SEKSA ITU RAHMAT?

_
Aku baju biru [pergh tangan aku keluar urat siap]. Sebelah aku Pak Cik
orang bute. Dia pernah keluar tv dalam iklan orang buta melintas jalan tu.


Pengalaman ini berlaku pada 2008. Masa tu aku termasuk research assistant untuk audit kemudahan orang kurang upaya di Putrajaya. Aku sangat teruja nak berjumpa, borak dan faham kehidupan orang kurang upaya ni. Bagi aku deme ni sangat kuat dan tabah. Ini pasti satu pengalaman yg menarik.


Setelah semua sampai, kami pun berkumpul. Ada 2 orang buta yg aku in-charge, seorang bisu, seorang pekak & 2 orang berkerusi roda. Semua segak berpakaian seperti yg dikehendaki, kecuali ada sorang abang kerusi roda dengan anak die ni. Seluar koyak pakaian compang comping, siap kasut pun tak pakai. Kaki seluar barai, nampak sangat seluar sudah lama tak berganti. Aku sangat kesian deme terpaksa hidup terseksa TAK BAHAGIA macam tu.


Kami berjalan sekeliling Putrajaya untuk semak samada kemudahan di Putrajaya ni mesra untuk orang kurang upaya ke tak. Aku nak bantu tolak abang tu, tapi tak buleh sebab ada 2 orang buta bergantung sepenuhnya dekat aku. Tengah hari panas tu tiba-tiba tayar kerusi roda abang tu pulak pancit. Bukan main seksa anak die surung tarik ayahnye di tengah panas.


-3
Tengah panas, tayar dan budak dah pancit



Ada satu masa tu kami bergerak mendaki kawasan cerun yg agak landai. 2 orang buta di kiri kanan aku pegang erat tangan aku tak nak telepas. Tapi paling depan masa tu adalah budak tu dengan ayahya. Sampai melengkung belakang budak tu tolak bapak dia mendaki cerun.


Aku da gelisah tengok. Dengan tayar pancit & saiz bapak die dah la gedabak, aku tak buleh sabar dah. Aku tegas dekat orang buta "tunggu sini saya datang balik!". Aku lari kearah budak tu terus capai pemegang kerusi roda. Enkau tau budak tu buat ape?


Dia tepis tangan aku


"Sini abang tolakkan" Dia buat bodoh..


"Sinilaa abang tolakkan enkau da taklarat" Dia buat bodoh..


Engkau bayangkan 2 orang tua buta aku sangup tinggalkan terpinga-pinga, tapi aku tak dapat bantu apa-apa, cuma mampu tengok kemahuan dia nak tolak jugak ayah dia. Masa tu aku tak paham, adakah dia buat tu semata-mata ego? budak-budak mana tau ego.


-4
"Pergh cun gile awek tu abah". "Macam tu enkau
kate cun? bontot pun takde. kesian aku tengok"



Setelah semua selesai, kami berangkat ke parking. Deme naik moto EX-5 dengan roda tiga macam moto orang jual aiskrim paddlepop tu. Aku tolong pimpin bapak budak tu naik ke moto. Bapak berat abang tu, rasa tecabut bahu siot.

Sambil tu budak tu tolong lipat kerusi roda bapak dia. Masa nak simpan kerusi roda tu dalam platform roda tayar tiga tu, budak tu tak larat angkat. Akupun tolong, berat gile kerusi tu, baru aku tau.



Bila da taruk atas, pasang balik kerusi roda atas platform tu. Budak tu tak duduk seat belakang dengan ayah dia, tapi duduk atas kerusi roda di sebelah. Deme pun lead konvoi kami ke restoran berhampiran. Masa dalam kereta tu, aku tengok 2 beranak tu atas moto dari belakang, & buatkan aku sangat insaf.


Aku terfikir tentang kesusahan. Sebab kesusahan la budak tu tak bagi aku bantu tolak ayah dia. Bila susah, ayah & anak tak sombong malah saling memerlukan. Ayah dan anak sangat saling mempercayai. Walau susah macam mana pun, menjadi kebanggaan & tanggungjawab ikhlas untuk budak tu jaga ayah dia.


Pandangan aku mula sayu, sebab aku sangat terharu. Aku tak pernah susah sampai macam itu, jadi aku tak merasa tahap kepercayaan & tanggugjawab yg tinggi begitu. Sedar-sedar setitik dua air mata aku keluar setelah bertahun tak menangis. Aku rasa ni lah yg orang panggil 'moment of truth'.


Dalam kereta tu jugak aku mula faham, kenapa kesusahan wujud dalam dunia ni. Manusia lebih saling menghargai / memerlukan bila dalam kesusahan. Yg jelas, aku sangat cemburu dengan ayah anak itu, kerana sebenarnya merekalah yg PALING BAHAGIA diantara kami semua.


-2


Comments
2 Comments

2 ULASAN ANDA:

AbGJaS said...

Assalamu'alaikum,
Abgjas sanjung sikap dan prihatin sdr terhdp OKU walaupun sdr org muda. Akhir2 ini sikap spt yg sdr tunjukkan mula terhakis di kalangan generasi muda.

Moga Allah merahmati hidup sdr.

Jurnal Murahan said...

OKU atau normal kita same sahaje. Semua mencari kebahagiaan masing-masing.Yg pasti OKU lebih bahagia dari luaran yg kita nampak

terima kasih abang jas

MAHU ENKAU TAHU

My photo
Tiada yg ilmiah, berakhlak, & politik disini. Untuk men-komen, sila klik tajuk spesifik dalam Almari Jurnal. Selamat Membaca

SERTAI GAGASAN MURAHAN: PENGIKUT PERTAMA ADALAH HANIS BIN ABD. RAZAK