih

fikir2 balik, insaf tu lah nikmat sebenar, alhamdulillah

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

Email enkau untuk updated-post

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK